Recent Posts

Wednesday, July 30, 2008

::DOWN??!!::


Tadi, sahabat2 akoo ada menganjurkan majlis ramah mesra antara first year dan second year medic. Dan, junior2 diminta mencari jawapan yang diajukan oleh senior2 kepada mereka. Antara jawapan yang agak menggerakkan diriku ialah jawapan bagi soalan, apa yang menarik tentang "hakem"? Ada yang menjawab, kuat semangat, tetapi CEPAT DOWN. Dan, aku seperti sudah dapat mengecam siapa yang memberi jawapan tersebut.

Down? Apa yang anda faham pasal down? Bagiku, sebagai pejuang, down ialah keadaan apabila sesorang itu mula futur(lari) dalam gerak kerja Islam. Sebab itulah gerak kerja Islam ini perlu dilakukan dalam berjemaah, bukan lone ranger je. Apabila ada golongan yang mula down, tugas sahabat2 lain untuk menasihatinya. Aku agak tersentuh dengan jawapan yang diberikan sahabat aku ini kerana bagiku, dia TIDAK MEMAHAMI DIRIKU dan tidak jelas apa makna DOWN.

Ya, akoo akui, akoo agak slow dalam gerak kerja sekarang kerana mempunyai beberapa masalah berkaitan hati. Akoo mengharapkan sahabat2ku dapat menampung kekuranganku ini. Tetapi, anggaranku ternyata tidak tepat. Semakin akoo slow dalam gerak kerja, mereka turut mengikuti jejakku. Ini menyebabkan akoo bertambah slow. Jadi, apa yang patut akoo buat??? Ya Allah, bantulah hambaMu ini.... Aku BUNTU.... Keadaan sekarang seperti akoo menganggap sahabat2ku tidak memahami akoo, tetapi sahabat2ku pula dok push akoo sebab bagi mereka akoo down... (cam diari plak penulisan kali ni)..


"Sesungguhnya dalam kamus seorang pejuang, tidak ada perkataan putus asa, kerana mereka yakin bahawa mereka tidak pernah keseorangan, tetapi, Allah sentiasa bersama mereka..."

Tuesday, July 29, 2008

::PERUBATAN ISLAM: bukan sekadar "womb to tomb"::


Hari ni akoo baru saja mendengar satu lecture di fakultiku. Lecturenya bertajuk "Family Health" dan lecturer menggunakan tema "womb to tomb".. Aku memang xcukup gempak dalam bahasa orang putih ni.. Jadi, bagi memahamkan akoo yang blur ni, lecturer tadi menerangkan apa maksud tersirat di sebalik tema tersebut. Beliau memulakan ucapannya dengan satu pertanyaan, "What is HEALTH???" Ada yang jawab sihat fizikal n mental, ade yang cakap "HEALTH is WEALTH"... Bagiku, Health atau Sihat bermakna sihat dalam 4 komponen manusia iaitu jasad, hati, akal dan roh. Jika semua komponen ini sihat, maka seseorang itu akoo copkan sebagai sihat.

Berbalik kepada tema yang diberikan oleh lecturer tadi, beliau mengatakan bahawa tugas kami sebagai doktor ialah menjamin kesihatan dari mula manusia dilahirkan(womb) hinggalah manusia masuk kubur(tomb). Akoo mula mengerutkan dahi bila kata2 ini dikeluarkan. Bagiku, statement tidak memandang kesemua komponen manusia tadi, statement ini hanya menitikberatkan soal jasad manusia, iaitu tugas doktor hanyalah menjamin kesihatan jasad manusia. TIDAK TEPAT!!! Seharusnya, bila seorang Islam itu bergelar doktor, dia bukan sahaja menjamin kesihatan manusia itu sampai dia mati, tetapi hendaklah menjamin kesihatan sehingga dunia selepas mati iaitu akhirat.


Ya, jadi doktor2 Islam masa kini sepatutnya perlu sedar bahawa tugas mereka bukan sekadar pada zahir pesakit itu sahaja, tetapi perlu menyentuh kesemua aspek komponen tubuh manusia, ITULAH ERTI DOKTOR SEJATI.. Berapa kerat doktor yang memulakan rawatannya dengan BISMILLAH??? Berapa ramai doktor yang tinggal solat kononnya terlalu sibuk dengan kerja?? Berapa ramai pula doktor yang hanya memandang duit semata2??? Ayuhlah ummat Islam sekalian, kita ubah situasi ini. Bukan kita hendak menunjuk2 kita ni alim dan wara' jika memulakan rawantan dengan bismillah, tetapi, itu menandakan bahawa kita hanyalah wasilah atau pengantara, Allah sahaja yang mampu menyembuhkan penyakit tersebut.

Berbalik kepada komponen manusia tadi, ada pesakit yang sihat jasadnya, tetapi hatinya sakit dengan maksiat yang dilakukan. Ada juga yang akalnya seperti terkena infection kerana telah dipengaruhi oleh ideologi2 kafirin. Ada yang rohnya sakit mungkin akibat starvation atau kebuluran kerana telah lama tidak diberi makan dengan zikrullah dan ibadah. Jadi, doktor2 Islam perlu mengambil peluang untuk merawat kesemua komponen pesakitnya. Kerana, PESAKIT SANGAT PERCAYAKAN DOKTOR. Jadi, rebutlah peluang ini wahai doktor2 Islam sekalian. Takbir~

Monday, July 28, 2008

::YB mesti pakai Mercedes??::


Kebelakangan ini, akoo asyik menunggu berita2 yang syok untuk dibualkan.... Bagiku, media sekarang cukup bosan dengan kes Anwar dan "muzakarah" PAS UMNO yang dimomokkan... Tetapi, ada satu berita yang cukup menarik perhatianku, di mana ia menunjukkan keprihatinan seorang PEMIMPIN terhadap rakyatnya, siapa lagi kalau bukan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Beliau mengeluarkan pendapatnya tentang Exco Kerajaan Terengganu yang ingin membeli 14 buah kereta Mercedes untuk pengangkutan tetamu kehormata sebagai SATU PEMBAZIRAN. Syabas!!!


Akoo memang cukup tidak faham dengan situasi yang berlaku sekarang. Apabila menjadi pemimpin, mesti kena ada kereta mahal2, rumah pon nak besar. Cuba kita imbau kepimpinan Umar Abdul Aziz di mana nak membeli baju pon, beliau lebih memilih baju yang kainnya adalah yang paling murah kerana takut dalam menggunakan wang rakyat. Akoo juga pernah bercerita tentang Menteri Besar Kelantan sendiri yang jika anda ingin tahu, rumahnya tidak seperti pemimpin lain di negara ini, hanya rumah kampung dan tidak perlu ada "PAK GUARD". Jika sekarang kerajaan baru mengambil inisiatif untuk mengambil sedikit dari gaji pemimpin untuk rakyat, Kelantan telah lama bertindak demikian. Dengan ambilan sedikit gaji itupun, banyak pemimpin yang panas punggung kerana seperti telah kurang pendapatannya.


Itulah lumrah duniawi. Manusia memang akan tidak pernah puas dengan apa yang ada padanya. Sedar atau tidak? 1 juta itu merupakan satu jumlah yang cukup besar bagi pakcik penjual Ais Krim dan mungkin merupakan perbelanjaannya untuk 2 tahun. Tapi, bila nikmat harta sudah ada di tangan, malah mungkin sudah lekat di hati, 10 juta pun dipandang satu jumlah yang sedikit. Itulah puncanya berlaku rasuah dan sebagainya.

Sedarlah wahai pemimpin sekalian. Anda akan ditanya tentang kepimpinan anda di akhirat kelak. KIta pon dah sedia maklum antara golongan yang mendapat perlindungan Allah di Padang Mahsyar adalah pemimpin yang adil. Jadi, rebutlah peluang ini untuk mendapat title tersebut. Tulisan ini bukan sahaja untuk pemimpin2 negara, tetapi untuk semua, kerana KITA SEMUA ADALAH PEMIMPIN, paling koman pon, pemimpin untuk diri sendiri.

Thursday, July 24, 2008

::Jiwa besar yang disertai perancangan::


Sedang tengah syok2 buat kerja, ada la seorang sahabat datang kepadaku menerangkan tentang pendapatnya mengenai PSIPUM. Sahabatku ini mengatakan bahawa PSIPUM memang serabut dan tak sistematik.
"Ya, memang PSIPUM masih belum sistematik, tetapi usaha pimpinan PSIPUM yang ada sekarang bagiku sudah cukup mengagumkan bagi memartabatkan nama persatuan ini yang kian lama dah tenggelam. Bagiku, manusia hanya mampu melihat dari luaran, dan ada yang jenis suka mengkritik tanpa mengkaji secara lebih mendalam. Sikap manusia sebeginilah yang paling aku xsuka dan aku memang cukup anti dengan orang yang cakap main ikut sedap mulut je.... JIKA ANDA BENAR2 INGIN MELIHAT SESUATU ORGANISASI ITU SISTEMATIK, MAKA ANDA YANG KENA MULAKANNYA."

Kemudiannya, sahabatku ini juga ada mencadangkan satu idea yang cukup menarik untuk dibawa dalam sesi pimpinan PSIPUM yang akan datang. Dia mencadangkan agar PSIPUM menubuhkan sebuah website berbayar. Pada mulanya, aku agak kurang bersetuju, kerana kewangan persatuan ini agak goyah pada saat ini. Tetapi, dia cuba explain kepadaku apa significant PERLUNYA WEBSITE BERBAYAR. Apabila material itu tidak didapati dengan senang(free), maka itulah yang akan push kita untuk menggunakan atau update website tersebut. Penerangannya cukup jelas. Ini terbukti apabila ramai bloggers yang mendaftar secara percuma tidak istiqamah dalam penulisan blognya. Tetapi, majoriti yang membayar website mereka, constant dalam update website diorang. Ini kerana ada faktor PENDESAK di situ. Selain itu, website ini juga mempunyai pelbagai kegunaan untuk ahli persatuan sendiri di mana dalam website ini boleh berlaku perbincangan, boleh upload kertas exam pass year dan boleh digunakan untuk menambahkan dana. Syabas buat sahabatku ini kerana telah memberikan idea yang cukup bernas dalam membangunkan persatuan yang ingin menegakkan Islam di bumi perubatan UM ni.


Dalam topik jiwa besar juga, aku juga berborak dengan seorang ustaz yang cukup terkenal di kolejku. Ustaz ini mempunyai satu matlamat yang cukup hebat bagiku. Nak tau? Untuk pengetahuan semua, sekarang, ustaz ini telah mempunyai link dengan golongan2 media tv. Dan beliau sekarang selalu keluar dalam rancangan AL Hidayah. Kata beliau, "cuba kita renungkan, saya datang ceramah malam ni, lebih kurang 50 orang yang datang dengar, tetapi nak tau?, sekali rancangan Al- Hidayah disiarkan, lebih 1.2 juta orang yang menonton!!!" Ini bermakna, ruang lingkup dakwah adalah lebih besar. Dan nak tahu apa matlamat ustaz ini???? Beliau sekarang sedang cuba untuk membina syarikat production sendiri bagi menerbitkan filem2 yang berunsurkan Islam di mana kalau anda nak tahu, sekarang, di Malaysia, tidak ada satu syarikat production pon yang benar2 ingin menerbitkan filem untuk tujuan dakwah Islam. Cuba bayangkan sekiranya, filem2 yang bakal ustaz ini terbitkan nanti menjadi satu filem HIT, berapa ramai mad'u yang bakal kita tarik nanti... Jadi, sama2lah kita mendoakan agar usaha ustaz ini dipermudahkan Allah Taala.


Perlu diingatkan juga, pejuang Islam sekarang ini perlu lebih kreatif dalam berfikir, tidak memakai method2 yang lapuk untuk berdakwah. Jadi, ayuh BERJIWA BESAR!!!!

Tuesday, July 22, 2008

Jika anda benar2 lelaki, jadilah KEPALA!!

Kebelakangan ni, memang xsempat langsung nak menulis... Memang busy gile... kadang2 dengki gak rr tengok kawan2 lain sibuk study, tapi akoo masih sibuk dengan kerja.. Ya Allah, sesungguhnya masa itu adalah makhlukMu, maka Kau kurniakanlah nikmat masa kepadaku. Alhamdulillah, dalam tempoh2 busy ni, akoo masih tetap dapat banyak ilmu dari beberapa golongan.

Sebelum itu, rasanya belum terlewat untuk akoo mempromosikan Ekspo Perubatan Islam Malaysia(EPISMA'08) yang dianjurkan oleh Persatuan Siswa/i Islam Perubatan Universiti Malaya(PSIPUM), bermula pada 24/7 ini bersama Pelancaran Tabung Dapur Untuk Darfur.. Banyak program2 ilmiah yang ada dalam EPISMA ni, antaranya 25/7= Ceramah Perdana dari Dr Danial Zainal Abidin, 26/7= Simposium Perubatan Islam, Forum Perdana Episma tentang Islamic Medical Practice, 27/7= ada Pertandingan Suara Ibnu Sina(PERSIS)... Jadi, jemputlah datang ramai2 ek...

Berbalik kepada tajuk tulisanku pada kali ini, akoo agak tersentuh apabila ditegur oleh seorang pejuang agama yang agak kuhormati, di mana katanya, "KITA PERLU MENJADI KEPALA..".. Ya, akoo sudah terangkan kepada semua bahawa dalam banyak2 bahagian badan manusia, kepalalah yang paling complicated. Di mana, kepalalah yang memberi arahan kepada organ2 lain untuk membuat sesuatu pekerjaan. Tetapi, fungsi kepala ini tidak akan sempurna sekiranya ada obstruction dalam sistem penghataran maklumat tersebut atau kalau organ efektor tidak mahu mengikut arahan... Subhanallah.... Cantiknya ciptaan Allah ni!!! Memang benarlah manusia itu sebaik2 kejadian.....


Bagi memastikan fungsi badan berjalan lancar, kepala tidak perlu melakukan semua kerja. Tetapi, kepala perlu melihat apakah kehendak semasa badan dan arahkan organ efektor untuk melakukannya. Jadi, samalah seperti kita sebagai PEMIMPIN. Kita tidak perlu melakukan semua kerja, tetapi pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang mampu memastikan anak2 buahnya menjalankan kerja mengikut kehendak semasa.


Memang benar apa yang dikata. Aku perlu menjadi pemimpin. Tetapi, situasi sekarang macam ada sesuatu yang menSLOWkan aku untuk berbuat demikian. Aku cukup tidak suka dengan diriku sekarang. "Ya Allah, Kau lapangkanlah hatiku ini dan jadikanlah ia membara untuk meneruskan perjuangan dalam menegakkan agamaMu..."

Friday, July 11, 2008

::orientasi??::

rasa macam dah lama xmenulis... biasalah, bila dah duduk kat kampus ni kan... macam2 kerja kena buat... Ya Allah... Janganlah Kau sibukkan aku dengan duniawi sehingga aku lupa tugasku dalam menegakkan agamaMu..

Selama aku tak menulis ni, banyak juga isu2 yang seronok dibahaskan. Antaranya isu Bala yang menarik balik sumpahnya tentang kaitan Najib dan Altantuya. Tidak perlulah aku berburuk sangka, tetapi, memang tindakannya untuk menghilangkan diri bersama keluarganya sangat mencurigakan aku. Walaubagaimanapun, tidak perlu kita membuat kesimpulan secara membabi buta kerana selagi mana benda itu belum betul2 sahih, lebih baik kita bersangka baik. Tetapi, husnuzon2 juga, pada masa yang sama, kita juga perlu berwaspada.

Isu lainnya pula ialah isu PROTES yang mengakibatkan program itu di"protes". Tidak salah untuk berhibur dalam Islam. Tetapi, sekiranya badan yang ingin menegakkan Islam itu sendiri yang membenarkan perkara sedemikian berlaku(hiburan yang tidak syar'i), agak menyakitkan hati aku sendiri. Dan, pada pendapatku juga, jika benar ingin berdemostrasi, kenapa hiburan itu mesti berbentuk demikian??? Disebabkan hiburan itu, PROTES tersebut telah hilang fokus, orang datang bukan untuk menegakkan yang haq, sebaliknya mengamalkan perkara mungkar. Diharap apa yang telah berlaku ini akan menjadi iktibar buat PAS sendiri yang ingin menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Itu isu nasional, ayuh kita masuk ke alam kampus. Aku ingin berkongsi tentang suasana yang berlaku di Kolej Enam UM yang mana kebanyakannya adalah pelajar medic. Apa yang berlaku di sini, senior2 mula oriented budak2 first year yang baru masuk. Apabila pelajar first year berjumpa dengan senior, mereka perlu "greet" dengan ayat2 yang menjatuhkan maruah sendiri, mereka tidak boleh memandang wajah senior(look down) dan kalau mereka melaporkan perkara ini kepada pihak atasan, mereka akan dimomokkan bahawa mereka tidak akan mendapat "buddy line".

Aku pernah bertanya kepada senior2 yang fikrah Islamnya bagiku sudah "jelas", kenapa tradisi2 sebegini perlu diteruskan? Why not just amalkan Islam, Islam dah ajar kita hormati yang tua, sayangi yang muda. Budaya salam hendaklah disebarkan, tidak perlu penambahan kepada salam tersebut. Tetapi, apa katanya, kita mungkin faham benda ni, tetapi bukan semua orang faham macam kita, jadi, senior2 fikir inilah method yang paling baik untuk merapatkan senior dengan junior. Aku xmampu berkata apa2 bila mana orang yang faham Islam itu sendiri berkata demikian, aku hanya mampu berhusnuzon.

Tetapi, pesanku buat senior2, Ya... mungkin bagi anda inilah yang merapatkan hubungan antara korang dengan junior. Tetapi, sedarlah, bila mana junior2 tidak meredhai apa yang telah anda lakukan kepadanya, nak wat camne beb?? Bila mana berkaitan dengan orang lain, jika kita ingin bertaubat, kita perlu cari orang tersebut dan settle ngan dia. Jadi, fikir2kanlah sebelum nasi dah jadi bubur. Kemudian, aku nampak, senior2 tidak mementingkan waktu solat junior, kenapa junior tidak turun ke surau tidak dimarah, tapi, kalau junior lawan sket, marah cam nak gile??? Ada juga senior Islam yang masih lagi melalak masa azan Maghrib tengah berkumandang. Apa barang ni beb!!!

Kesimpulannya, bukanlah aku menolak orientation ini 100%, tetapi bila mana ia dilakukan tidak berlandaskan Islam, maka itu yang menjadi masalahnya. Kembalilah kepada Islam wahai seluruh ummat Islam. Janganlah kita hanya mengambil setengah dan menolak yang lain. Bertaubatlah!! Selagi mana nikmat nyawa masih dikurniakan kepada kita.

Sunday, July 6, 2008

::apa kata.....::

salam ibadah kepada sesiapa yang sempat membuka blog ini, aku ingin mengajak sesuatu. Apa kata, bagi sesiapa yang kurang istiqamah dengan bacaan Al Quran, kita mulakan bacaan setiap kali selepas solat, satu helai. Dalam 2 hari, kita dah boleh habiskan satu juzuk jika dibuat dengan istiqamah. Ini dapat melatih diri bagi bertemu dengan bulan Ramadhan kelak. Ya, kalau kita perhatikan, ramai apabila tiba bulan Ramadhan, semangat untuk mengkhatamkan Al Quran, namun tidak berjaya kerana ia hanyalah hangat2 taik ayam. Kalau kita istiqamahkan amalan ini, insyaAllah, di bulan Ramadhan nanti, situasi tadi tidak berlaku. Bukanlah kata aku ingin target kepada pembacaan Al Quran tanpa menghayatinya. Bagi sesiapa yang telah istiqamah dengan amalan ini, kita tingkatkan lagi kepada cuba hayati 5 ayat setiap kali bacaan. Dalam dalam 10 hari, kita sudah dapat menghayati 250 ayat. Dan bagi siapa yang telah mula menghayati isi kandungan Al Quran, aku cadangkan ayuh kita cuba amalkan setiap ayat yang kita hayati. Kerana apa? Sabda Rasulullah, "hisablah diri kamu sebelum dihisabkan..."

Dan ingatlah, mampukah kita menjawab mungkar nakir nanti "siapa imam kamu???" bila mana Al Quran masih belum dijadikan panduan dalam hidup kita??? Bagiku, jika sekadar ini bacaan Al Quranku sekarang, sudah tentu tidak! Namun, masih belum terlambat untuk berubah. Biarlah yang lepas jadikan teladan, yang penting, HARI INI. Jika kita mahu masa depan kita cerah, maka HARI INIlah penentunya. Salam PERUBAHAN dari diriku untuk semua ummat Islam.

Saturday, July 5, 2008

::sudah sampai seruan untukku berperang!!::

Nampaknya, sudah lebih kurang seminggu aku berada di negeri tercinta ni. Seruan perang sudah berkumandang. (peh.. ayat.. bleh jadi penulis novel ni..). Mungkin selepas ini, aku tidak mampu memberi komitmen sebegini dalam medan dakwahku di alam maya ini kerana isu wireless dan sibuk berperang. Tapi, insyaAllah, perjuangan di medan ini juga tidak akan aku lupa.


Pada hari ini aku ingin menyentuh isu Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA). Sudah lama orang berbicara tentang isu ini. Dan bagiku, (mungkin ada salahnya), ISA merupakan satu badan yang cukup KEJAM. Bukan aku tidak berhusnuzon dengan ISA, tetapi melihat keadaan2 yang berlaku kepada tahanan2 ISA membuatkan kepercayaanku terhadap badan ini terus pudar. Apakejadahnya badan ini sebenarnya? Untuk menjaga keselamatan negara? Terima ludahan dari aku. Ptuih!!! Keselamatan apekebendenye beb... Nak menjahanamkan kehidupan orang lain ada la...(Astaghfirullah... maafkan aku jika terlalu emosi).


Kenapa aku jadi begini? Kerana aku seperti tidak tahan melihat perlakuan badan ini kepada tahanan2 mereka. Isu terbaru, di mana seorang tahanan ISA, yang ditahan selama 7 tahun tanpa bicara, Shahrial Sirin, dilengah2kan daripada menziarah anaknya yang dalam keadaan koma, sehingga akhir sekali, anak itu hanya sempat ditemuinya apabila sudah kembali ke rahmatullah. Sekali lagi aku ungkapkan, badan ini sepatutnya dikaji rasionalnya. Ya, jika anda masih ingat, kes Anwar yang dipukul hingga lebam2 juga adalah antara angkara perbuatan badan ini. Dan akhir sekali, isu ini berakhir apabila Anwar disabitkan tidak bersalah.(hampeh x??? Dah pukul sampai lebam, pastu, disabitkan xbersalah.. aduh.. sakit ati)


Ya Allah, berikanlah petunjukMu kepadaku jika badan ini benar, tetapi, JIKA BADAN INI MEMANG TIDAK BERHATI PERUT, KAU BERILAH PENGAJARAN KEPADA MEREKA YA ALLAH. Aku tidak meminta Kau menurunkan bala ke atas mereka, tetapi buatlah apa yang Engkau rasa terbaik untuk mereka. Amin......

Friday, July 4, 2008

::alhamdulillah... dah masok rejab akhirnya::

Saat yang ditunggu2 sudah tiba. Period ini dikenali dengan zon peningkatan ibadah. Alhamdulillah, syukur sangat2. Allah kurniakan kita nikmat untuk bertemu lagi bulan yang dikenali dengan nama Bulan Allah ini. Jadi, aku ingin mengajak semua, ayuh sama kita tingkatkan amalan kita bermula sekarang, sebagai persediaan untuk mengahadapi ramadhan yang bakal tiba.

Perlu diingatkan juga, peristiwa isra' dan mi'raj juga merupakan salah satu tarikh penting dalam bulan ini. Bukan sekadar ingat tarikh dia saja, tapi pengajaran di sebaliknya. Aku ambil satu sahaja, yang lain, kita sembang nanti hari isra' mi'raj nanti. Salah satunya ialah Allah HADIAHkan kita solat lima waktu. Kenapa saya menggunakan perkataan HADIAH di sini? Kerana Allah telah mengajar kita "cara berterima kasih kepadaNya".

Dalam satu ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkaitan dengan beriman kepada hari akhirat, beliau ada berkata, solat adalah salah satu tanda terima kasih kita kepada Allah. Manusia perlu berterima kasih kepada Allah kerana telah mengurniakan pelbagai nikmat seperti udara yang kita sedut semasa bernafas. Cuba kita hitung, berapa bilion liter udara dah kita sedut selama kita hidup di dunia ini?? Siapa yang mengurniakan itu semua kalau bukan Allah Taala. Alhamdulillah... Jadi, manusia ni, kalau xdiajar, xtahu cara nak buat, jadi Allah hadiahkan sembahyang kepada kita sebagai tanda kita berterima kasih kepadanNya.

Sebenarnya, sifat berterima kasih dengan pemberian orang lain adalah FITRAH MANUSIA. Ya, cuba anda memberi gula2 kepada kanak2, paling koman dia akan membalas dengan senyuman tanda terima kasih kepada anda. Itu hal kanank2 yang masih belum dapat membezakan yang mana haq dan batil. Inikan pula kita yang sudah baligh, kalau Allah dah kurniakan macam2 kat kita, jadi apa yang kita kena buat? Lu pikirlah sendiri.....

Thursday, July 3, 2008

::sambung mengenal diri sendiri::



Perkongsian kali ini pasal anatomi tubuh kita. Sepanjang setahun aku belajar anatomi ni, dapat aku simpulkan bahawa, dalam banyak2 bahagian badan kita:~
  • bahagian abdomen(bawah dada sampai tempat "ehem2")lah yang paling banyak organ
  • bahagian head and neck pula adalah bahagian yang paling kompleks kerana ia berkaitan dengan otak
  • bahagian thorax(dada) pula mempunyai 2 organ yang sangat penting untuk manusia, jantung n paru2.
  • bahagian upper limb(tangan) dan lower limb(kaki) pula, strukturnya lebih kepada tujuan pergerakan.

Sabda Rasulullah S.A.W., "Perut adalah punca pelbagai penyakit"...

Setelah mempelajari ilmu medic ni, baru aku dapat menghayati maksud sebenar hadis ni. Ya, seperti yang dah disimpulkan kat atas, abdomen merupakan bahagian yang paling banyak organ dan perut merupakan salah satu organnya. Tahukah anda, jika berlaku kanser di satu2 tempat, ia boleh merebak ke organ2 lain. Jadi, kalau kanser itu berlaku di perut, maka probability untuk merebak ke organ lain sangat tinggi kerana byk organ terdapat di situ.


Baiklah, mari kita kaji lagi, perut ini berkait dengan apa? Tepat sekali, sudah tentu berkait dengan MAKANAN. Ya, disebabkan makanan yang kita makanlah,banyak penyakit yang bakal Allah timpa ke atas kita. Jadi, amalkanlah sunnah Rasulullah S.A.W., seperti makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, makan pakai 3 jari, pakai tangan kanan, dan jangan lupa:~ Bismillah. Seperti yang selalu aku tulis, percayalah, walaupun masih tidak dapat dikaji sekarang, tapi sunnah2 ini memang ada kebaikan untuk kita. Sebagai contoh, Rasulullah tidak menggemari masakan panas. Apa rasionalnya?? Tahukah anda, antara kanser yang selalu menimpa manusia terutama golongan Chinese ialah esophageal cancer. Di mana kanser ini didapati kerana selalu makan masakan yang panas sehingga boleh menyebabkan kanser dalam esophagus kita. Jadi, satu sunnah sudah aku buktikan kebaikannya, yang lain tu, ada, tapi, kongsi lain kali. Yang aku minta, yakinlah dengan Islam, nescaya anda akan selamat!!

Wednesday, July 2, 2008

::ayuh berhusnuzon::


Aku kira, agak terlambat aku respon pasal isu ini, cuma, aku ingin melihat perkembangan isu ini sebelum memberi apa2 komen. Isu apa? Isu Anwar sekali lagi dituduh liwat. Bagiku, isu ini sangat menyakitkan hati, kerana setelah dipenjara bertahun, bila keluar, kuar plak statement mamat ni, dengan slumber, "Anwar xwat salah apa pon". Sakit hati bila mendengar. Tapi, itulah yang berlaku dalam situasi politik yang tidak mengambil Islam sepenuhnya.

Aku tidak tahu kesahihan berita bahawa isu ini ada berkaitan dengan Najib, dan bagiku, aku hanya mengambil berita itu sebagai halwa telinga. Jangan mudah percaya dengan berita2 sebegini. Aku sangat2 tidak suka mereka yang suka menuduh tanpa bukti yang sahih. Berhati2lah kita bila menyebarkan maklumat. Takut2 apa yang disebarkan itu adalah FITNAH.

"....Dan fitnah itu lebuh teruk daripada membunuh...." (Al-Baqarah:191)

Semua orang tahu pasal ayat ini, tetapi, masih tetap tidak ada perasaan gerun dalam hatinya untuk menghindari fitnah ini. Sedarlah, Allah memberi status fitnah itu lebih teruk daripada membunuh, maknanya, antara pembunuh upahan dengan pemfitnah upahan, sudah tentu pemfitnah upahan yang lebih teruk. Bunuh ni bukan mende main2 beb. Jika mengikut hukum Qisas, jika kita membunuh, maka hendaklah dibalas dengan bunuh, atau jika keluarga si mangsa memaafkan kita, kena la bayar denda(minta maaf, terlupa apa denda dia, kalau xsilap, kena tanggung sara hidup keluarga si mati). Bunuh ni melibatkan nyawa seseorang. Jika anda takut untuk jadi pembunuh, jadi anda seharusnya lebih takut untuk jadi PEMFITNAH!!


Jadi, bagiku, akhir zaman ini, media merupakan bapa segala pemfitnah. Media hanya mahu mempamerkan apa yang dikatakan HOT untuk tontonan ramai dan ada media yang dijadikan bahan politik kotor. Jadi, sedarlah wahai golongan media, jangan atas sebab tulisan dan paparan anda mengenai sesuatu isu, azab kubur menanti anda. Jadi, bagi sesiapa yang ingin menjaga diri di akhir zaman ini daripada menyebarkan fitnah, ayuh sama2 kita amalkan budaya husnuzon(bersangka baik) bagi berita2 yang belum pasti kesahihannya.


Tuesday, July 1, 2008

::perlukah aku menulis pasal Euro 2008??::


Ada ke tanya orang perlu ke aku menulis.... Apa barang la aku ni kan... Sebenarnya, memang aku adalah antara golongan2 yang KAKI BANGKU. Pape sport yang ada kaitan ngan kaki, memang CANNOT GO beb... Entah la... Disadvantage ini membuatkan aku agak kurang bersukan, kerana di sekolahku dulu, barang siapa yang xpandai main bola atau rugby dianggap MAT PERAM a.k.a XRETI BERSUKAN. Tension gak rr bila dilabelkan sedemikian, walhal, kalau sport2 seperti bola tampar, basketball ke, badminton ke, hatta main guli sendiri, memang agak enjoy aku bermain. Baiklah, cukup2. Ngaku jela ko xpandai bersukan kem...


Melihat kepada perlawanan akhir Euro 2008,(aku tengok final je), sedikit analisis dapat kubuat. Antaranya, gol yang dijaringkan oleh Spain, daripada Torres bagiku hanyalah nasib sahaja dan memang tidak puas bagi perlawanan di bawah kategori Final Euro 2008 hanya berakhir dengan gol yang sebegitu. Namun, dari segi permainan, memang Spain menguasai permainan. Germany nampak kucar kacir setelah gol mereka berjaya ditembus. (fulamak.. boleh jadi penganalisis sukan ni).


Namun, tujuan penulisanku kali ini bukanlah untuk menganalisi match tersebut, tetapi, pernah x anda mendengar bahawa antara rancangan Yahudi laknatullah untuk menghapuskan Islam ialah dengan sukan? Walaupun tidak tahu kesahihan tentang kenyataan ini, tetapi melihat effect daripada sukan itu sendiri dapat kulihat bahawa MEREKA TELAH BERJAYA. Ya, jika ingin bersukan, memakai pakaian yang menutup aurat bagi sesetengah orang membuatkan mereka tidak selesa dan ketinggalan zaman. Kemudian, kita sanggup menghabiskan masa kita yang berharga untuk menonton sukan2 yang dikatakan terkenal di dunia ini. Dengan sukan juga, wujud perkara yang diharamkan Allah, iaitu PERJUDIAN. Ya, mungkin kita tidak sedar. Tetapi, pengalamanku di sekolah dahulu, ada sahaja perlawanan bola, ajak bet. Mungkin bet itu hanya belanja makan di kantin, tetapi kerana perkara itu telah menjadi BIASA, maka pelajar2 tidak sedar bahawa yang mereka lakukan itu adalah PERJUDIAN. Nauzubillah.

Tetapi, jika yahudi menggunakannya untuk menghancurkan Islam dan jika sukan telah sebati dengan hidup ummat Islam, ayuh pejuang agama sekalian, kita gunakan sukan untuk dakwah Islam. Ya, apa yang aku nampak, jika sukan berjaya menjauhkan ummat Islam dengan Islam itu sendiri, sukan juga mampu mendekatkan ummat Islam dengan Islam. Buktinya? Sukan boleh dijadikan usrah, sukan boleh mengeratkan ukhuwah malah sukan juga boleh dijadikan medan dakwah bil hal(dengan cara memakai pakaian menutup aurat). Jika Micheal Ballack, orang bukan Islam bermain bola secara kasar, jika mampu, ummat Islam boleh turut menceburi bidang ini dan menunjukkan akhlak yang baik dalam permainan ini. Tunjukkan bahawa, kita bermain, bukanlah untuk kemenangan semata2, tetapi untuk mencari redha Allah S.W.T. Jadi, cabaranku buat golongan2 yang bukan kaki bangku sepertiku, teruskan bersukan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi tetapi, dengan syarat ANDA MEMPAMERKAN APA YANG SEORANG ISLAM PATUT LAKUKAN.