Recent Posts

Wednesday, January 21, 2009

:antara 2 keMENANGan::


"fuh... cun siot Nora Danish ni!" jerit kawan akoo yang sedang asyik menjenguk profile dalam TAGGED kalau xsilap akoo.
"hekeleh... xlawa rr. Dia dah kawen dowh..." akoo mengusik.

"Alah... dah kawen pon, kalo lawa, tetap lawa gak." kawan akoo membalas.

"Standard, kalo dah mengandung pasni, mesti gemok. Pastu mesti orang dah xminat" akoo mengusik lagi.

"Kalo dah gemok pasni, xpayah rr minat. Mase lawa nilah kita nak minat." kawan akoo membalas tanda xnak mengalah.


Akoo berfikir.. hmm... ada logiknya, namun ini bermakna kecantikan itu bukanlah satu perkara yang haqiqi.

Terkini, boleh kata kecoh satu Malaysia bahawa Pro Mahasiswa telah berjaya menawan UM. Namun, ada yang mengatakan bahawa ProM tidak menang kerana 2 kerusi fakulti Undang2 adalah calon bebas, bukan Pro M. Xpelah, Pro M ke, bebas ke, Penggerak ke, asalkan hendak tegakkan kebenaran atau lebih tepat lagi tegakkan Islam, itulah yang sepatutnya menjadi pemimpin.


Akoo tertarik dengan satu kata2 Nik Aziz, "Wahai saudaraku orang UMNO, kalau kau bawa Islam, haram bagi akoo untuk tentang kau. Tapi, kalau akoo bawa Islam, haram bagi kau untuk tentang akoo." Cantik kan statement ni? Banyak orang yang tertipu dengan politik, mereka asyik bergaduh soal BEKAS. Namun, tidak ingin duduk semeja berbincang soal macam mana nak masukkan air daripada bekas tu.

Berbalik kepada isu kemenangan, bagiku ada 2 jenis kemenangan: kemenangan haqiqi dan kemenangan Perang Uhud, di mana tentera Islam tertipu dengan nafsu sendiri bila mana melihat harta rampasan perang di depan mata. Akhirnya, tentera musuh menyerang dari belakang dan menyebabkan kita tewas dalam perang tersebut.

Seronok bila mana ada sahabat2 yang kuat tarbiyahnya mengingatkan bahawa "kita menang bukan kerana kita kuat, tetapi kerana Allah menolong kita". "Teruskan tarbiyah diri seperti sebelum mencapai kemenangan". "Mengisi kemenangan itu lebih penting". Fuh.. Tenang hati bila dengar kata2 ni.

Ya, kita perlu muhasabah. Namun, tidaklah setiap masa bermuhasabah. Setiap kali berjumpa, asyik muhasabah je, xbergerak2. Muhasabah dan terus merancang strategi untuk mengisi kemengan. Itulah yang sepatutnya. Jadi, ayuh sahabat2 sekalian, usah buang masa lagi. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Walau mungkin ada perancangan lain di peringkat musuh yang dengki kepada Islam di sebalik kemenangan ini, usah takut. Allah sentiasa bersama kita jika benar kita ingin menegakkan Islam!
Ayuh mengisi kemenangan ini! Buktikan bahawa Islam itu Ad-din!

0 comments: