Recent Posts

Tuesday, January 13, 2009

::bukan sekadar LOGIK::


"Untuk pengetahuan korang, statistik kes thalassemia di Singapore xde langsung. Nak tahu sebab apa? Sebab diorang buat test dulu, kalau suami isteri tu adalah carrier, dan anak diorang confirm dapat thalassemia, kerajaan meWAJIBkan semua gugurkan anak", explain seorang budak chinese dalam groupku.

"La.... mana boleh macam tu. Kena la tanya parents dia, dia sanggup ke x nak gugurkan anak. Ada ke paksa2 orang nak gugurkan anak." balas seorang budak India yang amat kuat dengan Kristiannya.

Menarik! Manusia ni memang menarik. Dan kes Singapore ni juga menarik. Di mana, mereka HANYA menggunakan akal untuk semua benda. Pemikiran mereka sangat KRITIKAL kerana mereka menggunakan akal sepenuhnya.

Namun, memang kita sepatutnya menggunakan akal semaksimum mungkin, namun kita harus ingat, Islam mengajar kita supaya berpegang kepada satu lagi dalil; DALIL NAQLI iaitu Al Quran dan As Sunnah. Kerana apa? Kerana Al Quran itu ialah Kalam Allah. Firman Allah ini jika difikir secara mendalam, semuanya memberikan manfaat kepada kita. Ini kerana Allah adalah engineer kepada manusia. Jadi, Dia dah menyediakan manual kepada kita untuk diguna pakai, iaitu Al Quran.

Jika manusia mula merasakan diri mereka hebat, mereka hebat berfikir, semua masalah dapat disetelkan dengan pemikiran mereka.... sebenarnya, mereka SILAP BESAR.

"Dulu, di Singapore, mereka hadkan satu family 2 orang anak je. Pastu, diorang cakap, orang yang graduate belajar universiti berhak kahwin dengan orang yang graduate universiti juga. Ni bagi memastikan IQ anak yang dilahirkan sama atau lebih hebat dari parents mereka. Saya, parents saya xlepas sekolah rendah pon, tapi boleh lahir saya yang habis PhD seperti sekarang. Dan, untuk pengetahuan semua, sekarang ni Singapore tengah pening, sebab dulu diorang hadkan anak dalam family, sekarang, diorang dah kurang pemuda dan orang tua terlebih2 pula." terang tutorku, seorang Chinese yang juga kuat dengan Kristiannya.


Jadi, rasanya kesimpulannya sudah dapat diteka. Orang Kristian sendiri percaya bahawa perkara ini bukan sekadar logik. Apatah lagi kita, ummat Islam, yang WAJIB yakin bahawa Allah pengatur alam ini. Namun, bukan bermakna Islam menyekat ummatnya berfikir, berfikirlah dan gunalah akal semaksimum mungkin, namun harus diingat, BERFIKIR BUKAN SEKADAR LOGIK~

0 comments: