Recent Posts

Friday, March 19, 2010

Memimpinlah


"Sebab nama awak dok atas sekali, saya lantik awak jadi ketua." seorang pensyarah memberikan arahan kepada akoo.

"Alah.. Xsyok rr cam tu Dr. Kita wat undian rrr.." akoo cuba mencari alasan untuk menolak jawatan terbabit.

"Xde2. Jangan salahkan saya. Salahkan parents awak. Sape suruh dia bubuh nama awak A kat depan. Lain kali, jangan bubuh nama anak mula ngan huruf A. Hehehe" Balas pensyarah terbabit, dengan nada bersahaja.

Sejak kecil lagi, akoo xsuka jadi pemimpin. Bab bagi idea, boleh, tetapi, bab nak pimpin orang, boleh dikatakan agak xbest, kerana sering merasakan lebih baik jawatan terbabit diberikan kepada orang lain. Namun, apabila ditaklifkan apa2 jawatan, akoo akan cuba menjalankannya sedaya mungkin. Itu akoo punya cara, dan dah terbawa2 sampai sekarang.

Ditakdirkan Allah Taala, walaupun cuba "lari" daripada kepimpinan, akoo tetap diberi tanggungjawab. Sekali lagi, sejak sekolah lagi. Bermula dengan sekolah rendah, apabila ditaklifkan sebagai pengawas walaupun selalu datang lambat ke sekolah. Kemudian, tercalon menjadi ketua pengawas, namun tewas gara2 xcukup tinggi(hehehe... lawak kes ni!!). Sekolah menengah juga begitu kesnya, tiba2 sang junior mencalonkan akoo sebagai "Presiden Silat". Walaupun sudah sepakat kami satu batch dan seperti sudah tahu siapa yang patut menjadi presiden, tetapi, rancangan Allah Taala mengatasi segala. Entah mengapa, si "badan kecil" lagi "xmatang" ini dilantik sebagai ketua. Why? Why? Astaghfirullah....

"Katakanlah(wahai Muhammad), "Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Kau berikan kekuasaan kepada sesiapa yang Kau kehendaki, dan Kau cabut kekuasaan daripada sesiapa yang Kau kehendaki. Kau muliakan sesiapa yang Kau kehendaki dan Kau hina sesiapa yang Kau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, ENGKAU MAHA KUASA atas segala sesuatu" (Ali Imran: 26)

Setelah mengenal usrah, akoo mula menilai erti sebuah kepimpinan. Sekarang, akoo sedang cuba menghabiskan buku 360 Degree Leader, dan ternyata, kepimpinan sangat berkait rapat dengan Islam, bahkan, akoo mendapat kesimpulan, untuk menjadi seorang Mukmin yang baik, seseorang mestilah belajar cara menjadi seorang pemimpin yang baik.

"Setiap dari kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang apa yang dipertanggungjawabkan ke atas kamu."

Benar! Untuk menjadi seorang Mukmin yang baik, kita mestilah menjadi seorang pemimpin yang baik. Apa maksud pemimpin? Adakah mesti memegang jawatan tertinggi dalam satu2 organisasi baru digelar pemimpin? Adakah pemimpin bermaksud kitalah yang paling berkuasa dan tidak ada yang lebih berkuasa daripada kita? Tidak! Bahkan, kita xakan mencapai tahap paling berkuasa kerana Dialah Yang Maha Kuasa. Walau berkuasa mana pun kita, masih tetap ada Dia yang jauh lebih berkuasa daripada kita. Justeru, menjadi pemimpin di sini bermaksud mempunyai ciri2 sebagai seorang pemimpin walaupun taraf apa sekalipun kita dalam masyarakat atau organisasi.

Apakah ciri seorang pemimpin? Xperlu akoo ulas panjang lebar, kerana buku2 tentang kepimpinan berlambak di kedai2, dan lain pengarang, kadangkala lain "ciri"nya. Namun, cukuplah akoo yang bukanlah seorang pemimpin yang baik, malah boleh dikatakan agak hampeh, mengutarakan 4 ciri kepimpinan yang perlu diteladani. Xlain xbukan, 4 sifat Nabi: Siddiq(Benar), Amanah, Tabligh(Menyampaikan), Fatanah(Bijak). 4 ciri yang kita pelajari ini, bukan bermakna ia hanya ada pada nabi, tetapi untuk kita contohi supaya menjadi seperti mereka.

Sidiq. Amanah. Tabligh. Fatanah. Empat kalimah keramat yang harus diperdalam.

Akhir kata dari akoo, untuk menjadi seorang mukmin yang baik, BELAJARlah menjadi seorang pemimpin yang baik. Xperlu tunggu ilmu cukup, baru nak mula memimpin. Kerana, tatkala anda membaca artikel ini pun, sebenarnya, anda sudah lama menjadi seorang pemimpin. Tidak kisahlah anda lelaki atau perempuan, bos atau kuli, kecil atau besar. Anda sudah lama memimpin daripada memimpin organisasi besar, kepada memimpin isteri untuk melintas jalan(bila la agaknya nak sampai masa ni.. mesti best!! hehehe), kepada memimpin diri sendiri untuk mecapai matlamat hidup. Jadi, selamat memimpin!!

0 comments: