Recent Posts

Tuesday, February 24, 2009

::"beramallah dengan Islam, nescaya kamu akan sihat"::


"Awak rasa macam mana nak hindarkan kanser cervix ni, selain ada vaccine sekarang? Vaccine tu pon xdibuktikan 100% dapat menghindarkan kanser tersebut" tanya tutor.

"Kena cari bini yang betul2 boleh dipercayai, supaya dia xada multiple partner(xbertukar2 pasangan)." jawab seorang pelajar cina. Semua tergelak.

"Bukan tu saja, pompuan pun kena pastikan suami dia setia dan xmain ngan pompuan lain." jawab seorang pelajar India pula. Keadaan makin meriah.

Setiap kali akoo menjalani sesi PBL(Problem Based Learning) di fakultiku, ada saja kata2 dari sahabat2 non muslim termasuk pensyarah sendiri yang membuatkan akoo berfikir. Sehinggakan akoo selalu berkata dalam hati apabila mereka seperti keliru tentang sesuatu fakta, "Sebenarnya, apa yang mereka sedang cari itu ialah Islam."

Percayalah, apabila anda mendalami ilmu perubatan ini, anda akan lihat betapa cantiknya "din" yang diturunkan oleh Allah Taala ini. Memang itulah manual untuk manusia. Jika tidak mengikutnya, maka timbullah pelbagai masalah. Seperti dalam kes kanser cervix(cervical cancer), banyak kes yang berlaku kerana perbuatan bertukar2 pasangan. Dan hal ini memang dilarang dalam Islam, bahkan barang sesiapa yang berzina selepas berkahwin dalam Islam, layak direjam sampai mati.


Ya. Manusia sekarang seperti sedang mencari penyelesaian untuk pelbagai masalah yang timbul. Namun, ramai yang tidak nampak, bahawa penyelesaian bagi segala masalah itu adalah kembali kepada Islam. Orang pernah pening tentang soal ubat batuk yang dijual oleh doktor2 secara berlebihan, termasuk dalam botol besar. Jadi, mereka mengambil penyelesaian, mempaketkan ubat batuk dalam botol2 kecil sebanyak 16ml sahaja. Apa kesannya, memang betul masalah penjualan ubat batuk secara haram itu dapat dikurangkan, namun, harga ubat pula melambung. Mana taknya, satu botol, perlu dilekat sticker, kos botol plastik lagi. Kan dah bertambah kosnya.

Jadi? Makna kata di sini, sebenarnya penyelesaiannya ialah kembali kepada Islam. Jika manusia benar2 melaksanakan Islam, kita tidak perlu bimbang soal orang yang tidak amanah menjual ubat batuk secara haram. Kerana mereka yakin, walaupun orang xnampak, tapi Allah Maha Melihat.

Namun, cakap memang senang. Ke arah nak memahamkan orang kepada Islam itu bukan mudah. Dan, HIDAYAH ITU TETAP MILIK ALLAH. Ramai pensyarah2ku yang sedar akan hal ini, namun, mereka masih tidak dapat menerima Islam. Tapi, apa yang penting, kita mesti cuba menyampaikan, diorang mahu terima atau tidak, itu bukan kerja kita, tetapi kerja SI DIA!

"BERAMALLAH DENGAN ISLAM, NESCAYA KAMU AKAN SIHAT"
~doktorbonot~

Monday, February 23, 2009

::adakah kita harus MEMBUNUH masa muda?::


"Weh! Ko nak ikut gi Genting?"
"Sori rrr... akoo ada keje sket."


"Jom rrr gi Sunway Lagoon sekali. Alah saja syok2 gi ramai2 ngan kengkawan."
"Akoo pikir dulu. Sebab ade keje xsetel lagi ni."
Akhirnya, xpegi jugak. :(

..............Akoo melayan..............
Agak sedih bila mana terkenang diri sekarang. Dah xleh jadi macam orang lain. Kalo buleh, nak gak keluar ngan kengkawan, ramai2 gi berkelah ke, mandi sungai ke, baru ada LIFE budak sekarang cakap. Tapi, komitmen kerja yang bertimbun ditambah dengan result exam yang hampeh giler menyebabkan banyak benda tersekat. Sekali sekala, terfikir juga, adakah akoo sedang memBUNUH masa muda akoo?

..........Namun........
Bila mana bersama dengan sahabat2 seperjuangan, terasa macam bersalah sangat2 bila mana terlalu melayan perasaan. Akoo banyak kerja? Haha... Banyak la sangat.. Sampai buleh tidur siang kan? Ada sahabat akoo yang balik rumah pukul 2 3 pagi, dan esoknya terpaksa ke kelas pukul 8 pagi. Tapi, mereka tetap gagah meneruskan perjuangan tanpa mengeluh sedikit pun.

Astaghfirullah!!! Kat mana la level akoo berbanding pejuang2 agamaMu yang benar2 ingin melihat Islam ini tertegak.

...............Akoo perlu kembali............
Sebenarnya, kita tidak membunuh masa muda kita. Tetapi sedang menggunakan masa muda kita dengan cara yang sebetulnya. Gunakan semangat yang berkobar2 bukan untuk berhibur semata2, tetapi untuk melihat Islam tertegak. Itulah orang muda! Namun, bukanlah maknanya terus menolak hiburan 100%, sekali sekala, perlu juga bersama kengkawan layan DUNIA sket. Haha! Namun, kerja Islam perlu diutamakan. Keadaan ummat ini sudah parah, adakah akoo punya BANYAK MASA untuk berhibur??!!

Jadi, jangan halang akoo! Biarlah akoo menggunakan masa muda akoo dengan cara akoo!

"Jika ISlam diumpamakan seperti rumah usang yang hampir roboh, akanku merantau ke seluruh pelosok dunia untuk mencari JIWA2 MUDA. Akoo tidak mahukan dengan ramainya bilangan mereka. Yang akoo mahukan ialah hati2 yang ikhlas untuk menegakkan Islam. Jika akoo menjumpai mereka, maka akanku ubah rumah usang yang hampir roboh itu kepada sebuah bangunan yang tersergam indah!"
Asy-Syahid Hasan Al Banna

"kita ni orang muda, so, jadilah orang muda. Jangan jadi macam orang tua."
(Kata2 keramat naqib akoo semasa di PASUM)

Friday, February 13, 2009

::kita hanya MERANCANG..... yang menentukan?::

(kontrovesi siot letak gambar ni.. Haha! Lantak.. lagi kontrovesi, lagi akoo suka)

Dari Ibnu Rajab Al Hanbali, Nabi SAW bersabda:

"Tidak ada masalah bagi kamu jika kamu tidak melakukan 'AZL.(menarik kemaluan sebelum proses ejekulasi berlaku untuk mengelak kehamilan). Sesunggunya tidak ada jiwa yang akan lahir melainkan Allah akan menciptanya."

Apa itu contraceptive? Atau bahasa mudah fahamnya.. "PIL PERANCANG!".

Ramai yang akan tersenyum bila mana ada lecture berkaitan dengan pil ini. Ada yang rancak berborak dengan rakan sebelah berbincang tentang pil ini seperti sudah pernah menggunakannya (jangan marah ya.. ayat provokasi sikit), malah ada yang berkerut muka tanda tidak setuju dengan kegunaan pil tersebut.

Namun, apa kata kita?

Baiklah, di sini akoo ingin mengajak sekalian pembaca berfikir tentang pil perancang ini. Persoalan yang akan keluar bila mana membicarakan soal ini, ADAKAH ISLAM MENGHALALKAN PIL PERANCANG INI? Akoo tidak mahu mengemukakan jawapan, itu boleh dikira sebagai assignment buat semua pembaca untuk mengkaji dan bertanya kepada orang yang sepatutnya.

Namun, sukalah kiranya akoo mengambil kata2 dari seorang pensyarah Medical Microbiology(MMB) tentang pil perancang ini. Beliau mengatakan bahawa mengandung ni kita memang tak boleh halang 100%. Kalau betul betul tak mahu mengandung, caranya ialah "abstinence" atau elakkan melakukan hubungan sulit langsung. Itu sahaja caranya. Pil perancang ke, kondom ke, banyak kita dengar kes yang mana pihak wanita tetap mengandung.

Jadi, apa yang kita boleh belajar tentang kata kata ini? Bagi penulis, ucapan pensyarah itu ada unsur Islam di dalamnya. Perasan atau tidak, sebenarnya, kurniaan zuriat itu adalah KEKUASAAN ALLAH TAALA. Manusia tidak mampu berbuat apa apa tentang ini. Ada yang sangat menginginkan anak, puas mencuba pelbagai cara dan ubat, namun tidak juga berjaya. Namun, ada pula yang cuba mengelakkan dari mendapat anak, tetapi tak dapat nak elakkan perkara tersebut daripada berlaku. Fahamnya apa? Akhirnya, manusia terpaksa akur bahawa ADA SATU KUASA YANG MENGATURKAN PERKARA INI.

Mereka yang tidak percaya bahawa wujudnya Allah sebagai pentadbir alam ini, tidak akan berupaya mendapat jawapan ini, malah mereka akan sentiasa pening dan mencari macam mana perkara itu berlaku. Alhamdulillah. Kita tidak digolongkan dalam golongan tersebut. Jadi, peliharalah aqidah ini dengan sebaiknya, jangan biar ia dicemari oleh fahaman syirik.

Jadi, bila mana kita yakin bahawa Allah Taala yang mengurniakan zuriat kepada kita, persoalan tentang perkara ini dapat dijawab. Yang pentingnya, apa yang perlu dipegang, "apa apa ubat, contraceptive ke hanya satu WASILAH(perantaraan), bukan ubat itu yang menyembuhkan kita, bukan contraceptive itu yang menghalang kita dari mengandung, tetapi Allah Taala yang menentukan segala galanya."

Thursday, February 12, 2009

::Analogi: Ilmu yang jarang diperoleh::


"Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. Bersama kesusahan itu ada kesenangan."

Satu lagi ayat Allah SWT yang perlu dijadikan motivasi oleh ummat Islam. Satu persoalan yang boleh dikeluarkan dari 2 ayat ini ialah "Kenapa Allah Taala ulang 2 kali benda yang sama? Nak yakinkan kita? Sebab kita selalu putus asa? FIkir2kanlah....

Jika diteliti semua ayat dalam Al-Quran, maksudnya sangat mendalam. Dan sangat bertepatan dengan kehidupan kita. Kerana ia adalah kata2 Allah kepada hambaNya. Bila ia dikatakan "Kalam Allah", maknanya ada SESUATU yang sangat special tentang semua ayat itu jika diteliti dengan baik. Cuma, ia terletak pada kita ummat Islam. Sejauh mana kita menjadikannya sebagai Imam kita? Ke sudah ta'sub dengan teori2 Barat? Bukanlah bermakna akoo ingin menolak teori Barat, namun, jika kita terlalu bergantung kepada teori mereka tanpa cuba mengaitkannya dengan Al Quran, sampai tidak menjadikan Al Quran ini sebagai panduan, KITA TELAH TERTIPU!

Rabu lepas, akoo ke satu kuliah hadis di surau kolej. Ada satu cerita yang sangat mengkagumkan akoo. Di mana, ustaz yang menyampaikan kuliah tersebut membuat satu analogi berkaitan BENDA YANG KITA AULAKAN(DAHULUKAN).

Kata beliau,

"Ibadah ni manusia xpentingkan dia. Sebab tulah pape hal, diorang lebih pentingkan mende lain daripada ibadah. Baiklah, cakap pasal penting xpenting. CUBA KITA AMIK CONTOH PERGI TANDAS. Pergi tandas ni tuan2 sekalian, kita sangat utamakannya. Yelah, kalo ada PANGGILAN DARI TANDAS, kalau tengah belajar pun kita tinggal, hatta kalau kita tidur pun, kita sanggup bangun, kalau takut sangat nak pegi, SANGGUP KEJUT KAWAN UNTUK TEMANKAN. Lihatlah macam mana kita pentingkan pergi tandas tu. Jika kita mampu jadikan ibadah kepada Allah ini seperti pergi ke tandas itu, kita akan jadi seseorang yang mementingkan ibadah"


Mantap! Akoo sangat kagum dengan orang yang Allah kurniakannya ilmu analogi ni. Dengan analogi, kita mampu menerangkan benda yang susah menjadi sesuatu yang senang difahami oleh orang lain. Jika kita lihat, banyak pendakwah2 hebat seperti Nik Aziz cukup pakar dalam membuat analogi. Dalam debate(perbahasan) sendiri, apabila seseorang itu dapat membuat analogi dalam hujahnya, orang akan mula mengeluarkan perkataan "Fuyyooo!!!".


Jadi, buat semua Dai'e yang ingin menegakkan agama Allah sekalian, jom belajar ilmu analogi!


Wednesday, February 11, 2009

::kita jauh ketinggalan...::


"Kami jadikan mati dan hidup di dunia itu untuk menguji siapa di antara kamu yang LEBIH BAIK AMALANNYA"
(al mulk:2)

Ayat inilah antara ayat yang sering dibaca setiap malam selepas isyak. Berfikir kembali.... Terasa sibuk sungguh kehidupan ini. Terasa macam nak lari dari kerja2 yang menimbun ni. Namun, bila mana melihat ada sahabat2 yang pukul 3 pagi baru pulang dari meeting, dalam keadaan yang sangat letih, namun masih bertenaga untuk bangun awal untuk solat subuh, dan meeting seterusnya pada pukul 9 pagi, mula bertanya pada diri sendiri, "Ko kata ko sibuk? Sibuk sangat ke ko?" Astaghfirullah..... Level manalah akoo di pandanganMu.

"Ada anak buah ana, baru 2 tahun lepas masuk Islam, sekarang dah masuk gereja balik" terang naqibku. Terkejut beruk juga bila mana mendengar berita tersebut. Kenapa jadi begitu? Pendakwah2 kita HANYA MAMPU MENGAJAK MASUK ISLAM SAHAJA? LEPAS MASUK? DAH XJAGA DAH? Itulah pemikiran yang bermain dalam otak.

Setelah diberi penerangan, naqibku menjelaskan bahawa budak tersebut berbuat demikian kerana ada masalah kewangan, tidak mampu untuk sambung belajar, kerana dia sudah 2 tahun hidup tanpa hala tuju. Kemudian, dalam masa dibelenggu masalah ini, pihak Kristian sudah menawarkan Kebajikan yang sangat tip top kepadanya. Sehinggakan dia kini merasakan bahawa Kristian itu jauh lebih baik dari Islam.


Geram sungguh bila mana mendengar soal ini. Saudara yang baru mengenal Islam jadi begini. Bukankah ada duit zakat untuk muaalaf? Selepas diberi penerangan, rupa2nya, masalahnya berpunca dari orang yang memegang kuasa. Sejauh manakah pengurusan zakat kita ini dapat menandingi kebajikan Kristian? Bagi akoo, kita memang jauh ketinggalan dari aspek kebajikan berbanding Kristian. Bukanlah bermakna akoo ingin mengagungkan Kristian, tetapi sebagai muhasabah untuk semua ummat Islam.

Kita berjaya memberikan imej Islam yang baik kepada mereka sebelum mereka Islam, tetapi kita tidak berjaya menunjukkan kesyumulan Islam selepas mereka memeluk Islam. Namun, akoo tidak mahu menyalahkan mana2 pihak, kerana akoo tidak berada di tempat mereka. Tapi, akoo mahu mengajak semua mengambil serius tentang soal ini.

Ayuhlah sahabat seaqidahku, akoo berada di fakulti perubatan ini, kadang2 sangat kagum dengan mereka yang bergelar Kristian ini. Kesungguhan mereka untuk menyampaikan dakyah mereka lebih hebat dari orang Islam. Xtahu apa yang menyebabkan mereka rasa begitu bersemangat. Ajak orang pergi Church, sebar borang masuk kristian kepada pesakit di hospital, bercakap tentang Kristian semasa presentation. Lihat! Mereka sangat berani!

Namun, kita masih lagi takut untuk bercakap soal Islam. Apatah lagi mengajak orang kepada Islam. Kita masih dibelenggu pemikiran bahawa kalau cakap pasal Islam dianggap pengganas, kita takut bila cakap pasal Islam, non muslim akan lari dari kita. Kita takut itu dan ini. Namun, pernahkah kita fikirkan, jika kita terus bersikap begini, Islam xkan menang pada zaman kita kerana KEBACULAN kita.


Jika orang Kristian berani menyebarkan agamanya, dan mereka sangat menjaga kebajikan orang yang masuk ke dalam agamanya, apatah lagi kita UMMAT ISLAM. Buktikan bahawa kita juga berani menyebarkan agama kita yang satu2nya agama di sisi Allah ini dan juga mampu membuktikan bahawa Islam sangat mementingkan kebajikan umatnya.

Jika tidak, kita yang tertinggal di belakang ini, akan terus jauh ketinggalan..............................

Tuesday, February 3, 2009

::hujan bukan turun, tetapi DITURUNKAN~::


Musim sekarang, memang musim hujan. Balik Kelantan tempoh hari pun, ada sahaja hujan dalam perjalanan. Sebut pasal hujan saja, teringat filem P Ramlee, Pendekar Bujang Lapok dengan dialog famousnya, "Ani, angkat kain jemuran, hujan dah turun". Hehe....

Sebenarnya, niat di hati nak cuba membahaskan perkara berkaitan dengan perubatan dengan islam, tetapi, tiba2 tertarik dengan hujah Dr Zaghlul An Najjar tentang "HUjan". Menarik sebenarnya hujan ni...

Sabda Nabi SAW:
"Barangsiapa yang mengatakan kami DIHUJANI(diturunkan hujan) oleh anugerah dan rahmat Allah, maka itulah hamba mukmin kepadaKu, dan kafir kepada bintang2."
Hadith Riwayat Bukhari

Sekali lagi, bila mana teringat tentang proses semulajadi ni, teringat pula ketika mana belajar sains di menengah rendah dan biologi semasa menengah atas. Namun, dulunya, hanya diajar bahawa proses ini berlaku SECARA SENDIRI atau semulajadi. Tidak ada unsur aqidah dalam pembelajaran. Jahanam sungguh kau sekular!

Namun, walaupun secanggih mana tekonologi manusia sekarang ini, mereka masih belum dapat mengulas tentang proses TURUNNYA HUJAN INI. Ya, mungkin ada tanggapan2 atau explaination yang kita belajar semasa di sekolah dahulu, namun, mereka hanya mampu mengatakan hujan itu datang apabila adanya angin, wap2 air membentuk awan dan awan berpadu. Namun, mereka tidak dapat menjelaskan BILA AIR DARI AWAN NAK TURUN. Sebab itulah kita melihat, ada berlaku hujan dengan awannya xhitam sangat, ada hujan yang seperti mengumpul power, menunggu tepu dan bertukar warna menjadi hitam, barulah air itu turun.

Dan yang menariknya, hujan turun pula, xsemua air yang membentuk awan itu turun sekali gus, tetapi setitik2. Dan kadang2 ada yang renyai, ada yang lebat dan ada pula hujan batu. Jadi, mereka pening. Macam mana benda ni boleh jadi? Semua itu tidak akan menjadi satu kekeliruan sekiranya kita percaya bahawa HUJAN ITU DITURUNKAN, bukan turun dengan sendiri.

Subhanallah! Hebat sungguh. Cukup masa sekian2, Dia aturkan hujan itu turun. Kerana apabila lari masa sedikit sahaja, keseimbangan alam akan terjejas. Ya, air merupakan keperluan bagi makhluk Allah. Kolej putus bekalan air beberapa hari sahaja, semua sudah bising dan banyak aktiviti harian terganggu. Bila terlebih air pula, contohnya pada musim hujan, pakaian yang dibasuh pula xkering2. Tumbuhan, xada air, mati, terlebih air(banjir) pun mati. Ini menunjukkan betapa pentingnya keseimbangan itu.

Memang manusia ada tentang ilmu ramalan cuaca. Namun, jika kita lihat, banyak kali, cuaca yang diramalkan adalah tidak tepat. Sebab itulah kita perlu yakin bahawa turunnya hujan itu, atas kekuasaan Allah. Sebab itulah kita diajar untuk solat tolak hujan dan berdoa apabila turunnya hujan. Kerana hujan itu adalah rahmat Allah. Dengan hujanlah, tumbuhan boleh tumbuh dengan segar dan memberikan manfaat kepada kita.

Jadi, jika sudah jelas bahawa Allah yang mengaturkan hujan itu turun dengan titisan itu, maka tidak mustahil baginya untuk menghancurkan alam ini dengan serta merta. Turunkan semua air dalam awan itu sekali gus? Turunkan semua air itu dalam keadaan keras? Tidak mustahil bagi Allah untuk lakukannya. Jadi, ayuhlah perteguhkan aqidah, dunia sudah tua, menunggu masa sahaja untuk hancur!

"dan KAMI TURUNKAN air dari langit menurut suatu ukuran, lalu kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya kami berkuasa menghilangkannya."

(al mukminun :18)

Monday, February 2, 2009

::berGADUHlah~ tapi.....::


"Budak tudung labuh ni, asyik nak ngan geng diorang je.. Apa diorang ingat DIORANG ni MULIA sangat rrr?? Pastu kiranya budak yang tudung biasa ni, kira xmulia rrr??" kata pihak sebelah sini.

"La... lantak rrr orang nak cakap apa.. Xkan kita nak dengar sumer apa yang orang cakap. Kan ada hadith yang cakap, Islam itu datang secara ASING dan akan kembalik ASING, maka beruntunglah orang2 yang ASING". jawab pihak sebelah sana pula.

Hmm... Ada sesuatu sebenarnya di sebalik percanggahan kedua2 ni... Jom mengkaji ngan akoo...

Naqibku pernah bertanya kepadaku, "perasan x? Ketika mana Al Maududi menyatakan barang siapa pejuang ISlam yang bercakap mengenai nasionalis di depannya, dia akan tarik lidah dan memotongnya... Ketika itu, Dr Burhanuddin Al Helmi menggunakan semangat nasionalis untuk menegakkan Islam dengan konsep Melayu Rayanya. Namun, kedua2nya ingin memperjuangkan Islam. Jadi? Adakah salah seorang daripada mereka mempunyai fikrah yang tidak betul? Jika tidak, kenapa jadi begitu?"

termenung akoo seketika... Kenapa ya?

Jawapannya, kedua2nya betul. Masing2 berIJTIHAD atas keadaan tempat masing2. Mungkin suasana di Tanah Melayu menyebabkan Dr Burhanuddin memakai baju nasionalis untuk membawa Islam kerana semangat nasionalis masih menebal dalam tubuh orang Melayu. Namun, Keadaan di Mesir memang menolak nasionalis bulat2.

Nak tegakkan agama Allah ini, bukan satu cara sahaja. Banyak cara. Dari mengusap belakang mad'u sehinggalah berperang mengangkat senjata. Menarikkan? Ada yang memakai method politik, ada yang menolak, dan yang menolak juga ada sebabnya. Ada yang hanya mementingkan sunnah, itu juga ada sebabnya. Jadi, kenapa perlu bergaduh? Bagi akoo, nak bergaduh sangat, bergaduhlah......

tapi.....

Bergaduh untuk Islam. Bukan untuk peribadi. Bergaduh untuk mencari penyelesaian yang mana method yang paling untuk bawa Islam dalam suasana tersebut. Jika semua sedar bahawa mereka bergaduh atas sebab ini, mereka akan berlapang dada. Namun, kebanyakan bergaduh atas dasar sentimen, ego dan peribadi. Sampai terlupa bahawa ada satu persamaan di kedua2 belah pihak, iaitu nak tegakkan Islam. Jika pandangan pihak sebelah sana betul, maka terimalah. Jika pandangan pihak sebelah sini betul, maka terimalah. Itu bukan untuk kita, tapi untuk Islam.

Al Maududi tidak tahu situasi di Tanah Melayu ketika itu bagaimana, jika dia berada di Tanah Melayu, mungkin dia juga akan mengambil tindakan yang sama seperti Dr Burhanuddin.


Jadi, nak bergaduh? Bergaduhlah...........................
.........................................untuk Islam.