Recent Posts

Thursday, July 28, 2011

HANYA "common sense" itu


"Buat apa buang duit belajar banyak2 soal parenting ni, mak bapak akoo dulu, tak ada pun belajar semua ni, akoo ni, anak dia, dapat juga berjaya sampai jadi professional"

"Cukuplah kita jadi orang baik, nanti anak kita pun akan jadi baik insyaAllah. Yang lain tu, common sense kot."


Begitulah selalunya respon berhubung dengan ilmu kekeluargaan dan keibubapaan. Akoo juga pernah beriman dengan perkara sebegini. Namun begitu, setelah melalui posting psychiatry dan melihat betapa keruntuhan sebuah institusi kekeluargaan mampu menjadi punca kepada hampir majoriti penyakit mental, paradigma akoo berubah.

Malah, kita juga diingatkan oleh Nabi SAW tentang tanda-tanda kiamat, antaranya ialah soal "pedagang unta sibuk meninggikan bangunan" dan soal "ibu melahirkan tuannya". Hal ini boleh dianalisis sebagai berkembangnya sifat materialistik di kalangan masyarakat dan soal KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA.

Itulah cabaran yang bakal kita, ummat akhir zaman hadapi di dalam dunia yang penuh dengan fitnah ini.

Justeru, akoo mengambil langkah untuk memberanikan diri menghadiri "seminar keluarga bahagia" yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal saifulislam.com. Pada mulanya, agak kekok dengan suasana lebih separuh audiens yang hadir adalah daripada mereka yang telah berkahwin, datang berpegang tangan bersama isteri khususnya yang BARU berkahwin, malah ada yang membawa anak kecil mereka bersama. Tambahan pula, agak risau akan dilabelkan sebagai "dah nak kahwin ke mamat ni?", walhal soal ini, belum sesuai masanya untuk diri akoo. Namun, atas dasar nekad, ingin menambah ilmu soal kekeluargaan, akoo setia berada di situ.

"Peduli apa orang nak fikir apa, yang penting, akoo tahu apa yang akoo buat".

Ternyata, menguruskan rumahtangga itu bukanlah sesuatu perkara yang perlu dipandang enteng. Benar, apabila kita berkahwin telah sempurna separuh daripada agama, namun, biarlah pada masa dan waktu yang sesuai. Bilakah "sesuai" itu? Tepuk dada, tanya HATI.

PASANGAN

"Adakah kita berkahwin dengan orang yang TEPAT?"

Soalan ini cukup famous di kalangan orang muda. Malah, pernah satu ketika group posting akoo mengadakan satu forum yang tidak formal, hanya membincangkan soal "adakah pasangan doktor menjaminkan pasangan yang bahagia". Menariknya, "ahli panel" dalam forum ini adalah non muslim dan hujah yang dikeluarkan tentu sekali hujah AKAL.

Maka timbullah yang lelaki berkata, akibat dia sudah terlalu sibuk, dia tidak mahu mempunyai isteri yang juga sibuk sepertinya. Pasrah dengan jawapan si lelaki, yang perempuan pula berkata dia tidak kisah siapa yang menjadi suaminya, tetapi hendaklah seseorang yang memahami dirinya. Maka, timbullah pertembungan pendapat sehingga ada yang mengeluarkan persoalan sekiranya kerja dan pasangan, siapa yang perlu didahulukan, perempuan yang sibuk perlu benarkan pasangannya kahwin lagi dan sebagainya.

Kecoh. Riuh. Dengan gelak tawa dan ketegangan yang berlaku.

Dan ia diakhiri dengan mereka bertanya pendapat akoo tentang isu ini. "Benda asasnya ialah soal TUJUAN. Jika kita jelas, mampu menjawab untuk apa kita berkahwin, untuk apa kita menjadi doktor dan untuk apa kita hidup, semua soalan tadi dapat dijawab. Jika soalan ini tidak mampu dijawab, selagi itu, kita tidak mampu menjawab isu-isu tadi", akoo cuba menutup dengan melontarkan penjelasan "akal" untuk mereka fikirkan.

Isu kesefahaman suami isteri ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia juga mampu menyumbang kepada runtuhnya insitusi keluarga. Berapa ramai anak yang telah menjadi mangsa korban ibu bapa yang tidak sehaluan. Akibat tiada "bahagia" antara kedua ibu bapa, maka kebahagiaan dalam "keluarga" turut terkesan. Maka, anak akhirnya memilih mereka yang "di luar keluarga" untuk mendapat kebahagiaan.

Tetapi, perlu diingat, benar, soal pemilihan pasangan yang tepat perlu diambil berat. Tetapi, soal lain yang perlu diambil berat ialah "Adakah KITA pasangan yang TEPAT kepada pasangan kita?". Cermin diri. Mulakan perubahan dengan individu yang berada di dalam cermin itu. Adakah kita sudah bersedia untuk menjadi suami atau isteri yang baik? Jika belum, sekali lagi, tepuk dada, tanya hati adakah kita bersedia menghadapi cabaran rumahtangga itu.

IBU BAPA

Setiap anak-anak itu asalnya daripada individu yang bersih dan tidak tahu apa-apa. Ibu bapa adalah guru yang pertama bagi membentuk anak mereka untuk menjadi pemalas, melawan cakap, banyak tengok drama, suka pergi masjid dan sebagainya. Kejam bukan?

Mungkin ada yang mengatakan, ibu bapa dan puas nasihat anak, tetapi anak tak nak dengar. Dalam mendekati isu ini, secara asalnya, kita perlu sedar bahawa ibu bapalah yang mendidik anaknya tidak mendengar nasihat. Yang kedua, CARA mendekati anak-anak dalam mendidiknya merupakan faktor penting penerimaan anak-anak.

Menyayangi anak-anak bukanlah HANYA dengan memberi segala apa yang mereka mahukan. Cukup makan, pakaian dan tempat tinggal, maka tanggungjawab sebagai ibu bapa telah selesai. Ramai yang sedar akan kesilapan ini, namun masih ramai yang masih lagi mengejar material berbanding anak-anak atas alasan, "akoo nak bagi keselesaan kepada anak-anak akoo. Baru mereka bahagia".

Walhal, kebahagiaan anak-anak itu bukan sekadar fizikal semata-mata. Anak perlukan nafkah fizikal, emosi, pemikiran dan spiritual. Semuanya perlu dipenuhi. Bila nafkah fizikal tak dipenuhi, maka tumbesaran anak-anak mungkin terganggu, dan tidak lupa dari aspek kesihatannya.

Bila nafkah emosi tidak dipenuhi, maka lahirlah golongan yang "kurang kasih sayang". Bila anak tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa, usah bicara soal anak tidak mahu mendengar nasihat dan cakap ibu bapa.

Seterusnya, jika nafkah pemikiran tidak dipenuhi, maka jangan terkejut jika timbulnya golongan lembut, lembab dalam membuat keputusan dan sebagainya.

Nafkah spiritual pula, jika tidak dipenuhi, maka usah dambakan doa anak-anak yang soleh ketika kita di sana nanti.

Soal APA dan BAGAIMANA hendak memberi setiap nafkah ini, itulah yang perlu kita sebagai ibu bapa(opss.. to-be), perlu pelajari. Bukanlah bermaksud sehingga perlu mendapat ijazah ilmu ini, baru layak menjadi seorang ibu atau bapa, tetapi ia sebagai bekalan ilmu untuk kita praktikkan bahkan akan terus kita pelajari apabila kita bergelar ibu bapa kelak.

Dengan segala persiapan ini, dengan izinNya, kita mampu berhadapan dengan fitnah akhir zaman yang tersangat mencabar pada masa kini, seterusnya mampu membina ke arah sebuah tamadun Islam yang akan memberi rahmat ke seluruh alam.

Berbekalkan kesedaran dan kefahaman ini, sedikit sebanyak menimbulkan minat akoo untuk meletakkan ilmu psychological medicine sebagai antara pilihan (masih lagi mencari minat bidang yang lain) yang bakal dicebur suatu hari nanti. Bidang yang selalunya menjadi stigma kepada masyarakat. Mana tidaknya, apabila dimasukkan ke dalam wad psychiatry, orang itu dianggap sebagai "orang gila", dan ibu bapa sangat takut untuk membawa anaknya berjumpa dengan psychiatrist, kerana takut-takut anaknya dilabel sebagai "GILA" atau "SAKIT MENTAL". Hehehe..

Mengambil stigma masyarakat ini sebagai cabaran untuk dihadapi (mungkin), pada suatu hari nanti. Kerana, akibat stigma ini, anak-anaklah yang menjadi mangsa, terus tidak dirawat dengan awal dan memburukkan lagi keadaan. Insitusi keluarga turu terjejas akibat stigma ini. Doakan! Demi Islam dan tertegaknya masyarakat bertamadun.

Akhir kata, walaupun ianya hanya ilmu "common sense", ia mampu menentukan jatuh bangunnya sesebuah tamadun. Justeru, jangan pernah jemu mempelajarinya.

p/s: entry ini juga ditujukan khas kepada sahabat baik akoo yang dah nak kahwin dalam bulan 3 tahun depan. Semoga berSEDIA!

2 comments:

Aizat Salleh said...

Salam.

Setuju dgn pandangan Doktor Bonot. Ramai yg nak cepat kahwin, tp mereka tak belajar ilmu mengurus rumah tangga.

Ilmu mengurus rumah tangga mcmlah kita belajar mcmana nak mengurus pesakit, atau mengurus syarikat dari sudut kepentingannya.

Dan apa yg lebih penting, kita matang dalam perbincangan dan pembelajaran itu.

-GenerasiWahyuBlogger-

Lavender said...

Assalamualaikum Dr.Bonot ..

Ada betulnya apa yang diOyak kan oleh Dr Aizat ( to-be ) di sana, tapi apa yang akak terfikir sejak dahulu kala adalah bab ilmu psychological medicine tu,Ok. kita bagi contoh,ISLAM is our product, kita kena jual produk ikut pasaran semasa.Bila sebut soal Marketing, ramai orang fail bila meletakkan di mana mereka dan di mana kita. Bilamana mereka adalah Pesakit, bagi seorang Doktor, sebenarnya mereka ada potensi yg besar menjual 'Produk' kpd semua Pesakit,Namun ada drp kalangan mereka menjadikan urusan Marketing dalam status Profesional yg mana memisahkan antara fizikal dan spiritual ( emosi ) - secara tidak sedar sebenarnya, akak ambil contoh lagi,Rasulullah ketika menziarahi orang sakit,Baginda meletakkan EMPATHY dan SYMPATHY seiring sehinga Baginda dpt bertindak menolong golongan Bukan Islam,apakah ilmu yang baginda aplikasikan? itulah kuasa besar ilmu mengenal Makhluk..

p/s : Bila makin lama fikir,Rasanya sudah sampai masa Dr Bonot di tempat Dean of department psychological medicine ( to-be )InsyAllah

Nor Syahida,
Pen.setiausaha SAHABAT PPUM.
Ext : 2117