Recent Posts

Thursday, March 5, 2009

::ummat Islam perlu buang sikap PENTINGKAN DIRI!::


"Sori rr beb.. Akoo xboleh buat kerja rr. Result akoo hancur ni."

"Kalo bagi kerja tu kat orang lain boleh? Akoo dah banyak kerja ni."


"Xnak rr akoo wat kerja banyak2, bukan dapat apa pon. Dapat letih je beb..."


Semua jawapan adalah MENARIK. Cantik sungguh Allah ciptakan manusia ni. Ada macam2 jenis. Ada yang rajin, ada yang malas, ada yang pemurah, ada juga yang bakhil taik hidung masin(hahaha). Namun, hebatnya insan yang bernama Muhammad Bin Abdullah SAW, baginda mampu mengubah manusia yang bakhil menjadi seorang pemurah, seorang yang paginya mengucap syahadah, petangnya mati syahid. Apa formulanya?

Pernah bersembang dengan seorang sahabat tentang teori multiple intelligence. Di mana seseorang itu perlu dididik dengan keupayaan yang ada pada dirinya sendiri. Hebatnya Nabi SAW, baginda mampu mendidik seseorang itu dengan keperluan dirinya seperti yang telah disebut di atas. Antara hadis yang famous tentang teori ini ialah bila mana Nabi SAW ditanya tentang apakah amalan yang terbaik di sisi Allah, dan jawapannya berbeza mengikut orang yang bertanya. Bagi yang tidak mengkaji hadis, mereka akan pelik dan pening, adakah Nabi SAW menipu? Jawapannya, sudah tentu tidak sama sekali kerana Nabi SAW mendidik orang berdasarkan keperluannya.

Namun, memahami manusia ini bukanlah suatu benda yang mudah. Kata2 naqibku yang cukup menjadi panduan hidupku, "sesungguhnya mengendali manusia itu lebih sukar daripada mengendalikan mesin". Berbalik kepada tajuk post akoo pada kali ini, akoo mengeluarkan ayat tersebut kerana merasakan inilah puncanya ummat sangat LEMBIK tatkala ini. Semuanya bercakap tentang kepentingan diri, bukan kepentingan Islam.

"La.. Kalo wat camtu, abes rr kita nanti. Xmakan beb.."

"Jangan berani sangat beb. Nanti kena pape, akoo xtanggungjawab, kira masa tu, ko wat2 xkenal akoo ek.."


Sikap pentingkan diri sudah semakin membarah dalam diri ummat Islam masa kini. Usah impikan khalifah tertegak selagi mana kita masih punya penyakit ini dalam hati. Ya, akoo mampu buktikan, mereka yang sudah tidak pentingkan diri dan lebih mementingkan Islam, sangat komited dalam perjuangan Islam. "Banyak kerja, letih, kena pulau, tidur xcukup, duit habis... Xkesah semua tu, itu hanya dunia. Dunia ni penjara bagi orang mukmin.".. Kata seorang mujahid yang sangat kental dalam perjuangan.

Jadi, sedarlah wahai ummat. Buangkan sikap pentingkan diri. Jika kamu mahu melihat Islam tertegak. Jika kamu mahu melihat kemenangan sewaktu hidupmu. Jika kita ingin menegakkan Islam, percayalah, kita tidak akan ke mana selagi PENTING DIRI belum dihakis.

1 comments:

Anonymous said...

ya..kadang2 aku terlalu selfish..