Recent Posts

Monday, March 16, 2009

::adakah benda yang dianggap itu adalah itu?::


Alhamdulillah... Akoo telah kembali sihat daripada penyakit bencikan menulis. Cuma, akibat lama sudah tidak menekan keyboard laptop ini, menjadikan diri agak janggal untuk menekannya untuk tujuan penulisan ni. Wokeh, xpe beb.. Teruskan perjuangan...(Motivasi diri sendiri.. haha)

Di samping kebekuan otak memikirkan banyak isu semasa yang berlaku, seperti isu Kalimah Allah dalam bible, isu politik negara yang nampak agak kucar kacir, isu Palestin yang masih menunggu penyelesaiannya, akoo terdetik untuk membuka laman web saifulislam.com. Alhamdulillah, tiba2 ada suatu isu yang cukup menarik minatku.

Dalam web tersebut, ada orang yang cuba mempertikaikan kenapa Ustaz Hasrizal kebelakangan ini banyak menyentuh isu cinta, WALHAL BANYAK LAGI ISU YANG LEBIH BESAR MELANDA UMMAT. Hmm.. ada betul juga apa yang dicakapkan oleh orang ni. Namun, jawapan ustaz sangat menarik perhatianku.

"Soalan ini, biar pun menyakitkan telinga, saya andaikan sahaja si penyoal terlepas pandang akan statistik penceraian yang menggila. Mungkin juga anak remaja yang dimurtadkan dengan umpan cinta, gadis-gadis kembung perut yang bertali arus masuk ke rumah pemulihan, dan ‘anak sial’ yang memijak kepala ibu sendiri itu semua adalah sekadar masalah sampingan. Tidak terbandinglah isu cinta ini jika diletak di sisi isu politik dan ekonomi negara yang ilmiah dan nampak intelektual membicarakannya.

Dan misionari Kristian yang kaya cinta itu, tersenyum sahaja melihat sibuknya kita dengan isu negara.

Pihak kolej yang berani menganjurkan program bertemakan cinta, menerima kehadiran segala jenis manusia dan ia menjadi peluang besar untuk pembetulan-pembetulan dibuat terhadap pandangan dan fikiran hidup mereka. Bagi kolej yang alergi dengan subjek cinta, dan menganggap ceramah berkaitan dengan cinta hanya akan menggalakkan pelajarnya bercinta, memilih tajuk yang lebih skema, ilmiah dan serius, lalu muka yang sama sahajalah datang menjenguk dewan.

Terpulang…"

Ya, jika difikirkan kembali, manusia mentafsirkan sesuatu atas pemikiran dan pandangannya sendiri tanpa memikirkan apa pandangan orang lain. Akoo pernah handle satu slot yang pesertanya semuannya muslimat dan akoo tanya, "Sebenarnya, betul ke muslimat ni lemah berbanding muslimin?" dan akoo minta diorang senaraikan kelemahan diorang. Yang menariknya, ada satu "kelemahan" yang ditulis, TERLALU MEMANDANG BERAT SESUATU PERKARA. Bila ditanya, diorang menjawab, "Yela, kadang2 tu, kitorang pandang benda tu penting, tapi muslimin cakap menda tu remeh je". Kemudian, akoo bertanya balik kepada peserta itu, "Sebenarnya, benda itu penting ke tak?". "Pentinglah.....!!"balasnya. "Jadi, sebenarnya itu bukan satu kelemahan, tetapi kelebihan muslimat. Tak gitu?" jawab akoo yang membuatkan semua peserta termenung seketika lalu angguk mengiyakan.

Kesimpulannya, sebab itulah kita diajar bermusyawarah. Dan Nabi SAW ajar kita berlapang dada dalam mendengar pendapat orang lain. Kerana apa? Kerana kadang2 kita menganggap benda itu adalah itu, tetapi, adakah benda yang dianggap itu adalah itu? Mungkin ada yang menggangap benda itu adalah ini. (Falsafah tu!!)

0 comments: