Recent Posts

Sunday, October 10, 2010

Nakama


Nakama. Mungkin pelik untuk dibaca bagi sesetengah orang dan mungkin familiar bagi setengah yang lain. Ya, perkataan ini cukup lekat di hati penggemar anime Jepun popular, One Piece.

"Berapo kali doh akoo tiok tengok cito ni" kata sepupu akoo sedang asyik kami melepak di rumah.
(translator free: "Dah berapa banyak kali dah akoo menangis tengok cerita ni")

Kata2 daripada sepupu akoo ini cukup membuatkan akoo tercengang. Menangis? Jiwang sangat ke cerita "One Piece" ni? Adakah mampu mengalahkan drama korea dan filem Hindustan? Hehe..

Rupa2nya, budaya filem orang Jepun memang cukup menarik. Anda boleh saksikan sendiri. Mereka terkenal dengan filem yang menaikkan semangat sesiapa yang melihatnya. Tak percaya, anda boleh saksikan sendiri. Kerana tercengang dengan ayat sepupuku, akoo telah melakukan eksperimen dengan melayan anime tersebut. Ternyata, ada ketika akoo akan meremang bulu roma dan juga mampu mengalirkan air mata.(jangan kecoh kat orang lain.. malu...)

Maka, tidak hairanlah bangsa ini antara bangsa yang cukup terkenal disebut2 tentang ketamadunannya. Mana tidaknya, mereka mampu bangkit dari tidak punya apa2 selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki hanya setelah beberapa dekad sahaja. Dan kini, mereka antara negara yang mampu sejajar dengan Barat dalam kemajuan teknologinya. Hikmah ini perlu kita ambil daripada mereka.

Berbalik kepada "nakama", bagi akoo, istilah ini cukup cantik jika dihayati bagi mereka yang aktif berorganisasi. Berbanding cerita2 lain yang hanya menonjolkan kehebatan seorang hero, "one piece" mengajar kita erti "sinergi" di mana semua watak di dalamnya menunjukkan karakter yang progresif bagi menjayakan misi mereka satu pasukan.

Dalam satu pasukan, akan ada pelbagai ragam. Dalam pelbagai ragam ini, masing2 punya kekuatan dan kelemahan masing2. Sebab itu, MASING2 SANGAT MEMERLUKAN ANTARA SATU SAMA LAIN, KERANA KELEMAHAN MEREKA AKAN DITAMPUNG OLEH MEREKA YANG LAIN. Dengan rasa kita punya fungsi dalam satu2 pasukan, saat rakan sepasukan lain terus mara ke depan, kita juga perlu mara ke depan, kerana kelembapan kita akan membantutkan pergerakan pasukan.

Kenapa kita perlu mara ke depan? Kerana semakin kita mara ke depan, cabaran akan bertambah dahsyat. Semakin kuat dan strategis perancangan kita, kita akan menghadapi dugaan yang semakin mencabar. Itulah "nakama" dan "One Piece".

Rasa membuang masa? Lebih baik berwacana ilmiah berbanding melihat anime yang banyak membuang masa? Ada benarnya. Namun, percayalah... Hakikat manusia itu adalah "meniru". Anak2 muda di luar sana sangat dahagakan CERITA untuk dijadikan tiruan atau ikutan mereka. Dan, dengan "cerita" ini, banyak pihak dengan menggunakannya untuk kepentingan peribadi mereka sekali gus, menyerang pemikiran anak2 muda. Jika cerita yang disampaikan itu baik, maka baiklah yang dituruti oleh anak2 muda, jika cerita yang disampaikan itu mempunyai unsur2 yang TIDAK SEPATUTnya, maka....

Fikir2kan. Siapa lagi yang mahu mengubah jika bukan kita! Takbir~(wow.. dah lama xtulis ni)