Recent Posts

Sunday, May 31, 2009

Memang pelik....


"Mak, AKU nak gi kedai!" jerit si anak.
"Kasar siot bahasa budak tu. Kurang ajar gila cakap ngan mak camtu!" detik seorang yang mendengar komunikasi tersebut, yang sebenarnya kurang jelas akan situasi sebenarnya.

Uniknya ciptaan Allah Taala. Manusia mempunyai cara mentafsir mereka sendiri. Mungkin berubah2 mengikut suasana di sekililing mereka. Macam perkataan "aku" di atas. Mungkin KASAR atau KURANG AJAR bagi sesetengah orang. Tapi, mungkin MESRA bagi sesetengah yang lain. Setiap kali meeting, akoo akan tergelak sorang2, bila mana kadang2 masing2 bergaduh kerana masing2 punya faham ISTILAH mengikut cara faham masing2. Sebenarnya, mereka mahukan benda yang sama, cuma pemahaman istilah itu berbeza. Jadi, meeting pon jadi panjang. Hahaha. Subhanallah...

Cuba bayangkan, kita sekarang adalah orang yang tidak beraqidah(aethist). Apa pandangan kita terhadap Islam ya?

Mungkin satu perkataan yang dapat dikeluarkan: PELIK. Mungkin korang ada fahaman lain pasal istilah ni, tapi, ini pelik yang akoo fahami.

Mana tidaknya, cuma kita ambil satu ibadah. COntohnya sedeqah. Tak pelik ke, kita taruk duit dalam tabung masjid ke, tabung Palestin ke, bagi kat orang tepi2 jalan ke, sedangkan kita bukan dapat apa pun. Yang dapat, duit habis. Kan lebih baik, kita guna duit tu untuk makan chicken chop ke, beli CD ke. Jadi, orang Islam memang pelik.

Tutup aurat? Lagi2 pompuan. Fuh... Buat apa susah2 nak tutup satu badan camtu? Bagi panas satu badan ada la. Kan senang kalau pakai ikut selesa je, tayang rambut, peha yang gebu, baru orang pandang yang kita ni cantik. Pelik kan?

Puasa? Ni lagi la pelik. Tiba2 xnak makan minum. Buat apa la menyusahkan diri, lapar. Pastu, kalau yang dah berkahwin tu, xpasal2 dah macam xkawin. Ish... Pelik2...

Itulah antara kePELIKan yang bakal bermain di fikiran orang yang tidak beraqidah. Dan, kerana kita yakini kePELIKan inilah, baru kita akan tergolong dalam golongan bertaqwa.

"Kitab itu tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi orang yang BERTAQWA. Iaitu mereka YANG BERIMAN DENGAN PERKARA GHAIB, mendirikan solat dan menginfaqkan sebahagian kurniaan Kami kepadanya."
(Al Baqarah: 2-3)

Kita akan PELIK jika kita tidak percaya kepada yang ghaib. Allah, dosa, pahala, syurga, neraka, malaikat dan sebagainya yang disebut dalam Al Quran dan Hadith(yang xdisebut tu, jangan pandai2 percaya plak, nanti jadilah pula khurafat). Namun, untuk menjadi golongan bertaqwa seperti ayat di atas, bukan sahaja kena PERCAYA, tetapi kita perlu BERIMAN. Jika kita BERIMAN dengan perkara ghaib ini, bawalah ajaran apa sekalipun, Ayah Pin ke, Qadiani ke, Islam Liberal ke, Jangan Ikut Tuhan ke, Black Metal ke, insyaAllah kita tidak akan terpedaya.

Persoalannya, sejauh mana kita BERIMAN dengan perkara ghaib? Jika masih belum beriman, tidak hairanlah kita antara orang yang juga memandang Islam itu PELIK.....

Monday, May 25, 2009

JELAS


"Orang yang gagal, xsemestinya bodoh. Bahkan, bagi saya, golongan inilah yang mempunyai nilai intelek yang lebih tinggi. Cuma, mungkin silapnya, soal KEYAKINAN. Dan, sejauh mana golongan ini BERSEDIA." Seorang lecturer India memberikan motivasi kepada budak2 supplement.... termasuk akoo.

Rasa diri ini BODOH datang lagi. Seperti sudah jadi mentaliti. Secara teori, memang mudah untuk hindarkan mentaliti ini, namun, realiti itu penuh "SUSPEN". Namun, ia tetap tidak akan jadi penghalang buat diri seorang pemuda yang beraqidah, selagi mana kita JELAS! Jelas apa? Ha.. itu yang kita xtahu. Kui!Kui!Kui!(Gelak cara buku UJANG)

Pernah satu ketika, sewaktu di STAR dahulu, dalam satu ceramah motivasi bersama seorang motivator yang agak terkenal di Malaysia ini, ditanya, "Siapa dekat sini merasakan diri dia BODOH?". Akoo mengangkat tangan. Dan, nampaknya, memang akoo sahaja yang mengangkat tangan. Dan, sememangnya tindakan akoo itu seperti satu kesalahan, YANG BESAR. Kerana, akoo dianggap main2 dalam slot tersebut. Mungkin cikgu juga malu denganku pada saat itu. Namun, tak apa, akoo gagal memahamkan mereka apa maksudku. Dan akoo tetap berpegang, yang penting, JELAS. Jelas apa?

Dunia akhir zaman. Manusia semakin TIDAK JELAS. Tidak jelas dengan tanggungjawab mereka. Tidak jelas dengan apa makna dia dilahirkan di muka bumi ini. Pernah terfikir x, apa rasanya matlamat hidup mat2 rempit dan kaki2 disko? "Hidup ni sekali je beb.. Jadi, sebelum gua masuk neraka, baik gua enjoy puas2 kat dunia ni.." mungkin itu jawapannya. Mereka JELAS apa yang mereka lakukan itu salah, cuma, mereka TIDAK JELAS Allah itu Maha Pengampun. Ditambah pula dengan mentaliti golongan "agamawan" ini, mengatakan seperti golongan ini memang kompem neraka.

Jika ditanya kepada budak2 "BAIK" dalam bahasa mudahnya, kenapa mereka hidup? Rata2 akan menjawab, "untuk mendapat Mardhatillah(keredhaan Allah)". Namun, realtinya... ianya sekadar dibibir. Fahamnya apa? Mereka JELAS(mungkin bukan jelas, tapi sekadar TAHU) itulah tujuan hidup mereka, tapi mereka TIDAK JELAS, apa yang perlu mereka lakukan dan sememangnya ungkapan itu tidak lebih daripada sekadar ANGAN2.

Sabda Nabi SAW:-
"Kebanyakan perkara yang aku BIMBANG melanda ummatku ialah MENURUT HAWA NAFSU dan PANJANG ANGAN2..."

Perkataan "bimbang" Nabi SAW di situ, bermakna, kita harus jaga2 dengan 2 perkara ini. AWAS! signboardnya kalau dijalan2 raya. Orang yang JELAS sangat berjaga2 dengan 2 perkara ini. Sebab itu, orang yang JELAS, datangkanlah dugaan apa sekalipun, letaklah di mana sekali pun, bekerjalah di sektor mana sekalipun, dia tetap akan meneruskan APA YANG PERLU DILAKUKAN DAN DIA TAHU KENAPA DIA MELAKUKANNYA.

Persoalannya, apa yang perlu dilakukan? Kenapa ia perlu dilakukan?

Jika anda tidak menjawab soalan ini, bermakna, anda BELUM JELAS. Jika anda dapat menjawab soalan ini, jangan biarkan ianya sekadar soalan yang boleh dijawab, kerana ia SATU TANGGUNGJAWAB.

Sunday, May 24, 2009

BENCI tanda SAYANG


"Akoo pelik la... Kenapa la orang Islam sekarang ni. Dengan orang bukan Islam bukan main baik, boleh berbincang sekali. Tapi, dengan orang Islam sendiri, bukan main benci. Kritik sana, kritik sini. Hey... Come on la.. Kita ummat Islam ni adik beradik. La, adik beradik kan, kalo wat silap sket, buat2 xnampak sudah la..."
Pertama kali mendengar ayat di atas, memang relevan. Namun, seperti ada SESUATU...

Memang, akoo amat berpegang kepada ayat "orang mukmin itu tegas dengan orang kafir, tetapi berlapang dada dengan sesama mukmin". Namun, mungkin timbul persoalan, "tegas dengan orang kafir itu bagaimana? Apakah "kafir" yang dimaksudkan? Adakah kita berlapang dada dengan orang mukmin, jika dia buat salah, kita buat2 xnampak? Adakah itu yang dimaksudkan?"

Bagi akoo(kalo salah, tulun betulkan), memang orang Islam perlu bertegas dengan orang KAFIR. Kafir di sini bermaksud orang yang sudah disampaikan mesej Allah Taala dengan sebaiknya, namun, ia masih tetap ingkar dan ingin menentang. Adakah non muslim di Malaysia ini tergolong dalam golongan ini? Ada, tetapi tidak semua, bahkan majoritinya bukan dalam golongan ini. Realitinya, kebanyakan non muslim di Malaysia tidak mendapat gambaran sebenar Islam, mereka hanya nampak ORANG ISLAM yang banyaknya sangat memburukkan Islam. Jadi, golongan ini seharusnya didekatkan dengan lembut, explain pasal Islam dengan sebaiknya kepada mereka. Dunia sudah membuktikan bahawa apabila golongan ini faham Islam, mereka akan tertarik dengan Islam. Elizabeth Wong, Nga Kor Meng. Contoh yang paling baik.


Soal yang kedua, berlapang dada dengan orang mukmin, dalam bahasa mudahnya, cincai kira, atau tutup sebelah mata kalau orang mukmin buat silap. Bagi akoo, memang betul, nak tegur orang, kena jaga hati. Tapi, persoalannya di sini, adakah dengan kita mengkritik atau marah orang Islam apabila dia buat silap itu salah? Bagi akoo, inilah konsep "BENCI tanda SAYANG". Kita membenci perkara yang dibuat, bukan benci kepada individu. Kita benci kerana kita sayang kepadanya, takut2 dia akan terus hanyut dengan kesilapannya. Ini konsep sayang yang sebenar.

Islam tidak mengajar kita, apabila orang Islam buat salah, kita diam dan buat xtahu. Tapi, Islam ajar kita "Addin itu adalah nasihat". Tanda orang sayang kepada kita, apabila dia menegur apabila kita buat salah. Tapi sayang, konsep sayang ini telah disalah tafsir, kerana budaya ini seperti telah diburukkan oleh banyak pihak. Apabila menegur, dikata orang itu nak menjatuhkan martabat kita. Lebih2 lagi pemimpin. Jangan tegur pemimpin, nanti jatuh reputasi. Apa barang beb macam ni? Dan, adakah Islam ajar begitu?

Ayuh bangkit dari tidur! Kita telah terperangkap dengan jerat musuh2 Islam. Mereka bersuka ria menghuru harakan ummat Islam dengan menjadikan teguran sebagai satu kehinaan bagi kita. Kita harus suka kepada teguran, kerana teguran merupakan CERMIN dan MUHASABAH buat diri kita. Bagi akoo, itulah Islam yang kufahami.

Saturday, May 23, 2009

kenapa?


"Kenapa mak menangis?" tanya si anak, melihat ibunya mengalirkan air mata.

"Tak, bawang ni..." jawab si ibu. Si anak mengangguk faham.

Saat yang menyedihkan mula tiba(baca dalam suasana yang sentimental), ayah telah pergi menemui Yang Esa. Sekali lagi si ibu mengalirkan air mata.

Kemudian, si anak pelik, lalu bertanya, "Aik, kenapa mak menangis? Takde bawang pon kat sini?". Si ibu blur, dalam hatinya menyebut,"Sabor je le...." Hehehe..

"Ilmu itu bermula dari kekeliruan", pesan seorang ustaz yang selalu berkuliah di kolejku. Akoo rasa, akoo mula mendalami maksud ustaz tu. Apa yang perlu dipegang, tidak ada sesuatu pun yang diciptakan oleh Allah Taala tanpa tujuan, atau sia2. Kalau Allah Taala wat satu2 benda tu, mesti ada "sebab". Fahamnya apa? Fahamnya, kitalah yang perlu meneroka sebab2 tersebut. Macam mana? Ia bermula dengan "kenapa". Itulah ilmu.

Cuma, kadang2, ada golongan yang menyekat percambahan ilmu tersebut. Mereka cuba menyekat pertanyaan2 sebegini. "La, xyah banyak tanyalah..." Ditambah pula dengan mengeluarkan dalil, "nak jadi macam Bani Israel dalam Surah Baqarah ke banyak tanya sangat ni?". Masa tu, otak akan mula disekat. Dan, apabila mula saja nak bertanya, akan timbul satu ketakutan, takut akoo buat salah. Takut akoo jadi macam Bani Israel.

Bagi akoo, mereka yang mengeluarkan kenyataan2 sebegitu, sebenarnya sedang "play safe". Orang sedang bertanya kepadanya, tetapi dia tidak mampu mengutarakan satu jawapan yang konkrit. Jadi, timbullah untuk menyalahkan orang yang bertanya, takut2 MARUAH DIRI tercalar. Bagi akoo, ini peribadi yang tidak sihat. Jika kita xtahu, cakap saja xtahu, dan kita akan berusaha mencari jawapan. Itulah yang paling baik. Ini tidak, akoo xtahu, tapi akoo kena jaga standard diri akoo, nanti orang kata akoo bodoh pulak, jadi baik akoo membodohkan orang lain. Itulah bahasa kasarnya.


Ummat Islam perlu sebati dengan "KENAPA". Kerana di sebalik kejadian ayat Allah Taala itu, tersirat seribu rahsia. Inilah rahsia tokoh2 Islam dahulu berjaya menguasai pelbagai bidang ilmu. Dan, tak lupa juga, tokoh2 barat seperti Isaac Newton, yang sebati dengan KENAPA. Newton mampu berfikir KENAPA objek itu tidak bergerak? Kenapa buah epal jatuh ke bawah? Dan, di situ timbulnya ilmu graviti yang akhirnya diguna pakai dalam pelbagai teknologi. Timbul ilmu geseran dan cara untuk mengurangkannya. Jika difikir balik, kan bodoh persoalannya tu? Apa barang tanya kenapa objek tu tak bergerak. Jadi, itulah pemikiran yang membuat kita tidak mampu bergerak jauh.

Jadi, ayuh sama2 kita sedarkan diri kita! Budak kecil yang xtahu apa2 perlu dijadikan contoh. Mereka xtahu, mereka akan bertanya. Dan, daripada proses itulah, lahirnya kita yang mampu berfikir sebegini pada hari ini.

Tuesday, May 19, 2009

persepsi dan hakikat


Seronok rasanya dapat mengasingkan diri daripada kesibukan dunia seketika. Namun, selama pengasingan ini, banyak isu2 yang telah berlaku di dunia ini.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran"
(Surah Al Asr)


Harun Yahya. Insan yang sangat akoo kagumi. Walaupun tidak pernah berjumpa bertentang mata dengannya. Cukup dengan membaca tulisannya, akoo sudah mengetahui bahawa insan ini merupakan seorang yang kritikal. Ya, insan ini amat digeruni terutama oleh para orientalis dan materialis. Kerana apa? Kerana hujah beliau mampu menggoyahkan pegangan mereka, dan mampu menghilangkan pengaruh mereka. Inilah yang mereka geruni. "Orang akan tidak percaya pada akoo." Sedangkan, golongan ini sedar akan kebenaran, namun, mereka cuba menyembunyikannya.

Namun, media masih dikuasai oleh mereka. Walaupun betapa hebatnya hujah kita, mereka akan ubah menjadikan hujah kita tidak relevan. Dan, tidak lupa, ummat Islam terus hanyut. "Akoo bangga dengan Harun Yahya.", "Hebat Islam ni", itu sahaja yang kedengaran, hanya mengagumi, tidak berazam untuk mencontohi dan mempraktikkan. Hanya berbangga dengan sejarah, tidak mahu mencipta sejarah. Bangkitlah!!

Akoo sempat membelek beberapa tulisan tokoh ini. Relativiti Masa dan Hakikat Takdir. Dahsyat! Termenung lama akoo menghayati isi tulisan beliau. Ya, pernahkah kita terfikir, sebenarnya, adakah masa yang kita anggap 5 minit itu adalah benar2 5 minit? Atau ia hanya satu PERSEPSI kita? Jikalau sesiapa pernah mempelajari ilmu Fizik di sekolah dahulu, ukuran ini xpernah tepat. Kadanag2, kita ukur panjang satu benda, kadang2 5.0cm, pastu ukur lagi sekali 4.9cm, pastu ukur lagi sekali, 5.2cm plak. Jadi, mana satu ukuran yang betul ni? Ukuran yang JITU pun ditakrifkan sebagai ukuran yang menghampiri UKURAN YANG SEBENAR. Jadi, apakah ukuran yang "sebenar" itu?


Ayuh berfikir dengan lebih mendalam. Kita tafsirkan satu2 objek itu merah sebagai contoh. Adakah warna objek itu memang merah? Atau ia hanya tafsiran otak kita? Orang rabun warna, apa pula tafsiran dia terhadap objek tersebut? Adakah itu juga dikatakan merah? Jadi, apa sebenarnya warna sebenar objek tersebut? Atau dalam dunia ini tiada benda yang benar atau "mutlak"?

Sememangnya manusia ini memang lemah. Dan, tidak ada yang berkuasa selain Allah Taala. Manusia tidak dapat menilai sifat sebenar sesuatu objek. Manusia hanya mampu hidup dalam PERSEPSI. Eloklah kiranya akoo bawakan satu cerita yang cukup famous, cerita tentang 3 orang buta yang ingin mengetahui tentang bentuk sebenar "gajah". Yang pegang belalai, cakap gajah ni lembut dan panjang macam ular, yang pegang kaki, kata gajah ini macam pokok, yang pegang telinga, kata gajah ini nipis. Lalu bergaduhlah ketiganya mempertahankan hujah masing2. Persoalannya? Salahkah mereka? Mereka betul, cuma TIDAK TEPAT!

Jadi, begitulah kita. Kita sekarang ini, walaupun sebenarnya sedang melihat, tapi kita ibarat orang buta itu tadi, kerana kita hidup dalam dunia persepsi. Jadi, apakah yang sebenarnya? Kalau nak tahu yang sebenar, kenalah kembali kepada Yang Maha Mengetahui. Kerana, hanya Dia sahaja yang mengetahui tentang HAKIKAT. Jadi, jika tidak mahu tenggelam dan hanyut dalam dunia PERSEPSI ini, kita harus kembali kepadaNya.

Jangan kita jadi seperti ramai golongan orietalis yang mengetahui kebenaran fakta ini, namun tidak mahu mengiyakannya, kerana kepentingan diri. Jangan juga kita terus hanyut dengan fakta2 sebegini mengaguminya sana sini, sedangkan kita sendiri tidak berbuat apa2 untuk Islam.

Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" Mereka menjawab: kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
(Al-Mukmunun:112-114)

Tuesday, May 12, 2009

memahami...


"Adik, kami ada buat petisyen. Kami nak buat memorandom sebab kerajaan ada ban buku2 ni. Diorang ban sebab perkataan ni je. "Extremist". Jadi, adik boleh sain kat sini ek tanda sokongan kepada kami." jelas seorang awek di gerai Sisters In Islam.

"Ish.. nak sain ke xnak ek?.." ujar akoo.... dalam hati je. Tapi, belum sempat habis berfikir, naqibku di sebelah sudah menurunkan tandatangan. Aik! Betul ke ni tindakan dia ni? Xfikir dulu ke? Tah2, buku yang diorang keluarkan ni, akan memesongkan pemahaman orang Islam yang baca, akoo la penyebab tu sebab sokong. Tu yang akoo takut. Namun, untuk masa itu, nak jaga hati awek tu, akoo turunkan tandatangan. Bismillah... Namun, hati terus tidak selesa selepas menurunkan tandatangan tersebut. Ya Allah, akoo berlindung denganMu dari rasa gelisah...

Hmm... Kita selalu dengar dengan ungkapan, "sebenarnya, untuk bagi orang lain faham kita, kita perlu memahami orang lain." Ungkapan ini sering diungkapkan khususnya dalam percintaan. Namun, setelah mendengar ucapan daripada seorang yang berpemikiran liberal, ungkapan ini dapat akoo lihat dari sudut yang lebih luas. Ya, katanya, "Orang Islam selalu kata orang lain misunderstood mereka, sehingga banyak buku dikeluarkan pasal ini, sedangkan mereka tidak pernah nak memahami orang lain."


Hati akoo tersentak. Allahuakbar! Memang benar apa yang dikata. Nak dakwah nonmuslim konon, cakap non muslim xnak faham kita, tapi sejauh mana akoo mengetahui dan memahami agama mereka? Keinginanku bertambah lagi apabila melihat, orang yang liberal ini, mampu berdebat dengan seorang Buddhist, yang mana dia lebih mengetahui tentang Buddhist berbanding penganut tersebut. Akoo sangat kagum dengan ilmu yang dia ada. Ya, muhasabah sungguh buat diriku yang sangat kurang membaca. Nak katakan dia salah kerana pemikirannya yang liberal? Sedangkan bacaannya jauh mendahului akoo.

Namun, bukanlah bermakna akoo bersetuju dengannya 100%. Golongan ini disebabkan banyaknya input yang mereka ada, mereka terlalu taksub dengan diri sendiri, takabbur sehingga akal diletak di depan. Sayang seribu kali sayang. Namun, takkan mahu dibiarkan saja golongan ini terus begini? Kitalah yang perlu membimbing mereka.

Sayang sekali, bila mana kita terlalu takut untuk menghadapi mereka. Berapa kerat yang berani bersemuka dengan golongan2 seperti ini, untuk menjelaskan kebenaran? Sedangkan golongan ini sebenarnya sedang bertanya satu soalan yang mereka faham tentang Islam kepada kita. Kebanyakan kita, hanya mampu menghentam mereka, tanpa tahu apa perjuangan mereka, apa yang mereka persoalkan. Sebab itu, akoo nekad, akoo akan mula mengenal golongan2 ini.


"Kenapa kita perlu takut? Takut orang percaya dan yakin dengan apa yang mereka sebut? Kita macam mana? Kalau kita di pihak yang benar, xkanlah kita xmampu melawan hujah mereka? Sebab tu ana sain je tadi." jelas naqibku dalam perjalanan pulang.

Monday, May 11, 2009

Ayuh menuju mampu!


"Fardhu kifayah itu, apabila dah ada orang lain buat, kita xpayah buat!"

Alasan... Walaupun akoo pernah menulis bahawa jangan terlalu beralasan dalam sesuatu tindakan, sebenarnya, alasan itu sangat penting. Tanpa alasan, semua kita nak buat tanpa fikirkan kesannya. Tanpa alasan, seseorang itu, akan menjadi kurang kritikal dalam berfikir. Jadi, selepas ini, semua yang membaca artikel iniharus menjadi seorang yang BERALASAN. Hehe.. Namun, jangan terlalu beralasan, sehingga kita menjadi seorang yang pengecut.

Apa kaitan alasan dengan "fardhu kifayah"? Macam xde kaitan je. Bagi akoo, kedua2 perkara ini sangat berkaitan. Ya, sebagai contoh, apabila ramai melihat hukum berdakwah itu fardhu kifayah oleh sesetengah ulama', mereka hanya memandang ringan terhadap dakwah itu. Dan, mereka mengatakan, "cukup rr tu ko bawak dakwah, kira akoo lepas rrr, sebab kan dakwah tu fardhu kifayah?"

Seorang rakanku pernah menyebut, sebenarnya, kita telah salah faham tentang fardhu kifayah. Sebenarnya, fardhu kifayah itu sangat penting. Sebab itu ia dinamakan "fardhu", bukan perkara sunat. Jadi, sebenarnya, perkara fardhu kifayah ini perlu dianggap sangat besar. Kerana apa? Kerana perkara fardhu kifayah ini, selalunya berkaitan dengan masyarakat. Tanpa perkara itu, masyarakat kurang sempurna. Sebagai contoh, menjadi doktor Islam. Tanpa golongan ini, siapa yang bakal menjadi menteri kesihatan jika Islam memerintah suatu hari nanti? Tanpa golongan ini, sampai bila pembedahan akan dijalankan tanpa pengharapan 100% kepada Allah Taala? Tanpa golongan ini, sampai bila ujian2 yang sensitif seperti "breast examniation" akan dilakukan oleh lelaki? Tanpa golongan ini, sampai bila anak2 yang dilahirkan akan disambut oleh lelaki?

Islam untuk semua! Bagi akoo, setiap manusia diciptakan Alah Taala dengan kemampuan dan special masing2. Walaupun kadang2, seseorang itu OKU(Orang Kurang Upaya), namun, dia tetap mempunyai kelebihannya sendiri walaupun secara zahirnya kita hanya memandang kekurangannya. Fahamnya apa? Fahamnya, kita perlu tahu kelebihan kita, dan apa yang boleh kita sumbangkan untuk menegakkan kalimah Allah!

Ungkapan "akoo xde ilmu" sudah lagi tidak relevan. Kerana, mungkin kita tidak ada ilmu seperti ulama' atau orang yang benar2 mendalami agama. Tapi, dengan ilmu sedikit yang kita ada, mungkin ilmu itu, tiada pada orang lain. Akoo ulang, ISLAM UNTUK SEMUA. Jika kita hanya pandai bermain gitar, maka sebarlah Islam dengan ilmu itu, jika kita budak skema dan academician, maka belajarlah bersungguh2 dan sebarkanlah Islam dengan kajian2 anda, jika anda yang jenis sosial dan xsuka poyo2 ni, maka bergaullah dengan mad'u yang sangat ramai memerlukan bimbingan dari kita yang memahami Islam. Reti menulis je, xreti bercakap? Buatlah blog. Jadi, yang pentingnya, kita perlu kenal, apa kelebihan kita.


Dan, tidak lupa juga, akoo pernah menulis jangan jadikan alasan sebagai penutup jalan, bahkan sebagai batu lonjakan untuk kita maju ke depan. Jika "akoo xde ilmu", dan akoo sedar bahawa akoo perlukan ilmu tersebut, maka akoo kena mendalami ilmu tersebut, barulah akoo mampu untuk membuat sesuatu. Inilah pemikiran yang perlu ditanam dalam diri ummat Islam.

Suatu penyakit yang melanda ummat Islam. Cintakan dunia dan takutkan mati! Kemudian, mereka lupa satu perkara yang sangat penting, bahawa DIRI MEREKA BEGITU BERHARGA. Bangkitlah ummat Islam!

Friday, May 8, 2009

akal di depan, Allah di belakang


Socrates/Plato/Aristotle(akoo pon lupa yang mana satu), berkata adil itu ialah "apabila kita pinjam sesuatu barang, kita hendaklah memulangkannya kepada tuannya." Persoalannya, jika tuan punya barang sudah gila, adakah adil kita memulangkan barang kepadanya? Fuh... kritikal ni.. hehe...

Pengembaraanku mengenal manusia diteruskan dan sememangnya bagiku, jika manusia mengetahui betapa uniknya Allah ciptakan mereka, kalimah Subhanallah akan terpacur keluar dengan sendiri dari mulut mereka, bahkan bukan dari mulut, dai hati mereka.

Ya, manusia ini pelbagai macam. Ada yang skema, ada yang sempoi, ada yang buaya, ada yang setia. Dalam aspek penggunaan akal juga, terdapat pelbagai jenis manusia. Ada yang tidak mahu menggunakan akal langsung, ikut je, yang penting, akoo bahagia. Selalunya, golongan ini adalah golongan yang malas berfikir dan suka mengikut apa yang orang lain lakukan. Dan, yang menariknya, ada manusia yang terlalu menggunakan akal, sehingga mereka hanyut dan leka dengan pemikiran mereka. Golongan ini sangat taksub dengan pemikiran mereka, malah mungkin merasakan diri mereka hebat sehingga meletakkan akal di depan, dan Allah di belakang.

Alhamdulillah... Akoo diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk berjumpa dengan golongan ini. Naqibku membawaku berjumpa dengan mereka. Dari satu segi aspek pemikiran, golongan ini patut dipuji, kerana sangat banyak membaca. Akoo sangat mengagumi mereka dari aspek itu. Masakan tidak golongan ini memperlekehkan kita, yang kononnya tahu pasal agama, sedangkan kita, berapa kerat sangat membaca buku? Jadi, memang kita patut dipandang lekeh oleh mereka. Namun, adakah selama2nya kita ingin dipandang begini? Prinsip yang dipegang, semua agama SAMA. Dan, ilmu falsafah adalah ilmu yang sewajarnya dipakari. Ilmuwan falsafah seperti Socrates, Aristotle and da gang, menjadi tokoh mereka.

Namun, apa yang menariknya, jangan kita katakan golongan ini sememangnya berasal daripada pemikiran yang begini. Untuk pengetahuan semua, banyak muka2 dari golongan ini sebenarnya suatu ketika dahulu, pernah mengkuti usrah, bergerak kerja dalam gerakan Islam dan sebagainya. Namun, akhirnya, mereka memilih jalan ini. Apa puncanya? Dan di mana silapnya? Bagiku, ini bukan salah usrah atau gerakan Islam. Salah orang yang mengendalikan usrah. Masakan tidak, orang yang memasuki usrah, tidak dibentuk berdasarkan keperluan mereka sedangkan Nabi SAW mentarbiah sahabat2, berdasarkan apa keperluan sahabat tersebut. Mus'ab bin Umair, hebat dalam berdakwah, dididik dengan kepakarannya sehingga boleh menyebarkan Islam ke seluruh penduduk Yathrib(Madinah), sehinggakan apabila Nabi SAW sampai di Madinah, tidak ada satu rumah pun, yang belum sampai khabar Islam di rumah mereka. Muhasabah untuk kita bersama.


Pada hari pertemuan akoo mereka, akoo mengambil langkah untuk berdiam diri, kerana takut2 tersilap langkah dalam mendepani golongan ini walaupun pada hari tersebut, gatal sahaja mulut ini untuk bersuara. Akoo memerhatikan bagaimana naqibku menghadapi mereka. Tajuk yang dibicarakan cukup simple, "apa itu adil"? Kita pernah diajar di sekolah dalam subjek Pendidikan Islam, adil itu bukan sama rata, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Namun, mereka tidak berpuas hati dengan jawapan itu, kerana ia masih belum spesifik.

Provokasi demi provokasi dibuat. Buat apa kita perlu berlaku adil? Sedangkan berlaku zalim itu menguntungkan kita? Bahkan, kan bodoh namanya, jika kita tidak menggunakan kelebihan yang kita ada untuk kepentingan kita dan kroni kita sendiri? Dan, kan bodoh namanya, kita melakukan sesuatu yang sakit bagi kita, iaitu berlaku adil, yang tidak menguntungkan kita?

Idea yang dilontarkan sangat bernas. Namun, sayang sekali, idea ini tak akan memeningkan kita jika aqidah teguh disandarkan. Persoalan ini akan terjawab jika manusia percaya dosa pahala. Persoalan ini akan terjawab jika manusia percaya adanya akhirat. Persoalan ini akan terjawab jika manusia percaya ada syurga neraka. Ya, kita akan untung secara zahir jika kita berlaku zalim. Itu jika kita duduk di tempat orang yang berbuat zalim. Jika kita duduk di tempat orang yang dizalimi? Kan rasa cam nak bagi penyepak je kat orang yang menzalimi kita? "Kalau macam tu, biar semua orang buat zalim la.." akan timbul idea begitu. Nak buat begitu? Silakan.. Dan, saat itu, nantikan keadaan dunia yang kucar kacir, sebab manusia semuanya tidak boleh dipercayai. Yang kuat akan terus berkuasa, yang lemah akan dihina dan dianiaya. Inikah yang kita mahukan?

Allah suruh kita tegakkan keadilan bukan untuk orang lain, tetapi untuk kita. Walaupun nampak kita seperti menyakitkan diri sendiri untuk berlaku adil, tetapi, sakit itu akan dibalas dengan balasan yang setimpal kelak. Bahkan, inilah sifat unik yang ada pada ummat Islam, rela berkorban untuk saudaranya yang lain. Sebab itulah, Islam adalah jawapan bagi segala kecelaruan yang berlaku sekarang.

sambungan bagi artikel "bukan sekadar logik"

Friday, May 1, 2009

Jika DIA baik, SEMUA baik!


Teringat ketika akoo melontarkan pandangan akoo, tentang "hati" yang "orang Melayu" fahami. Semua mesti tahu dan pernah dengan dengan satu filem famous dari Indonesia, MY HEART. Jika kita lihat dalam filem ini, watak utamanya, menderma "hati"nya sebagai pengorbanan atas dasar cinta. Pergh.. Jiwang karat ni. Namun, bukanlah ingin disyarahkan bab karat ini, tapi, sebenarnya HEART yang difahami oleh orang Melayu adalah HATI. Tetapi, sebenarnya, jika kita amati, yang dimaksudkan dengan HEART itu sebenarnya adalah JANTUNG dalam Bahasa Melayu. Jadi, tajuk filem tersebut sepatutnya ditukar kepada MY LIVER. Haha...

Sabda Nabi SAW,
"Perkara yang halal itu sudah jelas dan perkara yang haram juga sudah jelas. Di antara keduanya adalah perkara syubhat(samar2) yang tidak diketahui oleh banyak orang. Barangsiapa yang menjaga dari perkara syubhat, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Dan, barangsiapa yang masuk dalam perkara syubhat, maka ia bagaikan seorang pengembala yang mengembalakan ternakannya di SEKITAR kawasan terlarang yang dikhuatirkan akan melebihi kawasannya. Ingatlah bahawa si penguasa ada batasan2 tertentu dan batasan Allah adalah laranganNya. Ingatlah, sesungguhnya, dalam tubuh manusia itu ada SEGUMPAL DARAH. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh tubuh, apabila ia buruk, maka buruklah seluruh tubuh. Ketahuilah ia adalah QALBU"
(HR Muslim)

Sengaja akoo membiarkan kalimah arab QALBU itu tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kerana fahaman kita QALBU=HATI. Tetapi, adakah HATI itu adalah HEART(jantung) atau LIVER(hati)?


Dalam bidang perubatan, kedua2 organ ini sangat penting. Kita mulakan dengan jantung. Jantung sebagai pengepam darah yang mengandungi segala bahan yang diperlukan oleh badan, ke seluruh tempat. Jika jantung tak mampu mengepam darah dengan baik, sebagai contoh darah tidak mampu sampai ke OTAK, otak juga tidak dapat berfungsi dengan baik. Hati juga begitu, tempat metabolisma atau proses pelbagai bahan dalam badan. Jika hati kita terkena jangkitan(hepatitis), banyak penyakit yang bakal menyusul dan badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Sebab itu, kita pernah dengar kes2 yang memerlukan pemindahan hati.

Namun, yang mana satu yang dimaksudkan oleh Nabi SAW ini? Baik. Jom terus mengkaji. Jika diperhatikan, dalam hadis diatas, Nabi SAW mengaitkan organ ini dengan perkara yang halal dan haram. Selalunya, orang akan mengaitkannya dengan makanan. Jika soal makanan, kedua2 organ ini sangat berkait rapat fungsinya dengan makanan. Jika pemakanan tidak baik, jantung boleh rosak(myocardial infarction). Rokok(haram) juga boleh merosakkan jantung. Hehehe. Hati juga begitu, tanpa pemakanan yang baik, hati juga boleh rosak. Jadi, yang mana satu ni?


(fatty liver atau hati berlemak... akibat bagi peminum arak)

Akoo tidak mahu menjawab, malah ingin menambah lagi satu pilihan. Jika kita perhatikan dalam Al Quran, QALBU atau HATI yang dinukilkan adalah berkaitan dengan emosi, perasaan, niat. Bagiku, sekarang pun, manusia belum mampu menerangkan dengan jelas soal perasaan dan emosi ini. Sebagaimana mereka pening, bagaimana hal yang berkaitan dengan emosi dan perasaan, sebgai contoh, stress, kadang2 sesetengah manusia akan banyak makan, kemudian, ada yang lain, tak lalu makan. Stress adalah punca banyak penyakit. Bahkan kandungan mungkin gugur akibat stress. Jadi, mungkin ini yang dimaksudkan oleh Nabi SAW.


Mana2 satu pun yang diterangkan oleh Nabi SAW, semuanya amat bermakna. Akoo hanya cuba membawa bukti dari sektor perubatan. Fakta ini hanya ditemui manusia selepas kewafatan Nabi. Jadi? Siapa yang ajar Nabi kalau bukan Sang Pemilik Ilmu. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa Baginda dipandu oleh Dia yang mencipta manusia. Pencipta tahu semua hal pasal barang yang dicipta, apa yang baik untuk mereka, apa yang buruk untuk mereka. Jadi, xrasa bodoh ke, kalau YANG DICIPTA itu xnak dengar apa YANG PENCIPTA cakap?

Sekian, jika DIA baik, SEMUA baik! Percayalah. Mungkin bukan setakat percaya. Yakinlah! Dan mungkin bukan setakat yakin. Beramallah! Mungkin bukan setakat beramal. Istiqamahlah! Mungkin bukan setakat semua yang tadi. Sebarkanlah pada yang lain!

~Anda sihat dengan Islam~