Recent Posts

Tuesday, January 19, 2010

Bahasa


Kes 1

"If f(x)=1/x+3, find the value of object when the image cannot be defined"... lebih kurang begitulah ayat soalan add math adik akoo.

"Gapo maksud dio?" adik akoo bertanya.

"Dio nok tahu, x ni berapo kalu f(x) ni infiniti" akoo cuba menerangkan kepadanya.

Dia hanya mengangguk. Memang akoo rasa ada yang xkena. Adik akoo ni rasanya masih belum faham.

"Pehe ko dok?" Akoo cuba mengorek kebenaran.

"Acu tere sekali lagi" katanya tersenyum. Hahaha... Kantoi xpaham!!

Kes 2

"Abang dah kahwin?" Soalan ini akan diajukan apabila bertanya "social history" kepada pesakit.

"Dah. Anak dah 3." Jawab pesakit tersebut. Selamba.

"Wah.. muda kahwin ya. Sekarang baru 20 lebih, dah ada 3 anak."

"Hehehe.. Xdelah.. ABANG saya yang dah kahwin. Saya belum lagi." Jawab pesakit tersebut. Ceh!! Terkena!!

Bahasa. Satu kalimah yang sebenarnya amat sinonim dengan hidup kita. Dan sebenarnya, baru sekarang, akoo sedar akan hakikat ini. Jika di sekolah dahulu, bahasa dilihat sebagai subjek yang agak membosankan dan seperti "buang masa". Ditambah pula dengan diri yang lebih dominan memakai "otak kiri" berbanding "otak kanan". Akoo lebih suka perkara2 yang sempoi berbanding perkara yang terlalu puitis dan berbunga2 ayatnya. Itu akoo. Lihat bahasa blog, mungkin anda sudah dapat membacanya.

Namun, bila difikir2 kembali, antara faktor orang menerima Islam sewaktu zaman Nabi SAW adalah faktor bahasa. Saat itu, memang terkenal dengan syair2 yang hebat, namun, dengan turunnya Al Quran yang menggunakan bahasa dan sastera Allah Taala, sudah tentu segala puisi dan syair mereka jauh ketinggalan ke belakang. Itulah hebatnya faktor bahasa.

Kemudian, akoo merenung lagi sambil berwacana bersama naqib. Rupa2nya, sebelum lahirnya tokoh2 ilmuan hebat seperti Ibnu Sina dan sebagainya, 100 tahun sebelum itu diwujudkan satu institusi penterjemahan. 100 tahun sebelum itu. Baitul Hikmah namanya. Fahamnya apa? Fahamnya, jika ilmu itu masih lagi dalam "bahasa" yang xdapat difahami oleh sesuatu kaum, maka ketamadunan sudah tentu xmampu dicapai.

Mungkin sebab itulah, Nabi SAW meminta kita agar menguasai sebanyak mana bahasa yang kita mampu. Bukan sahaja untuk tujuan ilmu, bahkan bagi tujuan dakwah. Sudah tentu kita famous dengan cerita kalau pergi kedai orang cina dan bercakap bahasa cina, sudah tentu dapat harga murah. Atas dasar apa? Atas dasar, di situ terdapat "titik persamaan" iaitu kita menggunakan bahasa yang sama.

Namun, berkali2 juga akoo berfikir untuk menulis post kali ini. Kerana, akoo bukanlah pakar bahasa. Hanya mengerti menggunakan "Bahasa Anak Muda". Walaupun mungkin ada yang xbersetuju dengan penggunaan "bahasa baru" ni, kerana bagi mereka bahasa ini adalah bahasa perosak. Tidak ada nilai. Namun, bagi akoo, bahasa ini perlu difahami kerana kita sedang berdepan dengan fenomena bahasa tersebut.

Mungkin bagi mereka, sebenarnya bahasa yang dipakai adalah lembut, tetapi bagi kita, ia adalah keras. Bagi mereka, itu adalah ajakan, tetapi kita lihat seperti suruhan. Namun, itulah yang perlu difahami dengan Bahasa Anak Muda.

Akhir kata, dalam kes yang pertama, sebenarnya akoo mempamerkan rasa kecewa dengan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada adik akoo dan mereka yang senasib dengannya. Mungkin mereka yang duduk di bandar2 tidak merasakan impak "bahasa" ini. Namun, bagi akoo, kita telah rugi banyak GENERASI atas satu tindakan yang akoo kira sangat xrelevan. Sedih sekali.......

0 comments: