Recent Posts

Tuesday, September 8, 2009

Perjuangan ROJAK?


Fasa "maghfirah" universiti ini dah hampir tamat. Kalau ambil mindset budak2 U, sekarang ni dah nak abis tahun 2, dan akan masuk tahun akhir. Fuh... Sekejap sungguh~ Sedar xsedar dah dekat sepuluh malam terakhir dah.

"DI MALAYSIA, boleh dikatakan Melayu adalah Islam, Islam adalah Melayu." inilah ungkapan yang banyak dipegang oleh kebanyakan orang di Malaysia.

Sabda Nabi SAW
"Bukan dari kalangan kami, mereka yang menyeru kepada asobiyyah. Bukan dari kalangan kami, mereka yang berperang atas dasar asobiyyah. Bukan dari kalangan kami, mereka yang mati atas dasar asobiyyah." (Sunan Abu Daud)

Dulu, akoo agak rigid dengan Islam. Perjuangan Islam xboleh disamakan dengan perjuangan Melayu. "Kalau boleh, akoo nak, pasni kalo wat announcement mintak kumpul, jangan pakai MALAY, tapi MUSLIM." Itulah pesan akoo kepada teman2 sebatch dengan akoo di sini. Boleh dikatakan, akoo agak ALERGIK orang yang berjuang atas nama bangsa. Keyakinan akoo ditambah seri dengan hadis di atas. Hehe...

Namun, sedar xsedar, akoo tersedar. Rupa2nya, ada pihak yang memandang pihak yang memisahkan Melayu dengan Islam ini sebagai ekstrimis. Kerana, bagi mereka, kenapa perlu dipisahkan Melayu dan Islam? Kan dah termaktub dalam perlembagaan bahawa kalau kita ni bangsa Melayu, kita mesti beragama Islam? Akoo lihat, bukan sedikit yang berfikiran begini, tetapi RAMAI. Golongan yang ramai ini, mengambil sikap xmemihak mana2 pihak. Kerana bagi mereka pejuang bangsa tidak perlu dibezakan dengan pejuang agama.

Pada mulanya, memang akoo xdapat menerima. Mana boleh perjuangan Islam dicampur adukkan dengan perjuangan nasionalis. Nasionalis itu assobiyah! Akoo cuba bersifat neutral dan tidak terus menghukum dan menjumpai satu buku yang bertajuk "Dilema Melayu-Islam" karya Pahrol Mohd Juoi. Bagiku, penulisan buku ini agak mencambah minda walaupun banyak perkara yang akoo kurang setuju dengan pengolahan penulis tersebut(giler rrr.. Pandai kritik penulis hebat akoo sekarang.. Haha..) Membaca buku ini, baru dapat akoo selami feeling mereka yang mengambil sikap BERKECUALI ini. Bukan mereka tidak mahu lihat Islam menang, tetapi mereka tidak senang melihat pertelingkahan yang berlaku antara pejuang Islam dan Melayu, kerana bagi mereka, sepatutnya, kedua2 ini patut bersatu.

Jadi, akoo mendapat beberapa kesimpulan. Untuk pejuang Islam, yang memang tidak mahu mencampuradukkan perjuangan Islam dengan nasionalis, (seperti akoo) apa salahnya jika "Melayu" itu kita jadikan ALAT. Alat untuk penyatuan, bukan kerana kita tidak ingin bersatu untuk Islam, tetapi kerana masih ada di kalangan kita yang masih tebal sifat perkaumannya.

Bagi pejuang Melayu pula, akoo setuju jika kita berjuang atas nama Melayu, namun, Melayu yang meletakkan Islam sebagai dasar. Bukan Melayu yang takut menegur pemimpinnya apabila pemimpinnya buat silap. Bukan Melayu yang menanamkan semangat "jaga kroni", yang penting Melayu cukup makan, bangsa lain lantak pi, .Bukan Melayu yang menghina agama2 lain. Bukan Melayu yang mencari salah orang lain, untuk menutup kesalahan diri sendiri. Dengan itu, baru akan akoo terima perjuangan atas dasar Melayu. Bahkan, kalau inilah dasar perjuangan Melayu, akoo yakin, Melayu bakal menggantikan Arab untuk memimpin ummat Islam seperti kata saudara Pahrol dalam bukunya.

Jadi, bagi akoo, akoo sangat bersetuju dengan pemikiran Tok Guru Nik Aziz, jika ingin digabungkan dua pihak yang berlainan ideologi ini, cara yang paling baik ialah hapuskan kedua2 parti, dan tubuhkan satu parti yang meletakkan Islam sebagai dasar. Bermakna, tiada istilah PAS masuk UMNO. Hmm... Itu yang paling baik~ Namun, adakah kedua2 pihak bersedia? Atau masih xmahu mengalah dengan ALAT masing2? Adakah pejuang Melayu setuju jika Islam diletakkan sebagai DASAR? Jika tidak,...... jawapan ada pada anda~ Hehehe..

0 comments: