Recent Posts

Monday, August 30, 2010

Nilailah dengan HATI


"Weh, ko rasa camne ek? Ustaz ni cakap boleh, ustaz tu pulak cakap xboleh. Kita nak ikut kata ustaz mana ni?" keluh seorang sahabat. Bingung.

Kecoh lagi. Sekarang isu bukan Islam masuk masjid pula. Ramai yang menimbulkan rasa bimbang, takut2 orang awam seperti akoo akan keliru dengan perbezaan "fatwa" yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak. Malah, jika tidak dikawal perbezaan ini, bibik2 perpecahan akan mula terlihat. Di saat itu, "mereka" akan tersenyum gembira, bertepuk tangan. Tanda mereka sudah "berjaya".

Namun, dari sudut pandangan yang lain, kelihatan serangan demi serangan ini kian membuatkan masyarakat celik. Ya, celik Islam. Kesan polemik ini, masyarakat mula mencari, "apa" sebenarnya "kebenaran" dan SIAPA yang membawa kebenaran itu juga mungkin lebih terlihat. Benarlah kata bijak pandai(siapa tu?), KELIRU itu permulaan bagi ilmu. Apabila kita keliru, bermakna, kita berfikir, dan apabila kita berfikir, kita akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

Perlu diingat, "mereka" sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan din Allah Taala ini. Benar, mereka sekali2 tidak akan pernah berjaya, kerana Allah Taala sentiasa menjaga din ini. Namun, itu bukan asbab untuk kita leka tanpa waspada.

Oleh sebab itu, mereka yang punya ilmu atau "ahli" tentang syariah Islam, perlulah bijak dalam berhujah dan bertentang pendapat dengan "ahli" yang lain. Berfatwalah atas dasar kebenaran, bukan atas dasar sentimen dan kepentingan. Benar, situasi sekarang memerlukan ulama yang dilihat terbuka, namun tidak menggadaikan prinsip. Ulama' yang mengawal pemimpin atau politik, bukan dikawal. Namun, mungkin senang untuk ditulis, sukar untuk dilaksanakan bahkan ditemui ulama' seperti ini.

Bagi orang awam termasuk akoo, ingatlah pesan Nabi SAW, "Mintalah fatwa dengan HATImu". Bukan SIAPA yang perlu dilihat, tetapi APA hujah mereka yang lebih kukuh dan yakin di HATI kita untuk mengamalkannya. Walaupun fatwa itu dikeluarkan oleh orang atau pihak yang kita tidak sukai sendiri pun, andai kata hujahnya benar dan kukuh, maka ia perlu kita terima. Jika mampu dan punya peluang, pedalamilah ilmu syariah.

Kemungkinan, zaman "boleh buat sebab ustaz tu cakap boleh" sudah tidak relevan. Generasi Y ini memerlukan "boleh sebab 1..... 2... 3.... , tak boleh pula sebab 1... 2.... 3....".

"Bukan tengok ustaz mana. Patut tengok.... Ustaz ni, apa hujah dia. Ustaz tu, apa hujah dia. Allah Taala dah bagi ko akal, fikirkanlah dengan neutral, mana pandangan yang lebih kukuh dan lebih yakin di hati ko untuk ko amalkan."

Sekadar pandangan "orang awam". Tak setuju pun tak kisah.

Sunday, August 22, 2010

Jangan Pandang Sebelah Mata Peranannya


Sukar rasanya untuk akoo mulakan tulisan. Sejak sekian lama menulis di alam maya ini, rasanya ini kali pertama akoo menulis untuk 'sosok' ini. Berbicara soal sosok ini, teringat pula cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham yang cukup untuk membuatkan air mata akoo mengalir(nak wat camne beb.. akoo ni jiwang lebih sikit).

Abah. Kalimat keramat yang kadangkala agak menggerunkan. Benarlah.. Mungkin sudah menjadi fitrah lelaki, "kasih"nya dia susah untuk diungkap dengan kata2, berbeza dengan perempuan(barangkali). Selalu sahaja mendengar ucapan dari ummi, "Ni ummi sayang anak ummi", tapi kalimah itu sukar untuk dikeluarkan oleh abah. Adakah golongan bapa ini tidak menyayangi anak mereka seperti mana ibu?

Mungkin, kasih mereka tidak sehebat kasih ibu. Masakan tidak, sosok itu telah membawa kita dalam rahim mereka selama lebih kurang 40 minggu. Ditambah pula tempoh menyusukan kita. Namun, kasih "sang Kapten", kapten keluarga, tidak kurang hebatnya.

Firman Allah Taala:
“Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu dari Neraka, sedangkan bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Neraka itu dijaga oleh malaikat-malaikat yang kasar dan keras. Mereka sama sekali tidak pernah durhaka pada Allah dan melaksanakan apa saja yang diperintahkan pada mereka”.(At-tahrim:6)


Ternyata, tugas sebagai kapten keluarga itu bukanlah mudah. Bukan hanya keperluan zahir ahli keluarga perlu dilunaskan, bahkan keperluan batin juga penting, malah lebih penting. Akibat itu, apabila memikirkan "kesusahan" ini, berapa ramai mereka yang bergelar jantan akhirnya kecut dan cabut daripada mendapat gelaran "bapa".

"Kalau ada anak, nanti kena kerja lebih, dah la gaji akoo sikit.
Nanti, kalau jadi ayah, nak kena fikir pasal makan minum anak, pasal sekolahnya lagi."

Macam2 "kalau" yang dikemukakan oleh sang jantan pengecut ini. Tidak hairanlah mereka sanggup memilih untuk hanya berzina dan tidak berkahwin, malah lebih dahsyat membuang anak yang tidak berdosa. Benar, bagi akoo, sudut pemikiran ini juga perlu diambil dalam isu buang anak yang terus membuak akhir2 ini. "Lelaki" juga punya tanggungjawab dalam isu ini.

Oleh sebab itu, jangan dipandang enteng jasa abah, kapten keluarga kita. Mereka bukan jantan pengecut seperti kebanyakan lelaki sekarang ini. Mereka sanggup mengharung badai walau berdepan dengan pelbagai "kalau". Dan, akhirnya, di sinilah kita, mampu dan sedang membaca artikel ini.

Ayuh! Kembalikan golongan "abah" di muka bumi Allah Taala ini.

Tidak lupa lirik lagu, akoo dedikasikan khas untuk Abah akoo ter"sayang".(Alangkah seronok kalau Abah mampu membaca ayat ini). Selamat Hari Lahir. Selamat Hari Abah.

In team: Sentuhanmu

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Wednesday, August 18, 2010

Belajar hidup


Lebih 5 hari juga menghadapi Ramadhan hanya di atas katil, xlupa didepan komputer dek tiba2 diserang demam dan selesema. Rasanya sudah agak lama akoo xdemam. Mungkin kali terakhir adalah semasa di Pusat Asasi yang juga terkena demam semasa bulan Ramadhan. Adakah ini simptom penyakit baru? Ramadhan Fever. Wah.. Cam menarik gak bunyinya tu. Hehe..

Sudah tentu, dalam pelajaran di bidang perubatan sendiri, demam dan selesema ini ternyata dianggap "perkara biasa". "Alah... Kes URTI(Upper respiratory tract infection) je", itulah sembang bagi mereka yang bergelar pelajar perubatan. Namun, ternyata, manusia itu hanya layak bergelar "hamba". Apabila terkena di batang hidung sendiri, barulah mengetahui bagaimana rasanya.

Tidur mula terganggu. Selimut mula digandakan kuantiti. Kipas mula diperlahankan. Nikmat sedapnya makanan mula hilang. Dan, sudah tentu, mula belajar apa rasanya "minuman suam". Jika tidak, sebelumnya, minuman sejuklah pilihan di hati. Mana layan air panas ngan air suam2 ni beb!! Hehe..

Akoo teringat akan kata2 naqib akoo, "Cuba enta fikirkan, soal memelihara kambing misalnya. Seorang profesor yang mempunyai phD dalam bidang penternakan sekali pun, cuba kita berikan seekor kambing untuk dia menjaganya, BELUM TENTU kambing tersebut mampu membesar dengan baik walaupun segala teori berkaitan dengan kambing sudah ada dalam otaknya. Namun, seorang yang sudah biasa membela kambing di kampung, walaupun tidak habis pengajiannya di sekolah, MUNGKIN mampu membesarkan kambing sehingga menjadi gemuk dan sihat."

Ada benarnya kata2 ini. Namun, tidak semuanya begitu. Sebab itu, ada kalimah "belum tentu" dan "mungkin" di situ. Benar, teori itu penting dan menjadi satu kelebihan jika ada. Namun, hidup xseindah dan semudah buku2 dan tulisan. Betapa ramai yang mampu menyelesaikan masalah orang lain dengan teori2 motivasi yang dimilikinya, namun apabila dia sendiri yang ditimpa masalah yang serupa, akhirnya dia juga yang tumpas.

Oleh sebab itu, selain buku2 dan tulisan2 dijadikan sumber ilmu, teryata kita membutuhkan sumber tambahan. Apakah sumber tambahan itu? Dengan menjadikan kehidupan sebagai sumber ilmu. Bukan sahaja hidup sendiri, malah hidup orang lain. Namun, sumber ilmu ini jarang dihargai.

Ayuh! Teruskan pembelajaran kita. Ada satu subjek menarik sedang Allah Taala sampaikan kepada kita. Ramadhan. Sungguh banyak yang perlu dipelajari dalam subjek ini. Kerana, subjek ini ternyata penuh dengan didikan, dan matlamat atau end-product(produk akhir) subjek ini ialah "taqwa". Kan menarik tu! Jadi, rugi kalau xbelajar subjek ni. Jom!!

Saturday, August 14, 2010

Inisiatif


Tidak tahu bila permulaannya. Menjadi "orang biasa" sudah menjadi impian kebanyakan kita. Tak mahu lebih2, nanti orang lain pandang kita ni OVER la pula.

Sejak sekolah lagi, golongan yang rapat dengan cikgu digelar penCAPUB(pencari publisiti). Justeru, rapat dengan cikgu dianggap satu perkara yang negatif. Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh beberapa pihak. Namun, akoo sebagai pihak yang berkecuali juga, sebenarnya merasakan sedikit terbawa2 budaya tersebut sehingga setelah bergelar mahasiswa. Takut nak berjumpa lecturer, cam lebih2 sangat je kalau pergi jumpa.

Bagi akoo, penyakit cukup sekadar menjadi orang biasa ini, agak merugikan. Bila penyakit ini terus menular dan membarah, maka lahirlah golongan yang kurang inisiatif. Ya, kurang menCETUS, tetapi hanya mahu mengIKUT.

"Bukan kita yang memulakan perjuangan, kita hanyalah mata rantai, penerus perjuangan Rasulullah dan golongan terdahulu". Benar. Akoo setuju dengan statement ini. Namun, akibat penyakit sekadar biasa ini, maka, statement ini telah berjaya disalahfahami. Memang benar kita adalah penerus perjuangan Nabi SAW, namun, bukan bermakna SEMUA yang dibuat oleh golongan terdahulu harus diikuti sebiji2. Jika orang dahulu buat, maka kita perlu buat, jika mereka tidak buat, maka kita xboleh buat. Ini fahaman siapa?

Bukanlah niat di hati untuk memandang remeh apatah lagi memperlekeh apa yang telah dilakukan oleh golongan terdahulu. Sejarah itu perlu dijadikan teladan, bukanlah undang2 wajib yang berdosa jika dilanggar. Justeru, tindakan kita harus tepat tempat, situasi dan zaman kita pada hari ini.

Jadilah pencetus di mana sahaja kita berada. Lontarkanlah idea walaupun di benak fikiran kita, ia adalah idea bodoh sekali pun. Kerana, "sejarah yang harus dijadikan teladan" telah membuktikan bahawa betapa banyak idea2 yang hebat pada asalnya adalah idea yang "bodoh".

Jom! Ayuh! Mari! Pada pendapat akoo... Apa kata kita buat....
Jadikan kalimat inisiatif ini sebati dalam hidup kita. Namun, tidak harus berhenti pada inisiatif sahaja, ia perlu disusuli dengan............................ sambung sendiri. Kalau ada masa, nanti akoo sambung.

Wednesday, August 11, 2010

Peluang!


Alhamdulillah.. dipertemukan lagi dengannya. Awek cun lagi ayu bernama Ramadhan. Hehe..

Disebabkan jari ini sudah keras untuk menekan keyboard di komputer ini, akoo hanya ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua.

Teringat kisah2 menarik ketika Ramadhan di rumah. Liat untuk bangun sahur sehingga berjaya membuatkan ummi akoo tensen. Ditambah pula dengan sambung tidur selepas bersahur, walaupun sudah acap kali ditegur oleh abah supaya xtidur dan menunggu waktu subuh. Akhirnya, tetap subuh gajah walaupun Ramadhan. Astaghfirullah..

Namun, sedar akan makna di sebalik Ramadhan itu, sehingga diletakkan di bawah "5 Rukun Islam", ternyata ada sesuatu yang sangat menarik untuk difikirkan. Secara luarannya, mungkin hanya dilihat sebagai menahan makan minum, solat tarawih dan sahur. Namun, jika difikirkan kembali, puasa juga menguatkan akidah. Atas dasar apa kita mampu tidak makan walaupun dalam rumah tiada siapa yang melihatnya? Semasa mandi dalam bilik air juga, kita tidak berani bahkan berjaga jika ada air yang masuk ke dalam mulut. Walhal, boleh sahaja menelan air tersebut. Sudah tentunya, kerana puasa melatih kita untuk merasa BERTUHAN. Walau tidak ada makluk lain yang melihat, ada DIA yang sentiasa melihat apa kita.

Tidak mahu berbahas panjang soal ini, kerana di blog2 dan ceramah2 perdana, sudah tentu akan berlambaklah hal berkaitan kelebihan Ramadhan. Cuma, akoo ingin mengajak dan memujuk sesiapa yang membaca artikel yang xseberapa ini, termasuk diri sendiri, untuk menggunakan peluang Ramadhan ini.

Oleh itu, jom ambil peluang untuk bangun bersahur. Dalam agama lain, mungkin ada yang berpuasa, namun, sahur adalah antara pembeza antara puasa ummat Islam dengan mereka. Di samping itu. alang2 sudah bangun bersahur, ayuh latih diri kita untuk qiamullail... Paling koman pun beb, tahajjud 2 rakaat. Amalkan setiap hari di bulan yang mulia ini, mudah2an ia akan menjadi rutin dalam kehidupan kita selepas ini. InsyaAllah... Itulah yang diharapkan.

Tidak lupa juga dengan membaca Al Quran. Bukanlah niat untuk menghalang mereka yang cuba mengkhatamkan satu al Quran di bulan ini dengan ganjarannya yang berlipat kali ganda. Namun, akoo lebih suka jika "perubahan" dilakukan secara beransur2, mudah2an ia berterusan, bukan sahaja di bulan ini, bahkan diteruskan selagi hayat diberikan oleh Allah Taala. Jika masih membaca al Quran, mulakan dengan 1 muka atau 2 muka sehari, jika sudah biasa membaca sebegitu, tingkatkan ke tahap mana yang kita mampu. Dan, pada pandangan akoo, berjaya menghayati(tadabbur) satu juzu' Al Quran dalam satu bulan ini, adalah lebih bermakna berbanding mengkhatam satu al Quran tanpa memahami isi kandungannnya.

Bukanlah niat untuk men"down"kan semangat mereka yang sedang membara untuk meningkatkan ibadah, cuma ingin meng"INGAT"kan. Rancanglah semangat itu, moga2 ia tidak menjadi semangat yang hanya "hangat2 tahi ayam". Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita.

Ingatan ini ditujukan khas buat diri sendiri.