Recent Posts

Friday, June 27, 2008

::death:



alhamdulillah... ketika mana sedang bosan menunggu bas di hentian putra semalam, tiba2 dapat mesej, "tahniah, awak lulus!". akoo mula tersenyum, dan menelefon seorang muslimat yang aku anggap macam kakak sendiri, betanya tentang kesahihan berita tersebut. Ya, memang aku telah berjaya lulus dalam exam supplement dan AKU BERJAYA MENERUSKAN PERJUANGAN KE TAHUN 2. Alhamdulillah 33x....

tapi, itu bukanlah topik utamaku kali ni, kerana sewaktu baru saja memberi salam di rumahku, ayahku membuka pintu dan memberi berita, "Ayoh Mut mati pukul 4.30 tadi". Aku terkedu dalam ucapan Inalillahi wainna ilaihi rajiun... Dasyat sungguh kuasa Allah Taala. Warisku yang meninggal ini dikhabarkan mendapat stroke pada hari sebelumnya.

Aku tidak pernah mendapat pengalaman untuk melihat orang yang mati ditanam di kubur, dan kali ini juga aku tidak berkesempatan kerana aku tertidur keletihan. Tapi, peristiwa ini membuatkan aku terfikir~
buleh ke x aku jawab soalan dalam kubur nanti??
camne ek perasaan dok dalam kubur sengsorang, dahla kalo wat aktiviti burung hantu pon, dah takot semacam, ni pulak REAL, bukan program semata2.

tetapi, bila bercakap saja pasal mati, aku akan selalu ingat hadith Rasulullah yang bermaksud:~ "di akhir zaman ini ummatku akan dikerumuni oleh musuh2nya seperti haiwan sedang mengerumuni mangsanya. Ini bukan kerana mereka itu sedikit bilangannya, bahkan mereka lebih ramai daripada musuh2 mereka. tetapi, bilangan mereka itu hanyalah seperti buih2 di pantai. Ini kerana dalam hati mereka ada satu penyakit iaitu penyakit Wahan. Apa itu Wahan? CINTAKAN DUNIA DAN TAKUTKAN MATI."

bercakap pasal mati juga, aku selalu memberi SMS kepada sahabat2ku di kala exam, "antara punca kemenangan ummat islam dalam peperangan ialah, KITA TIDAK TAKUTKAN MATI, BAHKAN KITA INGINKAN MATI(SYAHID)".

Islam mengajar kita untuk MENGINGATI mati, bukan TAKUT MATI. Apabila kita mengingati mati, kita akan sedar bahawa diri ini memang kurang persediaan untuk menempuhnya. Walhal, MATILAH BENDA YANG PALING HAMPIR DENGAN KITA. Dan antara sebab aku memilih bidang medic ini sebagai medan perjuanganku ialah aku ingin mengingati mati, tapi, bila aku menjawab jawapan ini kepada senior, ramai yang hanya menggelakkan aku. Terpulanglah......

Mungkin semua telah tahu isi kandungan tulisanku, bahkan dah bosan mendengar kata2 ini. Tapi, aku telah mengesan suatu sikap di kalangan kita, iaitu "KITA TAHU, TAPI KITA TIDAK MAHU". Jadi, aku di sini bukan sekadar ingin membuat orang yang membaca artikelku ini TAHU mati itu dekat, tetapi aku ingin mereka MAHU untuk bertaubat. termasuk diriku sendiri yang banyak buat maksiat. Astaghfirullah~

0 comments: