Recent Posts

Friday, March 19, 2010

Memimpinlah


"Sebab nama awak dok atas sekali, saya lantik awak jadi ketua." seorang pensyarah memberikan arahan kepada akoo.

"Alah.. Xsyok rr cam tu Dr. Kita wat undian rrr.." akoo cuba mencari alasan untuk menolak jawatan terbabit.

"Xde2. Jangan salahkan saya. Salahkan parents awak. Sape suruh dia bubuh nama awak A kat depan. Lain kali, jangan bubuh nama anak mula ngan huruf A. Hehehe" Balas pensyarah terbabit, dengan nada bersahaja.

Sejak kecil lagi, akoo xsuka jadi pemimpin. Bab bagi idea, boleh, tetapi, bab nak pimpin orang, boleh dikatakan agak xbest, kerana sering merasakan lebih baik jawatan terbabit diberikan kepada orang lain. Namun, apabila ditaklifkan apa2 jawatan, akoo akan cuba menjalankannya sedaya mungkin. Itu akoo punya cara, dan dah terbawa2 sampai sekarang.

Ditakdirkan Allah Taala, walaupun cuba "lari" daripada kepimpinan, akoo tetap diberi tanggungjawab. Sekali lagi, sejak sekolah lagi. Bermula dengan sekolah rendah, apabila ditaklifkan sebagai pengawas walaupun selalu datang lambat ke sekolah. Kemudian, tercalon menjadi ketua pengawas, namun tewas gara2 xcukup tinggi(hehehe... lawak kes ni!!). Sekolah menengah juga begitu kesnya, tiba2 sang junior mencalonkan akoo sebagai "Presiden Silat". Walaupun sudah sepakat kami satu batch dan seperti sudah tahu siapa yang patut menjadi presiden, tetapi, rancangan Allah Taala mengatasi segala. Entah mengapa, si "badan kecil" lagi "xmatang" ini dilantik sebagai ketua. Why? Why? Astaghfirullah....

"Katakanlah(wahai Muhammad), "Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Kau berikan kekuasaan kepada sesiapa yang Kau kehendaki, dan Kau cabut kekuasaan daripada sesiapa yang Kau kehendaki. Kau muliakan sesiapa yang Kau kehendaki dan Kau hina sesiapa yang Kau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, ENGKAU MAHA KUASA atas segala sesuatu" (Ali Imran: 26)

Setelah mengenal usrah, akoo mula menilai erti sebuah kepimpinan. Sekarang, akoo sedang cuba menghabiskan buku 360 Degree Leader, dan ternyata, kepimpinan sangat berkait rapat dengan Islam, bahkan, akoo mendapat kesimpulan, untuk menjadi seorang Mukmin yang baik, seseorang mestilah belajar cara menjadi seorang pemimpin yang baik.

"Setiap dari kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang apa yang dipertanggungjawabkan ke atas kamu."

Benar! Untuk menjadi seorang Mukmin yang baik, kita mestilah menjadi seorang pemimpin yang baik. Apa maksud pemimpin? Adakah mesti memegang jawatan tertinggi dalam satu2 organisasi baru digelar pemimpin? Adakah pemimpin bermaksud kitalah yang paling berkuasa dan tidak ada yang lebih berkuasa daripada kita? Tidak! Bahkan, kita xakan mencapai tahap paling berkuasa kerana Dialah Yang Maha Kuasa. Walau berkuasa mana pun kita, masih tetap ada Dia yang jauh lebih berkuasa daripada kita. Justeru, menjadi pemimpin di sini bermaksud mempunyai ciri2 sebagai seorang pemimpin walaupun taraf apa sekalipun kita dalam masyarakat atau organisasi.

Apakah ciri seorang pemimpin? Xperlu akoo ulas panjang lebar, kerana buku2 tentang kepimpinan berlambak di kedai2, dan lain pengarang, kadangkala lain "ciri"nya. Namun, cukuplah akoo yang bukanlah seorang pemimpin yang baik, malah boleh dikatakan agak hampeh, mengutarakan 4 ciri kepimpinan yang perlu diteladani. Xlain xbukan, 4 sifat Nabi: Siddiq(Benar), Amanah, Tabligh(Menyampaikan), Fatanah(Bijak). 4 ciri yang kita pelajari ini, bukan bermakna ia hanya ada pada nabi, tetapi untuk kita contohi supaya menjadi seperti mereka.

Sidiq. Amanah. Tabligh. Fatanah. Empat kalimah keramat yang harus diperdalam.

Akhir kata dari akoo, untuk menjadi seorang mukmin yang baik, BELAJARlah menjadi seorang pemimpin yang baik. Xperlu tunggu ilmu cukup, baru nak mula memimpin. Kerana, tatkala anda membaca artikel ini pun, sebenarnya, anda sudah lama menjadi seorang pemimpin. Tidak kisahlah anda lelaki atau perempuan, bos atau kuli, kecil atau besar. Anda sudah lama memimpin daripada memimpin organisasi besar, kepada memimpin isteri untuk melintas jalan(bila la agaknya nak sampai masa ni.. mesti best!! hehehe), kepada memimpin diri sendiri untuk mecapai matlamat hidup. Jadi, selamat memimpin!!

Tuesday, March 16, 2010

"Magical" Thinking


"Siapa boleh jamin kepada saya bahawa Mother Teresa itu masuk neraka?" soal si panelis dalam Interfaith Dialouge di UIA Gombak bertajuk "Do all paths lead to paradise?" bulan lepas. Semua penonton terdiam. Akoo melihat, seorang Arab di depan akoo mengangkat tangan. Itu pun, seperti serba salah. Memang terbukti, orang Arab ini terkenal dengan sikap "keras"nya.

Persoalan ini mungkin banyak ditanya oleh mereka yang "mencari kebenaran". Ada agama yang mendakwa bahawa hanya dengan memasuki agama mereka sahaja akan menuju ke syurga. Jikalau begitu, bagaimana pula dengan tokoh yang mengorabankan seluruh jiwa dan raga mereka untuk rakyat? Adakah mereka akan dihumban dalam neraka?

Ini kali pertama akoo menghadiri perbandingan agama. Benarlah kata "orang"(xtahu siapa yang berkata), praktikaliti itu tidak sama dengan teori. Menghadapi sesuatu perkara dengan hanya membincangkannya dari jauh, sudah tentu punya beza. Alhamdulillah, akoo diAJAR sesuatu dengan menghadiri dialog terbabit.

Selalunya, apabila kita membuat sesuatu kerja, kita mahu lihat hasilnya seCEPAT mungkin, jika boleh, di depan mata kita. Boleh dikatakan kita ingin membuat sesuatu seperti "magik", baca mantera, dan terus jadi. Itulah selalunya sifat kita.

Seorang petani, menginginkan pagi ni tanam sayur, petang nanti dah boleh dituai.

Seorang pelajar yang malas seperti akoo, ingin membaca 2 3 jam sahaja buku untuk mencapai taraf bijak seperti orang lain.

Malah, seorang pendidik dan pendakwah juga tidak lepas dari sifat ini. Ada yang mahukan golongan yang dididik itu terus berubah apabila ditegur, lantas tegurannya terus hentam "direct" atau lebih dikenali sebagai "sound tepat" atau "kena atas muka".

Namun, jika difikir secara logik, berjayakah golongan ini mencapai apa yang mereka cuba tuju dengan bersifat demikian? Mungkin ada yang berjaya, namun, bilangannya cukup minima dan boleh dikatakan agak mustahil. Namun, yang mustahil inilah yang menjadi igauan dan turutan bagi mereka yang mahukan perkara dengan mudah.

"Kebaikan yang tidak strategik akan dikalahkan oleh kejahatan yang strategik"

"Sesungguhnya Allah Taala sukakan hambaNya yang berperang di atas jalanNya DALAM SAFF ibarat sebuah binaan yang tersusun rapi"


Semasa forum terbabit, pihak penonton nampaknya agak emosional dalam mengajukan soalan kepada ahli panel. Kerana, bagi mereka, mereka mahu ahli panel, menerima Islam di atas stage itu, pada malam itu, bahkan di hadapan mereka. Maka, banyak soalan2 yang dilontarkan berunsur provokatif dan agak menimbulkan ketegangan bagi sebuah "interfaith dialogue" yang lebih bertujuan untuk mencari persefahaman.

Namun, alhamdulillah. Ahli panel yang mewakili Islam, amat tenang dalam menjawab soalan. Bagi akoo, tokoh ini perlu dicontohi. Tidak lain tidak bukan, brother Shah Kirit. Beliau kelihatan tidak terlalu memaksa ahli panel daripada agama lain untuk menerima pendapatnya. Kerana interfaith "dialogue" adalah medan untuk kita mengenal agama lain. Jika orang tidak kenal Islam, kita ceritakan kepada mereka dengan cara yang paling cantik tentang Islam.

Justeru, adanya non muslim mengucap 2 kalimah syahadah semasa program bukanlah kayu ukur berjayanya satu2 dialog, tetapi sejauh mana kita mampu memahamkan orang ramai tentang Islam, itulah ukuran kejayaannya. Mungkin mereka baru tahu, "ooo.. Islam ni macam ni rupanya.", dan akan menarik minat mereka untuk berdialog lagi selepas ini. Dan siapa tahu, kuasa Allah Taala, dengan mereka lebih mengenal Islam, maka pintu hidayah terbuka untuk mereka. Berbanding dengan kita terlalu provokatif. Mereka akan terasa seperti diserang. Dan akhirnya, menyebabkan rasa ingin berdialog tentang agama, hilang begitu sahaja.

Akoo mengingatkan diri akoo sendiri, dalam membuat sesuatu kerja, KESANnya tidak semua yang akan kita dapat dalam SEKELIP MATA. Ia memerlukan peringkat untuk mencapai matlamat yang dituju.
"Jika anda bertanya kepada saya, adakah Mother Teresa yang bukan Islam itu akan dimasukkan dalam neraka, maka jawapan saya ialah............... SAYA TIDAK TAHU. Kerana, bukan saya yang menentukan syurga neraka, tetapi Allah Taala. Biarlah Dia yang menentukannya. Apa yang perlu saya lakukan ialah buat apa yang Dia suruh, dan tinggal apa yang Dia larang." jawab Bro Shah Kirit yang agak membuatkan panel yang lain ternganga.

Fikir2kan.

Monday, March 15, 2010

Ke arah "Mat Skema Yang Cool"


Akoo bukanlah jenis orang yang berDISIPLIN. Sejak sekolah lagi, akoo memang jenis golongan yang akan dirotan akibat lambat ke perhimpunan pagi. Sehingga sekarang, amat jarang pergi awal ke dewan lecture gara2 tabiat itu sudah membawa ke umur ini. Boleh dikatakan, akoo bukanlah orang yang suka mengikut peraturan, kerana peraturan dicipta untuk dilanggar! Hehe..

Namun, tersentak seketika apabila diberi tanggungjawab sebagai orang yang hendak memimpin organisasi. Bila berada di bawah, kita boleh buat apa yang kita nak, kita boleh langgar apa yang kita nak, tetapi apabila berada di atas, banyak perkara sudah terbatas. Bukanlah soal menghiraukan apa yang orang kata, tetapi soal kredibiliti sebagai seorang pemimpin. Tempoh kepimpinan itu sedikit mengajar akoo tentang apa itu DISIPLIN.

Bila disebut soal disiplin, mungkin ada di antara kita yang akan membayangkan istilah "SKEMA". Orang yang berdisiplin adalah orang yang pakai tie, baju masuk dalam seluar dan perkara2 yang seumpama dengannya. Mereka yang berdisiplin dikatakan orang yang xada "life" kerana terlalu mengikut peraturan. "Apa barang skema2. Xrock rr hidup beb.." Itu apa yang akoo fikirkan dahulu kerana bagi akoo, indahnya hidup ini apabila ia penuh dengan unsur suspen. Xperlu kita mengatur dan mengikut arus yang ada, kita harus berlawan dengan arus. Itu lebih mencabar.

Rupa2nya, perasaan tersebut terlalu tidak dikawal sehinggakan memberikan kesan negatif kepada diri. Pemikiran xmahu hidup skema akhirnya mengajar diri untuk sedikit sebanyak tidak cakna dengan masa, xmengurus kerja dengan baik dan sebagainya.

Tidak terlambat untuk akoo mengerti apa itu DISIPLIN. Bahkan, apabila kita benar2 FAHAM tentang kenapa kita perlu berdisiplin, itu lebih bermakna berbanding mengamalkan disiplin membabi buta. Kita harus berdisiplin bukan sahaja dalam aspek pengurusan kehidupan, namun, dalam berfikir dan berhujah juga, perlu punya disiplin.
Tetapi, sebagai seorang yang "anti-skema" suatu ketika dahulu, akoo berpendapat, disiplin bukan bermakna seluruh hidup kita harus diatur. Hal ini telah dijelaskan oleh Stephen Covey dalam 7 Habits. Dalam kita menentukan jadual waktu kita, pastikan ianya xterlalu rigid dan kita perlu mengikut setiap apa yang dirancang. Kerana apa? Kerana hidup itu penuh dengan unsur suspen. Kita merancang, Allah juga merancang. Jadi, pastikan DISIPLIN yang kita laksanakan adalah untuk memudahkan kita, bukan untuk mengongkong hidup kita.

Sebagai contoh, kita harus berdisiplin dengan masa. Andai kata kita sebagai pemimpin menetapkan masa meeting pada pukul 9.00 malam hingga 10 malam. Dan, tiba2 ada hal lain yang perlu diutamakan. Maka, meeting itu boleh ditangguhkan sedikit, atau dipercepatkan perjalanannya. Bagi akoo, itulah DISIPLIN yang perlu dipegang.

Kita bukan sekadar perlu menjadi MAT SKEMA, namun harus disertai dengan COOL. Bagi mereka yang terlalu ROCK dengan hidup, latih2lah diri untuk menskemakan diri anda sedikit. Caranya?
"Solatlah kamu pada waktunya".
Nabi SAW sudah memberikan solusi yang terbaik. Itulah latihan disiplin yang paling baik. Kita sahaja yang xingin melaksanakannya.

Bimbang

Fuh... Alhamdulillah.. Sampai sebulan akoo berjaya untuk xmenulis. Sengaja membuat satu eksperimen ringkas andai diri ini meninggalkan penulisan. Ternyata otak mula membeku. Itu sahaja kesimpulan ringkas yang mampu akoo berikan.

"Mak akoo tepon. Dia tanya ada nak gi jalan mana2 ke hari ni." kawan akoo memulakan cerita di dalam kereta semasa perjalanan kami ke Gua Tempurung.

"Apsal?" Kawanku yang seorang lagi bertanya. Ingin tahu.

"Dia bimbang. Kot2 kita pergi pantai ke. Sebab mak akoo cakap, telinga dia berdesing pagi ni" kawanku menjawab.

"Harap2, jangan jadi pape dah la" ucapnya. Masing2 terus menadah tangan dan berdoa. Suasana dalam kereta yang selalunya diisi dengan karaoke dan lawak, kini suram, sunyi. Akoo tersenyum melihat situasi tersebut. Melihat gelagat manusia.

(Sekadar tulisan ringkas. Sekadar warming up. Sebab dah lama xmenulis)

Saturday, February 13, 2010

Halal diBENCI


Banyak sungguh entri berkaitan "benci" akhir2 ini. Kenapa? Adakah akoo membenci sesiapa? Hehe.. Tidak. Akoo bukan membenci siapa, tetapi apa yang dilakukan, yang Allah Taala juga benci.

Cuma, kali ini akoo ingin membawa konteks benci Allah Taala dalam bidang perubatan. Tentu semua sudah dapat mengagak apabila membaca tajuk artikel kali ini, "Halal diBENCI". Ya, soal "penceraian".

Mereka yang tidak berfikir dengan panjang, akan mengatakan bahawa Islam itu zalim kerana punya konsep "cerai". Barat juga pernah menolak konsep cerai. Kerana, mereka melihat cerai dari aspek yang negatif. Namun, akhirnya, mereka perlu akur. Apa yang Allah Taala tetapkan, sudah tentu punya sebab dan baiknya untuk kita, "ciptaan"Nya. Dulu mereka menolak, sekarang, mereka terpaksa menerima konsep tersebut.

“Jika mereka berazam(tekad) untuk talak, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al Baqarah:227)

Konsep yang perlu difahami dalam penceraian ialah cerai adalah jalan terakhir bagi penyelesaian masalah yang berlaku. Bukan sewenang2nya hendak melaksanakan cerai. Fahamnya, kita perlu usaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang berlaku sebaik mungkin, dan andai kata tiada penyelesaian lain, maka di situlah cerai harus diputuskan. Ingat, cerai adalah JALAN TERAKHIR!

Namun, pernahkah kita terfikir, betapa cantiknya Islam, manual hidup yang Allah Taala peruntukkan untuk kita, hatta perkara yang dibenci oleh Allah Taala sekalipun punya kebaikan. Tak percaya?

Dalam perspektif perubatan, dalam hidup ini, sudah tentu ada yang mempunyai masalah "lemah". Itu kiasannya, atau lebih dikenali sebagai mandul. Dalam konteks ini, penceraian adalah solusinya jika ia melibatkan si suami yang mendapat musibah itu. Jika tiada konsep cerai, maka sudah tentulah ada unsur zalim terhadap si isteri kerana semua mahu mempunyai zuriat. Subhanallah...

Selain itu, terdapat penyakit yang berbahaya yang bisa membawa bencana jika perkahwinan diteruskan. Sebagai contoh, penyakit yang berkaitan dengan gen2 kita seperti thalassemia. Andai kata kita dan pasangan kita adalah pembawa bagi gen thalassemia, maka ia bakal mengundang musibah kepada anak yang bakal dilahirkan nanti, kerana 25% risiko untuk mendapat penyakit yang bisa mendapatkan rawatan sepanjang hidup. Contoh lain ialah penyakit HIV, seperti dalam cerita popular bagi penggemar filem Islamik, Ketika Cinta Bertasbih. Jika pasangan kita punya penyakit HIV, masakan kita mahu diri sendiri dijangkiti dan zuriat kita turut mendapat musibah yang sama?

Tidak lupa juga, dalam hidup ini, ada yang mempunyai masalah psikiatrik. Mungkin di hadapan kita, dia nampak normal. Namun, sebenarnya, ada sedikit "litar pintas" dalam otaknya. Ada golongan yang memerlukan kekerasan untuk memuaskan nafsu mereka. Sebab itulah terjadinya kes dera dan sebagainya. Mereka rasa "puas" bila melihat pasangan mereka terseksa. Kemudian, ada juga yang dirinya sendiri perlu merasa sakit untuk memuaskan nafsu. Apatah lagi, jika ada golongan yang rupa2nya mempunyai perasaan terhadap sejenis mereka(homosexual). Sudah tentu, jika ditanya, adakah anda ingin berpasangan dengan orang begini, jawapannya adalah tidak. Dan dalam hati akan terdetik, "nauzubillahi minzalik"...

Di situ, dapat kita lihat bahawa Islam itu sangat cantik. Di situ, kita dapat lihat bahawa Allah Taala Maha Bijak. Tidak ada yang Dia perintahkan, buruk untuk kita. Jika ada buruk pun, baiknya melebihi keburukannya. Subhanallah...

Namun, harus diingat, cerai adalah JALAN TERAKHIR. Andai ada penyelesaian lain, itu perlu didahulukan. Kerana, ia adalah perkara yang Allah Taala benarkan, tetapi pada masa yang sama, dibenci. Fikir2kan....

Tuesday, February 9, 2010

teruskan memBENCI!




"Hate the crime, not the criminal" itulah nasihat Kamen Rider W kepada Kamen Rider Accel.

Benar! Bahkan, itulah yang diajar oleh Islam. Bukan pendosa yang kita benci, tetapi dosa yang dibuat. Islam itu adalah rahmatan lil 'alamin. Fahamnya, "cara hidup" versi Allah Taala ini, bukan sahaja untuk ummat Islam, bahkan mereka yang bukan Islam, hatta makhluk2 lain selain manusia turut mendapat faedah daripada Islam.

Justeru, Islam mengajar kita untuk memBENCI dosa(maksiat) yang dilakukan, bukan pelaku dosa. Kerana apa? Kerana dosa adalah perkara yang Allah Taala benci, jika Allah benci, kita juga patut benci. Kerana dosa merosakkan kestabilan alam yang indah dengan Islam.

Mungkin kita pernah dengar tentang kisah sahabat yang sedang merejam seorang wanita yang ingin bertaubat kerana melakukan zina. Semasa merejam, darah daripada wanita terbabit terpercik ke muka sahabat tersebut mengakibatkan sahabat tersebut naik berang nak mengeluarkan kata2 kesat kepada wanita terbabit. Lantas, Nabi SAW menegur beliau atas tindakan beliau tersebut. Kerana apa? Kerana yang kita benci adalah dosa yang dilakukan, bukan pendosa yang melakukan. Pendosa terbabit dengan rela hati telah menyerah diri kepada Nabi SAW untuk bertaubat. Jika taubatnya diterima oleh Allah Taala, dan dia mati dalam keadaan yang diredhai Allah, maka tahapnya adalah jauh lebih baik daripada kita yang masih belum jelas bagaimana nasib kita nanti.

Mungkin, kita beriman sekarang. Siapa tahu, hasutan Sang Penghasut sungguh hebat dan licik. Kemungkinan, kita bakal tewas dengan hasutan mereka. Nauzubillahi minzalik....

Benci, biar kena pada tempatnya. Bukan pada siapa yang melakukan, tetapi pada apa yang dilakukan. Namun, mungkin itu perkara yang paling ideal mampu kita lakukan. Sebagai manusia, sudah tentu susah untuk lari daripada benci kepada siapa yang melakukan. Akoo akui, kerana akoo juga manusia yang hampeh lagi hina. Namun, apabila membenci, JANGAN TERLALU BENCI, kerana berapa ramai orang yang kita benci suatu ketika dahulu, sekarang menjadi orang yang paling kita sayang? JANGAN TERLALU CINTA, kerana berapa ramai orang yang kita cinta dahulu, kini, menjadi orang yang paling kita benci?

Pelik kan? Memang pelik. Kerana itulah keunikan manusia, sebaik2 kejadian ciptaan Allah Taala. Sekadar renungan untuk difikirkan bersama.

Teruskan memBENCI. Bukan siapa yang melakukan, tetapi apa yang dilakukan.... yang Allah juga BENCI!!

Sambungan artikel BENCI tanda SAYANG

Monday, February 8, 2010

Liwat: Serangan dijadikan Peluang


Kecoh 1 Malaysia tatkala tiba2 media perdana menjadi bahan yang tidak sesuai dibaca oleh "budak bawah umur". Dalam dunia tanpa sempadan ini, sudah tentu pelbagai respon dapat diperoleh. Masing2 dengan cara masing2 memandang sesuatu perkara.

Dalam isu ini, akoo mengambil jalan untuk tidak mudah melatah seperti yang dinukilkan oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dalam blognya. Lebih baik mengikuti dan melihat apa yang bakal dibuktikan selepas ini. Tambahan pula, akoo cukup menyampah dengan orang yang mengawal media, yang hanya pandai memutarbelitkan isu. Perbuatan ini sungguh KEJI!!

Namun, akoo melihat, ada satu peluang yang agak terlepas pandang oleh kita ummat Islam. Peluang untuk menyampaikan Islam. Ya, sekarang ini, satu Malaysia sedang menyaksikan isu ini, sedang menantikan apa keputusannya. Maknanya, statement2 tentang isu ini, dengan mengambil pandang sisi daripada Islam, akan dinilai dengan teliti oleh masyarakat. Jika kena cara dan strategi, penerimaan masyarakat terhadap Islam akan meningkat, InsyaAllah...

Dalam isu ini, 2 perkara yang perlu diberi kesedaran. Satu, soal buruknya liwat itu sendiri. Kedua, soal Islam juga melarang tuduhan tanpa bukti yang kukuh.

Dalam soal yang pertama, jika diambil dari aspek kesihatan, liwat(homosexual) adalah antara sebab utama penularan satu penyakit yang amat menggerunkan saat milenium ini, AIDS. Bahkan, kemungkinan mereka yang punya "selera" sesama sejenis ini, mempunyai masalah psikologi. Fahamnya apa? Fahamnya, andai ada golongan yang mempertahankan golongan homosexual seperti yang berlaku di Barat, mereka harus belajar kesihatan.

Dari segi logiknya, baiklah... Andai liwat dibenarkan, sudah tentu dunia akan menjadi tidak stabil. Kerana apa? Kerana, manusia memerlukan zuriat untuk meneruskan generasi. Andai kata dunia menerima golongan homosexual sekali pun, satu hari nanti, golongan ini akan ditolak kembali kerana pada saat itu, manusia akan sedar akan ketidakrelevanan perbuatan tersebut.

Bagi soal yang kedua pula, ada golongan yang cuba menjatuhkan imej seseorang dengan menuduh individu terbabit melakukan perkara yang tidak senonoh. Perkara ini dilarang dalam Islam. Bahkan, dalam hukum hudud, hukuman bagi orang yang menuduh zina adalah sama dengan hukuman orang yang berzina. Ditambah pula, apabila ada saksi di antara empat saksi yang goyah hujahnya, kesemua saksi dihukum dan tidak boleh menjadi saksi untuk selama2nya.

Subhanallah... Cantik sungguh kan hukum Allah Taala? Sebab itu, akoo melihat, kecantikan hukum Allah Taala ini perlu dijelaskan kepada mereka yang masih belum nampak kecantikan ini. Bahkan, bagi akoo, isu ini mampu dijadikan satu stimulator untuk masyarakat bukan Islam menerima hudud di Malaysia. Justeru, wacana2 perlu diperlebatkan tentang isu ini. Mudah2an Allah Taala berikan kefahaman kepada mereka.

Sekadar pandangan.