Recent Posts

Friday, October 30, 2009

akoo seorang SUAMI


"Kamu kena feel posting O&G(soal mengandung dan sakit puan) ni", pesan seorang lecturer kepada kumpulan kami.

Baru seminggu belajar dalam posting ni, sudah terasa menarik. Mana tidaknya, selalu hanya mampu melihat dalam movie2 pasal ibu melahirkan anak, sekarang, akoo mampu melihatnya secara LIVE. Alhamdulillah...

Ternyata, melahirkan anak itu bukanlah perkara yang mudah. (tiba2 mood teringat kat ummi kat machang datang). Dalam banyak2 sakit, melahirkan anaklah yang paling sakit. (orang pompuan mesti cuak baca statement ni.. Hehehe). Dan, untuk pengetahuan, jika masa meneran dan melahirkan anak itu terlalu lama, maka ia bukanlah sesuatu yang baik. Oleh sebab itu, si ibu perlu KUAT. Jika si ibu terlalu melayan sakitnya, anak yang menjadi mangsa.

Dalam kes yang akoo lihat, si ibu seperti berkata, "doktor, saya dah xmampu dah..."dek ia merupakan kali pertama dia melahirkan anak. Namun, nurse2 di tepi terus memberikan semangat, "jangan putus asa, xkesian ke kat anak awak ni? SIkit lagi nak keluar". Maka, diteruskan usaha dan alhamdulillah akhirnya keluarlah kepala si bayi. Bayangkan perasaan akoo masa tu. Satu benda "bernyawa" dan menangis2 dikeluarkan. Tiada kata yang dapat akoo ungkapkan melainkan Subhanallah....

"Ha.. susah kan beranak? Lain kali, jangan derhaka kat mak", seorang nurse menasihati akoo. Sekali lagi mood nak mengalirkan mata datang. Astaghfirullah....

Berbalik kepada cerita lecturer tadi, akoo kagum melihatnya. Ya, kerana dia merupakan seorang wanita Islam. Xramai yang sanggup mengambil O&G sebagai pilihan dek kesibukan bidang ini. Ketika mengajar kami, telefon beliau akan berbunyi setiap setengah jam. Malah, malam2 mungkin akan diganggu. Jadi, siapa yang tahan beb? Diri sendiri, tak apa lagi, suaminya?

Inilah dilema2 yang berlaku kepada banyak doktor2 wanita Islam. Ya, akoo ingin melaksanakan fardhu kifayah tersebut, tetapi nanti terlalu busy dan tidak dapat menunaikan hak suami. Jadi, lebih baik akoo ambil sahaja mana yang tidak busy untuk "jalan selamat". Agak sukar untuk menyelesaikan masalah ini. Kerana ia memerlukan seorang suami yang sangat memahami.

Jadi, mungkin(akoo ulang, mungkin) akoolah yang perlu jadi "SUAMI" tersebut. Siapa tahu?

Wednesday, October 28, 2009

Tak payah banyak pahala sangat


"Katakan kebaikan itu dinilai 100%. Pakai tudung tu hanya small proportion.. lebih kurang 5%. Dan lebih baik akoo kejar benda yang lagi besar(peratus lagi besar), cam jadi orang yang baik hati, hormat mak bapak, belajar sampai berjaya, sembahyang, puasa.... semua benda tu bagi akoo sumbang 70%. So, ok rr tu. At least dapat 70%. Xpayah 100% pun xpe..."


Kata2 ini akoo dapat daripada seorang kawan, dia bertanyakan soal method untuk menghadapi situasi ini. Akoo tidak terus menjawab, kerana memberi peluang kepadanya untuk berfikir sendiri, kerana bagi akoo, dakwah itu seni dan praktikal. Orang yang menghadapi lebih mengetahui situasi.

Tudung. Satu isu yang cukup hebat diperjuangkan. Mentaliti orang Malaysia, orang perempuan mesti "pakai tudung". Namun, akoo lebih suka dengan istilah "tutup aurat". Kerana, bila sebut soal tudung, seperti golongan hawa sahaja yang di"highlight"kan. Walhal, yang lelaki, yang mendedahkan pusat dan bulu peha berapa ramai beb? "Akoo bengkek betol tengok pompuan xpakai tudung ni. Bajet cun rrr", kata seorang mamat berseluar pendek dengan selambanya. Mentaliti... oh mentaliti.

Bagi akoo, ini bukan soal tudung. Dan, bukan setakat soal menutup aurat. Tetapi soal bagaimana masyarakat kita memandang "perintah dan larangan Allah Taala." Ya, bagaimana. Mereka TAHU soal apa "perintah dan larangan" itu. Namun, soalnya, bagaimana kita memandangnya.

Sebab itu, kita perlu berbalik kepada soalan yang paling fundamental. Kenapa akoo perlu ikut perintah Allah? Atau, bahasa lebih mudah lagi, kenapa ikut Islam ek? Akoo percaya, ramai yang akan termenung jauh memikirkan ayat untuk soalan ini, ataupun, tergagap2 untuk menjawab, tanda tidak yakin dengan jawapannya. Inilah komplikasi IMAN TAQLID(beriman kerana ikut orang). "Mak ayah akoo Islam, jadi akoo Islamlah", jawapan mudah.

Mungkin ada yang akan menjawab, "la... nak masuk syurga la... Wat apa yang Allah Taala suruh, dapat pahala, dapat masuk syurga". Hmm.. jawapan ini sudah lulus peringkat pertama, kerana orang ini PERCAYA akan perkara yang ghaib. Namun, mungkin belum YAKIN.

Kenapa akoo berkata demikian? Kerana bila mana seseorang itu YAKIN dengan perkara2 ghaib, mana mungkin ada mentaliti "akoo wat baik sikit2 jela, dapat masuk syurga paling bawah pon ok what? Xperlu target untuk syurga firdaus". Atau "alah... wat dosa sikit je.. Masuk neraka kejap je.. Asalkan beriman, lepas tu dapat masuk syurga balik kan?". Inilah simple minded yang sedang membarah di kalangan kita, tidak sedar bahawa "tiket" ke syurga bukanlah semudah itu.

"Allah kan Maha Pengasih. Dengan 70% kebaikan yang akoo buat, xkan la Allah nak masukkan akoo dalam neraka jugak?" Inilah soalan akoo jangkakan akan diajukan.

Jika akoo dalam keadaan itu, akoo hanya akan menjawab, "ko rasa camne? Nabi kata, akhir zaman ni xramai tau dapat masuk syurga. Dan, kalo tengok sekeliling kita ni, cam ramai je lagi baik dari kita. So?"

Kadang2, perlu timbulkan rasa "gerun" bagi menyedarkan sebilangan golongan.

~Ini sahaja yang mampu akoo fikirkan. Dan, mungkin, jawapan ini tidak sesuai untuk situasi yang berlaku kepada kawanku. Tapi, xpe.. Akoo hanya memberi idea. Praktikalnya adalah mereka yang berdepan dengan situasi.~

Tuesday, October 27, 2009

bukan BEKAS di hati


Negara dikejutkan dengan luahan Nik Aziz tentang EGM dan keperluan menukar pimpinan. Akoo tidaklah terkejut sangat, tetapi dalam hatiku dapat merasakan, "Tok guru dah xtahan sangat dah ni, habis kena geng2 ni. Mesti xsenang duduk ni."

"Nik Aziz bukan maksum"

Statement ini merupakan statement yang agak menyentak akoo. Ya, akoo amat mengagumi tokoh ini. Dan, adakah sampai akoo meletakkannya "maksum" seperti yang dirumuskan oleh statement ni? Jauh akoo merenung..... Namun, ternyata statement ini benar, namun akoo bukanlah menilai tokoh ini atas dasar itu.

Sudah banyak peristiwa yang akoo lihat, mereka2 yang sangat berpengaruh dan sangat dihormati, apabila melakukan sesuatu "PERUBAHAN", maka ramai yang akan menghentam. Orang yang dulunya dihormati, mula menjadi orang yang dimaki. Namun, ramai yang mengambil sikap meMAKI itu, tidak mengambil rasional atas tindakan tokoh tersebut, bahkan ramai yang hanya terpengaruh dengan apa yang "orang kedai kopi" atau "pandangan orang lain" yang tidak bersetuju.

Namun, biasalah.... BETUL hanyalah satu perasaan yang merasakan diri mereka betul. Nak tahu siapa betul, rujuklah kepada Yang Maha Betul. Sebab itulah, Allah Taala minta kita bukan sekadar mendengar dan mengikut membabi ubuta (mencarut tu.. ganas giler akoo ni). Apa Allah Taala kata?

"Wahai orang-orang yang Beriman, apabila datang seorang fasiq dengan membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kalian tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum karena suatu keBODOHan, sehingga kalian menyesali perbuatan yang telah kalian lakukan" (al-Hujurat:6)


Persoalannya, macam mana kita nak tahu orang yang bawa beri itu adalah "fasiq"? Hatta ustaz2 yang ada pada akhir zaman ini pun, barangkali(akoo ulang, barangkali) ada yang fasiq. Bahkan, akoo yang menulis ini pun, MUNGKIN tergolong dalam golongan fasiq(nauzubillah), kerana asyik melakukan dosa yang bukan kecil. Astaghfirullah....

Sebab itu, bagi akoo, apa yang Allah Taala cuba sampaikan ialah kajilah dan selidiklah setiap perkara yang kita ketahui. Lebih2 lagi perkara yang melibatkan kemaslahatan ummah. Fikirlah dengan hati yang dingin tanpa sentimen mana2 pihak, letakkan Allah di hadapan, maka kita akan ketahui jawapannya.

Mungkin ada pro dan kons tindakan Nik Aziz terbabit. Kerana kalau ia bukan dari Nik Aziz, kesannya tidak akan mampu jadi seperti sekarang. Hehehe... Nilailah dan kajilah atas pemikiran anda sendiri tanpa mana2 sentimen. Cuma, penilaian akoo, akoo bersetuju dengan tindakan Nik Aziz terbabit yang tidak meletakkan "BEKAS" ,tetapi Islam di hati.

"PAS ko, PIS ko, PUS.... ikot la namo gapo.. Yang penting, perjuang Islam"

Tuesday, October 20, 2009

Pilihlah untuk MEMILIH

Menulis. Pernah menulis? Hmm... Bagi mereka yang pernah menulis, mesti pernah merasakan satu masa kehabisan "modal". Buktinya cukup jelas. Ramai yang boleh berblog, namun, xramai yang mampu berblog dengan "istiqamah". Alasan? Xtau nak tulis apa.

Bagi akoo, menulis satu perkara yang baru dalam hidup. Alhamdulillah... Akoo belajar sesuatu dengan menulis. Bahkan bukan sekadar SEsuatu, BANYAKsuatu.(marah orang pertahan BM ni!! Hehehe..). Bila menulis, kita akan banyak memberi OUTPUT, dan mereka yang "xtau nak tulis apa" tu, mesti terlupa sesuatu. Ya, apabila terlalu banyak KELUAR, kita juga perlu INPUT. Camne nak dapat INPUT? BACAlah... Kehidupan. Ramai lupa yang ini.

Dalam hidup, kita sudah tentu akan bermain dengan BANYAK pilihan. Dari memilih calon pasangan hidup sehinggalah memilih untuk ke tandas bila terbangun sorang2 tengah2 malam. Pilihan itu tentulah akan bermain dengan apa yang terbaik untuk masa depan kita. Sebagai contoh, kalau tidak bangun pergi ke tandas, nanti takut tak tahan, ter.... kat situ je. Kalau buang, takut terjumpa hantu pula. Hehe.. Ini akoo ambil situasi yang xserius.(tapi, serius gak ni sebenarnya)

Dan, sudah tentu, akan tiba masa kita terPAKSA melakukan sesuatu. Sebagai contoh, exam. Kalau xstudy, nanti fail. Jadi, kita memilih untuk study, namun, kebanyakannya, dalam keadaan terPAKSA.

Sudah tentu jauh bezanya antara pilihan sendiri atau terpaksa. Calon isteri sebagai contoh, jika dipaksa kahwin dengan seseorang, kan rasa nak mengamuk je? Berbanding kahwin dengan perempuan yang memang kita syok, mesti tersengeh sampai lutut.

Jika kita perhatikan, KESAN perkara yang terpaksa kita buat kebanyakannya adalah "short term." Kita mungkin rajin study untuk exam, namun, ia hanya pada masa itu, selepas itu, kita akan mula malas kembali. Sebaliknya, jika study itu memang kehendak dan pilihan kita, sudah tentu ia akan jadi sebahagian daripada hidup kita dan kita seronok melakukannya.

"Tiada paksaan dalam agama. Sesungguhnya telah jelas antara yang benar dengan yang sesat................." (Al Baqarah:256)


Ayat yang cukup terkenal di kalangan pengamal Al Mathurat. Islam bukan agama PAKSAan. Islam mengajar kita untuk meMILIH. Pilihlah berdasarkan pilihan Allah Taala. Anda ada duit, ada punya pilihan untuk belanja kawan, membeli keperluan diri, atau simpan untuk keperluan akan datang. Ia pilihan anda. Itulah Islam.

Kadang kala kita tahu, bahawa perkara itu baik untuk kita. Namun, kadang2 kita menunggu keadaan PAKSAan, baru akan melakukannya. Sedarlah, keadaan paksaan hanya memberi kesan jangka masa pendek. Jadi, pilihlah untuk melakukan perkara yang baik itu KERANA MEMANG KITA MEMILIH UNTUK MELAKUKANNYA.

Akoo menulis kerana akoo memang nak menulis, jadi, orang nak komen apa pun, lantaklah....

Thursday, October 15, 2009

BAIK la sangat....


"Akoo xlayak kot untuk budak tu. Dia BAIK sangat. Sape la akoo ni kan..."


Pernah dengar ungkapan ni? Mesti pernah kan? Apa pandangan anda tentang orang yang mengeluarkan kata2 sebegini? Xyakin dengan diri sendiri? Low profile? Atau me"low profile"kan diri sendiri?(hmm... perkataan baru ni...) Atau mungkin seseorang yang sentiasa bermuhasabah?

Teringat kata2 Dr Fadzilah Kamsah semasa bosan dok dalam kereta, "Musuh manusia yang paling bahaya ialah KEYAKINANNYA".

Andai dalam kepala otak kita dok kata kita TAK BAIK, maka sampai bila2 pun, kita akan terus camtu. Andai dalam kepala otak kita sentiasa dok kata, akoo ni BENGAP, sampai bila pun kita akan terus berada pada level tu. Inilah yang berlaku pada akoo, dan masih lagi berlaku sekarang.

Akoo pernah mempertikaikan definisi "baik" yang dipegang masa kini, kerana akoo lihat, budaya anak2 muda sekarang, apabila disebut "budak baik", akan dibayangkan budak mat surau, xbergaul dengan budak "huhahuha", xsosial sangat. Bila mana ada mentaliti sebegitu, apabila dilabel sahaja "budak baik", akan timbul barrier antara individu terbabit dengan orang lain.

Budak baik = poyo = anti sosial = jumud= xmasuk dengan orang = susah nak rapat.


Jadi, mendapat gelaran sebagai budak baik seperti satu SUMPAHAN buat anak muda masa kini. Bahkan, mungkin ramai yang berharap tidak tergolong dalam golongan tersebut. Termasuk akoo, xnak menjadi "budak baik yang difahami". Bagi akoo, ini budaya yang tidak sihat. Ya, mula timbul masalah apabila budaya ini menular. Apabila BAIK yang difahami adalah "BEGITU", maka ramai yang akan mula lari daripada Islam, atas alasan, xnak menjadi "budak baik".

Jadi, selagi mana "baik"(benda yang positif) itu sudah ditukar kepada sesuatu yang negatif, maka sudah tentu pemikiran kita sangat bercelaru. Sepatutnya, bila mana dikatakan itu "budak baik", kita harus menDEKATi, bukan menJAUHi. Itu sepatutnya PUJIAN, bukan SUMPAHAN.

Macam mana nak ubah?

"Akoo xlayak untuk budak tu. Budak tu baik sangat. Tapi, untung sangat kalo dapat orang baik cam dia. Jadi, kalo nak meLAYAKkan akoo untuk dia, akoo kena BAIKi diri akoo la..."


ha.... kan cantik bunyinya!

Friday, October 9, 2009

MEMBERI itu PELIK dan BODOH


"Mana korang dapat duit banyak2 ek buat majlis ni? Kitorang xpayah bayar pape ke makan semalam?" seorang non muslim bertanya kepada akoo.


Soalan ini bukan yang pertama kali akoo dengar daripada mulut non muslim yang agak pelik dengan "projek" atau majlis yang kitorang anjurkan. Bahkan, bukan sahaja daripada non muslim, kawan2 sendiri pun pelik, "mana korang dapat duit ni?", itulah soalan standardnya.

Jikalau projek yang melibatkan pihak atasan, sudah tentu ada yang pandang slack, takut2 "orang atas" bagi duit lebih kat sesetengah projek. "Oh.. projek orang Melayu bagi banyak pulak sumbangan..." mungkin inilah pandangan mereka yang jiwanya masih kuat dengan semangat perkauman.

Firman Allah Taala:
Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Jika kamu bersyukur, maka Kami akan tambahkan nikmat ke atasmu, dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azabKu amat pedih"... (Ibrahim:7)


Inilah rahsianya. Tentu semua masih ingat apabila kita pernah dikecohkan dengan "lakonan" Nik Aziz dalam 15malaysia.com dalam filem pendeknya, "The Tree". Bagi akoo, kata2 Nik Aziz dalam filem pendek tersebut sangat "power". Ya, soal tanaman dan sedeqah. Dan, akoo lebih minat untuk berborak soal sedeqah.(sape xtengok lagi, boleh la bukak 15malaysia.com)

Orang yang tidak beriman dengan "perkara ghaib" SUKAR untuk menerima sedeqah dalam hidupnya. Apa yang akoo dapat dengan bersedeqah? Duit habis? Bagi kat orang lain? Bahkan, apabila mendengar kisah2 para sahabat yang sanggup menggadai segala harta mereka untuk Islam, sudah tentu bisa memeningkan kepala mereka. Kan bodoh tu? Duit kita habis, orang lain pakai, kita kurang duit belanja, xpasal2 orang lain dapat duit kita. Itu BETUL jika difikir HANYA dengan LOGIK. Ya, jika difikir dengan logik, memang orang yang bersedeqah ni BODOH! Hehehe.. Jangan marah ye..

Sebab itulah dalam artikel lepas, akoo pernah menulis orang yang paling bijak adalah orang yang PALING INGAT MATI. Kenapa? Sebab bila mana seseorang selalu ingat mati, dia akan melabur. Melabur dengan saham yang sentiasa naik walaupun kita dah mati. Mesti dah selalu dengar kan? Doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat, dan SEDEQAH JARIAH.

Jika mahu difikirkan secara logik sains, jika kita sedeqahkan hatta separuh kurma sekalipun untuk orang lain makan, bukankah makanan itu akan jadi darah daging manusia terbabit. Entah2, siapa tahu kuasa Allah Taala, selagi mana nutrisi tamar itu berada di dalam tubuh manusia tersebut, dan digunakan, selagi itu Allah Taala kurniakan pahala kepada kita. Siapa tahu? Allah Taala telah mengurniakan banyak jalan untuk kita buat pahala, kita sahaja yang xnak.

Jadi, walaupun si logik berpendapat bahawa orang yang banyak bersedeqah adalah BODOH, sebenarnya, merekalah yang "kurang pandai", kerana YANG MAHA PANDAI dah bagitahu orang yang bersedeqah adalah orang yang PANDAI.

"Xpe.. xpayah bayar. Kitorang pakai duit yang dalam tabung derma yang kitorang selalu edar dekat lecture tu." balas akoo.


Selamat bersedeqah~ Latih hati untuk MEMBERI~

Tuesday, October 6, 2009

puas...

Teringat kata2 Dr Zakir Naik(gambar sebelah kanan), apabila ditanya tentang kenapa beliau mengucapkan "tahniah" kepada golongan aethist. Jawab beliau,
"Akoo ucapkan tahniah kepada mereka kerana mereka telah mengakui bahagian pertama dalam syahadah, iaitu "La ilaaha" yang bermakna TIADA TUHAN. Jadi, tugas akoo sekarang hanya perlu membuktikan bahagian kedua syahadah iaitu "illallah", MELAINKAN ALLAH. Mereka yang tidak aethist, dan tidak menganut agama Islam, akoo perlu sucikan dahulu pemahaman mereka tentang konsep Tuhan yang sebenar, barulah akoo dapat bawakan mereka kepada konsep Keesaan Allah."


Fuh... Mamat ni kalo berhujah memang A. Akoo cukup respect. Ya Allah, Kau bantulah akoo dalam berhujah menyampaikan mesejMu. Amin....

Benar. Cuba kita renung kembali. Banyak orang yang masih "beragama" atas skop "agama keturunan". Mereka tidak tahu pun KENAPA mereka menganut agama tersebut. Baik Islam, Kristian, Buddha, Hindu atau lain2. Akoo ulang... Banyak, tapi tidak semua. Bagi akoo, golongan aethist adalah golongan yang mencari dan mempersoalkan, apa itu KEBENARAN. Orang2 ini, apabila mereka memeluk Islam, sudah tentu, aqidah mereka cukup mantap, kerana mereka FAHAM apa yang mereka IMANI.

Jadi, nasihat akoo buat mereka yang mempunyai sahabat2 yang free thinker, banyak bertanya tentang soalan2 yang kadang2 kita tidak pernah terfikir, golongan ini perlu dirapati kerana MEREKA ADALAH MUTIARA jika dengan izinNya mereka memeluk Islam.

Hidup akoo kini, memang xdapat lari daripada pergi ke ward hospital. Pelbagai karenah pesakit telah akoo jumpa. Yang menariknya, sudah banyak kali di"reject" untuk memeriksa mereka kerana majoritinya sudah ramai pelajar lain yang telah memeriksa mereka. Walaupun begitu, akoo cukup "PUAS" apabila bertemu dengan mereka.

Mungkin xdapat bertanya soalan, buat pemeriksaan dan sebagainya seperti kawan2 lain(kena banyak practice lagi ni). Namun, MENDENGAR keluhan, cerita, sejarah, nasihat mereka sudah cukup bagiku. Hanya mendengar.

Banyak kali juga, akoo datangi pesakit dengan keadaan mereka BARAN akibat terlalu ramai pelajar datang bertanyakan soalan yang SAMA, buat pemeriksaan yang SAMA, namun, penyakitnya kekal begitu. Akoo tidak terus "blah". Tetapi, terus mendengar apa keluhan mereka. Last2, mereka mula SEJUK. Bahkan, bukan sahaja dapat bertanya, sepenuh kerjasama diberikan untuk dibuat pemeriksaan.

Seronok dapat belajar mengenal sifat manusia. Dan, akoo akan terus belajar dengan kehidupan ini. Bukan hanya kehidupan sendiri, juga kehidupan orang lain. Nak join sama? Jom....

"Yela... Ko kesian2 kat orang pun, jangan xtraining langsung wat PE tu. Biar dengan ko kesian kat orang, tapi, ko still bleh wat examine dia."
Nasihat kawan akoo. Hehehe...