Recent Posts

Tuesday, April 20, 2010

bukan DULU yang dinilai!


Kelihatan situasi semasa politik negara sedang rancak dengan serangan peribadi. Ada yang akan termakan, dan membenci mereka yang diserang, ada yang kenal dengan orang yang diserang, mendakwa bahawa serangan tersebut palsu, dan ada juga golongan yang semakin tidak PERCAYA kepada politik kerana melihat betapa kejinya mereka yang mengamalkannya.

Di peringkat akoo sendiri, akoo cuba belajar dengan apa yang berlaku, kerana itu hakikat dunia akhir zaman, dan itulah cabaran ummat Islam masa kini, dunia yang penuh dengan fitnah. Ingat, ia satu CABARAN daripada Allah Taala! Bukan satu alasan untuk kita mengasingkan diri daripada hakikat dunia yang ada. Tetapi tugas kita untuk mengubahnya. Makin dahsyat cabaran itu, makin besarlah ganjaran di sisi Allah Taala, insyaAllah. Itu pegangan akoo! Justeru, jom bersama kita tempuh dunia yang penuh fitnah ini!! Jangan risau, Dia sentiasa bersama kita.
Dunia masa kini adalah dunia persepsi. Orang yang baik, walaupun baik, namun apabila dikhabarkan sebagai jahat oleh sesetengah orang, akan dilihat jahat. Akoo pernah berborak dengan kakak dewan makan di sini, bertanyakan soal tokoh yang akoo kagumi, Nik Abdul Aziz. Terkejut beruk juga akoo bila mana dia mengeluarkan kata2, "Akak xsuka Nik Aziz, JAHAT!!". Sukar untuk diterima kerana dia hanya melihat insan itu berdasarkan ukuran dan gambaran media yang dibaca. Namun, suka untuk akoo ulang, itulah cabaran yang perlu kita hadapi.

Dalam menghadapi mereka yang senantiasa menginginkan orang memandang buruk terhadap Islam, kita juga perlu memPROMOSIkan bahawa Islam adalah jalan yang terbaik untuk seluruh alam. Mungkin ada yang berpendapat, biar apa orang kata, yang penting kita buat baik, dan akhirnya manusia akan kembali kepada kebenaran. Namun, akoo melihat, situasi sekarang, Islam sangat memerlukan PUBLISITI.

Nabi SAW juga sangat hebat dapat mencari publisiti terhadap Islam. Apabila tiba musim orang ramai berniaga ke Mekah, saat itu, penyebaran kefahaman Islam dirancakkan. Sehingga Abu Jahal and the gang terpaksa membuat satu propaganda kepada semua peniaga yang datang, ada seorang gila sedang menyebarkan ajaran sesat. Jadi, jangan dekati beliau. Namun, pengajaran yang dapat kita ambil, Nabi sangat mementingkan PUBLISITI bagi Islam.

Sedar atau tidak, dalam mereka memberitahu orang ramai tentang Nabi SAW seorang yang sesat, pada masa yang sama, mereka sudah memPROMOSIkan Nabi SAW. Mereka yang tidak pernah dengar nama Muhammad pun, sudah kenal siapa Muhammad. Bahkan, ada yang tertanya2, apa ajaran yang dibawa sehingga kitakan sebegitu? Adakah benar2 sesat? Justeru, mereka yang mencari kebenaran, akan menyelidik keadaan sebenar. Dan, inilah titik tolak bagi penerimaan Islam bagi penduduk Madinah yang akhirnya membawa kepada peristiwa Hijrah dan pembinaan Negara Madinah. Ya, itulah contoh bagaimana Nabi SAW mementingkan dan menghargai PUBLISITI yang ada.

Justeru, usah gusar dengan serangan yang dibuat, andai ia berbentuk peribadi sekali pun. Andai kita di pihak yang benar(haq), Dia sentiasa bersama kita. Namun, sekali lagi akoo menyarankan agar SERANGAN DIJADIKAN PELUANG kerana serangan mereka merupakan PUBLISITI bagi kita. Andai serangan adalah berkaitan dengan perkara yang PERNAH kita buat dahulu, anggaplah ianya sebagai ujian dari Allah Taala atas apa yang telah kita lakukan. Mudah2an, taubat kita diterima.

Bagi akoo, adalah tidak tepat untuk menilai seseorang berdasarkan apa yang telah dia lakukan pada masa lampau. Berapa ramai orang yang dahulunya malaikat, kini bertukar menjadi syaitan? Jika masa lampau yang diukur, tidaklah sahabat2 Nabi SAW dijanjikan Allah Taala masuk ke syurga. Tidaklah sahabat2 Nabi SAW yang dahulunya sangat jahil, membunuh anak perempuan sendiri, berjudi dan sebagainya, diangkat menjadi khalifah bagi ummat Islam. Renung2kan...