Recent Posts

Tuesday, October 20, 2009

Pilihlah untuk MEMILIH

Menulis. Pernah menulis? Hmm... Bagi mereka yang pernah menulis, mesti pernah merasakan satu masa kehabisan "modal". Buktinya cukup jelas. Ramai yang boleh berblog, namun, xramai yang mampu berblog dengan "istiqamah". Alasan? Xtau nak tulis apa.

Bagi akoo, menulis satu perkara yang baru dalam hidup. Alhamdulillah... Akoo belajar sesuatu dengan menulis. Bahkan bukan sekadar SEsuatu, BANYAKsuatu.(marah orang pertahan BM ni!! Hehehe..). Bila menulis, kita akan banyak memberi OUTPUT, dan mereka yang "xtau nak tulis apa" tu, mesti terlupa sesuatu. Ya, apabila terlalu banyak KELUAR, kita juga perlu INPUT. Camne nak dapat INPUT? BACAlah... Kehidupan. Ramai lupa yang ini.

Dalam hidup, kita sudah tentu akan bermain dengan BANYAK pilihan. Dari memilih calon pasangan hidup sehinggalah memilih untuk ke tandas bila terbangun sorang2 tengah2 malam. Pilihan itu tentulah akan bermain dengan apa yang terbaik untuk masa depan kita. Sebagai contoh, kalau tidak bangun pergi ke tandas, nanti takut tak tahan, ter.... kat situ je. Kalau buang, takut terjumpa hantu pula. Hehe.. Ini akoo ambil situasi yang xserius.(tapi, serius gak ni sebenarnya)

Dan, sudah tentu, akan tiba masa kita terPAKSA melakukan sesuatu. Sebagai contoh, exam. Kalau xstudy, nanti fail. Jadi, kita memilih untuk study, namun, kebanyakannya, dalam keadaan terPAKSA.

Sudah tentu jauh bezanya antara pilihan sendiri atau terpaksa. Calon isteri sebagai contoh, jika dipaksa kahwin dengan seseorang, kan rasa nak mengamuk je? Berbanding kahwin dengan perempuan yang memang kita syok, mesti tersengeh sampai lutut.

Jika kita perhatikan, KESAN perkara yang terpaksa kita buat kebanyakannya adalah "short term." Kita mungkin rajin study untuk exam, namun, ia hanya pada masa itu, selepas itu, kita akan mula malas kembali. Sebaliknya, jika study itu memang kehendak dan pilihan kita, sudah tentu ia akan jadi sebahagian daripada hidup kita dan kita seronok melakukannya.

"Tiada paksaan dalam agama. Sesungguhnya telah jelas antara yang benar dengan yang sesat................." (Al Baqarah:256)


Ayat yang cukup terkenal di kalangan pengamal Al Mathurat. Islam bukan agama PAKSAan. Islam mengajar kita untuk meMILIH. Pilihlah berdasarkan pilihan Allah Taala. Anda ada duit, ada punya pilihan untuk belanja kawan, membeli keperluan diri, atau simpan untuk keperluan akan datang. Ia pilihan anda. Itulah Islam.

Kadang kala kita tahu, bahawa perkara itu baik untuk kita. Namun, kadang2 kita menunggu keadaan PAKSAan, baru akan melakukannya. Sedarlah, keadaan paksaan hanya memberi kesan jangka masa pendek. Jadi, pilihlah untuk melakukan perkara yang baik itu KERANA MEMANG KITA MEMILIH UNTUK MELAKUKANNYA.

Akoo menulis kerana akoo memang nak menulis, jadi, orang nak komen apa pun, lantaklah....

1 comments:

Mamat said...

Saya setuju dengan anda mengenai menulis ni, saya pun membuat pilihan untuk menulis, setakat ni hanya menulis komen saja. Yang kedua tiada paksaan dalam agama, itulah tindak balas cerdik pandai dari kalangan orang zaman sekarang apabila kita mengajak seseorang itu untuk ke arah kebaikan (contoh solat). Sepatutnya kita jelas antara yang benar dan sesat. Yang ketiga keadaan paksaan inilah yang menjadi amalan iaitu "last minute" dan berkekalan sehingga alam kerja.
Yang keempat kehendak memang tak terbatas contohnya anda ada RM 10, anda cuma ada dua pilihan samada hendak membeli buku atau membeli pakaian yang harganya pun RM 10. Sekiranya anda pilih buku anda perlu mengorbankan kehendak untuk membeli pakaian padahal dalam waktu yang sama anda memang teringinkan pakaian tersebut.
"Pilihlah untuk kearah kebaikan"

-Wallahualam-