Recent Posts

Monday, April 13, 2009

Alangkah baiknya....


"Hakem, ko ada bagi ceramah ek kat surau semalam?" tanya seorang budak Kristian yang merupakan labmate akoo sewaktu kami sedang menjalani praktikal Pathology.

"Eh, mana tahu? Mana ada ceramah. Tazkirah, peringatan biasa je." balas akoo, pelik tiba2 diutarakan soalan camtu kerana rakanku ini sangat kuat pegangan Kristiannya.

"Xde, dengar suara ko semalam kat luar semalam. O00.. Selalu bagi ek? Tiap2 minggu ke? Bagus rrr..." balas rakanku ini.

"Kalo akoo jadi imam, akoo bagi rrr. Biasa2 je. Eh, haritu pegi Australia tu, kira buat apa ek? Kira conference budak2 Kristian satu dunia rr?", akoo cuba menarik minatnya.

"Ha.. Lebih kurang camtu rr. Untuk youth la. Kita ada buat game, persembahan apa semua, tapi semua aktiviti kira ada kaitan ngan agama camtu la.." balasnya cuba explain kepadaku.

"Hmm.. Bagus ek. Perasan x, sebenarnya, orang yang betul2 pegang agama ni, semuanya ok, dan yang banyak buat hal, orang xpegang agama. Betul x?" akoo cuba bertanya soalan yang kelihatan agak liberal.

"Ha.. Betul lah. Akoo pon nampak camtu." Balasnya. Tetiba ada seorang chinese kacau line, bertanya soalan kepadanya dan perbualan kami berhenti di situ. "Kacau rr beb.." jerit akoo....... dalam hati.. haha..

Seperti yang telah akoo telah dalam tulisan sebelum ni, Kristian sangat kuat di fakultiku. Dan, xboleh dinafikan, dalam keadaan pelajarnya racist, merekalah "hero" dalam menangani masalah ini. Namun, sekali lagi akoo ingin tekankan, akoo sangat KAGUM dengan mereka. Mungkin apabila membaca artikel ini, ramai yang akan kata akoo ini sedikit liberal, dan itulah yang kunantikan! Kritikan yang mampu membuka minda!

Bagi akoo, golongan ini hebat. Pernah kita dengar, apabila ada program2 mereka, ada yang akan menyumbang harta mereka. Bukan sedikit beb.. Kadang2 beribu dan mungkin ada yang mencapai puluh ribu. Cuba kita bandingkan dengan ummat Islam di negara kita, kita dididik bahawa sedeqah itu akan dibayar 700 kali ganda di akhirat kelak, namun, berapa kerat yang sanggup menderma untuk program berunsur Islam? Tabung masjid? 10 ringgit pon sudah dikira besar.... Kroniknya kita!!!

Kemudian, mereka sudah mampu mengatasi sempadan kaum. Mereka mampu bersatu atas dasar Kristian. Ya, inilah yang akoo katakan hero. Saat orang sedang mencari "formula perpaduan", mereka tunjukkan inilah formulanya. Namun, reflect kembali kita. Malaysia sudah cukup untuk diberi gambaran. Islam hanya untuk Melayu. Bukan Melayu seperti dilarang mengetahui soal Islam. Apabila Cina cuba mengenal Al Quran, kita halang, takut2 dia menghina kita. Siapa punya ajaran Islam ini hanya untuk Melayu? Itu bukan Islam yang dibawa oleh Nabi SAW. Tapi itu Islam yang telah dikotori oleh Nasionalis. Kita lihat Kristian, bukan sahaja mampu merentasi sempadan kaum, mereka mampu mengumpulkan pemuda mereka, SATU DUNIA, berkumpul di satu tempat. Kita? Usah bicara soal satu dunia, masih lagi dengan sentimen Jemaah masing2, akoo budak usrah, xmasuk dengan budak tabligh, akoo budak JIM, xmasuk ngan budak Hisbut Tahrir. Malaysia Malaysia la.. Wat apa nak kisah hal Palestin. Kroniknya kita!!!

Dalam soal orang yang masuk Kristian, mereka memang dijaga kebajikannya. Tempat tinggal diberi. Dijaga betul2 sebelum diberi doktrin2 yang seterusnya. Kita pula bagaimana? Jika kita serius dalam soal ini, kenapa masih lagi kedengaran isu muallaf yang tidak dijaga kebajikan? Sehingga ada yang boleh mengeluarkan kata2 bahawa kita HIPOKRIT. Kroniknya kita!!

Mereka berani mengajak kita ke church. Dan mereka mampu menjadikan itu perkara yang biasa. Namun, kita masih lagi diselubungi rasa takut, "ni isu agama, isu sensitif, nanti akoo kena ISA." "Kalau akoo cakap pasal Islam ngan dia, nanti dia lari xnak kawan ngan akoo plak", itulah doktrin yang ditanam dalam kepala kita. Kroniknya kita!!

Astaghfirullah....


Mungkin tulisan ini agak keras dan akoo sendiri pon, buat apa untuk Islam? Dan, kerasnya tulisan ini bukan ingin mengkritik Islam, Islam itu syumul, manual yang terbaik Allah Taala turunkan untuk kita, hambaNya. Tapi, akoo ingin mengkritik "ummat Islam", yang mana telah men"TEMPURUNG"kan Islam. Al Quran tidak dijadikan pembuka jalan, tetapi dijadikan penutup jalan.

Bagiku, kawan2ku yang beragama Kristian ini sangat baik, sesetengah peribadi yang patut ada pada seorang muslim ada pada mereka. Namun, sayang, peribadi diguna pakai oleh Kristian. Akoo mengkhayalkan, alangkah baiknya mereka ini menjadi penggerak dan pejuang agama Allah ini.

Alangkah baiknya.....

Saturday, April 11, 2009

Nak buat sangat, buatlah... tapi nantikan....


Sabda Nabi SAW:
"Tidak berleluasa Faahishah dalam suatu kaum sehingga ia dibuat secara terang2an, kecuali akan merebaklah di tengah2 mereka pelbagai penyakit yang mematikan yang belum pernah ada pada kaum2 mereka."
(HR Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah)

Puas akoo mencari2 maksud faahishah. Bertanya kepada naqib, ustaz dan merujuk tafsir. Dan dapat akoo simpulkan bahawa faahishah adalah perbuatan keji dan jijik yang melibatkan orang lain. Sebagai contoh: Zina. Jika seseorang itu berzina, maknanya ada orang lain yang melakukannya bersamanya(xkan zina sorang2 kot. Pelik tu!!)

Jika mana seseorang itu mengambil jurusan perubatan, pasti akan terjumpa dengan satu tajuk khusus berkaitan Sexual Transmitted Disease(STD). Bila mana tiba ke tajuk ini, kepalaku hanya mampu menggeleng memikirkan kedahsyatan azab Allah Taala buat mereka yang buat xendah laranganNya ini. Dahsyat sungguh!! Akoo ambil satu contoh: Penyakit Syphilis. Penyakit ini adalah berpunca daripada jangkitan bakteria(treponema pallidum). Ia mempunyai 3 peringkat, primary, secondary dan tertiary syphilis. Dan bila mana seseorang sudah mencapai ke peringkat tertiary syphilis, kesannya sangat dahsyat. Walaupun penyakit itu asalnya dari bahagian kemaluan, namun, bila mana sampai ke tahap ini, saraf2 mula diserang(neurosyphilis), bahkan bagi perempuan yang mengandung, penyakit ini boleh diturunkan kepada kandungannya(congenital syphilis). Lihat bagaimana kesan golongan yang tidak mahu mendengar, ingar dengan larangan Allah Taala. Bukan sahaja menyusahkan diri, bahkan keturunan sendiri.

Kita mungkin pernah mendengar iklan radio yang sangat famous, "Aiman xkesah...". Ya, benar. Memang benar. Anak itu tidak bersalah. Tapi, akibat perbuatan orang tuanya, dia yang menanggung penyakit HIV positive yang merupakan antara penyakit yang selalu kita dengar. Allah Taala ingin ingatkan hambaNya lagi tentang buruk dan jijiknya Al Faahishah ini, dengan dia tidak ilhamkan manusia ubat bagi penyakit ini. Banyak kajian sudah dibuat, namun, yang hanya mampu manusia lakukan, adalah berharap dan si pengamal perubatan hanya mampu cuba mengurangkan kesakitan yang ada.

Akoo ingat2 lupa kata2 Al Qardawi, "Mana mungkin perkara yang haram itu membawa manfaat kepada manusia"(lebih kurang camtu ayat dia). Ya, haram itu adalah ketentuan Allah Taala. Allah yang meletakkan hukum itu agar kita manusia, mesin ciptaannya tidak rosak. Namun, pelik dan menariknya manusia ni, walaupun kadang2 kita sudah tahu sesuatu perkara itu xbaik untuk kita, tapi kita masih melakukannya. Hmm... Apa sebabnya ya? Mungkin dos AMARAN KEBURUKAN itu belum cukup?


Kalau dos tersebut belum cukup, buatlah kalau nak buat sangat. Nak buat secara terang2an? Buatlah... Nak buat pesta maksiat? Buatlah.... Kerana kalau dos amaran tidak mampu mengajar manusia, tunggulah datangnya AZAB Allah Taala untuk mengajar. Pada saat itu, jangan kata Allah tidak adil kerana memberi penyakit yang boleh mematikan kepada diri, tapi, salahkan diri sendiri kerana melakukan perbuatan yang jijik dan keji tersebut. Kerana itu sahaja yang mampu mengajar diri yang serba kepala batu itu. Kalau mendapat penyakit mematikan juga masih tidak mahu bertaubat, maka pengajaran yang paling baik adalah DI SANA nanti. Baru kita akan menangis darah memikirkan kebodohan kita yang sangat nyata.

Inilah logiknya hadis Nabi SAW, yang dikeluarkan 1400 tahun dahulu. Walaupun masih lagi tiada kajian tentang apa kesan zina terhadap kesihatan pada masa itu, namun, Nabi SAW sudah expert tentang perkara tersebut. Jadi, siapa yang mengajar Nabi SAW? Siapa lagi kalau bukan Sang Pemilik Ilmu, Allah Taala. Pengajaran yang kita dapat, jika mahu mendapat ilmu, maka BERBAIKLAH DENGAN ALLAH TAALA, maka Dia akan mengajar kita ilmu yang kita tidak sangka2.

Friday, April 10, 2009

Ish... tak boleh la...


"Sesungguhnya orang2 yang dicabut nyawanya oleh para malaikat dalam keadaan MENZALIMI DIRI SENDIRI, mereka(para malaikat) bertanya, "Bagaimana kamu ini?" Mereka menjawab, "Kami orang2 yang tertindas di bumi Mekah" Mereka bertanya, "Bukankah Bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berpindah dari bumi itu?" Maka orang ini tempatnya adalah Neraka Jahanam dan itulah seburuk2 tempat untuk kembali"
(An Nisa:97)

"Akoo tahu kita perlu tegakkan negara Islam, tapi kita datang U ni untuk belajar. Tunggu rr abis belajar dulu. Ni Islam sini, Islam sana, akademik tah ke mana."

"Alah... Dia boleh la wat sumer mende tu. Dia pandai cakap kat depan. Akoo ni sape la sangat. Orang pon xkenal akoo."

"Akoo xcukup baik la beb nak wat keje2 camni. Akoo pon tah ke mana."

"Xboleh, mak akoo xbagi buat benda lain selain belajar. Akoo xnak derhaka kat mak. Dosa besar tu beb!!"

Sirah membuktikan bahawa orang yang banyak ALASAN ini sangat rugi. Kita ambil contoh peristiwa Hijrah, ada golongan yang tak mahu berhijrah kerana takut, sayang nak tinggal kampung dan sebagainya. Akibatnya apa? Mereka ditindas di kampung halaman sendiri oleh musyrikin. Dan, yang lebih menyedihkan, takut punya pasal, terpaksa bersama tentera musyrikin dalam perang Badar dan dibunuh oleh Malaikat dan tentera Islam. Alangkah ruginya golongan ini! Semuanya kerana banyak songeh dan banyak alasan.

Jika dahulu, jika sesiapa yang pernah mengambil matapelajaran Kemahiran Hidup, antara ciri2 seorang usahawan yang berjaya ialah berani mengambil risiko. Dan masih ingat lagi kata2 keramat Anwar Ibrahim, "Jika takut ambil risiko, usah bicara soal perjuangan." Apa maknanya? Bermakna, kita perlu berani menempuh satu2 jalan, walaupun mungkin jalan itu nampak sangat berduri dan berliku. Namun, jika tidak dilalui jalan yang berduri ini, kita tidak mampu mendekati sebatang pokok yang penuh dengan buah yang sangat berharga. Jadi, mana satu pilihan hati? Tidak menempuh jalan tersebut, berlapar dan terus kebulur atau kita mengambil jalan, "Takpe, sakit sikit je ni. Kesenangan lepas ni lebih banyak daripada kesakitan yang ada."


Inilah yang diajar oleh Sang Murabbi, Nabi SAW. Baginda mengajar kita bahawa perjuangan kita ini tidak akan dihampar dengan karpet merah. Baginda telah dibaling najis, dibaling batu, dipulau, cubaan membunuh dan sebagainya. Ya, kerana baginda mengajar kita untuk tidak beralasan. Jika Nabi SAW jenis orang beralasan seperti kita, peristiwa hijrah xkan berlaku. "Ish.. xboleh la.. Nanti orang kafir tau, akoo kena bunuh.. xboleh2.. nanti siapa nak jaga rumah akoo. Ish... xboleh ni. Ish.. xboleh tu.." Itulah bayangannya....

Situasi sekarang, ummat Islam perlu KURANGkan beralasan. Akoo tidak mengatakan alasan itu tidak bagus. Bagusnya alasan ini, bila mana ia diubah menjadi LANGKAH BERJAGA2/KESELAMATAN dan menjadi MEDAN UNTUK KITA TERUS BERFIKIR MEMIKIRKAN ALTERNATIF YANG LEBIH BAIK. Jalan ini berduri, jadi, akoo kena pakai kasut dan seluar senteng sikit. Duri ni boleh buat luka, jadi baik aku bawa ubat luka. Ya, itulah sepatutnya pemikiran ummat Islam.

Yakinlah, "Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu". Ada yang mempertikai orang yang yakin dengan ayat ini bila mana orang yang memperjuangkan agama, ramai yang lemah akademiknya. Namun, pemikiranku sangat2 bergolak mendengar pertikaian tersebut. Kerana minda kita akhir2 ini, memang melihat PERTOLONGAN ALLAH ITU SEMASA EXAM SAHAJA. Sehinggakan seperti boleh dibuat kesimpulan bahawa, kalo cemerlang, maknanya Allah tolong dia, kalo xlulus, maknanya, dia xditolong Allah Taala. Bagiku, pemikiran ini harus dijernihkan, kerana pertolongan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Mungkin dia cemerlang dalam pelajarannya, tapi, kerja xdapat2. Mungkin dia banyak menolong agama Allah, tapi, akademiknya tidak seberapa, namun, ilmunya sangat tinggi, mana2 syarikat ingin mengambil dia bekerja, dia mampu menjadi seorang doktor Islam yang baik. Atau, paling tidak, mungkin tidak nampak di dunia kerana KEIMANANnya memang dahsyat, dan Allah memang menguji dengan tahap keimanannya, akhirnya dia dibalas di akhirat dengan balasan Jannatul Firdaus. Itulah maksud sebenar Pertolongan Allah.


"Susah la nak lulus exam ni. Akoo dah la fail first sem dulu. Dah la banyak xstudy." keluh si bonot.

"Sekarang ni, jangan cakap susah. MUDAH je!! Yang penting, mulakan study, fail xfail exam kali soal nombor 2. Tapi, yang penting, kena mula dulu. Kalau dah fail dulu, maknanya tahu la kan lemah subjek mana. Kalau dah tahu banyak xstudy, kenapa xstudy? Kalo banyak main game, kurangkan main game, kalo banyak tido, kurangkan tido, kalo banyak xfaham, boleh mintak saya ajar." pesan kawannya.

"Rasa macam kena tampar tu!!" bisik si bonot dalam hatinya.
Selepas ini, tiada lagi "Ish... xboleh ni..", yang ada "Ok! Kalo xboleh camni, kita wat camtu. So, kena jaga2 rr jangan sampai yang tu jadi camni"
~doktorbonot~

Sunday, April 5, 2009

Sudah cukup rasanya menjadi BURUNG KAKAK TUA....

"Ko mintak orang berubah, ko pon kena berubah!"

Terkedu akoo seketika membaca kritikan di atas. Memang tulisan sebelum ini, mengambil kritikan sebagai muhasabah perlu dipraktikkan. Namun, praktikalnya bukan mudah. Kerana manusia punya nafsu, hati dan perasaan. Bila mana nafsu amarah memuncak, itulah puncanya kritikan dilihat sebagai satu penghinaan dan manusia tidak dapat menerimanya. Dalam hati mereka terdetik, "Isy.. Dia ni xtahu situasi akoo, sanggup dia cakap camtu"

"Orang yang paling kuat antara kamu, adalah mereka yang mampu menahan amarahnya"

Namun, jika kritikan dilayan sangat, prinsip mula hancur, dan diri mula goyah. Bila mana diri terlalu menerima kehinaannya, semangat mula runtuh. Daripada seorang yang berkobar2, menjadi seorang yang lesu. Dalam hatinya, "O00.. Macam ni akoo rupanya.. Patut la dia cakap camtu. Teruk la akoo ni". Persoalannya, adakah itu adalah MUHASABAH? Adakah muhasabah ini kita mengiyakan kelemahan kita sehingga prinsip dan semangat mengalami keruntuhan?

"Kalau camni la akoo, akoo memang xlayak untuk bawa dakwah ni. Baik akoo baiki diri akoo dulu, DAH BAIK, BARU BOLEH NAK DAKWAH"

Soalnya, bila tarikh dan masa kita akan baik? Selepas qiam 1 bulan? Selepas baca Quran seminggu? Kiranya selepas itu, baru kita akan kembali ke jalan perjuangan kita? Tidak!! Ini bukan MUHASABAH.... Jika inilah muhasabah, ia hanya melahirkan ummah yang MANDOM.. Ditegur sedikit, mula down. Mula mengasingkan diri. Maknanya mudah saja untuk hancurkan ummah, kritik semua orang, jadi, semua akan mandom..... jika itu muhasabah yang dimaksudkan.

Saidina Umar walaupun banyak bermuhasabah dan mampu menerima kritikan secara terbuka, namun masih tetap menjadi seorang yang bertenaga dan bersemangat dalam mentadbir negara. Apa rahsianya?

Bagiku, muhasabah perlu dibezakan dengan PUTUS ASA. Muhasabah adalah tangga untuk kita maju ke hadapan, bukan jalan mati untuk kita undur ke belakang. "Akoo camni,? Xbuleh, xbetul.... jadi akoo kena wat camtu." "Akoo camni, tapi sebenarnya akoo camni, xpe, dia xtahu. So, biarlah dia kritik, akoo terus jela apa akoo buat ni.. " Ya... Ini rahsianya. Baru betul... Bila mana ummah dikritik, dia akan bermuhasabah, dan ummah akan terus maju ke depan. Jadi, cara untuk memajukan ummah adalah dengan banyak mengkritik. Amacam?

Jadi, memang benar. Sebagai contoh, bila mana orang mengkritik, orang yang dikritik diibaratkan seperti burung kakak tua, yang hanya mampu berkata2, tetapi tidak tahu dan tak faham apa yang dikata, cakap je lebih, buatnya tidak. Jadi, jawapannya sudah ada! Kita sekarang ialah burung kakak tua, jadi, penyelesaiannya, kita harus memikirkan strategi untuk menghapuskan status kita sebagai burung kakak tua itu! Mungkin kita perlu berubah menjadi lebah, tidak perlu berkata2, buat kerja sahaja. Atau mungkin yang sang pengkritik nampak sebenarnya ialah topeng yang kita pakai iaitu burung kakak tua, di sebaliknya dia tidak tahu. Jadi, teruskanlah dengan apa yang kita usahakan dengan hati yang gumbira kerana sang pengkritik telah tertipu dengan matanya sendiri... Hahaha...

Friday, April 3, 2009

Yakinlah dengan YANG BIJAKSANA!!


Akoo membelek2 buku yang ada di Surau Kolej. Banyak.. Namun, seperti jarang disentuh.. Dengan izinNya, akoo terjumpa sebuah buku yang mana ada tertulis ayat ini dibelakangnya..:
"Kami akan membacakan(Al Quran) kepadamu, MAKA KAMU TIDAK AKAN LUPA!!"
(Al A'la:6)

Termenung akoo seketika. Lalu kuambil buku ini untuk dibaca....(Bagaimana MENGINGATI Pelajaran Anda & Berjaya dengan Cemerlang). Menarik.. Sangat menarik.. Walaupun banyak dinukilkan soal cara belajar yang mana mungkin semua sudah tahu caranya, namun tidak dipraktikkan(ditujukan kepada diri sendiri..), tapi yang menariknya, ia menghubungkan ILMU dengan SANG PEMILIK ILMU.

Sejak kebelakangan ini, alhamdulillah... Banyak perkara baru yang dipelajari dalam hidup. Salah satunya TADABBUR AL QURAN. Kebanyakan ummat Islam sekarang ini, takut untuk tadabbur Al Quran. Kerana ramai mengatakan, takut salah tafsir. Alhamdulillah, naqibku mengajarku bahawa tadabbur itu tidak sama dengan tafsir. Tadabbur ini kita cuba hayati ayat Al Quran dengan ilmu yang kita ada. Hanya dengan soalan2 seperti Apa? Kenapa? Bagaimana? Siapa? Bila? Di mana? Cantik! Seronok! Bahkan tadabbur ini boleh melatih diri untuk berfikir secara kritikal.
Yakinlah sahabat2, Al Quran itu adalah kata2 Allah Taala. Kata2 untuk disampaikan kepada kita. Kata2 SANG PEMILIK ILMU ini sungguh mendalam, jika diamati baik2. Kenapa dalam ayat di atas Dia mengatakan "Kami akan membacakan kepadamu"? Bukankah nak ingat satu2 benda, kita kena baca sendiri? Jawapan xperlu disediakan, tetapi sebagai langkah pertama bagi mereka yang membaca artikel ini untuk mula tadabbur dan berfikir.

"Dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajarmu" (Al Baqarah: 282)

Mungkin ramai yang meminta akoo untuk menulis artikel tentang cara belajar dan sebagainya, mungkin kerana statusku sebagai pelajar perubatan. Kalau tahu keadaan akademikku yang sebenar, mungkin soalan itu tidak dikeluarkan. Hehe... Namun, bagiku, 2 ayat ini cukup merungkai segala2. Dan, perlu diingat, ILMU ITU ALLAH TIDAK TURUNKAN DENGAN SATU CARA SAHAJA, malah istilah IQRA' atau BACA itu perlu diteliti lagi. Itu ayat pertama yang diturunkan! Iqra'. Bermakna segala2nya bermula dengan IQRA'. Namun, adakah ilmu itu hanya didapati dengan duduk di depan meja, dan memBACA buku? Pernah dengar memBACA SITUASI? memBACA PEMIKIRAN ORANG LAIN?


Sekali lagi ditekankan, Quran itu adalah kata2 Allah Taala. Jadi, istilah Iqra' itu perlu diteliti dan dihayati sebenarnya. Dan juga perlu diingat, ia bukan sekadar BACA, tetapi "BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN". Fahamnya apa? Dalam kita memBACA, perlu ada keyakinan bahawa ilmu itu hanya milikNya dan ketentuannya untuk mengurniakan ilmu kepada kita ataupun tidak. Ini bermakna, aqidah sangat penting dalam pemBACAan. Dan, juga perlu yakin bahawa ilmu itu, mungkin tidak akan dikurniakan pada masa dan kaedah itu, mungkin pada masa dan kaedah yang lain tanpa kita sedari. Jadi, iqra' itu bukanlah hanya duduk di depan meja dan membuka kitab. Dan ingatlah, Allah menjanjikan bagi orang bertaqwa, Allah akan MENGAJAR mereka.

Persoalannya, adakah kita orang yang bertaqwa?

Persoalan yang kedua, kita tahu semuanya bermula dengan memBACA, tetapi adakah kita sudah mulakannya?

Kami akan membacakan kepadamu, maka kamu tidak akan lupa. Kecuali jika Allah mengkehendakinya. Dia mengetahui perkara yang TERANG dan PERKARA YANG TERSEMBUNYI(Al A'la :6-7)

HINAnya....

"Dalam kita membuat keputusan, harapnya kita mohon petunjuk dari Allah Taala. Ana harapkan keputusan yang kita buat adalah ilham dari Allah, bukan dari syaitan." terasa seperti pedang mencucuk dada mendengar teguran ini.

"Sebenarnya, pandangan ana kenapa Islam masih di tempat yang sama, kita tidak boleh menyalahkan musuh kita semata2. Kerana memang kerja mereka untuk halang kita. Tetapi, cuba cermin balik diri kita. Kemenangan kita mungkin atas banyaknya maksiat musuh kita. Tetapi, andai kita yang kononnya pejuang Islam ini sendiri buat maksiat??" Yang ini, terasa seperti ditampar berulang2 kali....

"Ramai orang sering berdiskusi, berbincang, apa masalah, apa yang patut kita lakukan. Dari banyaknya hanya cakap sahaja. Bila tiba ke fasa praktikal, yang cakap lebat tulah yang xnampak muka." Teguran seperti sudah semestinya patut akan menyebabkan mata tiba2 mengeluarkan air dengan tiba2.

Astaghfirullah.....

Itu sahaja ungkapan yang mampu diucapkan. Cukup sahaja header bagi blog ini, (Apalah hebatnya seseorang itu ke hulu ke hilir, bergolok gadafi berjuang, andai Islam tidak subur di hatinya) dah memberikan tamparan yang hebat buat diri sendiri. Mungkin sebab inilah kenapa bila mana Allah dengarkan Al Quran kepada bukit bukau, maka hancur luluhlah mereka kerana takutkan Allah. Mungkin ini sebabnya kenapa semua makhluk lain menolak tawaran Allah Taala untuk jadi khalifah di muka bumi.

Namun, itu bukan peruntuh semangat untuk MANUSIA meneruskan perjuangan. Malaikat pernah mempersoalkan kenapa Allah nak jadikan manusia yang menyebabkan kerosakan dan melakukan pertumpahan darah di muka bumi. Dan jawapan Allah cukup simple dan mendalam, "Aku tahu apa yang kamu tak tahu!". Jadi, sebagai sebaik2 kejadian(ahsani taqwim), jika manusia sedar bahawa mereka ada SESUATU yang tidak ada pada makhluk lain, (mereka yang belajar bidang perubatan, iaitu orang yang mengkaji tentang manusia patut sedar hal ini) mereka akan menggunakannya sebaiknya untuk menunaikan tanggungjawabnya di muka bumi ini, KHALIFAH!!!

Sayangnya..... pemikiran sang KHALIFAH ini masih dipenjara!! Kerana AHSANI TAQWIM tidak menggunakan manual yang telah disediakan oleh Sang Pencipta kepadanya. Manual itu tidak dijadikan IMAM mereka. Itulah sebabnya Sang Musuh bergelak ketawa sambil menghina, melihat Sang Khalifah sudah tidak memakai manual mereka. Mereka menggunakan manual yang mana musuh2 ini cipta! Sebab itulah musuh bergelak ketawa kerana Ahsani Taqwim ini masuk jerat mereka....

"Kalau kita nak hancurkan Islam, kita mesti pisahkan ummat Islam dengan benda ini" kata sang keparat sambil menunjukkan Al Quran dan mengoyak2kannya.

"Bukan itu caranya kita pisahkan ummat Islam dengan Quran, tapi kita mesti hilangkan Al Quran dari HATI ummat Islam".... balas sang bangsat yang strategis pemikirannya.

Wahai ahsani taqwim, wahai sang khalifah.... ayuhlah menuju kepada FATANAH!! Siapakah orang yang Bijak? Orang yang sentiasa menghitung dirinya sebelum dihitung di sana nanti...

Astaghfirullah........

Wednesday, April 1, 2009

Ambillah KRITIKAN sebagai MUHASABAH!


"Akoo rasa ada sesuatu yang xkena ngan kita. Dulu kita cakap, bila mana kita menang pilihanraya kita akan sebar dakwah. Tapi, sekarang ni, apa pon xnampak. Akoo nampak, kita lebih tertumpu kepada MENDAPATKAN KUASA. Tapi, kuasa itu tidak digunakan untuk tujuan ASAL kita. Sebab, bila mana kita menang, kita masih lagi bermusuh dengan orang yang BUKAN KITA walhal, sepatutnya, kita memandang mereka sebagai mad'u. Kan lagi bagus kalau kita wat camtu, last2, diorang yang berada kat pihak lain pun, akan nampak yang benar itu adalah kita"

"Hekeleh ko ni... Cakap je lebat. Ko ada ke kat medan sebenar? Sepatutnya, ko bukan cakap saja, tapi cakap dan bertindak. Kalo la orang cam ko ni dah bertindak, xjadi masalah ni."

Hmmpphh... Mengeluh akoo seketika sambil termenung panjang bila mana memikirkan masalah ummah dan penyakit yang menjadi barah bagi golongan yang kononnya memperjuangkan Islam. Akoo sempat berkunjung ke Malam Akustika FESENI UM kali ni. Walaupun dikenakan bayaran masuk, namun, masih ramai yang mengunjungi majlis tersebut. Akoo tidak mahu mengatakan majlis itu SALAH, walaupun ada unsur maksiat, tetapi akoo belajar sesuatu daripada majlis tersebut.(mungkin ramai yang tidak setuju denganku)

Bagi akoo, bagi mereka yang asyik menghebahkan bahawa majlis ini salah kerana ia majlis maksiat, namun, tidak ada usaha untuk memadamkan unsur maksiat tersebut, sebenarnya majlis itu tidak salah, tapi orang yang bercakap itu salah. Salah kerana apa? Kerana pemikiran masih lagi pada takuk lama.

"Akoo orang baik, akoo xbleh join majlis2 macam ni. Rosak akoo nanti. JADI MACAM BUDAK2 YANG JOIN MAJLIS NI LAH... Alhamdulillah.. Allah pelihara akoo dari tergolong dalam golongan macam ni"... inilah pemikiran lama itu. Dan, sebenarnya pada pendapat akoo, seperti ada musuh Islam yang menanamkan pemikiran ini. Menyebabkan kita tiada inisiatif untuk MENGUBAH majlis ini kepada majlis yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Kebanyakannya hanya akan befikir, MUSTAHIL... Namapun majlis maksiat, nak ubah macam mana?

Bila mana pemikiran ini ditanam dalam kepala, kita akan merasakan bahawa KITA SAHAJA YANG BENAR, ORANG YANG BUKAN KITA semuanya salah. Jadi, timbullah budaya tidak boleh menerima kritikan. Apabila orang mengkritik, kita akan mula melenting. Walhal, sebenarnya kritikan itu sangat baik untuk diri kita jika kita terima dengan baik. Lihatlah bagaimana khalifah Umar Al Khattab memimpin. Apa rahsia hebatnya KEPIMPINANnya sehingga hari ini orang masih mengagumi kepimpinan beliau? Jawapannya adalah sedia menerima kritikan. Kalau aku xbetul, tegur akoo!! Bukannya pemikiran, JANGAN TEGUR PEMIMPIN, nanti JATUH MARTABAT DAN KEPERCAYAAN RAKYAT kat dia.

Mungkin ada yang mengatakan orang yang mengkritik ni bukan tahu kedudukan sebenar orang yang dikritik. Kalau dia duduk di tempat orang yang dikritik pun, dia akan buat benda yang sama. Ya, akoo setuju dengan statement ini. Cumanya, dalam mengkritik, kita bukan hendak mencari salah, tetapi kita cuba nak membetulkan kesilapan yang mana orang lain tidak nampak kesilapan tersebut. Jika ada yang pengkritik ini terlepas pandang, explain sahaja kepadanya. Dan pengkritik yang baik ialah apabila ditegur tentang apa yang dia terlepas pandang, dia akan menerima. Cuma, apa yang akoo ingin tekankan di sini ialah, sikap kita sekarang ialah TIDAK DAPAT MENERIMA KRITIKAN langsung!! Menerima kritikan seperti dihina! Itulah pemikiran kita!

Ayuhlah ummah Islam! Ubah cara pemikiran kita yang telah berjaya diPENJARA oleh musuh2 kita. Akoo termenung seketika bila mana naqibku mengatakan, "kalau ana, ana wat majlis2 macam ni. Tapi, kita buat bagi kena dengan Islam rr. Kita try buang unsur yang bertentangan dengan Islam." Fuh.. setelah mendengar kata2 ini, akoo pun tersedar, yang pemikiran akoo juga masih dalam PENJARA. Masih lagi berfikir majlis ini xrelevan untuk dibuat, tetapi tidak memikirkan MAJLIS INI BOLEH DIBUAT, TETAPI KENA UBAH IKUT AL QURAN DAN SUNNAH!!

Mungkin ada yang tidak setuju dengan tulisanku, namun, xsetuju itulah yang akoo mahu. Bila mana tidak bersetuju, kritikan akan dikeluarkan. Dan, daripada kritikan itu, akan dapat akoo bermuhasabah. Itu lebih baik daripada pujian yang sebenarnya hanya milik Dia!!