Recent Posts

Sunday, September 13, 2009

Bijak SANA, SINI dan DI MANA MANA.


"Letih rrr sekarang ni. Balik kelas fikir nak tidur je..." akoo sedikit mengeluh semasa menelefon seorang sahabatku. Bukan niat untuk mengeluh, tapi, ingin meminta sedikit nasihat daripadanya.
"Biasa la... jadi pejuang Islam, memang meletihkan" balas sahabatku. Akoo hanya mampu terdiam dan membisu. Cukup dalam maksudnya di situ. Malu sungguh mengaku diri sebagai pejuang agama Allah Taala tetapi masih lagi banyak berehat. Sedangkan, rehat kita bukan di sini. Tapi, DI SANA nanti. Astaghfirullah.....

Jika kita mengambil Teori Si Darwin, sesuatu organisma akan bersaing untuk terus hidup. Yang KUAT, akan terus hidup, manakala Yang LEMAH akan disesarkan dan akan pupus. Kita dimomokkan bahawa masa kini merupakan zaman "Perang Pemikiran". Perang ini nampak murni dari luarannya, namun, kesannya sama seperti Teori Darwin tersebut. YANG BIJAK akan terus hidup, YANG BENGAP akan terus dijajah dan ditindas.

Malah, jika diteliti dengan terperinci, "serangan pemikiran" lebih bahaya daripada "serangan fizikal". Kita ambil contoh yang paling mudah, macam mana BIJAKnya musuh Islam memBENGAPkan ummat Islam dengan serangan SEKULARISME. Sehingga kini, akibat terlalu lama berpegang kepada ideologi tersebut, ummat Islam tidak mampu bangkit, bahkan ummat Islam sendiri yang menentang perjuangan Islam.

Bagi menghadapi Perang Pemikiran ini, kita perlu ada "senjata". Ya, senjata yang perlu ada pada ummat Islam adalah "BIJAK". Persoalannya, nak BIJAK dalam bidang apa? Kan dah banyak dah "orang yang mendakwa mereka Islam" yang bijak dalam bidang ekonomi, politik, bidang2 perubatan etc?

Sabda Nabi SAW,
"Orang yang paling BIJAK di antara kamu ialah orang yang banyak mengingati mati dan menyiapkan diri menghadapinya."

Sudah terang lagi bersuluh. Itulah BIJAK yang diperlukan. Nabi SAW telah lama memberikan formulanya. Cuma kita yang taknak pakai. "Apa kaitan Perang Pemikiran dengan ingat mati? Mana ada kaitan. Untuk menang perang ni, kita kena latih pemikiran kita jadi kritikal. Baru boleh menang." Mungkin inilah persoalan yang timbul bila mana idea di atas dikeluarkan.

Cuba diteliti hadis ini dengan lebih terperinci: Banyak INGAT(bukan TAKUT) mati dan MENYIAPkan diri menghadapinya. Apakah perilaku seseorang yang BANYAK ingat mati? Sudah tentu sentiasa berWASPADA. Sikap waspada sangat diperlukan dalam peperangan, kerana musuh akan datang menyerang bila2 masa.

Kemudian, apa pula perilaku orang yang MENYIAPkan diri menghadapi mati? Jika anda tahu anda akan mati esok, pukul 9.00 pagi. Adakah anda akan tidur dan bersenang lenang hari ini? Sudah tentu kita akan beribadah sebanyak mungkin, bertaubat, menyelesaikan hutang yang ada, minta maaf pada siapa yang pernah kita tersilap, membuat wasiat, bersedeqah etc. Ini bermakna, kita BERSUNGGUH2, tidak ada lagi main2. Dalam peperangan, adakah kita akan menang jika kita bersikap sambil lewa? Kita hanya akan menang peperangan, jika kita berSUNGGUH2.

Jadi, jika kita ingin terus dijajah dan tewas dalam perang ini, maka teruskanlah dengan keBENGAPan kita. Tapi, jika anda sedar kita perlu MENANG dalam peperangan ini, maka berubahlah menjadi orang yang BIJAK.

0 comments: