Recent Posts

Thursday, January 1, 2009

::"bukan senang" rupanya....::

"ummi, kak ngoh bilo nok nikoh?"
"tunggu la 2 3 tahun lagi.."
"suruh dio nikoh cepat sket rrr... boleh ore menyusuri... hehe..."
"bakpo? nok nikoh doh ko? belajar wi abih dulu..."

................... itulah jawapan ummi... pasrah.... xpe, fokus belajar beb!!! hehe...

Seronok rasanya hidup ini bila mengambil prinsip KITA HIDUP UNTUK BELAJAR! Terasa banyak perkara yang Allah ajar setiap detik melalui hidup ni. Balik kampung kali ni juga rasa syok. Sebab kali ni, dapat meneliti keadaan dan masalah family. Sebab itulah datangnya idea tajuk artikel ni "bukan senang" rupanya.............. berkeluarga ni.

Biasalah, jiwa muda. Tengok sana, kawan dah ada couple. Tengok sana, ada yang dah bertunang. Tengok frenster, ada yang dah kawen beb. Jiwa sape xberkocak. Terasa jugak nak berpunya. Namun, dialog di atas dah memberikan jawapan.

Namun, rupa2nya Allah dah memberikan jawapan kepadaku semasa cuti kali ni. Dia melihatkan akoo bahawa, berkeluarga bukanlah semudah yang akoo sangka sebelum ni. Fuh... Tengok je parents sendiri handle family, akoo rasa, akoo masih belum mampu berada di tempat diorang. Anak ni perangai macam ni, anak ni malas belajar, yang ni suka keluar malam, yang ni cita2 nak masuk AF, yang ni camni, yang ni camtu... Tu baru anak2, memandangkan parents ada pekerja sendiri, pekerja2 pulak ada ragam masing2.

Setelah meneliti perkara ini, hati akoo berkata, "ummiku memang memahamiku". Ya ummi, doakan anakmu ini cepat matang ya... hehe... "Ada hikmah rupanya akoo masih belum dibenarkan....."

Orang Palestin sedang teruk diserang, akoo masih relax melayan perasaan. Astaghfirullah..... Akhir kata, sama2lah amalkan Qunut Nazilah sekurang2nya sekali sehari. Bayangkan Allah hancurkan Zionis laknatullah itu!!!

0 comments: