Recent Posts

Tuesday, May 12, 2009

memahami...


"Adik, kami ada buat petisyen. Kami nak buat memorandom sebab kerajaan ada ban buku2 ni. Diorang ban sebab perkataan ni je. "Extremist". Jadi, adik boleh sain kat sini ek tanda sokongan kepada kami." jelas seorang awek di gerai Sisters In Islam.

"Ish.. nak sain ke xnak ek?.." ujar akoo.... dalam hati je. Tapi, belum sempat habis berfikir, naqibku di sebelah sudah menurunkan tandatangan. Aik! Betul ke ni tindakan dia ni? Xfikir dulu ke? Tah2, buku yang diorang keluarkan ni, akan memesongkan pemahaman orang Islam yang baca, akoo la penyebab tu sebab sokong. Tu yang akoo takut. Namun, untuk masa itu, nak jaga hati awek tu, akoo turunkan tandatangan. Bismillah... Namun, hati terus tidak selesa selepas menurunkan tandatangan tersebut. Ya Allah, akoo berlindung denganMu dari rasa gelisah...

Hmm... Kita selalu dengar dengan ungkapan, "sebenarnya, untuk bagi orang lain faham kita, kita perlu memahami orang lain." Ungkapan ini sering diungkapkan khususnya dalam percintaan. Namun, setelah mendengar ucapan daripada seorang yang berpemikiran liberal, ungkapan ini dapat akoo lihat dari sudut yang lebih luas. Ya, katanya, "Orang Islam selalu kata orang lain misunderstood mereka, sehingga banyak buku dikeluarkan pasal ini, sedangkan mereka tidak pernah nak memahami orang lain."


Hati akoo tersentak. Allahuakbar! Memang benar apa yang dikata. Nak dakwah nonmuslim konon, cakap non muslim xnak faham kita, tapi sejauh mana akoo mengetahui dan memahami agama mereka? Keinginanku bertambah lagi apabila melihat, orang yang liberal ini, mampu berdebat dengan seorang Buddhist, yang mana dia lebih mengetahui tentang Buddhist berbanding penganut tersebut. Akoo sangat kagum dengan ilmu yang dia ada. Ya, muhasabah sungguh buat diriku yang sangat kurang membaca. Nak katakan dia salah kerana pemikirannya yang liberal? Sedangkan bacaannya jauh mendahului akoo.

Namun, bukanlah bermakna akoo bersetuju dengannya 100%. Golongan ini disebabkan banyaknya input yang mereka ada, mereka terlalu taksub dengan diri sendiri, takabbur sehingga akal diletak di depan. Sayang seribu kali sayang. Namun, takkan mahu dibiarkan saja golongan ini terus begini? Kitalah yang perlu membimbing mereka.

Sayang sekali, bila mana kita terlalu takut untuk menghadapi mereka. Berapa kerat yang berani bersemuka dengan golongan2 seperti ini, untuk menjelaskan kebenaran? Sedangkan golongan ini sebenarnya sedang bertanya satu soalan yang mereka faham tentang Islam kepada kita. Kebanyakan kita, hanya mampu menghentam mereka, tanpa tahu apa perjuangan mereka, apa yang mereka persoalkan. Sebab itu, akoo nekad, akoo akan mula mengenal golongan2 ini.


"Kenapa kita perlu takut? Takut orang percaya dan yakin dengan apa yang mereka sebut? Kita macam mana? Kalau kita di pihak yang benar, xkanlah kita xmampu melawan hujah mereka? Sebab tu ana sain je tadi." jelas naqibku dalam perjalanan pulang.

4 comments:

nurul said...

emmm artikel y menarik..tp incik bonot nk bg satu soklan.ape pndpt incik kalo non-muslim brtanye pasal islam pd org y kurg memahami agama cthnye owg2 y free hair,xsolat sbb drg rase org2 y so-called terer agama ni sukar didekati and terlalu taksub dgn agama..ana bg cth ye..

"ada seorg non-muslim ni hulur tangan nk bersalam..jd muslimat ni jwblah xble salam..non-muslim 2 pn tnye nape xble?dye ckp i salam je dgn ur frenz y islam y lain...dye ckp pmpn islam ni td ckp it's ok.it's good for tightening the relationship among frenz and dye ckp semua agama same..ask da believer untuk buat bnd baik..so xsalahla shakes hand..."

cam xberkait je..eh tp silela jwb..tq

Asy-syahid(to-be) Dr Hakem Al-Bonoti said...

hmm.. menarik nurul ni, banyak bagi komen ye... soal salam ke x ni, bagi gua(wa.. cambest je pakai pekataan ni), soal method pendekatan dakwah.

Dalam dakwah, ada yang memakai pendekatan, berpegang pada prinsip. Macam Ahmad Deenijad, ketika dihulur tangan untuk bersalam oleh pompuan(xingat sape, tapi, orang besar jugak la), dia menolak.

Ada juga yg pakai method, lebih bersifat terbuka, sebagai contoh, Erdogan.

Terpulang atas tempat masing2 untuk memakai method mana yang lebih sesuai. Dalam soalan tadi, muslimat itu, memakai method pegang kepada prinsip. Jadi, personalitinya harus mencirikan seorang yang berprinsip di hadapan non muslim.

Dalam kes di atas, masalahnya bukan soal pendekatan, tapi soal "ORANG YANG SO-CALLED TERRER AGAMA" ni, yang bersifat EKSLUSIF. Itu yang perlu dimuhasabah bersama. Termasuk diri gua sendiri. Jika sifat ini dapat dibuang, pakai sahaja mana2 method di atas, insyaAllah setel.

nurul said...

owh pe mksd bersifat terbuke kt c2?
mksdnye dye salam je ke pmpn? bleh erh? emm btol gak ada je y konon2 org terrer agame ni y brsifat xclusive kononye smpkn sukar didekati...tp ada gak y peramah ble borak2 dgn sume org..n rasenye non-muslim ni sng je..nk brdakwah kt drg xssh..ana bg 1 cth ye

"ktrg ari 2 ada berborak pasal perkahwinan ngn drg..mule2 ktrg tnye, dlm chinese btol ke kne tggl sme dulu br kawen and dye jwb xla itu cume adat, dlm agama buddha xda pn aja cam2..pas2 kte plak la msk jarum.ctekn ape y islam aja pasal perkahwinan..buruk baik setiap bnd y kne buat...pas2 chinese 2 pn terpegun..xsangke islam aja cam2..."

lihat erh..isu mudah je pasal kawen..tp kt c2 pn kte ble brdakwah kt drg..kalo nk tgg drg tnye kte mmg xtrtnyela..tp kte ni ptutnye dgn slambe cte je..bg drg 2 1 pengetahuan y mnrk..tp untk di pihak islam ada gak manfaat...

Asy-syahid(to-be) Dr Hakem Al-Bonoti said...

kang gua cakap buleh kang, orang cakap ana ni memang liberal.. haha... xde rrr... dalam situasi Malaysia ni, gua rasa, kita perlu lebih berprinsip.

Tapi, andai kata keadaan memang mendesak, memang dah xde cara lain, macam kat Turki tu,(kalau tempat anda pun memang xbleh, memang kena simpan prinsip dulu), maka lebih baik kita memilih MUDHARAT YG LEBIH KECIL DARIPADA BERLAKU MUDHARAT YG LEBIH BESAR.

skang ni, tu ana kata, bukan masalah pendekatan, pendekatan dah cantik, cuma KITA SAHAJA YANG EKSLUSIF!