Recent Posts

Tuesday, January 19, 2010

Bahasa


Kes 1

"If f(x)=1/x+3, find the value of object when the image cannot be defined"... lebih kurang begitulah ayat soalan add math adik akoo.

"Gapo maksud dio?" adik akoo bertanya.

"Dio nok tahu, x ni berapo kalu f(x) ni infiniti" akoo cuba menerangkan kepadanya.

Dia hanya mengangguk. Memang akoo rasa ada yang xkena. Adik akoo ni rasanya masih belum faham.

"Pehe ko dok?" Akoo cuba mengorek kebenaran.

"Acu tere sekali lagi" katanya tersenyum. Hahaha... Kantoi xpaham!!

Kes 2

"Abang dah kahwin?" Soalan ini akan diajukan apabila bertanya "social history" kepada pesakit.

"Dah. Anak dah 3." Jawab pesakit tersebut. Selamba.

"Wah.. muda kahwin ya. Sekarang baru 20 lebih, dah ada 3 anak."

"Hehehe.. Xdelah.. ABANG saya yang dah kahwin. Saya belum lagi." Jawab pesakit tersebut. Ceh!! Terkena!!

Bahasa. Satu kalimah yang sebenarnya amat sinonim dengan hidup kita. Dan sebenarnya, baru sekarang, akoo sedar akan hakikat ini. Jika di sekolah dahulu, bahasa dilihat sebagai subjek yang agak membosankan dan seperti "buang masa". Ditambah pula dengan diri yang lebih dominan memakai "otak kiri" berbanding "otak kanan". Akoo lebih suka perkara2 yang sempoi berbanding perkara yang terlalu puitis dan berbunga2 ayatnya. Itu akoo. Lihat bahasa blog, mungkin anda sudah dapat membacanya.

Namun, bila difikir2 kembali, antara faktor orang menerima Islam sewaktu zaman Nabi SAW adalah faktor bahasa. Saat itu, memang terkenal dengan syair2 yang hebat, namun, dengan turunnya Al Quran yang menggunakan bahasa dan sastera Allah Taala, sudah tentu segala puisi dan syair mereka jauh ketinggalan ke belakang. Itulah hebatnya faktor bahasa.

Kemudian, akoo merenung lagi sambil berwacana bersama naqib. Rupa2nya, sebelum lahirnya tokoh2 ilmuan hebat seperti Ibnu Sina dan sebagainya, 100 tahun sebelum itu diwujudkan satu institusi penterjemahan. 100 tahun sebelum itu. Baitul Hikmah namanya. Fahamnya apa? Fahamnya, jika ilmu itu masih lagi dalam "bahasa" yang xdapat difahami oleh sesuatu kaum, maka ketamadunan sudah tentu xmampu dicapai.

Mungkin sebab itulah, Nabi SAW meminta kita agar menguasai sebanyak mana bahasa yang kita mampu. Bukan sahaja untuk tujuan ilmu, bahkan bagi tujuan dakwah. Sudah tentu kita famous dengan cerita kalau pergi kedai orang cina dan bercakap bahasa cina, sudah tentu dapat harga murah. Atas dasar apa? Atas dasar, di situ terdapat "titik persamaan" iaitu kita menggunakan bahasa yang sama.

Namun, berkali2 juga akoo berfikir untuk menulis post kali ini. Kerana, akoo bukanlah pakar bahasa. Hanya mengerti menggunakan "Bahasa Anak Muda". Walaupun mungkin ada yang xbersetuju dengan penggunaan "bahasa baru" ni, kerana bagi mereka bahasa ini adalah bahasa perosak. Tidak ada nilai. Namun, bagi akoo, bahasa ini perlu difahami kerana kita sedang berdepan dengan fenomena bahasa tersebut.

Mungkin bagi mereka, sebenarnya bahasa yang dipakai adalah lembut, tetapi bagi kita, ia adalah keras. Bagi mereka, itu adalah ajakan, tetapi kita lihat seperti suruhan. Namun, itulah yang perlu difahami dengan Bahasa Anak Muda.

Akhir kata, dalam kes yang pertama, sebenarnya akoo mempamerkan rasa kecewa dengan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada adik akoo dan mereka yang senasib dengannya. Mungkin mereka yang duduk di bandar2 tidak merasakan impak "bahasa" ini. Namun, bagi akoo, kita telah rugi banyak GENERASI atas satu tindakan yang akoo kira sangat xrelevan. Sedih sekali.......

Lemah TanpaMu


"Masuk hospital ni sebab apa ya?" akoo memulakan bicara dengan soalan "standard" kepada si ibu yang sedang menjaga anaknya. Maklumlah... Sedang posting paediatrics iaitu kesihatan berkaitan kanak2, kebanyakan maklumat perlu diperoleh oleh penjaga kanak2 terbabit. Siapa lagi kalau bukan kedua ibu bapa.

"Hari tu kitorang pergi bersihkan rumah nenek dia. Pastu, dia cakap dahaga sambil pegang satu botol berisi air. Pastu, saya bagi la dia minum. Tiba2 akak dia cakap, "ibu adik minum air yang kat bawah tangga tadi!!". Saya mula gelabah. Nak tahu kenapa?"

Akoo hanya mengangguk. "Air tu thinner sebenarnya. Tapi, dah masuk dalam perut anak saya. Saat tu, Allah saja tahu perasaan saya, terus kitorang bawa dia datang hospital. Selamat cepat.. Tapi, doktor cakap, ada kesan sikit dekat hati dia."

Itu kes yang pertama.

Kes yang kedua pula...

"Masa tu kami tengah tidur. Letak la dia kat sebelah. Pastu, saya bangun la sekejap nak pergi ke dapur...." Jelas seorang ibu kepada anak yang baru sahaja 1 bulan lebih.

"Pastu, balik2 bilik, saya nampak suami saya dah tindih anak saya. Dekat 10 20 minit juga kalau xsilap. Saya terus menjerit. Dan masa tu dia dah xrespon apa2. Suami saya buat CPR, pastu dia ada keluar darah ikut hidung. Kitorang terus bawa dia ke hospital. Masuk ICU. Doktor cakap, peluang untuk selamat 50/50. Alhamdulillah.. Dapat diselamatkan, tapi sekarang ni tengah monitor dia punya pernafasan."

Ya... Inilah kehidupan. Menghadapi perkara2 seperti ini, baru akoo mengerti bukan mudah untuk membesar Abdul Hakem Bin Zahari sehingga boleh menjadi seperti akoo yang sedang menulis sekarang ini. Terima kasih Ummi. Terima kasih Abah.

Bukan itu sahaja, alhamdulillah, akoo diberi kesempatan untuk melihat kuasaNya. Baru akoo sedar, bahawa Dia sentiasa menJAGA kita. Masuk dalam bidang perubatan, sudah tentu dapat mengetahui bahawa betapa mudahnya kita mendapat penyakit, namun, tanpa izinNya, sudah tentu tidak akan berlaku.

Benar! Andai kata Allah Taala melupakan kita hatta dalam masa yang kurang daripada satu saat sekali pun, entah bagaimanalah nasib kita. Jika manusia sedar akan hakikat ini, masakan dia sanggup melawan si Dia yang sentiasa menjaganya. Jika manusia sedar akan hakikat ini, sudah tentu dia akan sedar apa sebenarnya statusnya, seorang HAMBA yang tidak punya upaya. Seorang HAMBA, yang sentiasa mengharapkan pertolongan dan bantuan daripada TUANnya.

Justeru, berSYUKURlah. Cintailah Dia. Kerana, Dia sangat menyayangi kita. Kerana, tanpa Dia, kita tidak bermakna.

"Jika kamu bersyukur, maka kami akan lipat gandakan nikmat kepadamu, tetapi jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat pedih."

Alhamdulillah.....

Tuesday, January 12, 2010

Mengalah Tidak KALAH


Pada mulanya, akoo berfikir xmahu respon soal isu yang rasanya meletup seminggu 2 ini. Isu harga gula naik tenggelam terus, isu kalimah Allah menenggelamkannya. Kerana, akoo berfikir, mungkin mengambil pemikiran orang "hanya orang YANG LAYAK" sahaja mampu berbicara soal sesuatu perkara. Dan, akoo merasakan akoo bukanlah orang YANG LAYAK bagi mereka. Siapalah akoo. Persoalannya, SIAPA yang LAYAK?

Mendengar forum anjuran Free Public Forum dan PMIUM, "Allah: Siapa Yang Punya" cukup membuka minda akoo. Cukup kagum dengan hujah2 yang diutarakan oleh panelis yang hadir, baik yang bersetuju mahupun yang tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah.

Namun, perbincangan seperti xmampu dirojakkan untuk hujah kedua2 belah pihak, kerana mungkin RAMUANnya xkena. Kerana, walaupun hujah masing2 agak hebat dan mantap, tetapi masing2 berhujah daripada sudut yang berlainan. Satu pihak berbincang soal "Boleh Atau Tidak", satu lagi berbincang soal "Wajar atau Tidak".

Tidak mahu mengulas panjang. Kerana, pandangan boleh dilayari di lain2 blog. Baik yang "Boleh Atau Tidak" atau "Wajar atau Tidak". Namun, akoo sudah agak banyak menulis soal BETUL sebenarnya ialah satu PERASAAN YANG MERASA BETUL. Kedua2 pihak akan merasakan mereka betul, ketahuilah... ia hanya satu perasaan kerana mereka punya hujah dan nas masing2.

Namun, sekali lagi akoo ulang, apabila perlekehan berlaku, MENYALAHkan pihak yang satu lagi, sebenarnya, itulah yang SALAH. Kalau dalam pertandingan debat, mereka mungkin rasa mereka MENANG, tetapi sebenarnya KALAH. Kerana di akhir debat, tiada keputusan yang dapat diputuskan, tetapi masing2 saling menyalahi antara satu sama lain. Ini bermakna, dua2 kalah.

Kadang2, kita perlu MENGALAH untuk MENANG. Mungkin hujah kita dilihat KALAH oleh pihak yang bercanggah pendapat, tetapi sebenarnya MENANG kepada orang lain yang mendengar yang masih mencari mana pihak yang lebih benar.

Kesimpulan akoo, cukup mudah. Andai kata kedua2 pihak masih menuding jari dan mencari siapa betul, siapa salah, kedua2 akan KALAH. Nak tahu siapa yang menang? Yang menang ialah, orang yang telah meRELEVANkan kembali I.S.A. yang dahulunya dipandang sangat xrelevan dan zalim. Yang menang ialah golongan yang mampu mewujudkan jurang agama dan bangsa dalam masyarakat kita. Terpulanglah kepada anda untuk menilai.

Sambil2 mendengar lagu Hadapi Dengan Senyuman, nyanyian kumpulan Dewa 19, cukup menyentak hati akoo. Lirik terakhirnya, "menyerahlah..... untuk menang". Fikir2kanlah... sambil layan lagu Dewa. Hehehe...


Mungkin akoo bukanlah orang yang soleh. Iman juga xtinggi. Dengar lagu2 Dewa, main game, main SMS, tengok TV, layan cerita Korea dan sebagainya. Namun, boleh rujuk kembali artikel Ibadah Intelek lepas yang akoo tulis. Kerana, bukan HANYA "zikir" yang disempitkan maksudnya (memegang mathurat, pegang butir tasbih etc) boleh mendekatkan diri kepada Allah. Tak setuju? Lagi akoo suka.....

Saturday, January 9, 2010

Waspada


Melihat status facebook kawanku yang pening dengan isu yang melanda Malaysia, dengan politik kotornya, perkaumannya, isu Allahnya, jet enjin hilangnya... Akoo kadang2 agak kasihan bagi mereka yang hanya tahu perkara secara "surface". Mereka xtahu apa sebenarnya di sebalik kejadian2 terbabit. Maka, dengan ini, lahirlah golongan2 yang menolak politik, golongan yang "non-particant", kerana bagi mereka, semua pihak dalam hal ini adalah SAMA. Pihak ni kata yang pihak tu jahat, pihak tu kata pihak ni jahat. "Jadi, lebih baik akoo xjoin mana2 pihak, lantak diorang nak buat apa", fikir mereka.

Dahsyat. Serangan amat dahsyat. Sebab itu, bagi mereka yang nak menegakkan Islam dalam jalan ini, perlu "BIJAK" dalam tindakan, agar tindakan xmakan diri. Dan, satu perkara penting yang selalu kita lupa, walau apa pun rancangan jahat daripada musuh2 Islam, Allah tetap memelihara agamaNya. Cuma, sejauh manakah kita meminta dan berharap kepadaNya? Tepuk dada, tanya diri.

"Ultra Kiasu". Itulah istilah yang dikeluarkan oleh saudara Ridhuan Tee dalam MIngguan Malaysia(dah seminggu, tapi baru nak respon) yang akoo baca tempoh hari. Hebat. "Lebih Melayu daripada Melayu". Itulah respon bersahaja yang akoo dapat daripada kawan akoo apabila berborak soal ini. Hehe...

Tidak berniat untuk menyerang peribadi mahupun menyanggah apa yang beliau tulis. Itu pandangan beliau. Bahkan, akoo amat mengagumi tokoh ini. Seperti golongan perintis Cina Muslim di Malaysia, yang dikatakan "Tanah Melayu" ini.

Walaupun begitu, ia xmenghalang akoo untuk bercanggah pendapat dengan beliau. Ya, mungkin ada benarnya. Golongan yang dikatakan "Ultra kiasu" oleh beliau, MUNGKIN ada udang di sebalik mee. Mereka bilang mereka ingin jadi seperti Umar Abdul Aziz, mereka berhujah dengan Al-Quran, tetapi sebenarnya, MUNGKIN, akoo ulang, MUNGKIN ada perancangan jahat mereka.

MUNGKIN(sekali lagi), saudara Ridhuan dapat menilai hati budi mereka, kerana beliau adalah daripada kaum yang sama. Namun, akoo lebih suka memegang, siapalah kita untuk menilai apa yang ada dalam hati manusia. Bahkan, Nabi SAW sendiri apabila ditanya kenapa xumumkan sahaja nama golongan2 munafiq laknatullah, baginda menjawab, "Akoo xditurunkan untuk menilai apa yang ada dalam hati ummatku".

Bagi akoo, Perjanjian Piagam Madinah yang dilaksanakan oleh Nabi SAW perlu diambil diiktibar. Ya, Yahudi laknatullah yang punya rancangan jahat turut serta dalam piagam ini. Walaupun Nabi SAW tahu mereka ada rancangan jahat, adakah Nabi SAW terus umukan mereka sebagai musuh? Tidak! Tidak sama sekali.

SEHINGGA MEREKA MENGKHIANATI PERJANJIAN. Tatkala itu, baru Nabi SAW bertindak. Itulah yang terjadi kepada kaum Yahudi Bani Quraizah yang belot kepada perjanjian, berkomplot dengan Musyrikin Mekah, dalam peperangan Ahzab.

Justeru, situasi di Malaysia bagi akoo cukup jelas. Golongan yang kita katakan "ultra kiasu" ini sangat berpegang kepada janji yang kita buat. Bahkan, kadang2 bagi akoo, kitalah yang mula memungkiri janji. Waspada perlu ada terhadap mereka, namun, bukan terus umumkan mereka adalah musuh.

Mereka mungkin ada rancangan di sebalik membaca ayat Quran, namun terima kasih.... kerana itu ramai non Muslim mula rapat dan memahami Quran dan "imej" Al Quran mula naik. Mereka mungkin ada rancangan di sebalik meletak Umar Abdul Aziz sebagai pemimpin yang inign dicontohi, namun terima kasih kepadanya, kerana baru non Muslim tahu, siapa itu Umar Abdul Aziz dan keadilan memang tertegak jika kita melaksanakan Islam.


Waspada. Tetapi.... terima kasih!!

Tuesday, January 5, 2010

kePERLUan


"Ibnu Sina adalah seorang yang mengikuti perkembangan zaman. Dan, akhirnya dia dapat mencipta inovasi sendiri yang menjangkaui apa yang ada pada zaman tu" pesan seorang doktor, yang merupakan "naqib baru" akoo.

"Masalah kita sekarang ialah, kita ingin mencapai sesuatu yang besar dan tinggi, namun, kita masih bertindak seperti orang zaman 20 30 tahun sebelum ni. Jadi, kita perlu jadi seorang yang up to date dengan zaman kita dahulu, untuk mencipta apa yang menjangkauinya." sambungnya lagi.

"So, macam sekarang, lihat kePERLUan kita, seperti internet, facebook, blog2, laptop dan lain2. Kalau internet xde kat kolej, andai kata kita melihat itu merupkan satu kePERLUan kepada kita untuk mengikuti perkembangan zaman, maka kita perlu ada benda tu. Sekarang dah ada handset yang ada 3G dan wifi. Belilah... Duit biasiswa ada buat apa?" lontarnya tanda mengstimulasi kami untuk berjiwa besar. Akoo hanya mampu tersengeh sambil membelek2 handset akoo yang hanya mampu menaip SMS dan call. Hehehe...

Usrah pada hari itu, agak membuka minda akoo yang agak "old school", tu bahasa orang putihnya, bahasa kasarnya "jumud". Kadang2, kita terlalu menilai sesuatu perkara berdasarkan harganya. Disebabkan harganya mahal, maka kita lebih rela memilih untuk tidak memiliki benda tersebut. Dan, pada masa yang sama, jika harganya murah, kadang2 kita memilih untuk memilikinya walaupun ia bukanlah satu keperluan bagi kita.

Ya. KePERLUan. Secara teorinya, mungkin mudah untuk mendefinisikan istilah ini. Namun, secara realiti, mungkin agak sukar. Tetapi, akoo amat terkesima dengan "jiwa besar" yang diajar oleh naqib akoo. Kerana, ILMU ITU SEMEMANGNYA MAHAL.

Sabda Nabi SAW,
Jika kamu mahukan dunia, hendaklah kamu berilmu, jika kamu mahukan akhirat, hendaklah kamu berilmu, jika kamu mahukan kedua2nya, hendaklah kamu berilmu.


Perkembangan ilmu di tempat kita sudah tentu agak ketinggalan. Orang negara lain sudah lama membenarkan non muslim menggunakan nama Allah, perbincangan2 sudah lama dibuat, namun, kita masih lagi berdebat soal ini. Ditambah pula dengan "dunia tanpa sempadan", dalam satu saat, berjuta2 maklumat baru boleh didapati hanya dengan menggunakan hujung jari.(ayat standard.. haha..)

Jadi, isunya ialah kita terlalu "berkira2" dengan ilmu. Namun,"cincai kira" dengan perkara yang bukan kePERLUan. Sebab tu, nak beli buku, rasa macam rugi. Nak beli P1wimax untuk baca berita, tengok2 jurnal baru2 ke, rasa rugi. Tapi, bila nak beli untuk main game online, kita rasa "murah". Fahamnya apa? Fahamnya, kita masih xdapat melihat betapa MAHAL dan BERHARGAnya ilmu itu.
Justeru, "cincai kira"lah dengan ilmu, dan cuba berkira2 sikit dengan perkara yang kurang faedahnya. Bukan xboleh. Tapi, kena kedekut sikit. Akoo pun kaki DOTA jugak. Ish3...

Sama2 fikirkan ayat surah al-fatihah yang selalu kita baca:
"Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus(kePERLUan).... Iaitu jalan orang2 yang engkau telah bagi petunjuk, dan bukan jalan orang yang dibenci dan orang yang sesat"