Recent Posts

Wednesday, April 29, 2009

Belajar bersalah, kerana kita tidak semestinya betul!


"Banyak orang sekarang, faham Islam ikut suka hati diorang je..."

"Dakwah ni, sebenarnya, xpayah pikir banyak2, cakap panjang2, yang penting, turun ke lapangan..."

Berfikir panjang. Dan, bila mana ada sahabat yang mengungkapkan demikian, akoo menjadi takut, takut2 akoo termasuk dalam golongan pertama. Namun, betulkah akoo perlu takut?

Dialog yang kedua juga benar. Kerana ia seperti kritikan kepada diri yang mungkin banyak cakap saja. "Ko nak bincang pasal dakwah, ko buat apa dalam dakwah?", soalan itulah yang bermain dalam hati akoo. Namun, betulkah persoalan sebegitu patut bermain dalam hati akoo?

Dalam kes yang pertama, memang benar, berfikir itu sepatutnya tidak boleh menggunakan logik semata2. Dalam kita memahami Islam, bukan hanya sekadar logik, namun, perlu dibatasi dengan akidah. Namun, adakah salah jika kita mempersoalkan sesuatu yang kita faham sedemikian? Bagi akoo, inilah yang berlaku kepada golongan2 anti hadis, fahaman sosialis.. Mereka cuba bertanya kepada kita yang "FAHAM ISLAM" tentang apa yang mereka faham tentang Islam. Namun, kita tidak mengurniakan jawapan kepada mereka, tetapi, terus MENGHENTAM mereka dan menyekat pemikiran mereka. "Haish... apa tanya macam ni. Mana buleh tanya soalan2 macam ni" "Apa faham Islam macam tu? Xbetul. Ko ni sesat dah ni"


Sedarlah, mereka sedang bertanya kepada kita tentang sesuatu persoalan tentang apa yang mereka faham tentang Islam. Mungkin cara pemahaman diorang salah, namun, kita yang tidak menyediakan jawapan untuk mereka. Jadi, salah siapa sebenarnya? Adakah salah mereka kerana berfikir begitu? Atau salah kita yang tidak menyediakan jawapan yang terbaik untuk mereka?


Dalam kes yang kedua, juga benar. Dakwah itu yang pentingnya turun ke lapangan. Namun, salahkah jika kita cuba membuka skop dakwah kita menjadi lebih luas? Daripada program yang seperti "SYOK SENDIRI" dan "POYO" pada pandangan muda mudi sekarang, kepada pendekatan "berani" yang mungkin boleh diterima dan menampakkan keindahan Islam kepada mereka. Itu yang cuba disampaikan. Cuba kita bayangkan, andai kata Islam menang suatu hari nanti di Malaysia ini, tidakkah golongan2 untake market ini yang tidak diberi kefahaman Islam yang bakal menjadi musuh kita nanti? Kerana apa? Kerana kita tidak memberikan kefahaman kepada mereka, kerana bagi kita, mereka sudah jauh tersesat, bagi kita, mereka sudah tidak ada harapan untuk kembali ke pangkal jalan. Fahaman mana yang ajar semua ini?


Kemungkinan apa yang akoo faham ini adalah "Islam ikut cara akoo faham sendiri". Namun, jika salah, teguran sangat dihargai. Kerana akoo yakin dengan kata2, "kita perlu berani menyatakan apa yang kita faham", sebab jika kita tersilap, ada yang boleh menegurnya. Kerana... PEMUDA perlu BERANI BELAJAR DARIPADA KESILAPAN!

Sekadar melayan pemikiran.

Tuesday, April 28, 2009

berani berubah!


"Minda yang hebat, tidak akan sama pemikirannya dengan orang lain." pesan kawanku.

Pernah kita terfikir macam mana mat rempit berfikir? Bagi kita, mungkin ada yang akan fikir, "apa bodohlah diorang ni, tak sayang nyawa ke? Banyak lagi benda yang berfaedah diorang boleh buat." Tapi, si mat yang berjiwa rempit ini mungkin berfikir, "benda yang akoo buat ni bahaya, dan jarang orang buat, jadi, kalo akoo berjaya buat, bermakna, akoo ni hebat la.." Jadi, lagi bahaya, lagi mengancam nyawa sesuatu aksi, lagi puas hatinya bila berjaya dibuat. Kerana ia bakal digelar LEGEND.
(Bagiku, inilah jiwa muda yang perlu ada pada seorang pemuda! Mat rempit patut dicontohi!)

Kawanku pernah berfikir, "Akoo dulu pernah couple ngan budak tudung labuh Pastu clash. Skang ni couple ngan budak tudung biasa plak. Lepas ni, akoo nak cari awek free hair rr. Baru syok sket."
(Ya, jiwa ini juga perlu dicontohi. Semakin lama, semakin hebat. Syabas kawanku! Hehe...)

Sebenarnya, jika diperhatikan, manusia dibekalkan dengan cara berfikir yang sungguh unik. Mereka menginginkan sesuatu yang "BARU". Itulah manusia, lebih2 lagi mereka yang berjiwa muda. Dalam sirah sendiri, akoo terlupa nama peperangan tersebut, ada seseorang bertanya kepada Rasulullah tentang tempat untuk mereka berperang, "Adakah ini wahyu dari Allah atau ijtihadmu ya Rasulullah?". Lalu dijawab bahawa itu adalah ijtihad Nabi SAW. Maka, pemuda itu dengan berani, mencadangkan ditukar tempat ke tempat yang lebih strategik dan ternyata ideanya sangat bernas. Inilah jiwa pemuda yang harus ada dalam diri ummat Islam.

Dalam perang Ahzab juga menampilkan bahawa ummat Islam itu mesti berjiwa perubahan, seperti yang ditunjukkan oleh sahabat yang bernama Nuaim, yang meminta izin Nabi SAW untuk menjadi pemecah belah musuh Islam. Namun, dia meminta kebenaran untuk menghina Nabi SAW dan Nabi membenarkannya. Jika difikirkan minda yang tidak berjiwa perubahan, tak gila kerjanya menghina Nabi SAW. Kan Islam melarangnya? Namun, sedarlah, ia merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kemenangan Islam dalam peperangan tersebut.


Namun, situasi sekarang amat menyedihkan, apabila golongan yang ingin berubah ini sering dicantas oleh golongan yang takut untuk berubah. Dikatakan golongan ini sudah tersesat dan menyimpang akidahnya. Benarlah kata orang, "apabila kita ingin melakukan perubahan, yang akan menentang kita, bukan musuh kita, tetapi kawan2 kita sendiri." Namun, mereka yang berani berubah sepatutnya tidak menjadikan ini sebagai alasan untuk down dan berada pada takuk lama. Kita mesti teruskan perjuangan.

Ya, bagiku, memang perlu ada satu transformasi dalam dakwah Islam. Bukan maknanya kita mentransformasi Islam. Islam itu tidak perlu diubah, tapi, dari segi kita nak menyampaikan Islam itu sendiri. Ini kerana akoo berpegang kepada orang muda, sukakan benda baru, cuma kita sahaja yang tidak menyediakan alternatifnya. Jadi, jika kita bawa benda baru yang ada unsur Islam di dalamnya, mungkin bakal menarik minat muda mudi dan "Fenomena Upin Ipin" patut diambil contoh. Sepatutnya, pandangan akoo, pendakwah Islam tak perlu lagi untuk masuk ke bidang nasyid, cukuplah dengan yang ada sekarang. Sepatutnya kita menembusi bidang dikir barat, kugiran, akustika, metal, indie dan sebagainya.


Mungkin penulisan ini seperti cakap lebat. Tapi, akoo memandang, jika ia mampu dilaksanakan, dakwah Islam mampu disampaikan kepada "untake market". Persoalan ini selalu bermain di fikiranku, "sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya, memang kurang mendapat sambutan, namun, bila tiba Malam Akustika, penuh dewan dengan muda mudi, jadi kan bagus jika Malam Akustika itu dijadikan medan menyampaikan Islam?"

Sekian, salam berani berubah!

Monday, April 27, 2009

Kesenangan itu LEBIH SUSAH daripada kesusahan


"woi, JPA baru masuk, jom enjoy.... akoo nak beli I-Phone rrr"

Kembali menekan keyboard laptop ni. Sengaja beruzlah daripada menulis seketika, takut2 diri berjaya dikuasai oleh si laknatullah.

Mind set manusia. Benda yang selalu dibuat dianggap normal dan betul. Yang jarang orang buat, benda yang baru, sukar diterima. Itulah yang berjaya dilakukan oleh musuh Islam. Berjaya menjadikan orang Islam merasakan bahawa situasi sekarang adalah BIASA. Islam tidak ditindas. Tidak ada apa2 berlaku pada Islam. Kita mampu solat di surau, xde orang nak ganggu. Negara kita aman, yang dok berperang tu, sebab diorang sama2 diorang bergaduh. Jadi, itu salah mereka. Itu biasa, itu biasa.


Sebenarnya, Allah Taala sedang menguji ummat Islam. Dan sememangnya Allah jadikan mati dan hidup ini adalah untuk menguji sebagai ujian kepada manusia, nak tahu siapa yang lebih baik amalannya. Cumanya, adakah kita sedar kita sedang diuji? Bagi yang belum sedar, ayuh kita tampar sedikit pipi kita untuk menyedarkan hal ini....

Ya, kita sedang diuji. Istilah ujian perlu diteliti secara mendalam. Istilah ujian yang BIASA: Ujian itu mesti dugaan, dan kesusahan. Dan, bagi diri seorang mahasiswa atau pelajar, ujian ini amat sinonim dengan exam. Jadi, itulah sebabnya ujian adalah waktu dan masa pergantungan mereka yang tinggi kepada Allah Taala kerana sedang menghadapi detik yang sukar dalam kehidupan. Istilah ujian yang TIDAK BIASA: Setiap detik dalam kehidupan adalah ujian. Kita mendapat keputusan yang baik adalah ujian, kita mendapat result yang hampeh pun ujian, kita dapat isteri yang solehah adalah ujian, kita mendapat isteri yang "huha2" pun ujian.(apsal tiba2 keluar bab ni? Ada sebab tu.. Hehe..), kita accident pun ujian, kita selamat daripada accident pun adalah ujian.

Jika istilah ujian itu ditafsir demikian, baru semua akan tersedar, bahawa ujian kesenangan itu sebenarnya lebih susah daripada ujian kesusahan. Bahkan, jika kita analogikan dengan exam, kebanyakan orang fail dalam "paper SENANG". Rasanya, tidak perlu diterangkan dengan lebih detail kerana semua sedar akan perkara ini. Lihat sahaja bila diuji dengan ujian keSENGKETan, ramai yang memohon pertolongan Allah, berharap agar dibantu menghadapi ujian tersebut, namun, bila diuji dengan keKAYAan, berapa kerat yang bersyukur dan berharap kepadaNya agar kekayaannya itu digunakan pada jalan yang sebaiknya?

Malaysia. Negara yang diuji dengan keamanan, jarang berlaku bencana alam. Namun, dengan ujian ini, ummat Islam mula lesu, bahkan, maksiat berleluasa, "buat apa nak kisah pasal Palestin, Malaysia dah aman, baik akoo jaga Malaysia je", itulah pemikiran yang dipacak.

Sedarlah. Ramai yang mampu menghadapi ujian kesusahan, namun ramai yang terkandas bila diberi kesenangan. Jadi, memang relevanlah tindakan Allah Taala menahan kemenangan Islam pada masa kini, kerana ummat Islam masih lagi leka dengan kesenangan. Jika diberi kemenangan, sudah tentu mereka tidak mampu menghadapi ujian tersebut. Jadi, cukuplah diberikan kesusahan sebagai ujian.

Ayuh ummat Islam. Kita patut maju ke depan. Buktikan yang kita mampu menghadapi ujian KESENANGAN ini, nescaya kemenangan milik Islam!!!

"Sabar itu ada dua. Satu, sabar dalam menghadapi musibah. Dua, sabar dalam menahan diri untuk melakukan kemungkaran. Sabar kedua itu sudah tentu lebih sukar"
~Saidina Umar~

Friday, April 17, 2009

mungkin kita terlalu meMAYAHkan!

"Program Sukan berunsur dakwah" dengan "Jamuan Kelas". Hmm.. Mana satu nak pergi ya? Pikir punya pikir, JAMUAN KELAS! Kenapa? "Teruknya ko ni, dah la jadi exco, tapi tak support program persatuan sendiri. Kan lebih aula program dakwah? Jamuan kelas? Lagho tu.." mungkin ada yang berpemikiran demikian. Akoo tidak katakan pemikiran ini salah, namun akoo ingin mengajak untuk berfikir dalam angle yang lain.

"U semayang pukol brapa itu?" tanya seorang chinese melihat akoo gelisah semasa jamuan kelas, sebab waktu Maghrib dah masuk.

"Selalu, dalam pukul 7.30" jawab sahabatku di depannya.

"Tapi, saya selalu dengar, ada orang selalu cakap2 lepas Maghrib. Apa itu?" tanyanya lagi, berminat.

"Ooo.. Tu macam tazkirah. Just wanna refresh your soul" balas sahabatku lagi.

"LAMA ya U semayang. Saya nampak pukol 7.30 masuk. Itu 9.00 baru keluar" balas chinese tersebut.

"Semayang sekejap je. Kalau ada ceramah tu yang lama sket. U Buddhist kan?" akoo membalas.

"X. Kristian. Baru convert." balasnya dan sememangnya akoo terkejut ngan jawapan tu.

"Baru convert? O00.. Satu family convert la?" tanyaku, berminat nak tahu.

"X, saya saja. Yang lain, masih lagi Buddhist". balasnya.

"Pastu, family xmarah U convert ni?" tanyaku lagi.

"Belum bagitau. Alah.. xpe, kita sudah besar ma..."

Sekali lagi akoo kagum dengan "orang Kristian" di fakultiku. Dan, selepas mendengar kata2 itu dari sahabatku ini, akoo yakin, ramai lagi yang telah convert ke Kristian. Hebat! Mereka hebat! Namun, ada sesuatu yang lain akoo perasan dalam dialog tersebut, non muslim seperti nampak "Ibadah" dalam Islam itu sangat payah. Bahkan, perkataan LAMA dikeluarkan.

Namun, bukan non muslim sahaja yang melihat perkara ini. Orang Islam sendiri. Buktinya, soal "QIAMULLAIL" contohnya. Ramai orang Islam sendiri seperti takut untuk berqiamullail. Sebab apa? Takut hantu ke? Bukan... Sebab bagi mereka, qiam itu susah. "Tahajjud? Ish... Camne nak wat tu? Akoo xreti la..." "Kena tidur dulu kan? Akoo ni jenis tidur lambat, so, xleh rr nak qiam." Itulah kata2 yang sering didengar. Walhal, qiam itu sepatutnya menjadi rutin harian ummat Islam, dan merupakan salah satu rahsia kesihatan dan kebijaksanaan ummat Islam.


Jadi, mana silapnya? Adakah kita terlalu menampakkan bahawa ibadah itu PAYAH? Niat dalam arab ni kena baca leklok, nanti salah makna. Niat dalam hati tu kalau boleh kena baca serentak masa kita habis takbiratul ihram, jangan cepat sangat, jangan lambat sangat. Akoo tidak salahkan orang yang berpemikiran begini, kerana mereka mahu menjaga ibadahnya, takut2 tidak diterima Allah Taala. Namun, bila ia diceritakan atau disebarkan kepada golongan yang baru berjinak2 ingin mengenal Allah Taala, kita rugi dari sudut dakwah.

Contoh lain, bila berjumpa muallaf, soalan paling famous, "Sudah potong ek?". Banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian, seperti aspek aqidah supaya dia benar2 yakin dengan Islam. Tapi, seperti sudah menjadi mentaliti kita, masuk Islam, mesti kena berkhatan. Kita mengajukan perkara yang menampakkan bahawa Islam itu PAYAH. Bukan salah Islam, tapi salah ORANG ISLAM.

Sabda Nabi SAW,
"Mudahkan, jangan rumitkan"

(Yusuf Islam... Membawa satu fenomena baru dalam dakwah Islam.. Islam itu MUDAH)

Ya, kita perlu melaksanakan Islam sepenuhnya, namun, ia perlu dilakukan secara berperingkat. Bahkan, jikalau suasana memerlukan, nak tegakkan Islam, tidak perlu ditonjolkan nama Islam itu, seperti berjayanya Erdogan lakukan. Sebab itu akoo memilih JAMUAN KELAS, walaupun secara rasminya, nampak macam lagho bagi sesetengah orang, tapi, peluang dakwah lebih luas di situ! Macam biasa, xsetuju? Bagus... Lagi akoo suka.

Wednesday, April 15, 2009

Ukhuwah itu SAKIT


Apa itu ukhuwah?

Ada yang akan menjawab, "makan suap menyuap". Haha.. Itu jawapan retorik.

Ada yang akan menjawab, "Ukhuwah itu bukan dengan kita selalu berjumpa, tetapi sejauh mana kita ingat sahabat kita dalam doa kita".. Ini jawapan orang tarbawi.

"Hasan Al Banna kata, selemah2 ukhuwah tu, berlapang dada, dan peringkat ukhuwah yang tinggi ialah ithar, bila mana kita melebihkan sahabat kita daripada diri kita sendiri." Hmm.. Ini jawapan orang yang banyak membaca, atau banyak dengar ceramah.

Baiklah, bagi akoo, jawapan sebagai seorang pelajar perubatan, UKHUWAH ITU SAKIT!

Sakit ke berukhuwah ni? Bukan ke ukhuwah tulah menjadi madu kepada perjuangan? Kalaulah sakit kita berukhuwah ni, baik xpayah berukhuwah. Rilex.. jangan cepat mentafsir ayat itu. Tengok dulu penjelasan dia.

Sabda Nabi SAW:
"Perumpamaan orang mukmin dalam berempati(empathy), berkasih sayang dan bersimpati antara mereka adalah seperti satu tubuh yang apabila salah satu anggota tubuh mengeluh sakit, maka seluruh tubuh yang lain saling menolongnya dengan tidak dapat tidur dan demam."
(Hadith Riwayat Muslim)

Benar, memang benar. Apabila kita sakit, seluruh badan akan bekerjasama. "Apa yang penting? Kerjasama.." kata Wonder Pets. Sekiranya tangan kita luka terkena mesin potong rumput, bukan tangan sahaja yang terlibat, saat itu, reseptor2 sakit ditangan kita akan menghantar impuls ke otak, inform bahawa tangan ni sedang sakit. Otak sebagai pemimpin badan akan bagi signal kat organ2 lain, bertindak agar tangan, sahabatnya yang sedang sakit dapat dibantu. Maka si jantung memainkan peranannya, bekerja lebih kuat, si darah mula memanggil kuncu2 untuk membeku pada kawasan luka, si mata mula menangis, tak nak tidur kerana tidak sanggup meninggalkan sahabatnya, tangan sakit keseorangan.


Menarik. Sangat menarik. Jika manusia sedar bahawa tubuh mereka sendiri, tidak pernah mementingkan diri sendiri, sifat itu pasti dihindarkan. Itu baru sebut pasal luka, belum lagi disebut soal jangkitan(infection), radang(inflammation) dan sebagainya, memang cukup jelas semua entiti dalam badan memainkan peranan. Kalau nak diikutkan, jantung boleh saja "buat dek...." dan biarkan tangan tu sakit keseorangan, otak xpayah bagi signal kat organ lain tangan tengah sakit, biar jela dia nak sakit, banyak lagi KERJA LAIN organ lain nak buat. Tapi tidak, mereka tidak pernah berfikir demikian, kerana bagi mereka, SEMUA PENTING. Kalau satu dalam kesusahan, kena tolong walaupun aku banyak kerja lain.

Jadi, itulah ukhuwah bagiku. Dan, itulah yang diajar oleh Nabi SAW, walaupun diucap 1400 tahun dulu, tapi, sekarang, Sains telah membuktikan kesahihannya. Fahamnya apa? Ukhuwah itu sakit. Jika tidak sakit, itu bukan ukhuwah namanya, itu "kuah"(lengkuas dalam loghat kelantan). Tak setuju? Lagi akoo suka... Anda bakal mencabar minda.... Hehehe...

Tuesday, April 14, 2009

Si kecil itu bakal menjadi seorang yang hebat!!


"Bang, kalo buleh nanti saya nak masuk USIM, sebab saya dengar, sana bagus. Walaupun belajar sains, tapi Islam ni tetap jaga. Kalo boleh, nanti saya nak jadi orang yang bersyarah macam yang abang cerita tadi, camne hujan dalam persepsi aqidah.. Kiranya saya orang yang akan mengaitkan sains dan Islam" terang Afnan bersemangat.

"Bang, saya pulak, kalo boleh, nanti nak jadi engineer. Engineer Islam! Tapi, saya ada matlamat nak ubah sistem pendidikan kat Malaysia ni. Belajar Sains, sains je, tak ada masuk unsur Islam langsung." terang Syazwan pula dengan gaya pemimpinnya.

"Saya minat kira2 la bang. Saya jadi akauntan kot nanti. Dan saya akan tegakkan ekonomi cara Islam." terang Afiq,(akoo lupa nama, tapi rasanya Afiq la kot.. hehe) agak keletihan kerana penat berkawad petang sebelumnya.

Kagum! Sangat kagum bila mana akoo berjumpa dengan adik2 yang baru sahaja form 3 ini semasa menjadi fasi di Maahad Hamidiah Kajang. Sangat suasananya dengan akoo, yang mana dulunya berada di sekolah, dalam bahasa kasarnya, "sekolah sekular". Dan, akoo kagum dengan mereka kerana membayangkan keadaan diri semasa Form 3. Adakah akoo berfikiran begini? Rasanya pada masa itu, diri masih lagi "jambu"(hehe..), tidak pernah memikirkan cita2 sebesar ini, akoo kenal Islam, tapi yang kukenal Islam itu adalah solat, baca quran, ceramah, usrah dan surau. Itulah Islam yang kukenal dahulu. Orang yang Islamik adalah mereka yang baik, skema dan selalu turun surau.

Bila mana akoo mendengar fikiran adik2 ini, akoo membayangkan mereka bakal menjadi seorang yang hebat jika dididik dengan sebaiknya.

Afnan..... akoo membayangkan lahirnya manusia seperti Harun Yahya, Zaghlul An Najjar dan Zakir Naik, bahkan mungkin lebih hebat dari mereka. Malaysia masih tiada jasad seperti mereka. Pemikiran sangat kritikal!



"Wan, abang nampak wan boleh jadi pemimpin!", kataku kepada Syazwan di akhir pertemuan kami. Syazwan hanya membalas dengan senyuman.

"Bagus Afiq, tegakkan ekonomi Islam. Sekarang ni, riba' banyak sangat. Mungkin Afiq boleh contohi Kelantan, sekarang ni, diorang dah cuba kenalkan sistem dinar emas. Dan, sebenarnya kalo adik2 nak tahu, duit yang kita pakai ni, RIBA'. Jadi, abang support afiq kalo nak jadi pakar ekonomi sebab ada orang yang nak tegakkan ekonomi Islam." pesanku buat Afiq, dan nampaknya dia sangat berminat walaupun keletihan. Inilah Husam Musa 2nd Generation. Hehehe..


Ya.. akoo nantikan saat munculnya golongan ini. Ya Allah, Kau bimbinglah mereka!!

Namun, akoo turut berpesan kepada mereka, "Tadi abang nampak ramai yang escape program ni. Pegi balik bilik ek. Ha... Sebenarnya, kalo buleh, kita jangan dengan kelompok kita je, ramai lagi kawan2 kita yang xfaham macam mana kita faham. Jadi, patutnya, golongan ni yang patut kita rapat. Abang kalo buleh, nak gi jumpa, sembang ngan diorang, baru menarik!!."

Semua ternganga...

"Kadang2, orang yang nak bawak Islam ni, rasa diri mereka MALAIKAT dan orang lain yang xbersama mereka, KOTOR, JIJIK dan NERAKA. Tu xbetol. Siapa tahu, lepas ni, kita jadi cam diorang sekarang, diorang lagi hebat berdakwah dari kita pada masa akan datang. Ni adik2 baru duduk kat MAAHAD, belum tengok dunia lagi. Berapa ramai orang yang pegi disco? Berapa ramai yang slumber rock je minum arak? Itu cabaran kita yang sebenar. Dan, golongan inilah yang bakal menentang Islam, jika Islam memerintah."

Ada yang mula mengerutkan dahi. Namun, akoo tinggalkan mereka dengan keadaan begitu. Semoga pemikiran mereka bercambah. Nantikan kemunculan mereka!!!

Monday, April 13, 2009

Alangkah baiknya....


"Hakem, ko ada bagi ceramah ek kat surau semalam?" tanya seorang budak Kristian yang merupakan labmate akoo sewaktu kami sedang menjalani praktikal Pathology.

"Eh, mana tahu? Mana ada ceramah. Tazkirah, peringatan biasa je." balas akoo, pelik tiba2 diutarakan soalan camtu kerana rakanku ini sangat kuat pegangan Kristiannya.

"Xde, dengar suara ko semalam kat luar semalam. O00.. Selalu bagi ek? Tiap2 minggu ke? Bagus rrr..." balas rakanku ini.

"Kalo akoo jadi imam, akoo bagi rrr. Biasa2 je. Eh, haritu pegi Australia tu, kira buat apa ek? Kira conference budak2 Kristian satu dunia rr?", akoo cuba menarik minatnya.

"Ha.. Lebih kurang camtu rr. Untuk youth la. Kita ada buat game, persembahan apa semua, tapi semua aktiviti kira ada kaitan ngan agama camtu la.." balasnya cuba explain kepadaku.

"Hmm.. Bagus ek. Perasan x, sebenarnya, orang yang betul2 pegang agama ni, semuanya ok, dan yang banyak buat hal, orang xpegang agama. Betul x?" akoo cuba bertanya soalan yang kelihatan agak liberal.

"Ha.. Betul lah. Akoo pon nampak camtu." Balasnya. Tetiba ada seorang chinese kacau line, bertanya soalan kepadanya dan perbualan kami berhenti di situ. "Kacau rr beb.." jerit akoo....... dalam hati.. haha..

Seperti yang telah akoo telah dalam tulisan sebelum ni, Kristian sangat kuat di fakultiku. Dan, xboleh dinafikan, dalam keadaan pelajarnya racist, merekalah "hero" dalam menangani masalah ini. Namun, sekali lagi akoo ingin tekankan, akoo sangat KAGUM dengan mereka. Mungkin apabila membaca artikel ini, ramai yang akan kata akoo ini sedikit liberal, dan itulah yang kunantikan! Kritikan yang mampu membuka minda!

Bagi akoo, golongan ini hebat. Pernah kita dengar, apabila ada program2 mereka, ada yang akan menyumbang harta mereka. Bukan sedikit beb.. Kadang2 beribu dan mungkin ada yang mencapai puluh ribu. Cuba kita bandingkan dengan ummat Islam di negara kita, kita dididik bahawa sedeqah itu akan dibayar 700 kali ganda di akhirat kelak, namun, berapa kerat yang sanggup menderma untuk program berunsur Islam? Tabung masjid? 10 ringgit pon sudah dikira besar.... Kroniknya kita!!!

Kemudian, mereka sudah mampu mengatasi sempadan kaum. Mereka mampu bersatu atas dasar Kristian. Ya, inilah yang akoo katakan hero. Saat orang sedang mencari "formula perpaduan", mereka tunjukkan inilah formulanya. Namun, reflect kembali kita. Malaysia sudah cukup untuk diberi gambaran. Islam hanya untuk Melayu. Bukan Melayu seperti dilarang mengetahui soal Islam. Apabila Cina cuba mengenal Al Quran, kita halang, takut2 dia menghina kita. Siapa punya ajaran Islam ini hanya untuk Melayu? Itu bukan Islam yang dibawa oleh Nabi SAW. Tapi itu Islam yang telah dikotori oleh Nasionalis. Kita lihat Kristian, bukan sahaja mampu merentasi sempadan kaum, mereka mampu mengumpulkan pemuda mereka, SATU DUNIA, berkumpul di satu tempat. Kita? Usah bicara soal satu dunia, masih lagi dengan sentimen Jemaah masing2, akoo budak usrah, xmasuk dengan budak tabligh, akoo budak JIM, xmasuk ngan budak Hisbut Tahrir. Malaysia Malaysia la.. Wat apa nak kisah hal Palestin. Kroniknya kita!!!

Dalam soal orang yang masuk Kristian, mereka memang dijaga kebajikannya. Tempat tinggal diberi. Dijaga betul2 sebelum diberi doktrin2 yang seterusnya. Kita pula bagaimana? Jika kita serius dalam soal ini, kenapa masih lagi kedengaran isu muallaf yang tidak dijaga kebajikan? Sehingga ada yang boleh mengeluarkan kata2 bahawa kita HIPOKRIT. Kroniknya kita!!

Mereka berani mengajak kita ke church. Dan mereka mampu menjadikan itu perkara yang biasa. Namun, kita masih lagi diselubungi rasa takut, "ni isu agama, isu sensitif, nanti akoo kena ISA." "Kalau akoo cakap pasal Islam ngan dia, nanti dia lari xnak kawan ngan akoo plak", itulah doktrin yang ditanam dalam kepala kita. Kroniknya kita!!

Astaghfirullah....


Mungkin tulisan ini agak keras dan akoo sendiri pon, buat apa untuk Islam? Dan, kerasnya tulisan ini bukan ingin mengkritik Islam, Islam itu syumul, manual yang terbaik Allah Taala turunkan untuk kita, hambaNya. Tapi, akoo ingin mengkritik "ummat Islam", yang mana telah men"TEMPURUNG"kan Islam. Al Quran tidak dijadikan pembuka jalan, tetapi dijadikan penutup jalan.

Bagiku, kawan2ku yang beragama Kristian ini sangat baik, sesetengah peribadi yang patut ada pada seorang muslim ada pada mereka. Namun, sayang, peribadi diguna pakai oleh Kristian. Akoo mengkhayalkan, alangkah baiknya mereka ini menjadi penggerak dan pejuang agama Allah ini.

Alangkah baiknya.....