Recent Posts

Monday, August 10, 2009

MengHALALkan perkara yang sepatutnya HALAL


Berbekalkan alasan laptop rosak, akoo berhenti menulis seketika. Tapi, akhirnya.... terbawa2 sampai dah lama sangat xmenulis. Banyak yang ingin dikongsi sebenarnya tentang pelajaran akoo dengan kehidupan ni.

Tentu kita selalu dengar dengan ungkapan "Matlamat tidak menghalalkan cara". Jika matlamat menghalalkan cara, maka kita tidak ubah seperti golongan Kapitalis yang akan menggunakan apa cara sekalipun, untuk mendapatkan apa yang mereka nak. Sudah lama akoo ber"iman" dengan ungkapan ini. Namun, akhir2 ini, akoo mula merenung kembali soal sejauh mana ungkapan ini patut diterima.

Mungkin sudah lama kita didoktrinkan dengan cara belajar, semua yang tok guru ajar itu adalah BETUL, lebih2 lagi berkaitan dengan ilmu agama yang membahaskan soal Islam itu sendiri. Jadi, menjadi satu dogma buat mereka yang menuntut ilmu agama hanya berpandukan buku teks sekolah rendah dan menengah seperti akoo, untuk tidak bersetuju dengan apa yang "tok guru" ajar. Kebanyakan golongan yang "seperti akoo" ini akan terus BERIMAN dengan setiap kata2 daripada tok guru ini walaupun kadang2, terasa seperti ada perkara yang perlu dipersoalkan.

Benar! Akoo setuju bahawa golongan yang mendalami ilmu agama ini perlu dirujuk apabila kita tidak memahami sesuatu konteks dalam Islam itu sendiri. Namun, MENYERAHKAN segala2nya pada mereka tanpa ada usaha sendiri untuk memikirnya merupakan satu kejayaan golongan SEKULAR buat ummat Islam. Soal Islam hanya difahami oleh golongan ustaz dan tok2 guru. Tahniah sekular! Ko boleh pegi jahanam! Hehehe...

Berbalik kepada ungkapan "matlamat tidak menghalalkan cara", bagi akoo, ungkapan ini seperti menjadi satu ketakutan untuk ummat Islam. Mungkin "takut" masih punya kebaikannya supaya ummat Islam lebih berjaga2 dalam tindak tanduknya. Namun, acap kali, ungkapan ini, menyebabkan ramai di kalangan kita yang menjadikan Islam sebagai PENUTUP JALAN, bukan PEMBUKA JALAN.

Fahamnya apa? Fahamnya, apabila kita terlalu ber"iman" dengan unkapan ini, kita akan takut untuk melakukan perubahan, walaupun perubahan itu sebenarnya, akan menguntungkan Islam itu sendiri. Sebab itulah timbul kata2 dari budak2 yang kita katakan "haprak" ini, "ahh... buat apa kawan ngan mat2 surau ngan budak tudung2 labuh ni, yang ni haram, yang tu haram, semua haram....". Bagi akoo, kata2 mereka ini, perlu ditimbangkan.

Kesimpulannya, bagi akoo, "matlamat boleh menghalalkan cara yang sepatutnya halal"(kontrovesi ni). Bukanlah maknanya menghalalkan yang haram, (seperti menghalalkan makan babi) tetapi, sepatutnya perkara itu halal, tetapi, disebabkan kurang nas dan dalil yang kuat, kita katakannya haram(seperti makan babi dalam keadaan darurat, tapi apa maksud darurat zaman sekarang?)(isu demontrasi etc).
Tak setuju? Lagi akoo suka... Hehehe....

0 comments: