Recent Posts

Monday, November 30, 2009

Superhero Islam


"Orang Jepun bagus. Apa2 pun, dia akan buat "produk dia". Tu dia boleh naik cepat. Kartun dia wat kartun dia, superhero dia wat superhero dia. Tengok rrr.. Ada Ultramen, Mask Rider, Gaban etc.." sembang pakcik akoo semasa akoo dan adik2 sepupu sedang melayan Kamen Rider W.

Secara peribadi, akoo memang meminati Anime2, dan kartun2 seperti Kamen Rider, Naruto dan sebagainya. Mungkin, INI PENGARUH MINAT DARI KECIL. Akoo xmengatakan akoo ni cuba cover line dengan cuba menutup perkara yang xberfaedah menjadi berfaedah. Cuma, ada beberapa perkara yang ingin disampaikan. Teruskan membaca...

Bagi akoo, rakyat Jepun mampu bangkit dalam masa yang singkat selepas satu kejatuhan yang amat mendadak semasa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Dan, antara faktor yang menyumbang kepada itu ialah point yang diucapkan oleh pakcik akoo tadi. Bagaimana pula dengan ummat Islam? Sudah berapa tahun? Sejak 1924.... tahun keramat.

Sejak itu, ummat Islam hilang identiti. "Hilang identiti" merupakan satu perkara yang sangat serius. Kerana bila mana seseorang kehilangan identiti, ia akan mencari "identiti lain" untuk diikuti. Bagi akoo, itulah yang berlaku kepada kita.

Penjajahan minda ummat Islam terus berlaku. Sehingga sekarang, memang kita xdapat nafikan, memang Barat dijadikan baseline. Jikalau tidak dapat mencapai seperti apa yang Barat capai, maknanya tidak maju, kolot, dan tidak bertamadun. Begitulah minda kita dijajah.

Barat adalah "hero". Superman, Power Rangers, Robin Hood, Spiderman. Nampak seperti hanya hero kanak2, tetapi itulah yang jarang kita sedar. Bahawa sehingga sekarang, kita terlatih, bahawa "orang putih adalah hero". Lihat sahaja 2012, US adalah kepala kepada negara2 lain, US Presiden US lah mempunyai nilai peribadi yang patut dicontohi. Bagi mereka yang mampu berfikir dengan waras, akoo tidak hairan. Namun, berapa puluh juta orang yang melihat semua "propaganda" ini akan "percaya tanpa sedar"?

Menyalahkan "sahaja" bukan penyelesaian. Barat salah. Orang yang jajah minda kita salah. Kerana, itu memang kerja mereka. Cuma, ummat Islam perlu bangkit dengan identiti sendiri. Dalam kes Kamen Rider tadi, kanak2 sebenarnya tidak ada pilihan dan alternatif lain. Mana filem "superhero" Islam? Sedangkan dalam Islam sungguh ramai superhero, dan kehebatan Yang Maha Superhero tentu sekali lebih dahsyat daripada superhero yang ada. Namun, di mana?

Justeru, sekarang.. kita memerlukan kartunis2 Islam untuk mewujudkan Fenomena Shin Chan dan Doraemon dalam kartun berunsur Islam, penulis2 skrip Islam bagi melahirkan suatu jalan cerita yang mampu menggerakkan hati penonton, tidak bosan dan membuatkan mereka inign menonton sekali lagi, pelakon2 Islam yang mampu memberikan eksperesi sebagai hamba Allah Taala yang sebenar, designer2 fesyen Islam yang mampu membuat design2 pakaian yang memikat tetapi xmelanggar syariat, membuatkan orang lain ingin meniru gaya fesyen tersebut... composer2 Islam untuk membuat muzik2 yang mampu mendekatkan diri orang yang mendengar kepada Sang Pencipta, bila mendengar muziknya, mampu menitiskan air mata atau menaikkan semangat.... cameraman2 Islam yang mampu mengambil view gambar yang menarik sehingga menyedarkan orang bahawa tiada yang lain menciptakan semua view itu kecuali Dia, stuntman2 Islam yang mampu menyedarkan orang bahawa tiada yang lain dalam hati manusia di saat2 genting melainkan Allah, hanya kerana Dialah kita mampu lakuakan semua perkara dan lain2 lagi...

Semua itu perlu diisi. Siapa lagi yang hendak mengisinya kalau bukan kita, ummat Islam sendiri. Akoo akan terus dengan posisi akoo sebagai seorang bakal doktor. Ayuh kita wujudkan fenomena ini!

Ingat fakta ini, akoo masih xmampu berhenti dan minat melayan Kamen Rider akibat sangat berminat dengannya sejak kecil. Hehehe...

Tuesday, November 24, 2009

Control la....


Firman Allah Taala:
"Makan dan minumlah, dan JANGANLAH BERLEBIH2AN. Sesungguhnya Allah Taala tidak menyukai orang yang berlebih2an...
(Al A'raf: 31)

Apa makna "makan berlebihan"? Pertama, makan berlebihan boleh ditakrifkan sebagai makan dalam kuantit yang banyak. Atau, ayat yang sesuai ialah, tidak mengamalkan konsep "makan apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang" ajaran Nabi SAW. Tatkala itu, kita akan melihat golongan2 yang xlarat bangun akibat perut terlalu penuh atau dalam loghat Kelantan (NYADA...).

Kedua, makan berlebihan juga boleh didefinisikan sebagai makan hanya zat2 tertentu sahaja. Sebagai contoh, asyik makan daging atau sayur sahaja dalam menu makanan sehariannya. Atau contoh lain, terlalu melebihkan gula dalam masakan atau minuman.

Takrifan pertama, sudah tentu kita jelas tentang akibatnya. Siapa xkenal dengan istilah "Obesity". Bukan sahaja memberi masalah dalam pergerakan,(malas nak bergerak), obesiti turut menyumbang kepada banyak penyakit. Orang yang obes, selalunya sukar untuk bernafas, dan boleh membawa kepada 2 perkara yang paling menakutkan abad ini: Darah Tinggi dan Kencing Manis. Bahkan, bagi ibu2 mengandung yang terlalu obes, kesihatan anak amat membimbangkan.

Bagi takrifan kedua pula, pemakanan yang baik memerlukan gizi seimbang seperti yang tertera dalam Piramid Makanan. Jika kita terlalu melebihkan mana "tingkat" makanan, dalam piramid terbabit, sudah tentu ada komplikasinya, lebih2 lagi jika kita terlalu melebihkan gizi yang ada di tingkat atas piramid yang sepatutnya diambil dalam kuantiti yang kecil sahaja.

Justeru, Allah Taala selaku Pencipta manusia, sudah menjelaskan kepada kita agar tidak berlebih2an dalam pemakanan. Sangat kasih dan sayangknya Allah kepada kita selaku hambaNya. Semua perintahNya tidak lain tidak bukan, hanya untuk kebaikan kita. Cuma, kadang2, kita sahaja yang angkuh, ingkar dan xmahu dengar kata. Kononnya, kita lebih hebat daripadaNya, dan akibatnya, kita terpaksa menanggung masalah atas keingkaran kita sendiri.

Sekian, berAMALlah dengan Islam, nescaya kamu akan SIHAT.

Monday, November 16, 2009

Media dan Si Celaka


"Apsal diorang buat macam ni ek?" tanya kawan akoo.

"Zaman sekarang ni, xboleh baca sebelah pihak je.. Banyak fakta xbetol ni. Lagi2 paper Utusan, Berita Harian ni. Diorang keluar apa yang ada kepentingan bagi diorang je..." jawab akoo.

"Macam ko, orang yang mencari ni boleh la cakap camtu. Mak bapak akoo kat kampung tu, bukan buka internet nak baca selain paper yang ada ni." keluhnya lagi.

Akoo hanya mampu diam membisu. Xmampu menjawab. Itulah realitinya, "media" sebagai bahan penghasut utama masyarakat masa kini. Yang hitam, boleh digambarkan putih, yang baik, boleh digambarkan buruk. Celaka! Sungguh celaka orang yang bertindak demikian. Si Syaitan laknatullah sudah tentu sekali terloncat2 gembira bila mana ummat berjaya diTIPU dan dilaga2kan oleh "golongan yang mengawal media" atas kepentingan sendiri.

"Dan sesungguhnya fitnah itu lebih teruk daripada membunuh" (Al Baqarah)


Mungkin inilah fitnah besar yang dikhabarkan oleh Nabi SAW pada akhir zaman. Tatkala musuh2 Islam termasuk syaitan bertopengkan manusia mengawal media massa. Dunia tanpa sempadan.

Mereka berjaya mendoktrin seluruh pelosok dunia, bahawa Islam adalah terrorist, sedangkan sebenarnya hanya mengambil contoh beberapa kerat mereka yang menggelar diri mereka "muslim". Adakah wajar? Seorang lelaki yang hampeh memandu, walaupun menaiki sebuah kereta yang hebat, tetap dilihat kereta yang bersalah. Sungguh xrelevan...

Namun, itulah yang perlu kita hadapi. Zaman ini, zaman kita. Andai mereka menggunakan media untuk jatuhkan Islam, kita mampu menggunakan media untuk menyebarkan Islam. Andai mereka bisa menggunakan media untuk menukarkan hitam menjadi putih, kita bisa menggunakan media untuk MEMBUKTIKAN bahawa HITAM itu adalah HITAM.

Mereka cuba untuk meruntuh dan memburukkan din Allah Taala. Ternyata, mereka lupa suatu fakta, bahawa Allah Taala sentiasa menjaga dinNya. Jadi, usah risau dengan mereka, kerana Allah bersama kita. Namun, janganlah kita terlalu menari apabila mereka memukul gendang. Biarlah mereka memukul gendang, kita juga memukul gendang, dan akhirnya, mereka yang terpaksa menari.

Inilah falsafah yang diajar oleh naqibku. Bangkit untuk Islam!

Saturday, November 7, 2009

belajar mendengar


Mungkin kita selalu "dengar", teknik untuk bercakap dengan baik di depan orang ramai, cara utuk mempengaruhi orang lain dan sebagainya. Dan, kita difahamkan bahawa bila mana kita menguasai teknik tersebut, kita akan dilihat "hebat". Namun, pernahkah anda terfikir untuk menjadi "pendengar yang hebat"?

Hidup ini tidak dapat lari dari "pendengaran". Sebab, orang buta juga boleh mendengar. Orang bisu, juga boleh mendengar. Tetapi, orang yang "tuli" sejak lahir, selalunya tidak mampu bercakap kerana tidak pernah "mendengar" bahasa orang lain. Uniknya ciptaan Allah. Bermakna, ada sesuatu yang perlu kita fikirkan daripada peristiwa itu. Kan?

Bagi akoo, sebenarnya akoo banyak belajar daripada mendengar. Dalam bidang perubatan sendiri, seorang doktor perlu menjadi seorang pendengar yang baik. Kerana, tanpa mendengar dengan baik, kita tidak mampu MEMAHAMI apa yang pesakit cuba sampaikan tentang sakitnya. Bila pesakit mula merasakan bahawa mereka tidak "didengari", KEPERCAYAAN tidak akan timbul. Itulah sebabnya, ramai pesakit lebih memilih untuk berahsia dan tidak memberitahu perkara sebenar dengan kebanyakan doktor.

Hmm.... mendengar membawa kepada MEMAHAMI.

Namun, mendengar ini, seeloknya bukanlah dijadikan satu "teknik" untuk kita memahami orang lain. Bila mana, ia menjadi satu "teknik", ia seakan2 kita sebenarnya tidak mendengar, tetapi cuba untuk buat2 mendengar. Sepatutnya, mendengar ini datang dari dalam diri kita, iaitu perasaan yang memang ingin mendengar. Mendengar dan menyelami apa yang cuba dikatakan oleh orang lain.

Akoo pernah "cuba untuk buat2 mendengar". Ya, kesannya positif. Namun, untuk jangka masa pendek dan rupa2nya, disangka akoo dapat memahami orang yang akoo "buat2 dengari" itu, sebenarnya tidak. Jadi, mendengarlah dengan ikhlas!

Sungguh, ramai antara kita memilih untuk ber"suara" daripada men"dengar". Ketahuilah, dengar datang dahulu sebelum suara. Ada yang mendengar, tapi semasa mendengar, sudah menyediakan "jawapan" untuk menjawab orang yang didengari. Itu juga berlaku kepada diri akoo. Mendengar sebegini, selalunya tidak dapat memahami maksud sebenar orang yang kita dengari.

Sabda Nabi SAW
" Sesiapa yang beriman kpd Allah dan hari akhirat, maka hendaklah berkata baik atau lebih baik dia diam-HR Bukhari dan Muslim


Baru akoo mengerti apa yang Nabi SAW maksudkan. Hmm... Akoo perlu belajar mendengar. Dan, akoo perlu belajar daripada mendengar. Dengan itu, baru akoo dapat memahami.

Monday, November 2, 2009

pengHUKUM


Sudah tentu ada bezanya antara memBENARkan sesuatu dengan mencari keBENARan. Majoriti antara kita lebih memilih untuk menjadi golongan yang pertama. Kita akan tertakluk kepada apa yang kita pernah pegang dan percaya, dan akan melihat "orang bukan dari fahaman kita" adalah TIDAK BENAR.

Tidak salah untuk berasa BENAR, namun, salahnya apabila kita menyalahkan orang lain.

Di saat orang lain asyik menyalahkan golongan penghidap HIV, golongan ini hilang tempat untuk dituju. Benar! Akoo silap dalam masa lampauku. Jadi, apa harus akoo buat sekarang? Semua dah menolak akoo. Maka timbullah golongan2 Kristian yang menampilkan kebajikan mereka. "Xpe... Orang agama awak xnak bantu awak, biarlah kami yang menolong awak. Kami boleh sediakan tempat tinggal untuk awak". Itulah mesej yang berjaya mereka sampaikan. Kemudian, kita pula dok bising Kristian dah mula pengaruh orang kita. Walhal?

Sekali lagi, terasa ingin belajar SESUATU dengan orang Kristian membuak dalam hati akoo.

Bila sebut soal HIV, tentu kita sangat popular dengan iklan "Aiman tak kisah". Bagaimana budak sekecil Aiman tidak mendiskriminasi dan menghukum mereka, kita pula bagaimana? Ya, mungkin cakap sahaja senang, namun, akoo pernah mempunyai pengalaman memeriksa pesakit HIV. Kawan akoo di sebelah sudah berpeluh2, takut2 terkena jangkitan. Ya, ini biasa. Sebab, kita memandang mereka "ASING".

Akoo tidak mahu menyalahkan Kristian kerana mengambil muslim penghidap HIV ini tinggal di gereja2 mereka. Bahkan, akoo sangat kagum dengan mereka. "Kenapalah kita tidak mempunyai sensitiviti seperti mereka? Ya Allah.. Bimbinglah kami orang Islam, ummat agamaMu". Ini yang bermain di fikiranku.

"Buat apa kita nak fikir pasal diorang ni. Banyak lagi mad'u lain yang perlu kita fikirkan. DIORANG NI DAH XDE MASA DEPAN. Neraka...." Inilah kata2 seorang PENGHUKUM.

Alhamdulillah... Ada juga golongan yang bukan PENGHUKUM. Inilah jiwa bagi seorang pendakwah. Ustaz yang akoo kenal ini, telah berjaya menubuhkan Yayasan Al Ijabah, penempatan bagi pesakit HIV bagi muslim.

"Masa lampau diorang, tu xperlu kita pertikaikan. Yang penting, kita usahakan, akhir hidup mereka dalam keadaan mereka rapat dengan Allah Taala" lebih kurang begitulah ayat yang diungkapkan oleh Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin. (boleh rujuk URL ini)

Ayuh sama2 kita doakan agar kita dikurniakan jiwa seorang dai'e, bukan jiwa seorang pengHUKUM. Bukanlah niat akoo ingin menghukum golongan penghukum dengan mengatakan mereka tidak benar. Semuanya benar, namun salahnya apabila kita MENYALAHkan orang lain.

"Ya Allah, jangan biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dari itu"