Recent Posts

Saturday, February 13, 2010

Halal diBENCI


Banyak sungguh entri berkaitan "benci" akhir2 ini. Kenapa? Adakah akoo membenci sesiapa? Hehe.. Tidak. Akoo bukan membenci siapa, tetapi apa yang dilakukan, yang Allah Taala juga benci.

Cuma, kali ini akoo ingin membawa konteks benci Allah Taala dalam bidang perubatan. Tentu semua sudah dapat mengagak apabila membaca tajuk artikel kali ini, "Halal diBENCI". Ya, soal "penceraian".

Mereka yang tidak berfikir dengan panjang, akan mengatakan bahawa Islam itu zalim kerana punya konsep "cerai". Barat juga pernah menolak konsep cerai. Kerana, mereka melihat cerai dari aspek yang negatif. Namun, akhirnya, mereka perlu akur. Apa yang Allah Taala tetapkan, sudah tentu punya sebab dan baiknya untuk kita, "ciptaan"Nya. Dulu mereka menolak, sekarang, mereka terpaksa menerima konsep tersebut.

“Jika mereka berazam(tekad) untuk talak, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al Baqarah:227)

Konsep yang perlu difahami dalam penceraian ialah cerai adalah jalan terakhir bagi penyelesaian masalah yang berlaku. Bukan sewenang2nya hendak melaksanakan cerai. Fahamnya, kita perlu usaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang berlaku sebaik mungkin, dan andai kata tiada penyelesaian lain, maka di situlah cerai harus diputuskan. Ingat, cerai adalah JALAN TERAKHIR!

Namun, pernahkah kita terfikir, betapa cantiknya Islam, manual hidup yang Allah Taala peruntukkan untuk kita, hatta perkara yang dibenci oleh Allah Taala sekalipun punya kebaikan. Tak percaya?

Dalam perspektif perubatan, dalam hidup ini, sudah tentu ada yang mempunyai masalah "lemah". Itu kiasannya, atau lebih dikenali sebagai mandul. Dalam konteks ini, penceraian adalah solusinya jika ia melibatkan si suami yang mendapat musibah itu. Jika tiada konsep cerai, maka sudah tentulah ada unsur zalim terhadap si isteri kerana semua mahu mempunyai zuriat. Subhanallah...

Selain itu, terdapat penyakit yang berbahaya yang bisa membawa bencana jika perkahwinan diteruskan. Sebagai contoh, penyakit yang berkaitan dengan gen2 kita seperti thalassemia. Andai kata kita dan pasangan kita adalah pembawa bagi gen thalassemia, maka ia bakal mengundang musibah kepada anak yang bakal dilahirkan nanti, kerana 25% risiko untuk mendapat penyakit yang bisa mendapatkan rawatan sepanjang hidup. Contoh lain ialah penyakit HIV, seperti dalam cerita popular bagi penggemar filem Islamik, Ketika Cinta Bertasbih. Jika pasangan kita punya penyakit HIV, masakan kita mahu diri sendiri dijangkiti dan zuriat kita turut mendapat musibah yang sama?

Tidak lupa juga, dalam hidup ini, ada yang mempunyai masalah psikiatrik. Mungkin di hadapan kita, dia nampak normal. Namun, sebenarnya, ada sedikit "litar pintas" dalam otaknya. Ada golongan yang memerlukan kekerasan untuk memuaskan nafsu mereka. Sebab itulah terjadinya kes dera dan sebagainya. Mereka rasa "puas" bila melihat pasangan mereka terseksa. Kemudian, ada juga yang dirinya sendiri perlu merasa sakit untuk memuaskan nafsu. Apatah lagi, jika ada golongan yang rupa2nya mempunyai perasaan terhadap sejenis mereka(homosexual). Sudah tentu, jika ditanya, adakah anda ingin berpasangan dengan orang begini, jawapannya adalah tidak. Dan dalam hati akan terdetik, "nauzubillahi minzalik"...

Di situ, dapat kita lihat bahawa Islam itu sangat cantik. Di situ, kita dapat lihat bahawa Allah Taala Maha Bijak. Tidak ada yang Dia perintahkan, buruk untuk kita. Jika ada buruk pun, baiknya melebihi keburukannya. Subhanallah...

Namun, harus diingat, cerai adalah JALAN TERAKHIR. Andai ada penyelesaian lain, itu perlu didahulukan. Kerana, ia adalah perkara yang Allah Taala benarkan, tetapi pada masa yang sama, dibenci. Fikir2kan....

Tuesday, February 9, 2010

teruskan memBENCI!




"Hate the crime, not the criminal" itulah nasihat Kamen Rider W kepada Kamen Rider Accel.

Benar! Bahkan, itulah yang diajar oleh Islam. Bukan pendosa yang kita benci, tetapi dosa yang dibuat. Islam itu adalah rahmatan lil 'alamin. Fahamnya, "cara hidup" versi Allah Taala ini, bukan sahaja untuk ummat Islam, bahkan mereka yang bukan Islam, hatta makhluk2 lain selain manusia turut mendapat faedah daripada Islam.

Justeru, Islam mengajar kita untuk memBENCI dosa(maksiat) yang dilakukan, bukan pelaku dosa. Kerana apa? Kerana dosa adalah perkara yang Allah Taala benci, jika Allah benci, kita juga patut benci. Kerana dosa merosakkan kestabilan alam yang indah dengan Islam.

Mungkin kita pernah dengar tentang kisah sahabat yang sedang merejam seorang wanita yang ingin bertaubat kerana melakukan zina. Semasa merejam, darah daripada wanita terbabit terpercik ke muka sahabat tersebut mengakibatkan sahabat tersebut naik berang nak mengeluarkan kata2 kesat kepada wanita terbabit. Lantas, Nabi SAW menegur beliau atas tindakan beliau tersebut. Kerana apa? Kerana yang kita benci adalah dosa yang dilakukan, bukan pendosa yang melakukan. Pendosa terbabit dengan rela hati telah menyerah diri kepada Nabi SAW untuk bertaubat. Jika taubatnya diterima oleh Allah Taala, dan dia mati dalam keadaan yang diredhai Allah, maka tahapnya adalah jauh lebih baik daripada kita yang masih belum jelas bagaimana nasib kita nanti.

Mungkin, kita beriman sekarang. Siapa tahu, hasutan Sang Penghasut sungguh hebat dan licik. Kemungkinan, kita bakal tewas dengan hasutan mereka. Nauzubillahi minzalik....

Benci, biar kena pada tempatnya. Bukan pada siapa yang melakukan, tetapi pada apa yang dilakukan. Namun, mungkin itu perkara yang paling ideal mampu kita lakukan. Sebagai manusia, sudah tentu susah untuk lari daripada benci kepada siapa yang melakukan. Akoo akui, kerana akoo juga manusia yang hampeh lagi hina. Namun, apabila membenci, JANGAN TERLALU BENCI, kerana berapa ramai orang yang kita benci suatu ketika dahulu, sekarang menjadi orang yang paling kita sayang? JANGAN TERLALU CINTA, kerana berapa ramai orang yang kita cinta dahulu, kini, menjadi orang yang paling kita benci?

Pelik kan? Memang pelik. Kerana itulah keunikan manusia, sebaik2 kejadian ciptaan Allah Taala. Sekadar renungan untuk difikirkan bersama.

Teruskan memBENCI. Bukan siapa yang melakukan, tetapi apa yang dilakukan.... yang Allah juga BENCI!!

Sambungan artikel BENCI tanda SAYANG

Monday, February 8, 2010

Liwat: Serangan dijadikan Peluang


Kecoh 1 Malaysia tatkala tiba2 media perdana menjadi bahan yang tidak sesuai dibaca oleh "budak bawah umur". Dalam dunia tanpa sempadan ini, sudah tentu pelbagai respon dapat diperoleh. Masing2 dengan cara masing2 memandang sesuatu perkara.

Dalam isu ini, akoo mengambil jalan untuk tidak mudah melatah seperti yang dinukilkan oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dalam blognya. Lebih baik mengikuti dan melihat apa yang bakal dibuktikan selepas ini. Tambahan pula, akoo cukup menyampah dengan orang yang mengawal media, yang hanya pandai memutarbelitkan isu. Perbuatan ini sungguh KEJI!!

Namun, akoo melihat, ada satu peluang yang agak terlepas pandang oleh kita ummat Islam. Peluang untuk menyampaikan Islam. Ya, sekarang ini, satu Malaysia sedang menyaksikan isu ini, sedang menantikan apa keputusannya. Maknanya, statement2 tentang isu ini, dengan mengambil pandang sisi daripada Islam, akan dinilai dengan teliti oleh masyarakat. Jika kena cara dan strategi, penerimaan masyarakat terhadap Islam akan meningkat, InsyaAllah...

Dalam isu ini, 2 perkara yang perlu diberi kesedaran. Satu, soal buruknya liwat itu sendiri. Kedua, soal Islam juga melarang tuduhan tanpa bukti yang kukuh.

Dalam soal yang pertama, jika diambil dari aspek kesihatan, liwat(homosexual) adalah antara sebab utama penularan satu penyakit yang amat menggerunkan saat milenium ini, AIDS. Bahkan, kemungkinan mereka yang punya "selera" sesama sejenis ini, mempunyai masalah psikologi. Fahamnya apa? Fahamnya, andai ada golongan yang mempertahankan golongan homosexual seperti yang berlaku di Barat, mereka harus belajar kesihatan.

Dari segi logiknya, baiklah... Andai liwat dibenarkan, sudah tentu dunia akan menjadi tidak stabil. Kerana apa? Kerana, manusia memerlukan zuriat untuk meneruskan generasi. Andai kata dunia menerima golongan homosexual sekali pun, satu hari nanti, golongan ini akan ditolak kembali kerana pada saat itu, manusia akan sedar akan ketidakrelevanan perbuatan tersebut.

Bagi soal yang kedua pula, ada golongan yang cuba menjatuhkan imej seseorang dengan menuduh individu terbabit melakukan perkara yang tidak senonoh. Perkara ini dilarang dalam Islam. Bahkan, dalam hukum hudud, hukuman bagi orang yang menuduh zina adalah sama dengan hukuman orang yang berzina. Ditambah pula, apabila ada saksi di antara empat saksi yang goyah hujahnya, kesemua saksi dihukum dan tidak boleh menjadi saksi untuk selama2nya.

Subhanallah... Cantik sungguh kan hukum Allah Taala? Sebab itu, akoo melihat, kecantikan hukum Allah Taala ini perlu dijelaskan kepada mereka yang masih belum nampak kecantikan ini. Bahkan, bagi akoo, isu ini mampu dijadikan satu stimulator untuk masyarakat bukan Islam menerima hudud di Malaysia. Justeru, wacana2 perlu diperlebatkan tentang isu ini. Mudah2an Allah Taala berikan kefahaman kepada mereka.

Sekadar pandangan.

Sunday, February 7, 2010

Suka Krisis


"Pantang saya dalam hidup ni ialah KRISIS" sebut seorang mahasiswi sewaktu sesi taaruf.

Akoo hanya mampu tersenyum. Melihat uniknya ciptaan Sang Pencipta. Lain orang, lain pemikiran. Sudah tentu ada beza. Namun, itulah yang menjadikan ciptaanNya itu tersangat unik sehingga mampu mengucapkan "Subhanallah.." Dalam soal ini, akoo berbeza dengan watak terbabit, kerana "akoo sukakan krisis".

Mungkin ada yang akan mengatakan diri ini pelik, kerana suka akan krisis. Namun, percayalah... Bagi akoo, krisis mematangkan akoo, kerana apabila krisis melanda, otak akan ligat beroperasi, memikirkan cara untuk menghadapi dan menyelesaikan krisis terbabit. Saat krisis melanda, pengharapan kepada Yang Menurunkan Krisis adalah pada tahap optimum. Sebab itu, akoo cukup suka akan saat itu, bukan ingin meminta, tetapi akoo seronok kerana banyak belajar daripadanya.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan apa yang mampu ditampungnya"

Kadangkala, mungkin akibat terlalu mengikut emosi, krisis bisa menimbulkan kekecohan dalam hidup. Sampai satu ketika, terasa seperti kita adalah orang yang paling malang dalam dunia ini. Sampai ada yang mula hilang yakin kepada diri sendiri. "BODOH!!" Perkataan ini pernah diajukan kepada diri sendiri saat krisis melanda. Akhirnya, mula belajar satu perkara yang sangat berharga "Belajar dengan kesilapan". Subhanallah... Dahsyat sungguh Allah Taala. Dengan membuat silap juga, kita mampu belajar.

"Sesungguhnya bersama2 kesusahan itu, ada kesenangan. Bersama kesusahan itu ada kesenangan."

Dalam membina pengaruh juga, krisis sangat berguna. Ilmu ini akoo dapat sewaktu Seminar Pemikiran Nik Aziz. Jika kita perhatikan, tokoh2 hebat, sentiasa mencipta "krisis", dan dengan itu, mereka "xdilupakan". Fahamnya apa? Fahamnya, apabila kita mencipta krisis, semua orang sentiasa menunggu apa statement kita selepas ini. Dan, pada masa inilah, orang akan menilai dengan dalam setiap ulasan kita. Bukankah itu peluang yang sangat baik untuk menyampaikan Islam?

Nik Aziz sebagai contoh. Sentiasa mengeluarkan statement yang agak "kontrovesi". Namun, sedar atau tidak, dengan statement2nya itu, beliau telah berjaya mengaut media yang sebenarnya milik pihak lain, tertumpu kepada beliau. Xpasal2, walaupun kuasa media berada di pihak lawan, gambar dan statement kita, keluar muka depan surat khabar mereka. Bukankah itu publisiti dan orang yang panjang akalnya akan mula mengenal kita, dan akhirnya tahu siapa benar dan siapa salah.

"Seseungguhnya Kami jadikan mati dan hidup itu sebagai ujian bagi menilai siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya"

Justeru, sekiranya krisis melanda kita, HADAPILAH DENGAN SENYUMAN. InsyaAllah, ada sesuatu yang baru akan kita belajar dengan krisis tersebut.

"Kehidupan adalah Universiti"

Saturday, February 6, 2010

Kuasa VS Pengaruh


Antara "mitos" yang ada pada kita adalah, "tanpa kuasa, kita tiada pengaruh". Itulah pengajaran yang akoo dapat daripada buku Magnet Diri karya Amin Idris.

Hmm... Ada benarnya. Sudah tentu ada bezanya orang yang berpengaruh dengan orang yang berkuasa. Orang yang hanya berKUASA, apabila hilang "kuasa"nya ataupun dalam luar bidang "kuasa"nya, sudah tentu tidak ada nilai. Namun, orang yang berpengaruh, walaupun tiada kuasa, masih lagi nampak taringnya.

Pernah berwacana dengan naqib dan seorang senior, tentang masyarakat yang "rasional". Kajian pernah dibuat dan membuktikan bahawa masyarakat pada masa kini memilih untuk "tidak terikat" kepada mana2 pihak hatta puak A atau puak B. Mereka lebih memilih kepada siapakah yang lebih rasional tidak kiralah engkau A, B atau C. Maka, untuk menjadi orang yang berpengaruh dalam masyarakat begini adalah dengan cara kita perlu menjadi "orang yang paling RASIONAL".

Kita boleh renungi sirah kembali, di mana pada zaman Nabi SAW, masyarakatnya terkenal dengan puisi dan syair. Maka, tatkala itu, senjata Nabi SAW lebih kepada bahasa, sesuai dengan masyarakat pada zaman itu. Justeru, andai kita berdepan dengan masyarakat yang mahukan rasional, apa sepatutnya tindakan kita?

Berbalik kepada soal kuasa dan pengaruh, SELALUnya... kuasa meminta orang untuk melakukan apa yang ingin dicapai. Pengaruh pula, orang lain sendiri yang ingin turut bersama mencapai apa yang ingin dicapai. Boleh dikatakan dalam bahasa mudahnya, kuasa ialah "akoo terpaksa buat benda ni sebab bos suruh". Pengaruh ialah "akoo nak ikut la apa yang dia ni buat, nampak cambest je.."

Fuh... amat mengubah pemikiran akoo. Kerana dulu, akoo berpegang kepada pemikiran, TANPA KUASA, kita xmampu berbuat apa2. Terima kasih buat Amin Idris, naqib dan senior. Namun, seperti biasa, teorinya memang mudah dikarang. Praktikalnya, mungkin bukan mudah dan bukan sukar untuk menjadi orang yang berpengaruh. Dalam Malaysia, Anwar Ibrahim dan Nik Abdul Aziz wajar dijadikan contoh sebagai orang yang berpengaruh.

Namun, adakah ini bermakna KUASA tidak perlu? Silap! Kuasa itu perlu. Namun, isu utama ialah tanpa kuasa bukan bermakna kita useless dan tidak berguna. Apa gunanya ada kuasa, namun, hanya sekadar memegang tampuk kekuasaan, tetapi tiada pengikut. Dan, alangkah baiknya jika kita mempunyai kuasa, mampu membuat keputusan untuk kepentingan Islam, dan pada masa yang sama, kita juga mempunyai pengikut yang ramai lagi taat kepada kita. Itulah namanya KUASA PENGARUH(gabungan kedua2nya).

Justeru, ayuh menjadi golongan yang mempunyai Kuasa Pengaruh! Bukan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk meletakkan kalimah Allah Taala di tempat yang sepatutnya di muka bumi ini. Takbir!!!

Tuesday, January 19, 2010

Bahasa


Kes 1

"If f(x)=1/x+3, find the value of object when the image cannot be defined"... lebih kurang begitulah ayat soalan add math adik akoo.

"Gapo maksud dio?" adik akoo bertanya.

"Dio nok tahu, x ni berapo kalu f(x) ni infiniti" akoo cuba menerangkan kepadanya.

Dia hanya mengangguk. Memang akoo rasa ada yang xkena. Adik akoo ni rasanya masih belum faham.

"Pehe ko dok?" Akoo cuba mengorek kebenaran.

"Acu tere sekali lagi" katanya tersenyum. Hahaha... Kantoi xpaham!!

Kes 2

"Abang dah kahwin?" Soalan ini akan diajukan apabila bertanya "social history" kepada pesakit.

"Dah. Anak dah 3." Jawab pesakit tersebut. Selamba.

"Wah.. muda kahwin ya. Sekarang baru 20 lebih, dah ada 3 anak."

"Hehehe.. Xdelah.. ABANG saya yang dah kahwin. Saya belum lagi." Jawab pesakit tersebut. Ceh!! Terkena!!

Bahasa. Satu kalimah yang sebenarnya amat sinonim dengan hidup kita. Dan sebenarnya, baru sekarang, akoo sedar akan hakikat ini. Jika di sekolah dahulu, bahasa dilihat sebagai subjek yang agak membosankan dan seperti "buang masa". Ditambah pula dengan diri yang lebih dominan memakai "otak kiri" berbanding "otak kanan". Akoo lebih suka perkara2 yang sempoi berbanding perkara yang terlalu puitis dan berbunga2 ayatnya. Itu akoo. Lihat bahasa blog, mungkin anda sudah dapat membacanya.

Namun, bila difikir2 kembali, antara faktor orang menerima Islam sewaktu zaman Nabi SAW adalah faktor bahasa. Saat itu, memang terkenal dengan syair2 yang hebat, namun, dengan turunnya Al Quran yang menggunakan bahasa dan sastera Allah Taala, sudah tentu segala puisi dan syair mereka jauh ketinggalan ke belakang. Itulah hebatnya faktor bahasa.

Kemudian, akoo merenung lagi sambil berwacana bersama naqib. Rupa2nya, sebelum lahirnya tokoh2 ilmuan hebat seperti Ibnu Sina dan sebagainya, 100 tahun sebelum itu diwujudkan satu institusi penterjemahan. 100 tahun sebelum itu. Baitul Hikmah namanya. Fahamnya apa? Fahamnya, jika ilmu itu masih lagi dalam "bahasa" yang xdapat difahami oleh sesuatu kaum, maka ketamadunan sudah tentu xmampu dicapai.

Mungkin sebab itulah, Nabi SAW meminta kita agar menguasai sebanyak mana bahasa yang kita mampu. Bukan sahaja untuk tujuan ilmu, bahkan bagi tujuan dakwah. Sudah tentu kita famous dengan cerita kalau pergi kedai orang cina dan bercakap bahasa cina, sudah tentu dapat harga murah. Atas dasar apa? Atas dasar, di situ terdapat "titik persamaan" iaitu kita menggunakan bahasa yang sama.

Namun, berkali2 juga akoo berfikir untuk menulis post kali ini. Kerana, akoo bukanlah pakar bahasa. Hanya mengerti menggunakan "Bahasa Anak Muda". Walaupun mungkin ada yang xbersetuju dengan penggunaan "bahasa baru" ni, kerana bagi mereka bahasa ini adalah bahasa perosak. Tidak ada nilai. Namun, bagi akoo, bahasa ini perlu difahami kerana kita sedang berdepan dengan fenomena bahasa tersebut.

Mungkin bagi mereka, sebenarnya bahasa yang dipakai adalah lembut, tetapi bagi kita, ia adalah keras. Bagi mereka, itu adalah ajakan, tetapi kita lihat seperti suruhan. Namun, itulah yang perlu difahami dengan Bahasa Anak Muda.

Akhir kata, dalam kes yang pertama, sebenarnya akoo mempamerkan rasa kecewa dengan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada adik akoo dan mereka yang senasib dengannya. Mungkin mereka yang duduk di bandar2 tidak merasakan impak "bahasa" ini. Namun, bagi akoo, kita telah rugi banyak GENERASI atas satu tindakan yang akoo kira sangat xrelevan. Sedih sekali.......

Lemah TanpaMu


"Masuk hospital ni sebab apa ya?" akoo memulakan bicara dengan soalan "standard" kepada si ibu yang sedang menjaga anaknya. Maklumlah... Sedang posting paediatrics iaitu kesihatan berkaitan kanak2, kebanyakan maklumat perlu diperoleh oleh penjaga kanak2 terbabit. Siapa lagi kalau bukan kedua ibu bapa.

"Hari tu kitorang pergi bersihkan rumah nenek dia. Pastu, dia cakap dahaga sambil pegang satu botol berisi air. Pastu, saya bagi la dia minum. Tiba2 akak dia cakap, "ibu adik minum air yang kat bawah tangga tadi!!". Saya mula gelabah. Nak tahu kenapa?"

Akoo hanya mengangguk. "Air tu thinner sebenarnya. Tapi, dah masuk dalam perut anak saya. Saat tu, Allah saja tahu perasaan saya, terus kitorang bawa dia datang hospital. Selamat cepat.. Tapi, doktor cakap, ada kesan sikit dekat hati dia."

Itu kes yang pertama.

Kes yang kedua pula...

"Masa tu kami tengah tidur. Letak la dia kat sebelah. Pastu, saya bangun la sekejap nak pergi ke dapur...." Jelas seorang ibu kepada anak yang baru sahaja 1 bulan lebih.

"Pastu, balik2 bilik, saya nampak suami saya dah tindih anak saya. Dekat 10 20 minit juga kalau xsilap. Saya terus menjerit. Dan masa tu dia dah xrespon apa2. Suami saya buat CPR, pastu dia ada keluar darah ikut hidung. Kitorang terus bawa dia ke hospital. Masuk ICU. Doktor cakap, peluang untuk selamat 50/50. Alhamdulillah.. Dapat diselamatkan, tapi sekarang ni tengah monitor dia punya pernafasan."

Ya... Inilah kehidupan. Menghadapi perkara2 seperti ini, baru akoo mengerti bukan mudah untuk membesar Abdul Hakem Bin Zahari sehingga boleh menjadi seperti akoo yang sedang menulis sekarang ini. Terima kasih Ummi. Terima kasih Abah.

Bukan itu sahaja, alhamdulillah, akoo diberi kesempatan untuk melihat kuasaNya. Baru akoo sedar, bahawa Dia sentiasa menJAGA kita. Masuk dalam bidang perubatan, sudah tentu dapat mengetahui bahawa betapa mudahnya kita mendapat penyakit, namun, tanpa izinNya, sudah tentu tidak akan berlaku.

Benar! Andai kata Allah Taala melupakan kita hatta dalam masa yang kurang daripada satu saat sekali pun, entah bagaimanalah nasib kita. Jika manusia sedar akan hakikat ini, masakan dia sanggup melawan si Dia yang sentiasa menjaganya. Jika manusia sedar akan hakikat ini, sudah tentu dia akan sedar apa sebenarnya statusnya, seorang HAMBA yang tidak punya upaya. Seorang HAMBA, yang sentiasa mengharapkan pertolongan dan bantuan daripada TUANnya.

Justeru, berSYUKURlah. Cintailah Dia. Kerana, Dia sangat menyayangi kita. Kerana, tanpa Dia, kita tidak bermakna.

"Jika kamu bersyukur, maka kami akan lipat gandakan nikmat kepadamu, tetapi jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat pedih."

Alhamdulillah.....