Recent Posts

Sunday, January 9, 2011

MULAkan dengan pengAKHIRan


Nekadkan diri untuk menulis kali ini. Warming up! Sudah hampir sebulan lebih tidak menyentuh keyboard laptop dalam menjana idea melalui penulisan ni. Entah kenapa. Mungkin idea telah hilang bersama appendix? Siapa tahu mungkin sebenarnya itulah fungsi appendix yang samapi sekarang orang xtahu fungsinya. Hehe...

Azam. Mungkin topik ini sudah agak "basi" jika dinukilkan sekarang.

"Tahun baru dah lama lepas la beb. Bulan hijrah pun dah lama lepas. Ape da...."

Mungkin itulah respon yang akan diperoleh. Namun, seperti biasa, blog akoo, so akoo punya pasal la.. Hehe.. Pada pendapat diri yang hina ini, "azam" bukan hanya pada tahun baru. Mungkin itu boleh dijadikan salah satu "stimulator" atau perangsang, namun, jika kita mahu berubah, maka berazam dan nekadlah pada saat itu, kerana bak kata Shah Rukh Khan, "Kal Ho Na Ho"(kerana esok belum pasti).

Logiknya ada di situ. Jika ada di antara kita yang terlepas daripada berazam pada mula tahun baru, maka adakah dia perlu menunggu tahun depan baru akan berazam kembali? Sudah tentu tidak!

Malah, jika dilihat konsep taubat dalam Islam, kita diminta untuk nekad atau berazam untuk tidak mengulangi dosa yang sama, barulah taubat itu dikira sebagai sebenar2 taubat. Bukan menunggu esok baru akan berhenti, tetapi bermula dari saat kita bertaubat. Tidak lupa juga, kita diajar agar tidak melengah-lengahkan taubat sehingga hujung nyawa, kerana mati itu tidak mengenal usia.

Pernah akoo menulis dalam entry yang lepas, berkaitan tentang orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati. Bagi peminat setia Stephen Covey sudah tentu agak bersetuju dengan pendapat ini. Habit ke 2 beliau mengisahkan tentang kita harus bermula daripada penamat(Begin with the end of mind). Malah, beliau minta kita membayangkan bagaimanakah reaksi mereka yang pernah mengenal kita sewaktu menziarahi kita saat kita meninggal dunia nanti. Justeru, untuk memastikan apa yang patut kita lakukan pada masa ini, adalah dengan membayangkan apa nasib yang akan menimpa kita suatu hari nanti.

Nah! Sudah terang lagi bersuluh beb. Seorang muslim yang baik sepatutnya tidak perlu di"touch up" lagi habit yang ke 2 ini, kerana kita sememangnya memandang apa yang akan terjadi kepada kita di SANA, bukan di SINI.

Justeru, berazamlah ke arah yang lebih baik. Sementara nafas masih dimiliki. Apakah nasib kita di SANA nanti jika dengan keadaan sekaranglah kita berjumpa denganNya? Astaghfirullah..

Muhasabah. Warming up. Semoga terus istiqamah. Amin...