Recent Posts

Friday, January 30, 2009

::aku dah XLAYAK lagi.......::


Roomate akoo layan satu movie melayu. Macam best je...
"Citer ape ko layan?",akoo bertanya tanda berminat.
"Budak Kelantan.." jawabnya.
"Bukak loud speaker, akoo nak tengok jgak"

Hmm.... Bagiku, ia merupakan satu gambaran realiti. Memang itulah yang berlaku masa sekarang. Akoo cukup menyarankan agar anda melihat movie tersebut. Bukan atas dasar assabiyah negeri. Tapi, akoo cukup terkesan dengan watak dalam cerita tersebut. Seperti seseorang yang sangat rapat dengan diriku, bukan seperti, memang rapat. Tapi, biarlah "siapa" itu menjadi rahsia.

Sungguh murni niat seorang rakan lama, untuk mengubah rakannya kembali ke jalan yang benar, sedangkan rakannya itu sudah banyak bergiat dalam lumpur maksiat. Watak utama dalam cerita ini, Buchek cuba menyelami hidup rakannya yang sudah jauh dengan hidayah Allah, Jahar. Banyak pengorbanan yang terpaksa dibuat oleh Buchek. Kadang2 terpaksa melanggar prinsip, "minum air coke yang sudah dimasukkan dadah".

Ya, mungkin ada yang tidak bersetuju. Matlamat tidak menghalalkan cara. Namun, bagiku(mungkin salah), tindakan Buchek itu betul bila berdepan dengan realiti. Dan, itu adalah ijtihadnya di medan. Kerana itu, dia mengeluarkan kata2,
"masuk kandang kambing, mengembek... kalau masuk kandang RIMAU, nak mengaum ke, nak mengembek...?".
"Nabi Ibrahim pun sanggup menyembelih anak sendiri untuk menunaikan tuntutan Allah. Tindakan akoo?"

Satu lagi, walaupun tidak berapa setuju, watak Buchek itu dicaturkan untuk mempunyai makwe, tetapi apa yang menariknya, dia sanggup mengorbankan makwenya untuk si Jahar. Fuh... Sungguh mulia hati kawan ini. Semata2 untuk dakwah, yakin bahawa Jahar mampu berubah. Namun, dia juga silap kerana terlalu memaksa makwenya, untuk menerima Jahar, walhal realitinya, tak akan ada orang yang sanggup menerima orang seperti itu. Namun, sekali lagi, tindakan BERKORBAN untuk Islam itu patut dipuji.


Antara perkara lain yang akoo dapat melalui cerita ini ialah, "golongan yang masuk ke lumpur maksiat" ini sebenarnya sudah putus asa dengan kehidupannya. Mereka menyangka bahawa memang nerakalah tempat untuk mereka. Mereka tahu mereka salah. Tetapi, yang paling salah ialah mereka sangka bahawa ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNKAN MEREKA. Wahai saudaraku, tanggapan kamu itu salah! Allah Maha Pengampun! Ayuh kembali, saudaraku!

Akoo cukup sensitif tentang isu ini. Adakah akoo hanya mampu melihat mereka terus bertanggapan begitu pada Allah? Dan biarkan mereka terus hanyut? Jadi, kalau semua berfikiran seperti akoo, TUGAS SIAPA UNTUK MENYAMPAIKAN KEPADA MEREKA TENTANG SIFAT PENGAMPUN ALLAH ITU???

Thursday, January 29, 2009

::Ada apa dengan GERHANA?::


Negara pernah digegarkan dengan cerita "Ada apa dengan Cinta". Kali ini, akoo ingin gegarkan blog ini dengan "Ada apa dengan gerhana?". Hehe...

Isnin lepas, kita dikhabarkan bahawa akan berlaku gerhana matahari. Hmm... Dah lama rasanya xdengar fenomena ini berlaku di negara kita. Xtau la kalau akoo ni jenis xambil kisah tentang gerhana matahari ni. Rasanya, akhir sekali semasa akoo di sekolah menengah.

Sabda Rasulullah SAW:~
"Sesungguhya matahari dan bulan adalah 2 tanda dari sekian kebesaran Allah. Kedua2nya tidak menggerhana kerana kematian seseorang mahupun kerana kelahirannya. Jika kalian melihat gerhana itu, maka berzikirlah kepada Allah, bertakbirlah, solatlah dan bersedeqahlah."
Hadith riwayat Bukhari

Ingatanku sudah ingat2 lupa tentang ilmu gerhana ini. Kali terakhir akoo belajar tentang gerhana ini adalah sewaktu Form 3 dalam subjek Sains. Sewaktu tempoh gerhana tempoh hari, sahabatku Fahmie mengingatkan kembali istilah "umbra" dan "penumbra" yang diguna pakai untuk gerhana ini. Namun, apa yang cuba disampaikan oleh Nabi SAW dalam hadis di atas?


Kenapa ia "tanda kebesaran" Allah? Nak tahu? teruskan membaca...

Nabi SAW menyebut "kedua2nya tidak menggerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang" kerana ada fahaman2 karut yang cuba mengaitkan fenomena alam dengan kematian dan kelahiran seseorang khusus dari kalangan Jazirah Arab pada ketika itu. Kata2 ini menghapuskan unsur khurafat dalam diri ummat Islam pada ketika itu.

Kenapa kita perlu "berzikir, bertakbir, solat dan sedeqah" seperti yang diucapkan dalam hadis di atas ketika melihat gerhana?

Seperti yang kita telah sedia maklum, gerhana matahari terjadi apabila bulan menyekat sinaran matahari sampai ke bumi. Kadang2, akan berlaku fenomena "gerhana total" dan selalunya akan berlaku "gerhana cincin". Hal ini kerana saiz bulan yang jauh lebih kecil daripada matahari. Tahukah kita, apabila sinaran cahaya matahari disekat walaupun hanya beberapa minit, apa akan terjadi kepada bumi? Ya, sudah tentu suhu bumi akan mula menurun. Jadi keseimbangan alam akan mula terjejas. Aktiviti manusia, haiwan dan tumbuhan mungkin terganggu sekiranya tiba2 siang bertukar agak malam seketika walaupun dalam tempoh yang sekejap.

Jadi, apa yang boleh kita buat pada ketika ini? Kita tidak tahu apa nasib bumi jika berlaku gerhana ini. Mungkin letupan gunung berapi terpaksa terjadi bagi mengekalkan suhu persekitaran? Entah, akoo hanya mampu mengagak. Tapi, kesimpulannya, memang pada masa ini, kita tidak mampu berbuat apa2 kecuali BERHARAP kepada Allah iaitu pencipta alam ini. Kita berharap Allah dapat menjauhkan bencana ketika berlakunya fenomena ini.

Maka, sebab itulah Nabi SAW menyarankan agar kita berzikir, bertakbir, solat dan bersedeqah. Agar kita bergantung 100% kepada Allah supanya dihindarkan dari segala bencana alam. Maka, inilah bukti kebesaran Allah dan memang benarlah Muhammad itu Rasulullah!!

Wednesday, January 21, 2009

:antara 2 keMENANGan::


"fuh... cun siot Nora Danish ni!" jerit kawan akoo yang sedang asyik menjenguk profile dalam TAGGED kalau xsilap akoo.
"hekeleh... xlawa rr. Dia dah kawen dowh..." akoo mengusik.

"Alah... dah kawen pon, kalo lawa, tetap lawa gak." kawan akoo membalas.

"Standard, kalo dah mengandung pasni, mesti gemok. Pastu mesti orang dah xminat" akoo mengusik lagi.

"Kalo dah gemok pasni, xpayah rr minat. Mase lawa nilah kita nak minat." kawan akoo membalas tanda xnak mengalah.


Akoo berfikir.. hmm... ada logiknya, namun ini bermakna kecantikan itu bukanlah satu perkara yang haqiqi.

Terkini, boleh kata kecoh satu Malaysia bahawa Pro Mahasiswa telah berjaya menawan UM. Namun, ada yang mengatakan bahawa ProM tidak menang kerana 2 kerusi fakulti Undang2 adalah calon bebas, bukan Pro M. Xpelah, Pro M ke, bebas ke, Penggerak ke, asalkan hendak tegakkan kebenaran atau lebih tepat lagi tegakkan Islam, itulah yang sepatutnya menjadi pemimpin.


Akoo tertarik dengan satu kata2 Nik Aziz, "Wahai saudaraku orang UMNO, kalau kau bawa Islam, haram bagi akoo untuk tentang kau. Tapi, kalau akoo bawa Islam, haram bagi kau untuk tentang akoo." Cantik kan statement ni? Banyak orang yang tertipu dengan politik, mereka asyik bergaduh soal BEKAS. Namun, tidak ingin duduk semeja berbincang soal macam mana nak masukkan air daripada bekas tu.

Berbalik kepada isu kemenangan, bagiku ada 2 jenis kemenangan: kemenangan haqiqi dan kemenangan Perang Uhud, di mana tentera Islam tertipu dengan nafsu sendiri bila mana melihat harta rampasan perang di depan mata. Akhirnya, tentera musuh menyerang dari belakang dan menyebabkan kita tewas dalam perang tersebut.

Seronok bila mana ada sahabat2 yang kuat tarbiyahnya mengingatkan bahawa "kita menang bukan kerana kita kuat, tetapi kerana Allah menolong kita". "Teruskan tarbiyah diri seperti sebelum mencapai kemenangan". "Mengisi kemenangan itu lebih penting". Fuh.. Tenang hati bila dengar kata2 ni.

Ya, kita perlu muhasabah. Namun, tidaklah setiap masa bermuhasabah. Setiap kali berjumpa, asyik muhasabah je, xbergerak2. Muhasabah dan terus merancang strategi untuk mengisi kemengan. Itulah yang sepatutnya. Jadi, ayuh sahabat2 sekalian, usah buang masa lagi. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Walau mungkin ada perancangan lain di peringkat musuh yang dengki kepada Islam di sebalik kemenangan ini, usah takut. Allah sentiasa bersama kita jika benar kita ingin menegakkan Islam!
Ayuh mengisi kemenangan ini! Buktikan bahawa Islam itu Ad-din!

Tuesday, January 13, 2009

::bukan sekadar LOGIK::


"Untuk pengetahuan korang, statistik kes thalassemia di Singapore xde langsung. Nak tahu sebab apa? Sebab diorang buat test dulu, kalau suami isteri tu adalah carrier, dan anak diorang confirm dapat thalassemia, kerajaan meWAJIBkan semua gugurkan anak", explain seorang budak chinese dalam groupku.

"La.... mana boleh macam tu. Kena la tanya parents dia, dia sanggup ke x nak gugurkan anak. Ada ke paksa2 orang nak gugurkan anak." balas seorang budak India yang amat kuat dengan Kristiannya.

Menarik! Manusia ni memang menarik. Dan kes Singapore ni juga menarik. Di mana, mereka HANYA menggunakan akal untuk semua benda. Pemikiran mereka sangat KRITIKAL kerana mereka menggunakan akal sepenuhnya.

Namun, memang kita sepatutnya menggunakan akal semaksimum mungkin, namun kita harus ingat, Islam mengajar kita supaya berpegang kepada satu lagi dalil; DALIL NAQLI iaitu Al Quran dan As Sunnah. Kerana apa? Kerana Al Quran itu ialah Kalam Allah. Firman Allah ini jika difikir secara mendalam, semuanya memberikan manfaat kepada kita. Ini kerana Allah adalah engineer kepada manusia. Jadi, Dia dah menyediakan manual kepada kita untuk diguna pakai, iaitu Al Quran.

Jika manusia mula merasakan diri mereka hebat, mereka hebat berfikir, semua masalah dapat disetelkan dengan pemikiran mereka.... sebenarnya, mereka SILAP BESAR.

"Dulu, di Singapore, mereka hadkan satu family 2 orang anak je. Pastu, diorang cakap, orang yang graduate belajar universiti berhak kahwin dengan orang yang graduate universiti juga. Ni bagi memastikan IQ anak yang dilahirkan sama atau lebih hebat dari parents mereka. Saya, parents saya xlepas sekolah rendah pon, tapi boleh lahir saya yang habis PhD seperti sekarang. Dan, untuk pengetahuan semua, sekarang ni Singapore tengah pening, sebab dulu diorang hadkan anak dalam family, sekarang, diorang dah kurang pemuda dan orang tua terlebih2 pula." terang tutorku, seorang Chinese yang juga kuat dengan Kristiannya.


Jadi, rasanya kesimpulannya sudah dapat diteka. Orang Kristian sendiri percaya bahawa perkara ini bukan sekadar logik. Apatah lagi kita, ummat Islam, yang WAJIB yakin bahawa Allah pengatur alam ini. Namun, bukan bermakna Islam menyekat ummatnya berfikir, berfikirlah dan gunalah akal semaksimum mungkin, namun harus diingat, BERFIKIR BUKAN SEKADAR LOGIK~

Monday, January 12, 2009

~tidak mustahil MEREKAlah orangnya~



Fuh... akhir2 ini, boleh dikatakan jadual hidup sungguh pack. Kalo boleh, rasa nak baring je atas katil bilik yang empuk. Tapi, tanggungjawab lebih utama. Biarlah berpenat lelah di sini, dan berehat di alam barzakh kelak. Amin...

Akoo ke program Untukmu Palestin anjuran budak2 medic UKM di Stadium Taman Tasik Titiwangsa. Sampai2 sahaja, agak terkejut bila mana melihat non muslim sangat bersungguh2 dan bersama2 orang Islam menjayakan program tersebut. Tahniah buat mereka. Akoo doakan mereka diberikan hidayah oleh Allah dan akoo sangat2 mengidamkan situasi itu berlaku di bumi UM sendiri.

Malamnya, ada satu forum bicara addin. Sungguh mantap forum tersebut dan memang boleh menitiskan air mata untuk mendengarnya. Namun, point utama penulisanku pada kali ini ialah OBJEKTIF program itu sendiri. Akoo amat kagum apabila disuarakan bahawa isu Palestin ini bukan sahaja isu penduduk Palestin, bukan saja isu ummat Islam, tetapi adalah isu SELURUH MANUSIA. Mendengar objektif ini, akoo mula berfikir..............

"jika 1.5 bilion ummat Islam, ada yang masih tidur dan xendah dengan isu ni, tidakmustahil orang yang akan memerdekakan bumi Palestin dari cengkaman Zionis laknatullah adalah non muslim"

Akoo amat yakin. Cuma bagiku, mereka masih belum mendapat satu sebab yang kukuh, kenapa mereka perlu bersama kita dalam isu ini. Kebanyakan mereka hanya memandang, Hamas sebagai pengKERUH keadaan. Jika Hamas tidak mulakan serangan, Zionis xkan serang mereka. Itulah yang mereka fikirkan.

Akoo dapat membayangkan, isu Palestin ini bukan sahaja dibincangkan di masjid2, ceramah2 agama dan sebagainya, tetapi Gereja pun ambil berat tentang isu ini, tabung2 kutipan derma ada di tokong2, risalah2 diedarkan di kuil2, orang yang pergi ke Palestin untuk membuat rawatan dan bantuan, ada dari kalangan orang bukan Islam bahkan lebih prihatin.

Alangkah bahagianya jika demikian. Namun, persoalannya, apa usaha kita ummat Islam untuk mengajak mereka bersama2 kita?? Atau kita masih terus bertekad untuk berpegang bahawa isu ini, hanya kita yang perlu perjuangkan? Terpulang....

Thursday, January 8, 2009

::mampukah diri ini?....::

Hmm.... Blog ni macam dah jadi diari pulak... Hehe.. Xpe.. Akoo punye blog, lantak rr nak tulis pon..

Akoo berfikir lagi.....

kadang2 hidup ini, memang kita dah merancang. Rancangan kira dah tip top dah. Dan kita sangat rasakan itulah rancangan yang terbaik untuk kita. Namun, kadang2, taqdir Allah tetap xmenepati rancangan kita. Ada saja dugaan dan halangan kepada rancangan tersebut. Kadang2, sampai ayat ni boleh terkeluar, "Kenapa jadi macam ni?".

"Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah itu adalah sebaik2 perancang"..(Al Quran)

Setelah meneliti ayat ini, barulah terasa.... Ko rasa ko hebat sangat ke merancang? Otak ko dah kritikal sangat la kira dalam merancang ni? Come on la... Jangan la dok rasa diri tu HEBAT SANGAT. Kebijaksanan tu hanya diberi pinjam oleh Allah kat ko. Bukan ko yang bijak. Bukan ko yang kritikal. Tapi, Allah Yang Maha Bijak. Dia hanya memberi pinjam kebijaksanaannya itu sedikit kepada ko. Jadi, tak hairanlah jika perancangan kita yang SEDIKIT BIJAK itu akan kalah dengan perancangan Allah yang JAUH SANGAT BIJAK.

Astagfirullah.....

Kemudian, datang pula ayat ini. Selalu dibaca, namun bila dugaan datang je dihayati... teruk betul akoo ni...

"Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang sanggup ditanggungnya..." (Al Baqarah)

Jadi, akoo perlu yakin, setiap apa yang berlaku ini, akoo mampu hadapinya. Walaupun akoo rasa xmampu, tapi, akoo cukup yakin dengan ayat ini. Ini bukan kata2 manusia, tetapi kalamullah. Ya, akoo mampu menghadapinya.Insya Allah....

"Ya Allah, jangan Kau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata, ATAU KADAR MASA YANG LEBIH MUDAH DARI ITU"

Monday, January 5, 2009

::relax.... slow2 beb....::


"Manusia sekarang silap, diorang ingat HARTA yang diorang ada tu semua diorang punya, sebenarnya diorang lupa, hanya REZEKI sahaja yang Allah beri untuk kita, HARTA itu belum tentu dan semestinya memang bukan milik kita." Pesan pakcikku semasa menghantarku ke UM hari ni dalam kereta.

"Kenapa perlu ada VIP? Kadang2 bengkek betul bila imam dalam masjid dok cakap pasal Saidina Umar, tapi masih boleh makan sedap2 kat meja VIP, walhal jemaah lain semua makan jamuan lauk biasa. Apa semua ni? Ni namanya feudal. Zaman Rasulullah dulu, mana ada ko VIP, ko orang biasa, ko makan sedap, ko makan kat tangga je. Semua orang sama. Itulah penyebab orang tertarik kepada Islam." tambahnya lagi...

Hmm.... Kritikal sungguh pemikiran pakcik akoo ni.. Walaupun xblajar masuk U macam akoo, tapi, ternyata otaknya sangat geliga.

Kadang2 akoo terfikir, memang betul, jika kita mahu laksanakan Islam, kita mesti laksanakannya secara keseluruhan, bukan ambil sikit, dan tolak sikit. Hujahnya, kita yang perlu ikut Islam, bukan Islam kena ikut kita. Kalau Islam yang ikut kita, kita ambil ayat Al Quran yang mana kena dengan diri kita, dan cuba menolak dan kalau boleh xnak dengar ayat yang xkena dengan diri kita.

Ya, itu betul. Kita perlu MENERIMA ISLAM secara keseluruhan. Tetapi persoalannya, dalam MELAKSANAkan Islam sepenuhnya, adakah perlu SEKALI GUS? Islam memerintah, terus haram disko, konsert, artis2, arak dan etc???? Itulah persoalan yang perlu difikir bersama2.
"Allah mencela arak itu 2 kali dalam Al Quran. Dan mengharamkannya pada kali ke 3. Aku bimbang, apabila aku MELAKSANAKAN ISLAM sepenuhnya, ORANG AKAN MENOLAK ISLAM SEPENUHNYA". ~Umar Abdul Aziz.

Bagiku, kepimpinan Tok Guru Nik Aziz perlu dicontohi. Dalam memerintah Kelantan sendiri, beliau mengajak rakyatnya kepada Islam dengan memberi kefahaman terlebih dahulu, kemudian barulah kepada pelaksanaan sedikit demi sedikit. Dulu, ajak solat, sekarang ajak qiam pulak.

Jadi, sama2lah berfikir untuk Islam. Memang benar kita mahu melihat Islam dilaksanakan sepenuhnya. Tetapi adakah dengan sekali gus? Jawapan..... lu pikirlah sendiri!!!

Saturday, January 3, 2009

::tenang sungguh~::

"ada kawan aku tu, keje kat ********, gaji 2000 je, tapi dah boleh pakai kete sport beb... Nak wat camne, ramai orang nak bagi lulus stret test kete, hulur la duit kat dia."

Akoo hanya mampu menggeleng kepala. Nilah jadinya bila duit menjadi ILAH. Bukan Allah.

Akoo ke sekolah adikku. Maahad Tahfiz Darul Naim. Sampai di sana sewaktu maghrib. Suasana agak pedalaman. Keliling sekolah adalah sungai dan sawah padi. Masuk sahaja kawasan tu, rasa satu perasaan yang xdapat digambarkan dengan kata2. Dilihat pula budak2 semua berkopiah dan berjubah. Ya Allah, alangkah seronoknya kalau akoo dapat merasakan suasana begini. Melihat gelagat adik2 ni, akoo teringat suatu ketika dulu, akoo nak sangat masuk sekolah tahfiz apabila mendengar sang hafiz membaca surah ketika bulan Ramadhan.

Akoo nak sangat jadi macam diorang. Melihat diorang sahaja, dah merasa tenang. Mendengar diorang berkata2, apatah lagi. Namun, Allah taqdirkan akoo meneruskan pelajaran dalam bidang sains dan sekarang, di bidang perubatan. Tentu ada hikmahnya. Jika akoo tidak melalui semua itu, xjadilah Abdul Hakem seperti mana sekarang. Tapi, pape pon, hati ini memang teringin sangat merasakan suasana yang dikatakan "biah solehah".

Semasa di sekolah, ada yang kata KISAS biah solehah. Semasa di Matrikulasi, ada yang kata Nilam Puri biah solehah. Namun, tempatku bukan di situ. Jadi, macam mana akoo nak merasa semua tu? Dengki sungguh dengan kawan2 yang dapat merasai suasana tersebut. Tentu hati cukup tenang bila berada di situ.

Jadi, xada cara lain, nak wujudkan suasana itu di Fakulti Perubatan atau Universiti Malaya seluruhnya? Masih ada masa lagi............... InsyaAllah...

Thursday, January 1, 2009

::"bukan senang" rupanya....::

"ummi, kak ngoh bilo nok nikoh?"
"tunggu la 2 3 tahun lagi.."
"suruh dio nikoh cepat sket rrr... boleh ore menyusuri... hehe..."
"bakpo? nok nikoh doh ko? belajar wi abih dulu..."

................... itulah jawapan ummi... pasrah.... xpe, fokus belajar beb!!! hehe...

Seronok rasanya hidup ini bila mengambil prinsip KITA HIDUP UNTUK BELAJAR! Terasa banyak perkara yang Allah ajar setiap detik melalui hidup ni. Balik kampung kali ni juga rasa syok. Sebab kali ni, dapat meneliti keadaan dan masalah family. Sebab itulah datangnya idea tajuk artikel ni "bukan senang" rupanya.............. berkeluarga ni.

Biasalah, jiwa muda. Tengok sana, kawan dah ada couple. Tengok sana, ada yang dah bertunang. Tengok frenster, ada yang dah kawen beb. Jiwa sape xberkocak. Terasa jugak nak berpunya. Namun, dialog di atas dah memberikan jawapan.

Namun, rupa2nya Allah dah memberikan jawapan kepadaku semasa cuti kali ni. Dia melihatkan akoo bahawa, berkeluarga bukanlah semudah yang akoo sangka sebelum ni. Fuh... Tengok je parents sendiri handle family, akoo rasa, akoo masih belum mampu berada di tempat diorang. Anak ni perangai macam ni, anak ni malas belajar, yang ni suka keluar malam, yang ni cita2 nak masuk AF, yang ni camni, yang ni camtu... Tu baru anak2, memandangkan parents ada pekerja sendiri, pekerja2 pulak ada ragam masing2.

Setelah meneliti perkara ini, hati akoo berkata, "ummiku memang memahamiku". Ya ummi, doakan anakmu ini cepat matang ya... hehe... "Ada hikmah rupanya akoo masih belum dibenarkan....."

Orang Palestin sedang teruk diserang, akoo masih relax melayan perasaan. Astaghfirullah..... Akhir kata, sama2lah amalkan Qunut Nazilah sekurang2nya sekali sehari. Bayangkan Allah hancurkan Zionis laknatullah itu!!!

::I don't like this!!::

Xtahu kenapa, sejak kebelakangan ni, rasa semacam nak menulis dalam blog ni. Menyesal rasanya hebohkan bahawa dah ada blog. Bila mana rasa ni datang, mesti rasa menyampah nak menulis. Kadang2, bila mana perasaan ni datang, akoo akan berhenti menulis seketika, membiarkan ia reda. Akoo menulis ni untuk meluaskan pengaruh ke? Akoo menulis ni nak tunjuk ka orang yang akoo ni banyak fikir ke? Akoo ni macam ni ke? AKoo ni macam tu ke? Nyah kau perasaan ni!!!

Benarlah kata2, "kritikan yang diterima itu jauh lebih baik kepada diri kita daripada pujian. Malah, kadang2, pujian itu mampu melemah dan menghancurkan kita."

Mungkin sebab itulah, ada sahabat semasa zaman Rasulullah S.A.W. yang ingin menyumbat pasir ke dalam mulut orang yang memujinya. Dia tidak mahu lemas dalam pujian. Baginya, pujian itu hanya untuk Allah S.W.T.

Ya Allah, akoo takut! Janganlah hilangnya keikhlasan dalam perjuangan ini. Akoo tahu. Akoo pernah diajar. Ikhlas itu xdatang sekali gus. Ia mesti dipupuk. Kena biasakan diri. InsyaAllah, ikhlas akan datang menyusuri. Teorinya memang begitu, tapi, praktikalnya, sungguh perit. Kadang2 boleh tertewas di tengah jalan.

Wahai sahabat2 yang sudah mengenali diriku, semasa anda membaca artikel ini, akoo amat berharap kalian dapat mendoakan agar diri ini bukan menulis ATAS KEPENTINGAN DIRI. Please.... Namun, biarpun perasaan ini datang, akoo xkan berundur. Sangat rugi kiranya meninggalkan medan dakwah yang cukup baik ini semata2 kerana satu reason yang cukup hampeh. Kan bangang tu tinggalkan dakwah pasal rasa diri xikhlas?. Astaghfirullah.......

Sama2lah hayati erti IKHLAS....