Recent Posts

Thursday, October 15, 2009

BAIK la sangat....


"Akoo xlayak kot untuk budak tu. Dia BAIK sangat. Sape la akoo ni kan..."


Pernah dengar ungkapan ni? Mesti pernah kan? Apa pandangan anda tentang orang yang mengeluarkan kata2 sebegini? Xyakin dengan diri sendiri? Low profile? Atau me"low profile"kan diri sendiri?(hmm... perkataan baru ni...) Atau mungkin seseorang yang sentiasa bermuhasabah?

Teringat kata2 Dr Fadzilah Kamsah semasa bosan dok dalam kereta, "Musuh manusia yang paling bahaya ialah KEYAKINANNYA".

Andai dalam kepala otak kita dok kata kita TAK BAIK, maka sampai bila2 pun, kita akan terus camtu. Andai dalam kepala otak kita sentiasa dok kata, akoo ni BENGAP, sampai bila pun kita akan terus berada pada level tu. Inilah yang berlaku pada akoo, dan masih lagi berlaku sekarang.

Akoo pernah mempertikaikan definisi "baik" yang dipegang masa kini, kerana akoo lihat, budaya anak2 muda sekarang, apabila disebut "budak baik", akan dibayangkan budak mat surau, xbergaul dengan budak "huhahuha", xsosial sangat. Bila mana ada mentaliti sebegitu, apabila dilabel sahaja "budak baik", akan timbul barrier antara individu terbabit dengan orang lain.

Budak baik = poyo = anti sosial = jumud= xmasuk dengan orang = susah nak rapat.


Jadi, mendapat gelaran sebagai budak baik seperti satu SUMPAHAN buat anak muda masa kini. Bahkan, mungkin ramai yang berharap tidak tergolong dalam golongan tersebut. Termasuk akoo, xnak menjadi "budak baik yang difahami". Bagi akoo, ini budaya yang tidak sihat. Ya, mula timbul masalah apabila budaya ini menular. Apabila BAIK yang difahami adalah "BEGITU", maka ramai yang akan mula lari daripada Islam, atas alasan, xnak menjadi "budak baik".

Jadi, selagi mana "baik"(benda yang positif) itu sudah ditukar kepada sesuatu yang negatif, maka sudah tentu pemikiran kita sangat bercelaru. Sepatutnya, bila mana dikatakan itu "budak baik", kita harus menDEKATi, bukan menJAUHi. Itu sepatutnya PUJIAN, bukan SUMPAHAN.

Macam mana nak ubah?

"Akoo xlayak untuk budak tu. Budak tu baik sangat. Tapi, untung sangat kalo dapat orang baik cam dia. Jadi, kalo nak meLAYAKkan akoo untuk dia, akoo kena BAIKi diri akoo la..."


ha.... kan cantik bunyinya!

5 comments:

Luqman Fauzi said...

"Jadi, kalo nak meLAYAKkan akoo untuk dia, akoo kena BAIKi diri akoo la..."

Man pernoh nasihat org gini. Pahtu dio pulok jawab dgn mantap "supo x ikhlas la plop akoo baiki diri. Baiki diri bkn utk tuhan, tapi utk gewe"

Pandangan Bonot-san?

Mamat said...

orang sekarang sangat susah nok jadi baik, sangat senang nak jadi sebaliknya, sangat bangga dengan perkara yang tak sepatutnya. -Wallahualam-

Mamat said...

sangat susah nak jadi baik, sangat senang nak jadi yang sebaliknya. orang tak pandang kalau buat baik tapi orang akan bukak mata kalau buat perkara yang tak sepatutnya.
-Wallahualam-

Asy-syahid(to-be) Dr Hakem Al-Bonoti said...

bonot~ Luqman5290:

hmm... menarik soale tu. Bagi akeng la, kalu tengok sekali pandang lagu tu jah, meme kito akan kato "berubah sebab gewe" n akeng lebih suko kalu paka "beruboh untuk BINI"... Hehehe.. Tapi, acu try pikir balik, bakpo kito nok MELAYAKKAN diri kito untuk dio? Bakpo kito nok "ore baik" jadi BINI kito?

Akeng cayo, xdop sebab lain, sebab kito nok RAPAT dengan Allah Taala. Agar idop kito pahni, terarah sket lepas ado "ore baik" dale idop kito.. Jadi, adakah itu TIDAK IKHLAS? Ko guano man? Buleh paka reason ni?

Bonot~Mamat:

Ingat sapo... Ayoh Su ruponya.. berigat doh la akeng ado blog.. Hahaha... Fuh.. Falsafah jugok ayoh su ni...

Luqman Fauzi said...

Mantap jawapan. Cumo kalu org tengoh depan muko kito mintok tulong, susoh nok tubik jawapan gini. Keno pikir 10 minit gop