Recent Posts

Sunday, September 28, 2008

::puaskan hati semua orang?? memang tak la!!!::


Dah lama akoo xbuka friendster akoo. Pastu, bila buka hari ni, banyak jugak la comment dapat. Dan, ada satu comment yang cukup menarik untuk akoo kongsi bersama kat sini. Ada sorang mamat ni,(nama dirahsiakan), dia komen pasal gambar yang akoo letak sebagai main picture kat friendster tu. Untuk pengetahuan, akoo letak gambar Bush segak berserban sebagai main picture akoo. Apa kata sahabat kita ni???

"ko igt best sgt ke ltak gmbr bush pkai pkaian arab 2? cm mghina islam ko tau x! kuang ajo!"

Akoo tersentak seketika bila mana membaca ayat ni. "Eh, salah ke apa yang akoo buat ni??", timbul persoalan ni dalam kepala otak akoo. Akoo tidak tahu sama ada mamat ni berniat untuk main2 ataupun, memang itulah yang ingin dia sampaikan. Tapi yang pentingnya, berbalik kepada tajuk kat atas, kita memang xdapat puaskan hati semua orang.

Bagi akoo, akoo meletakkan gambar tersebut sebagai main picture akoo sebagai satu INDUCER untuk dakwah sebenarnya. Kadang2, mereka yang kononnya bergelar pendakwah ini, mereka merasakan "merekalah malaikat" dan sasaran dakwah mereka semuanya "berdosa, sesat, jijik". Inilah antara sebab mengapa non muslim takut kepada Islam, anak2 muda yang merempit dan sebagainya takut mendekati Islam, kerana adanya golongan2 seperti ini. Bila jumpa mereka, ini haram, itu haram, sedangkan golongan ini tidak pernah mendalami atau mengamati "kenapa sebenarnya golongan ini bertindak sedemikian". Mungkin kerana mereka mencari kebenaran, mungkin kerana ada masalah keluarga, dan mungkin tiada siapa yang pernah menjelaskan tentang Islam kepada mereka.

Akoo juga tidak menyalahkan mamat yang memberi comment tersebut kerana mungkin dia tidak tahu tujuan sebenar akoo meletakkan gambar tersebut. Dan, bagiku, tugasku hanya menyampaikan kepadanya, dia terima atau tidak, bukan kuasaku untuk menentukan, itu adalah kuasa Allah Taala.

Akhir sekali, buat renungan sahabat2, Rasulullah sendiri, seorang yang sangat hebat dan berhikmah dalam berdakwah, tetapi, masih ada yang menentangnya. Jadi, KITA MEMANG TAK MAMPU MEMUASKAN HATI SEMUA ORANG, TAPI TUGAS KITA ADALAH UNTUK MENYAMPAIKAN KEBENARAN!!!

Wednesday, September 24, 2008

::Apa ni?? Umat Islam sendiri menentang Islam??::


Maaf buat sahabat2 akoo sebab kalo bukak blog ni, memang xupdate2... Bukan apa, internet kat sini tersangatlah hampeh... Sampai akoo pon dah xde mood nak buka internet. Tapi, nantikan marathon perkongsian pemikiran "DOKTOR BONOT" masa akoo balik rumah nanti.. Tunggu........

Cuma pada hari ini aku tergerak untuk menulis tentang suatu isu yang cukup menyakitkan hati. Di mana jika kita lihat situasi Islam sendiri pada hari ini, semuanya BURUK!!!! Sebut je Islam, terrorist, pengganas, gerakan bawah tanah. Apa semua ni???!!! Akoo cukup geram dengan golongan ini, tapi apa2 hal pon, akoo tetap mengambil ini sebagai cabaran buat diriku dengan asyik berfikir:~ "mereka mungkin masih tidak KENAL apa itu Islam"....

"Sesungguhnya addin di sisi Allah itu adalah Islam"(Ali Imran:19)

Ayuh akoo memberikan sedikit intro yang xseberapa tentang Islam. Dalam ayat di atas, akoo sengaja tidak mengubah perkataan arab ADDIN itu kepada agama. Kerana Islam bukan seperti agama-agama lain. Islam adalah "addin". Kita selalu mendengar ayat "Islam is THE WAY OF LIFE". Itulah ungkapan yang agak ringkas untuk menerangkan maksud addin. Ya sahabat2, cuba kita renungkan, dapatkah anda mencari satu agama yang mengajar penganutnya macam mana nak masuk tandas? Ada tak Sistem Ekonomi Kristian?? Ada tak sesuatu agama yang dapat menerangkan dengan begitu panjang apa yang bakal berlaku selepas kita menemui sakaratul maut, alam barzakh, padang mahsyar, sungai2 di dalam syurga etc??? Jawapannya sangat pasti, iaitu TIDAK!!!

Cumanya di sini, akoo cukup geram bila mana orang yang dah bergelar UMAT ISLAM sendiri menjadi penentang kepada Islam, malah boleh akoo katakan bahawa penentangan golongan ini lebih dahsyat daripada non muslim yang sememangnya tidak mengenal Islam. Apa buktinya?? Adakah akoo hanya menulis tanpa bukti??? Melobi semata2??? Aku tidak mahu mendedahkan apa2 masalah yang berlaku, cuma ingin ajukan beberapa persoalan untuk semua:~ "salahkah seseorang memberikan peringatan(tazkirah) untuk saudaranya di surau??". "salahkah usrah2 diadakan di kolej2??". "Usrah melahirkan pengganas ke??"."Adakah golongan yang menentang seseorang pemimpin yang zalim(tidak berlaku adil) itu dicop sebagai pengganas???"

Sedarlah wahai umat Islam. Tidak cukup dengan tentangan daripada Yahudi dan Golongan Anti Islam, kita terus berperang sesama kita... Dasyat betul rancangan Yahudi laknalutullah.. Mereka berjaya membuatkan umat Islam sampai kini tidak dapat bersatu. Apa barang.... Sebagai satu muhasabah, akoo ingin memberikan satu blog yang rasa cukup boleh membuka mata sahabat2 tentang orang yang memaki gerakan islam, tetapi tidak sedar diri sendiri penuh dengan makian. Anda boleh nilai sendiri siapakah di pihak yang benar.

maharajazhou.blogdrive.com
(lihatlah bahasa yang penulis blog ini gunakan. Dan lihatlah siapa rakan2 mereka. Bagi mereka, mereka fikir mereka memperjuangkan kebenaran. Tetapi, adakah ini sikap golongan yang memperjuangkan kebenaran??? Lu pikirlah sendiri!!)


Cuma, bagi akoo, akoo tidak menyalahkan pemilik blog ini 100%. "mungkin dia masih belum kenal apa itu Islam." Dan, siapa lagi nak bagi dia faham Islam??? Siapa lagi kalau bukan siapa2 yang baca tulisan akoo ni. Satu cabaran bagi akoo.... hehe~

Friday, September 5, 2008

::bila mana merdeka lebih agung dari ramadhan::


fuh... memang dah lama xmenulis.. susah jugak rupanya nak istiqamah dalam perjuangan di alam blog ni ek??? baru aku dapat merasakan betapa hebatnya golongan2 yang mampu istiqamah dalam penulisan blognya.. syabas untuk PEJUANG!!!

Sebenarnya, banyak benda nak digarapkan... Beberapa kali aku cuba untuk menulis, namun kesibukan duniawi ni lebih hebat, dan sesungguhnya aku tertewas. Tahun ni, ramadhan kita bermula sehari selepas hari kemerdekaan negara. Aku tertarik dengan ucapan seorang ustaz di Akademi Pengajian Islam UM dalam ucapan perasmian Ramadhan Membawa Rahmat (RAHMAT'08). Beliau mengatakan, dalam suasana negara kita menyambut 2 peristiwa besar ini, kita boleh lihat banyak perang poster, semua rumah nak letak bendera, kereta dan motor apatah lagi, namun...... ada x kita dapat lihat poster berkaitan dengan kedatangan bulan yang mulia ini??? Kalo ada, mungkin terselit disebalik poster merdeka. Adakah kita mampu menjadi seperti golongan2 yang hebat seperti Ibnu Sina, Az-zahrawi dan sebagainya sekiranya kita masih belum RINDU KEPADA RAMADHAN???

Golongan2 hebat terdahulu sangat rindukan ramadhan sehinggakan mereka sentiasa berdoa apabila tiba bulan rejab, supaya Allah panjangkan umur mereka untuk bertemu dengan bulan ramadhan. Kita pula macam mana??? Adakah sebelum ramadhan tiba lagi, kita sudah bersiap untuk mengucapkan GOODBYE kepada ramadhan, semua sudah bersiap untuk beraya. Inilah budaya yang perlu kita ubah. FIkir2kanlah......


Usah bercakap pasal rindu, kerana kini ramadhan sudah di depan mata. Jadi, ayuhlah kita sama2 menjadikan ramadhan kali ini sebagai satu titik tolak perubahan dalam diri kita. Ayuh!! Sangat rugi jka kita xambil kesempatan untuk mendapatki ganjaran yang berlipat kali ganda dari bulan yang lain. Tanamkan azam!!! Dan cuba lakukan sebaik mungkin, kita pasti boleh!!!

Tuesday, August 26, 2008

::Jom jadi PEMALU!!::


Ya Allah... Dahsyat sungguh ujian kesibukan duniaMu terhadapku.. Baru berapa ketul post sahaja aku dapat tuliskan untuk bulan ini. Aku harapkan Kau teruskan tanamkan sifat istiqamah dalam diriku di medan perjuangan blog ini.

Pagi tadi, aku menjenguk TV9 "dekat di hati" pada jam 7.30 pagi tadi. Ada satu program yang bertajuk Muqaddimah. Aku sungguh tertarik dengan program ini kerana di kolejku memang tiada kuliah subuh, jadi aku mengambil program ini sebagai wadah pengisianku di awal pagi. Tajuk pengisiannya ialah "PEMALU". Dalam program tersebut, ustazah tersebut ada memberikan beberapa kisah yang menarik. Jom sama2 kita hayati kisah ini:~
Suatu ketika, Rasulullah sedang berbaring sehingga terselak kainnya hingga menampakkan betisnya. Kemudian, datang Saidina Abu Bakar untuk berjumpa dengannya. Baginda meminta Aisyah mengizinkan Abu Bakar masuk. Kemudian, datang lagi Saidina Umar, perkara yang sama juga dilakukan oleh Rasulullah. Setelah itu, datang pula Saidina Uthman. Apabila mendengar Uthman ingin berjumpa dengannya, Rasulullah membetulkan pakaiannya dan kedudukannya, kemudian barulah Rasulullah meminta Aisyah untuk membenarkan Uthman masuk. Setelah Uthman beredar, Aisyah yang hairan bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, kenapa apabila Uthman datang, engkau membetulkan pakaian dan kedudukanmu sedangkan tidak pula engkau lakukan sewaktu Abu Bakar dan Umar ingin bertemumu??" Rasulullah menjawab, "Wahai Aisyah, bukankah sepatutnya aku berasa malu terhadap SESEORANG YANG MALAIKAT JUGA MALU DENGANNYA...." (al-hadis)

Ya Allah... meremang bulu romaku bila mendengar jawapan Rasulullah tersebut. Dahsyat sungguh sahabat2 yang ditarbiyah olehnya sehinggakan para malaikat malu dengannya. Diri ini pula macam mana?? Astagfirullah.............


Baiklah, apabila menyebut perkataan malu, apa yang kita bayangkan?? Muka merah?? Dan kalau dalam kartun2, mereka akan melukis bulat merah di pipi karakter dan kadang2 garis2 di bawah mata. Adakah sekadar itu sahaja?? Malu dalam Islam beerti kita MALU UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT. Bukan sekadar malu dengan manusia, tetapi jika tiada orang melihat kita, kita seharusnya malu dengan YANG MAHA MELIHAT yang sentiasa mengetahui gerak geri kita. Cantiknya Islam. Bukan sahaja malu untuk berbuat jahat di depan orang, tetapi tatkala orang tak ada juga, Islam mengajar kita untuk malu berbuat dosa kerana masih ADA YANG MELIHAT.

Tapi, macam mana pulak dengan kes malu nak bertanya lecturer kalau tidak faham tentang pelajaran??? Hekeleh... Jangan wat leceh...... Common sense la tu. Islam tidak mengajar kita malu semasa menuntut ilmu. Ada satu kisah ketika mana anak Saidina Umar menghadiri satu kuliah yang disampaikan oleh Rasulullah. Dalam kuliah tersebut, Rasulullah ada bertanya kepada hadirin yang hadir satu soalan. Kemudian, ramai yang cuba menjawab, tetapi semua jawapan mereka salah. Tetapi, anak Saidina Umar ini tahu jawapannya tetapi MALU UNTUK MENJAWAB kerana memikirkan dirinya yang masih kecil. Kemudian, beliau menceritakan hal ini kepada bapanya, Umar. Umar lantas menjawab, "adalah lebih baik bagi kamu dan Rasulullah mesti lebih suka jika kamu menjawab soalan tersebut."

Jadi, tunggu apa lagi?? Tak mahukah kita menjadi seperti Uthman?? Kalau nak, jadilah seorang pemalu tetapi MALU MESTI BERTEMPAT!!!

Tuesday, August 19, 2008

::doktor tampar patient???::



Agak terkejut beruk juga aku bila mana lecturer di fakulti ku menyebut tentang satu kes yang berlaku di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) di mana seorang doktor telah menampar pesakitnya. Dan, akibatnya, doktor tersebut telah diberhentikan.

Mendengar berita ini, aku balik ke kolej dan melihat surat khabar hari ini. Ternyata perkara itu benar2 belaku di mana ia melibatkan seorang ahli perniagaan dan seorang doktor kulit. Kenapa perkara ini terjadi??? Itulah soalan pertama yang akan timbul. Bagiku, mudah sahaja jawapannya, "kerana sistem Islam belum terlaksana di muka bumi ini."


Dalam kuliahnya tadi, lecturerku agak bengang dengan perkara ini. Tetapi, kebanyakannya akan bengang bukan disebabkan oleh KELAKUAN DOKTOR tersebut, tetapi, mereka bengang status PPUM akan jatuh. Itulah realiti yang berlaku. Antara point2 yang dilontarkan oleh pensyarahku ialah, kalau nak buat macam tu, dia tidak layak menjadi seorang doktor. Doktor bukan sahaja ingin merawat fizikal pesakit, tetapi termasuk mental dan perasaan pesakit. Kemudian, beliau memberi contoh, katakan ada seorang pesakit yang accident motosikal berumur 16 tahun. Apa sebab dia accident?? Jalan licin, bawak laju, racing, brek xmakan, hari hujan, ada monyet kat tepi jalan, mengantuk adalah antara jawapan yang dikeluarkan oleh pelajar2 di sini. Namun, adakah kita pernah berfikir, jika pesakit kita accident kerana racing, kenapa dia memilih untuk racing pada usia yang sebegini muda?? Pernahkah kita terfikir kemungkinan dia berbuat demikian kerana terlalu serabut dengan masalah keluarga dan sebagainya???? Dan, itulah sebenarnya tugas seorang doktor. Bukan setakat merawat LUARAN, tetapi DALAMAN itu lebih utama.


Sebab itulah, setiap kali aku masuk kuliah lecturer ni, aku akan berfikir, "kelak, manusia akan sedar bahawa penyelesaian bagi semua masalah yang mereka sedang fikir ini ialah KEMBALI KEPADA ISLAM..."


Berbalik kepada doktor tadi, aku tidak tahu sejauh mana penyiasatan dibuat, tetapi aku tidak menyalahkan doktor itu 100%. Kerana apa?? Sama kes dengan budak 16 tahun yang accident tadi, dia buat begitu, mungkin ada sebabnya. Cantik sungguh sifat HUSNUZON yang diajar oleh Islam...... Jadi, apa tunggu lagi? Ayuhlah semua kembali betul2 mengamalkan Islam. Jangan tangguh2, kerana setelah anda habis membaca ayat ini, belum tentu nikmat nyawa itu masih dikurniakan.....

Friday, August 15, 2008

::wahai pemuda, bangkitlah dari tidur!!:


Tidur dah memang menjadi tabiat dalam hidupku. Letih sangat, tension, bengkek, down~ semua akan kuubati dengan tidur. Sehinggakan, rakan bilikku sendiri sudah menggelarkan aku sebagai KELUANGMAN.. (haha.. Bonot pnye Zola!!) Tapi, aku sedar, tabiat ini perlu kuubah. InsyaAllah akoo akan cuba yang terbaik. Doakan agar aku berjaya. Ya Allah, aku tahu, hamba yang rapat denganMu belikatnya tidak lama di tempat tidur, kerana banyak kerja kerja untuk menegakkan agamaMu ini yang masih belum selesai, jadi, Kau bantulah aku bagi mengubah sikap yang negatif ini. Amin~

Itu bukanlah tajuk utama perkongsianku pada kali ini. Ayuh kita hayati kata2 imam Hasan Al Banna, "Jika Islam diibaratkan sebuah rumah usang yang hampir roboh, akan ku merantau ke seluruh pelosok dunia bagi mencari JIWA2 MUDA. Aku bukan mahukan dari mereka, bilangan yang ramai, tetapi aku mahukan golongan yang benar2 ikhlas dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Jika aku menjumpai mereka, akan kuubah Islam itu dari rumah usang tadi kepada sebuah bangunan yang cantik dan tersergam indah."
"Berikan daku 100 orang tua, akanku gegarkan sebuah bukit, tetapi berikan daku 10 orang PEMUDA, maka akan aku goncangkan dunia"~ Sukarno.

Wahai pemuda sekalian, sedarlah.... Islam amat memerlukan kita. Masih ingatkah kita dengan Sultan Muhammad Al Fateh? Salahuddin Al Ayoubi?? Kita selalu bangga dengan Islam kerana mempunyai watak2 seperti mereka, tetapi kita tidak pernah mengimpikan diri kita mampu jadi seperti mereka. Kerana apa? Kerana kita masih lagi tidur, masih lagi dibuai oleh mimpi2 dunia yang fana ini. Ya, sekarang ini macam2 di hadapan kita~ awek cun, motor besar, enset power, ade bluetooth, kalau bosan semasa lecture, bolehlah layan movie, dressing kena mantap, kalau tak, pompuan xpandang etc.


PERSETANKAN SEMUA ITU!!! Ayuh kita bangkit!!! Berapa kerat di antara kita yang benar2 mengikuti isu2 berkaitan ummat Islam sekarang ini?? Bukan aku ingin menyekat terus kita daripada benda2 hiburan di atas, kita orang muda, memanglah perlu ada jiwa suka berhibur. Tetapi, hiburan itu bukanlah sepatutnya diletakkan di hati kita. Kenapa kita tidak cuba ubah daripada suka berhibur kepada suka@syok menegakkan Islam. Cuba lahirkan dalam hati kita, perasaan benci terhadap musuh2 islam, benci apabila orang memburukkan Islam, dan seronok apabila Islam mula bangkit, seronok apabila ada orang cuba menegakkan Islam dan akhir sekali, kita cuba LAHIRKAN PERASAAN YANG INGIN JADI SEPERTI GOLONGAN INI.


Dunia sekarang semakin hancur. Jikalau anda pelajar Universiti, seperti aku, seorang budak yang kurang mengetahui tentang dunia luar, memang tidak tahu tentang keruntuhan akhlak di kalangan remaja masa kini. Macam2 cerita~ abang(12 tahun) berzina dengan adik(9 tahun), ibu yang sepatutnya mendorong anak ke jalan yang benar, menjadi pembekal kepada video lucah kepada anak. Sudahlah, sakit hati nak menulis perkara2 jijik sebegini. Sekali lagi aku menyeru kepada pemuda sekalian, BANGKITLAH!!!! Apa yang ada di depan mata kita sekarang xkekal lama. Percayalah kepada saya, jika benar anda inginkan sesuatu ketenangan yang sebenar, maka berjuanglah demi Islam, sehingga nanti anda dapat merasakan suatu perasaan Cinta terhadap Allah malah dapat merasakan Allah mencintai kita!!!!


Sunday, August 3, 2008

::Muallaf jalanan::

Di tengah2 hari yang panas terik akoo ke stesen Universiti LRT menantikan pakcikku untuk balik ke kampung. Tiba2 datanglah seorang mamat yang agak gelap seperti orang India duduk di sebelahku... Ako buat "dek..." je... tiba2 akak akoo telefon dan akoo berkomunikasi dalam loghat Kelantan. Apabila selesai sahaja telefon, "mamat" tadi mula mengapproachku.

"Dari Kelantan ke?"
Ya saya..
"Saya suka Kelantan."
Oh.. Kenapa ek?..
"Saya baru convert Islam. Kat Kelantan banyak tempat nak mengaji, sini xde.."
Alhamdulillah..... (kataku dengan perasaan yang sangat gembira, Allah saja yang tahu perasaanku masa tu. Sape xgembira beb, dapat berborak dengan saudara baru.)
Jap, camne bleh tertarik dengan Islam ek??
"Saya patot dah convert tahun lepas, tapi saya accident, 7 bulan dalam hospital, 2 minggu lepas baru keluar. Rabu lepas baru saya convert."

"Dik, saya tanya ni adik jangan marah ek..." tiba2 suasana berubah(ceh, cam cite hantu plak)
"Saya sebenarnya tetinggal beg kat rumah kawan kat Klang. Jadi, saya dah abis duit nak pergi sana, jadi, boleh x adik tolong saya?"

Akoo mula ragu2. Saudara baru Islamku mintak tolong ni. Tapi, lebih baik aku eksperimen dulu, betol ke mamat ni muallaf atau sekadar MENGGUNAKAN status muallaf itu untuk mendekati ummat Islam.
La.. baik pergi sembahyang Jumaat dulu bang.. InsyaAllah lepas solat, Allah permudahkan urusan abang.
"Xpe, nanti saya datang balik, saya kena pergi ambik beg tu dulu, sebab beg tu ada kat rumah kawan saya, dia Cina, parents die garang, die xsuka orang lain letak barang merata2 ni."
Abang duduk dengan Cina ke? Jabatan Agama xtolong bag tempat tinggal ke?
Ada. Tapi, lagi 2 minggu diorang kasi. Saya baru convert seminggu, maknanya minggu depan baru dapat.(Buleh plak macam tu ek..)
Convert dulu dengan ustaz mana ek? Saya kenal ramai jugak ustaz kat sini.
Ada. Saya lupa la nama die. Dia gemok2 sket. Ada bawak teksi datang sini juga.
Convert kat mana dulu?
Em.. kat Ipoh sana.. Ustaz tu bawak saya pergi sana..
Oh, kenapa xconvert kat sini je??
Yela, ustaz tu bawak saye pegi Ipoh, pastu dia ade bagi kad, warna kuning, tapi sekarang saya xbawak, sume ada dalam beg tu. Jadi, boleh tolong saya x adik??
Saya bukan xnak tolong, tapi saya kurang percaya, dan saya kena pikir dulu sebab saya takut orang menggunakan status muallaf ni untuk mengenakan orang Islam.

Aku mula berzikir dan berdoa kepada Allah Taala agar diberi petujuk terhadap situasi yang berlaku. Zikirku agak mengambil masa.


Tiba2 mamat tu bersuara,
"dik, kalau xnak tolong, cakap xnak tolong. Ni bikin hati saya sakit pulak"
(Aik, bila masa pulak aku wat die sakit ati ni??)
Saya rasa saya xwat pape yang menyakitkan hati awak pon, kalau ade tu saye mintak maaf la..
"Saya xmarah, cuma bila awak xpercaya tu, saya terasa la.. Xpe, saya xmarah, setiap apa dugaan yang datang tu, pasti ada hikmahnya."(dia cuba menggunakan kata2 yang baik untuk mengumpan lagi)
Kemudian, dia mendiamkan diri.


Lepas 2 minit.....

"dik, boleh tolong x??"
"Camni la bang, saya cakap kat abang, apa kata abang pergi sembahyang Jumaat dulu, pastu mintak pertolongan kat Allah, muallaf selalunya sangat yakin dengan Allah Taala. Tapi, ni cam terbalik plak..." akoo berdiam diri dan terus berzikir.
Kemudian, melihatkan akoo memang xmakan jerat, mamat tu pon blah ngan muka "bengkek"..

Kesimpulan daripada cite sempoi ni:~
  • Bagi akoo, mamat tu dah mempermainkan status muallaf dan dia juga telah memburukkan nama muallaf itu sendiri. Bagiku, akoo amat respect dengan golongan2 muallaf seperti saudara Shahkirit yang tidak serik2 menyampaikan dakwahnya melalui perbandingan antara agama. Dan, kadang2 akoo memang segan dengan golongan ini kerana walaupun sudah lama memeluk Islam, ternyata, mereka lebih mengenal Islam daripada diriku sendiri. Ikut ati memang nak marah gak mamat tu, tapi, dah dia sound awal2, adik, jangan marah ek kalo abang cakap ni.
  • Malah, bagi aku, dia juga turut memburuk2kan badan agama di Malaysia ni. Yang mana bagi akoo, jika apa yang disampaikan oleh mamat tadi itu betul, ini bermakna, perlu ada perubahan dalam pelaksanaan badan agama tersebut. Jika tahu muallaf benar2 memerlukan bantuan, kenapa perlu tunggu 2 minggu baru dapat? kerana prosedur2 dan birokrasi, jika demikianlah alasannya, HAPUSKAN BIROKRASI!!! Tetapi, jika cerita mamat itu hanya tipu daya semata2, maafkan akoo dan jadikanlah ia sebagai tauladan...