Recent Posts

Wednesday, December 30, 2009

Lambakkan lagi!


Sedang makan tengah hari pada hari Ahad tempoh hari, TV dewan makan kolejku kelihatan terbuka. Melodi! Wah... Sudah lama akoo meninggalkan zaman melihat rancangan ni. Akhir sekali ialah waktu persekolahan dulu. Waktu tu, akoo agak update dengan perkembangan2 hiburan tanah air. Maklumlah, di sekolah, sudah tentu kawan2 akan membeli buku2 seperti Gempak dan Utopia. Bila pulang ke kampung pula, penuh pula majalah seperti URTV, Mangga dan sekutu2nya yang dibeli oleh kakak akoo.

Apa yang menariknya, rancangan Melodi pada hari itu, mengeluarkan satu isu yang amat membimbangkan para penggiat "hiburan" tanah air iaitu kebanjiran bilangan artis2 baru yang muncul seperti "cendawan tumbuh selepas hujan"(wah.. berperibahasa la pulak). Mana tidaknya, rancangan2 realiti TV yang menjadi satu langkah ekspres untuk menjadi artis agak berLAMBAK. Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Bintang RTM, Raja Lawak, Akademi Nasyid(saja selitkan... hehehe), dan sebagainya.

Timbul suara2 yang mempertikaikan kualiti golongan ini. Dan, mula timbul golongan yang berbicara soal apa kriteria atau kelayakan untuk menjadi seorang itu menjadi seorang penghibur. Kerana, mereka mula sedar, bahawa hanya berapa kerat sahaja golongan2 ini yang terus menyerlah. Mawi, Adam, Jacquline Victor. Nama lain yang dahulu meletup, terus hilang dan entah ke mana.

Namun, walaupun keadaannya begitu, masyarakat masih GERSANG untuk menjadi artis. Mungkin kepopularan artis yang kadangkala mengalahkan Perdana Menteri itu yang menarik minat semua. Kadangkala, biodata artis itu, diketahui melebihi mengetahui biodata sendiri. Hehe.. Uniknya manusia ni kan?

Ya, akoo akui. Ini budaya hedonisme. Masyarakat yang sangat suka berhibur. Namun, seperti biasa, kurang alternatif di peringkat mereka yang mendakwa apa yang masyarakat lakukan adalah salah. Ada, tetapi masih kurang. Walhal, semua orang tahu, bahawa Islam xmenghalang hiburan, asalkan kena pada syaratnya.

Bagi akoo, bilangan mereka yang faham tentang Islam, dan ingin menyampaikannya dalam bentuk hiburan perlu ditingkatkan dan dirancakkan lagi. Pada masa yang sama, budaya ilmiah yang disebut "poyo" oleh golongan masa kini juga perlu ditambahrentakkan. Kerana, bagi akoo, hedonisme di Malaysia ini, kemungkinan akan mengalami kejatuhan jika isu di atas terus bergelora. Saat itu, menjadi seorang artis, bukan lagi satu kemasyhuran, bahkan dilihat "murah" oleh masyarakat. Maka, mereka akan mula mencari BENDA LAIN, yang memberi impak yang sama. Apa benda itu? Itu yang harus kita fikirkan.

Jadi, kita harus berterima kasih kepada AF, Malaysian Idol, dan sebagainya. Teruskan meLAMBAKkkan artis. Hehehe.... Sekadar pandangan.

Monday, December 28, 2009

Nilai se"detik"

Bengkek dengan wifi yang terlalu xstabil. Sudah lebih seminggu hidup tanpa internet. Tangan sudah liar untuk menulis. Namun, tetap xkesampaian. Berbekalkan pesan "kehidupan ini adalah universiti", akoo sedar, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Takut2 internet akan putus lagi, akoo mahu berkongsi satu kata2 yang agak menarik daripada John C Maxwell dalam bukunya Today Matters yang akoo translate sendiri:

Untuk tahu nilai satu TAHUN, tanyakanlah.....
kepada pelajar yang FAIL final exam.

Untuk tahu nilai satu BULAN, tanyalah......
kepada ibu yang melahirkan bayi xcukup bulan.

Untuk mengetahui nilai satu MINGGU, tanyalah....
kepada editor majalah berita minggu

UNtuk mengetahui nilai satu HARI, tanyalah.....
kepada buruh harian yang punya 6 orang anak.

Untuk mengetahui harga satu MINIT, tanyalah.....
kepada kekasih yang sedang menuggu waktu bertemu.

Untuk mengetahui harga satu SAAT, tanyalah...
kepada orang yang terselamat daripada kemalangan.
(macam kes Bas Sani Ekspres kelmarin... ni bukan John C Maxwell tulis.. akoo tambah sendiri.. haha)


Untuk mengetahui harga satu MILISAAT, tanyalah....
kepada pemenang pingat PERAK dalam sukan Olimpik.

Bagi akoo, kata2 ini agak menusuk kalbu. Kerana, kita terus dan terus memBUANG barang BERHARGA ini. Semua insan akan terus membuang barang berharga ini, kecuali mereka yang beriman dan berAMAL soleh.

Persoalannya... Apa makna orang "beriman"? Dan apa pula makna "berAMAL soleh"? Dan kenapa Allah Taala sekalikan 2 perkara? Apa hubungan keduanya? Ha... Fikir jangan xfikir...

Friday, December 18, 2009

Kesedaran BerMUSIM


Feel habis exam memang best! Rasa macam baru terlepas daripada satu beban yang berat. Dalam hati kuat meraung, "Yahoo.... Merdeka!!" Haha.. Feel ni xpatut dilupakan kerana ia hanya ada pada mereka yang bergelar pelajar dalam sistem exam oriented.

Hari ini, banyak blog2 yang akan menulis soal hijrah. Ahli2 politik negara apatah lagi. Semua akan mengeluarkan perutusan2 mereka sempena hari bersejarah ini. Ustaz2 juga mungkin penuh jadual mereka seminggu 2 ini, untuk memberi ceramah, kuliah atau forum soal hijrah. Boleh dikatakan, ini adalah "Musim Hijrah" selepas berlalunya "Musim Raya Haji" yang lepas.

Ada yang mungkin berpendapat bahawa, tidak setuju dengan perayaan2 sebegini. Kerana, bagi mereka, dalam setahun, hanya pada masa ini orang sibuk membaca hadis pertama dalam hadis 40. Hanya pada masa ini, mereka sibuk berbicara soal sirah Nabi SAW berhijrah. Semuanya hanya RUTIN setiap tahun. Seminggu 2 selepas ini, orang akan kembali seperti biasa. Tiada lagi pengajaran hijrah dalam hidup. Seperti mana disambut Hari Ibu, hanya pada hari itu, mereka mengingati ibu, selepas itu, buat xtahu. Ini semuanya, hanyalah kesedaran yang bersifat REAKTIF. Tak ada isu, tak akan ada kesedaran. Apa barang beb.....

Akoo meneliti pemikiran orang yang berpendapat sebegini. Ada benarnya. Bahkan, akoo juga pernah berpendapat sebegitu.

Namun, bila diteliti kembali, kesedaran memang memerlukan satu "stimulator" atau "pencetus". Bukan soal peristiwa yang perlu diteliti, tapi soal pendekatan kita dalam menyampaikan pengajaran di sebalik peristiwa itu, agar kesedaran yang dimiliki adalah "long term effect".

Alhamdulillah... Wujud idea daripada Saidina Umar Khattab, untuk mewujudkan kalendar Islam sendiri. Memberikan identiti kepada Islam sendiri. Dapat mencaknakan lagi ummat Islam tentang peristiwa2 yang berlaku dalam sirah Nabi SAW, dan dengan itu mudah2an sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada mereka.

Memang benar, orang hanya sedar sekali setahun. Namun, andai kata tiada sambutan, dan semua buat tidak tahu, bukankah ia lebih dahsyat? Entah2, tak ada kesedaran langsung tentang hijrah dalam setahun itu.

Justeru, bagi akoo, bukan isu menyambut hijrah atau apa2 peristiwa yang perlu dibahaskan, tetapi persoalan utama ialah sejauh mana kita mampu menyedarkan orang ramai tentang pengajaran di sebalik peristiwa itu. Dan, andai kata sudah ada kesedaran, bagaimana pula caranya bagi memastikan agar kesedaran itu bertahan lebih lama, tidak hanya berMUSIM. Itu isunya!

Sekian. Salam Maal Hijrah daripada akoo.
(ape da... orang tulis la pape yang berkaitan ngan hijrah sket.. ni dok merapu pasal isu ni plak... Ah... lantak rrr... blog akoo.. akoo peduli apa.. Hahaha....)

Monday, December 14, 2009

KeTUANan


Agak riuh satu negara bila isu BTN dipersoalkan. Akoo hanya mampu tersenyum bila mana membaca hujah2 mereka yang cuba mempertahankannya. "Lain makan nangka, lain kena getah". Namun, jangan risau.... Tiba masa, Allah Taala akan dedahkan juga siapa yang makan nangka itu. Itulah yang mampu akoo simpulkan dalam isu ini.

Sejujurnya, akoo, sebagai orang yang ditakdirkan Allah Taala dilahirkan sebagai orang Melayu juga kadang2 terkesan. "Tanah ini nenek moyang kita punya." "Orang yang mempersoalkan ketuanan Melayu adalah orang yang tidak belajar sejarah". "Mereka kena sedar mereka dulu dibawa ke sini". Itulah yang diajar. Di sekolah dulu pun, akoo masih ingat, subjek sejarah ada mengulang kata2 yang sama.

Bagi mereka yang "bukan Melayu" pula, selalu kedengaran. "Melayu ni malas, xboleh percaya." "Kita ni nama je rakyat Malaysia, tetapi apa yang kita ada?" "Diorang senang2 boleh masuk U, senang2 dapat biasiswa, senang2 dapat pertolongan, kita yang susah ni camne? Jahanam punya itu Melayu"

Memang dahsyat sang penjajah. Walaupun setengah abad dah tinggalkan kita, namun agenda mereka masih lagi berjaya kerana kita terus terjajah. Anda boleh buka balik buku sejarah, kenal kembali, siapa sebenarnya penjajah ini. Setelah mengenal mereka, anda akan faham apa yang akoo maksudkan.

Si Pemakan Nangka itu terus menipu. Duit rakyat dibahagikan sesama mereka. Kemudian, bagi menutup kesalahan mereka, dihebohkan kepada orang kampung, bangsa lain cuba nak ambil tanah kita. Bangsa lain cuba "lawan tokey". Bangsa lain xsuka kita. Maka, bangsa lainlah yang kena getah itu. Rakyat yang selalu ditanam pemikiran begitu, terus percaya. Kita dalam bahaya. Kita perlu pertahankan tanah kita. Kita perlu pertahankan keTUANan kita.Celaka sungguh kau wahai Pemakan Nangka!!

Sedarlah... tidak ada penyelesaian melainkan Islam, bukan Islam Nasionalis. Tetapi Islam yang tidak mengenal warna kulit, tidak mengenal keturunan, tidak mengenal bangsa. Kembali kepada Islam, nescaya, jurang kemiskinan mampu dikurangkan. Kembali kepada Islam, tiada lagi sengketa perkauman. Kerana, Islam itu ADIL. Membantu yang MEMERLUKAN, bukan membantu KRONI.

Dalam Islam, kita bukan TUAN. Kita, adalah HAMBA. Kerana, kita diajar oleh "Tuan alam ini",
"Tidak aku jadikan Jin Dan Manusia melainkan untuk mengABDIkan diri kepadaKu"

Sunday, December 6, 2009

Dia atau Aku



"Mak cik ada anak?
" soalan ditanya ketika sedang mengambil "social history" seorang patient yang kelihatan agak muram.

"Ada... 2 orang" jawabnya seperti sedang menyembunyikan sesuatu.

"Umur anak dah berapa ya?" tanyaku lagi.

"Yang sorang tu, xingat dah.. Sorang lagi tingkatan 4" jawabnya.

"Yang xingat tu, dah kerja ke, tengah belajar kat U ke..." soalku ingin memastikan kerana umur bagi anak adalah maklumat penting.

"Dah kerja dah.. Kat kilang Proton." jawabnya.

"O0oo.. kiranya, anak makcik la yang sara family sekarang?"

"Tak. Dia memang tinggal dengan makcik. Tapi, dia ada isteri sendiri. Makcik dulu kerja, tapi lepas sakit2 ni, berhenti la.. Suami pun dah sakit xboleh bangun sekarang ni. Memang dah lama xkerja la.. Kira sekarang ni, adik pompuan makcik la yang tolong bayarkan kos hospital ni.. Entahla dik... makcik rasa anak makcik marahkan makcik kot." bergetar nadanya menjawab.

"Kenapa makcik cakap camtu? Makcik ada masalah ke dengan anak makcik?" akoo cuba mengorek.

"Camtu la dik. Sekarang ni pun, dia xdatang pun melawat makcik kat hospital. Dia pergi balik kampung isteri dia." jawabnya lagi. Matanya mula bersinar dengan air mata.

Akoo kaku seribu bahasa. Tak ada ucapan selain mengenangkan ayat Allah Taala,

"Tuhan kami, kurniakanlah kami dari isteri-isteri kami dan keturuanan kami sebagai PENYENANG HATI kami dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa" (Al-Furqan : 74)


Mungkin selalu melihat drama atau cerekarama yang mengisahkan tentang Si Tanggang anak derhaka dan sebagainya. Itupun, sudah mampu mengusik jiwa. Apatah lagi bila berdepan dengan realiti.

Namun, selalunya bila berdepan dengan perkara2 sebegini, kita hanya akan melihat sebelah pihak. Selalunya, kita akan melihat, "apa yang patut DIA buat".. Dia sebagai anak, xboleh wat camtu. Dia sepatutnya camni... camni... camni... Tetapi, akoo lebih suka memilih pemikiran "apa yang patut AKOO buat". Andai kata anak akoo, camni, akoo patut buat camni... camni... camni...

Bukan mencari salah, tetapi mencari penyelesaian. Mungkin, si anak berkelakuan begitu, atas tindakan kita sendiri. Mungkin, si anak berkelakuan begitu, kerana kita dahulu, juga derhaka kepada orang tua kita(astaghfirullah... tiba2 teringat kat ummi..). Mungkin, anak kita berkelakuan begitu, kerana hanya hendak mendapatkan perhatian. Siapa tahu? Jadi, usah banyak fikirkan perkara yang luar bidang kuasa kita iaitu "apa yang patut DIA buat", tetapi fikirkanlah "apa AKOO patut buat".

"Soal hati ni, kuasa Allah Taala. Dalam soal ni, apa yang kita boleh buat, doalah banyak2 makcik. Doakan Allah Taala lembutkan hati anak makcik. Kalau dua2 xnak mengalah, dua2 yang rugi. Makcik jangan terlalu ambil hati dengan anak makcik, insyaAllah Allah Taala akan buat anak makcik xambil hati ngan makcik. InsyaAllah... Saya pun akan turut doakan..." akoo mula bersuara menenangkannya. Mengajarnya pemikiran "apa patut akoo buat" dan cuba mengurangkan pemikiran "apa patut dia buat".

"Anak sorang lagi ok kan? xde masalah?" akoo bertanya lagi...

Dia hanya mengangguk. "Alhamdulillah.. Kalau camtu, yang anak lagi sorang ni, jaga betul2 ya cik. Doa anak ni, antara benda yang kita boleh bawa masa kita mati nanti tau."

"Yela dik.. Terima kasih banyak sebab sudi dengar masalah makcik ni" dia mula melemparkan senyuman.

"Makcik pun tolong doakan saya ek. Payah belajar sekarang.. Hehehe.. Ok, saya pegi dulu. Assalamulaikum" balas akoo dan terus melangkah ke luar wad.

Alhamdulillah... Hati akoo puas. Akoo dapat memberi dan pada masa yang sama, menerima. Menerima dengan BELAJAR SESUATU daripada kisahnya.

Tuesday, December 1, 2009

Sekular Kuasa Dua


Fahaman sekular semakin membarah di kalangan ummat dunia. "Kerja mesti FOKUS!!", itulah alasan yang diberikan. Sebab itu terjadinya istilah2 agama perlu diasingkan daripada perkara duniawi. Mereka yang mencampur adukkan 2 perkara dalam satu masa, dianggap "xprofessional."

Pada mulanya, akoo agak menerima konsep ini. Ya, kerja mesti professional. Namun, terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan konsep ini. "Untuk menjaga keprofesionalan saya, saya akan mengelak daripada bertanya atau menasihati pesakit soal agamanya." Bagi akoo, orang, lebih2 lagi orang Islam, yang memegang konsep ini, seperti menampakkan bahawa kerja itu bukan sebahagian daripada Islam, atau "ibadah".

Sebab itulah, penyakit ini sudah merebak kepada anak2 muda. Sebagai contoh, sebagai seorang mahasiswa yang bergiat aktif dalam persatuan2 Islam, sudah tentu punya masa untuk study dan melakukan aktiviti persatuan. Namun, kroniknya fahaman ini sehingga kita tidak dapat melihat 2 perkara itu sebagai SATU. Yang kita lihat adalah, belajar adalah satu, buat kerja Islam adalah satu. Walhal, sebenarnya mereka bukan dua, tapi SATU. Pening? Hehe..

"Kelemahan pelajar masa kini adalah mengasingkan antara belajar dan membuat kerja persatuan. Mereka tidak sedar, belajar sebenarnya membantu kerja persatuan, dan kerja persatuan membantu pelajaran."
nasihat seorang Professor, yang merupakan seorang Cardiothoracic Surgion dan pernah menjadi best student semasa era Masternya.

Bagaimana? Orang yang berjaya melihat kehidupan dari pandangan atas akan berjaya menjawab soalan ini. Dan, sepatutnya orang Islam TAHU akan soal ini kerana Islam sudah mengajar kita bahawa dunia bukanlah satu matlamat, tetapi di sana. Dan, untuk mencapai matlamat di sana, perjalanan di dunia ini, mestilah "selamat".

Sebab itulah akoo mencadangkan konsep "hidup adalah Ibadah". Bila hidup adalah ibadah, persoalan tadi sudah tentu terjawab. Belajar adalah ibadah. Buat kerja Islam juga adalah ibadah. Bagi mereka yang pening, cuba bertanya kembali kepada diri, KENAPA akoo belajar? KENAPA akoo buat kerja Islam? KENAPA akoo menulis? Jika soalan ini tidak mendapat SATU jawapan yang sama, teruskan bertanya soalan yang sama sehingga semua jawapan itu adalah SATU. Bukan 1Malaysia, tetapi SATU. Hehehe.. Najib jangan marah ek... Apa yang satu itu? Itu anda perlu jawab sendiri....

Bila sudah mendapat jawapan yang satu, sudah tentu ada suatu masa di mana banyak perkara2 tadi akan bertembung. Persoalan ini telah diterangkan panjang lebar oleh Qardawi dalam "Fiqh Aulawiyat"nya... Bagi akoo, bila kita sedar apa matlamat di sebalik apa yang kita buat adalah sama, fikirkanlah mana satu yang perlu didahulukan pada masa itu.

Mungkin mudah untuk diperkatakan, tetapi praktikalnya bukan senang. Namun, akoo hanya berhasrat bagi menghapuskan penyakit "sekular kuasa dua" dalam pemikiran kita, kerana bagi akoo sekarang, kita sedang berperang.... Berperang pemikiran dengan musuh2 kita. Ingat! Setiap apa yang kita buat adalah SATU, bukan dua, tiga, atau lebih.

Monday, November 30, 2009

Superhero Islam


"Orang Jepun bagus. Apa2 pun, dia akan buat "produk dia". Tu dia boleh naik cepat. Kartun dia wat kartun dia, superhero dia wat superhero dia. Tengok rrr.. Ada Ultramen, Mask Rider, Gaban etc.." sembang pakcik akoo semasa akoo dan adik2 sepupu sedang melayan Kamen Rider W.

Secara peribadi, akoo memang meminati Anime2, dan kartun2 seperti Kamen Rider, Naruto dan sebagainya. Mungkin, INI PENGARUH MINAT DARI KECIL. Akoo xmengatakan akoo ni cuba cover line dengan cuba menutup perkara yang xberfaedah menjadi berfaedah. Cuma, ada beberapa perkara yang ingin disampaikan. Teruskan membaca...

Bagi akoo, rakyat Jepun mampu bangkit dalam masa yang singkat selepas satu kejatuhan yang amat mendadak semasa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Dan, antara faktor yang menyumbang kepada itu ialah point yang diucapkan oleh pakcik akoo tadi. Bagaimana pula dengan ummat Islam? Sudah berapa tahun? Sejak 1924.... tahun keramat.

Sejak itu, ummat Islam hilang identiti. "Hilang identiti" merupakan satu perkara yang sangat serius. Kerana bila mana seseorang kehilangan identiti, ia akan mencari "identiti lain" untuk diikuti. Bagi akoo, itulah yang berlaku kepada kita.

Penjajahan minda ummat Islam terus berlaku. Sehingga sekarang, memang kita xdapat nafikan, memang Barat dijadikan baseline. Jikalau tidak dapat mencapai seperti apa yang Barat capai, maknanya tidak maju, kolot, dan tidak bertamadun. Begitulah minda kita dijajah.

Barat adalah "hero". Superman, Power Rangers, Robin Hood, Spiderman. Nampak seperti hanya hero kanak2, tetapi itulah yang jarang kita sedar. Bahawa sehingga sekarang, kita terlatih, bahawa "orang putih adalah hero". Lihat sahaja 2012, US adalah kepala kepada negara2 lain, US Presiden US lah mempunyai nilai peribadi yang patut dicontohi. Bagi mereka yang mampu berfikir dengan waras, akoo tidak hairan. Namun, berapa puluh juta orang yang melihat semua "propaganda" ini akan "percaya tanpa sedar"?

Menyalahkan "sahaja" bukan penyelesaian. Barat salah. Orang yang jajah minda kita salah. Kerana, itu memang kerja mereka. Cuma, ummat Islam perlu bangkit dengan identiti sendiri. Dalam kes Kamen Rider tadi, kanak2 sebenarnya tidak ada pilihan dan alternatif lain. Mana filem "superhero" Islam? Sedangkan dalam Islam sungguh ramai superhero, dan kehebatan Yang Maha Superhero tentu sekali lebih dahsyat daripada superhero yang ada. Namun, di mana?

Justeru, sekarang.. kita memerlukan kartunis2 Islam untuk mewujudkan Fenomena Shin Chan dan Doraemon dalam kartun berunsur Islam, penulis2 skrip Islam bagi melahirkan suatu jalan cerita yang mampu menggerakkan hati penonton, tidak bosan dan membuatkan mereka inign menonton sekali lagi, pelakon2 Islam yang mampu memberikan eksperesi sebagai hamba Allah Taala yang sebenar, designer2 fesyen Islam yang mampu membuat design2 pakaian yang memikat tetapi xmelanggar syariat, membuatkan orang lain ingin meniru gaya fesyen tersebut... composer2 Islam untuk membuat muzik2 yang mampu mendekatkan diri orang yang mendengar kepada Sang Pencipta, bila mendengar muziknya, mampu menitiskan air mata atau menaikkan semangat.... cameraman2 Islam yang mampu mengambil view gambar yang menarik sehingga menyedarkan orang bahawa tiada yang lain menciptakan semua view itu kecuali Dia, stuntman2 Islam yang mampu menyedarkan orang bahawa tiada yang lain dalam hati manusia di saat2 genting melainkan Allah, hanya kerana Dialah kita mampu lakuakan semua perkara dan lain2 lagi...

Semua itu perlu diisi. Siapa lagi yang hendak mengisinya kalau bukan kita, ummat Islam sendiri. Akoo akan terus dengan posisi akoo sebagai seorang bakal doktor. Ayuh kita wujudkan fenomena ini!

Ingat fakta ini, akoo masih xmampu berhenti dan minat melayan Kamen Rider akibat sangat berminat dengannya sejak kecil. Hehehe...

Tuesday, November 24, 2009

Control la....


Firman Allah Taala:
"Makan dan minumlah, dan JANGANLAH BERLEBIH2AN. Sesungguhnya Allah Taala tidak menyukai orang yang berlebih2an...
(Al A'raf: 31)

Apa makna "makan berlebihan"? Pertama, makan berlebihan boleh ditakrifkan sebagai makan dalam kuantit yang banyak. Atau, ayat yang sesuai ialah, tidak mengamalkan konsep "makan apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang" ajaran Nabi SAW. Tatkala itu, kita akan melihat golongan2 yang xlarat bangun akibat perut terlalu penuh atau dalam loghat Kelantan (NYADA...).

Kedua, makan berlebihan juga boleh didefinisikan sebagai makan hanya zat2 tertentu sahaja. Sebagai contoh, asyik makan daging atau sayur sahaja dalam menu makanan sehariannya. Atau contoh lain, terlalu melebihkan gula dalam masakan atau minuman.

Takrifan pertama, sudah tentu kita jelas tentang akibatnya. Siapa xkenal dengan istilah "Obesity". Bukan sahaja memberi masalah dalam pergerakan,(malas nak bergerak), obesiti turut menyumbang kepada banyak penyakit. Orang yang obes, selalunya sukar untuk bernafas, dan boleh membawa kepada 2 perkara yang paling menakutkan abad ini: Darah Tinggi dan Kencing Manis. Bahkan, bagi ibu2 mengandung yang terlalu obes, kesihatan anak amat membimbangkan.

Bagi takrifan kedua pula, pemakanan yang baik memerlukan gizi seimbang seperti yang tertera dalam Piramid Makanan. Jika kita terlalu melebihkan mana "tingkat" makanan, dalam piramid terbabit, sudah tentu ada komplikasinya, lebih2 lagi jika kita terlalu melebihkan gizi yang ada di tingkat atas piramid yang sepatutnya diambil dalam kuantiti yang kecil sahaja.

Justeru, Allah Taala selaku Pencipta manusia, sudah menjelaskan kepada kita agar tidak berlebih2an dalam pemakanan. Sangat kasih dan sayangknya Allah kepada kita selaku hambaNya. Semua perintahNya tidak lain tidak bukan, hanya untuk kebaikan kita. Cuma, kadang2, kita sahaja yang angkuh, ingkar dan xmahu dengar kata. Kononnya, kita lebih hebat daripadaNya, dan akibatnya, kita terpaksa menanggung masalah atas keingkaran kita sendiri.

Sekian, berAMALlah dengan Islam, nescaya kamu akan SIHAT.

Monday, November 16, 2009

Media dan Si Celaka


"Apsal diorang buat macam ni ek?" tanya kawan akoo.

"Zaman sekarang ni, xboleh baca sebelah pihak je.. Banyak fakta xbetol ni. Lagi2 paper Utusan, Berita Harian ni. Diorang keluar apa yang ada kepentingan bagi diorang je..." jawab akoo.

"Macam ko, orang yang mencari ni boleh la cakap camtu. Mak bapak akoo kat kampung tu, bukan buka internet nak baca selain paper yang ada ni." keluhnya lagi.

Akoo hanya mampu diam membisu. Xmampu menjawab. Itulah realitinya, "media" sebagai bahan penghasut utama masyarakat masa kini. Yang hitam, boleh digambarkan putih, yang baik, boleh digambarkan buruk. Celaka! Sungguh celaka orang yang bertindak demikian. Si Syaitan laknatullah sudah tentu sekali terloncat2 gembira bila mana ummat berjaya diTIPU dan dilaga2kan oleh "golongan yang mengawal media" atas kepentingan sendiri.

"Dan sesungguhnya fitnah itu lebih teruk daripada membunuh" (Al Baqarah)


Mungkin inilah fitnah besar yang dikhabarkan oleh Nabi SAW pada akhir zaman. Tatkala musuh2 Islam termasuk syaitan bertopengkan manusia mengawal media massa. Dunia tanpa sempadan.

Mereka berjaya mendoktrin seluruh pelosok dunia, bahawa Islam adalah terrorist, sedangkan sebenarnya hanya mengambil contoh beberapa kerat mereka yang menggelar diri mereka "muslim". Adakah wajar? Seorang lelaki yang hampeh memandu, walaupun menaiki sebuah kereta yang hebat, tetap dilihat kereta yang bersalah. Sungguh xrelevan...

Namun, itulah yang perlu kita hadapi. Zaman ini, zaman kita. Andai mereka menggunakan media untuk jatuhkan Islam, kita mampu menggunakan media untuk menyebarkan Islam. Andai mereka bisa menggunakan media untuk menukarkan hitam menjadi putih, kita bisa menggunakan media untuk MEMBUKTIKAN bahawa HITAM itu adalah HITAM.

Mereka cuba untuk meruntuh dan memburukkan din Allah Taala. Ternyata, mereka lupa suatu fakta, bahawa Allah Taala sentiasa menjaga dinNya. Jadi, usah risau dengan mereka, kerana Allah bersama kita. Namun, janganlah kita terlalu menari apabila mereka memukul gendang. Biarlah mereka memukul gendang, kita juga memukul gendang, dan akhirnya, mereka yang terpaksa menari.

Inilah falsafah yang diajar oleh naqibku. Bangkit untuk Islam!

Saturday, November 7, 2009

belajar mendengar


Mungkin kita selalu "dengar", teknik untuk bercakap dengan baik di depan orang ramai, cara utuk mempengaruhi orang lain dan sebagainya. Dan, kita difahamkan bahawa bila mana kita menguasai teknik tersebut, kita akan dilihat "hebat". Namun, pernahkah anda terfikir untuk menjadi "pendengar yang hebat"?

Hidup ini tidak dapat lari dari "pendengaran". Sebab, orang buta juga boleh mendengar. Orang bisu, juga boleh mendengar. Tetapi, orang yang "tuli" sejak lahir, selalunya tidak mampu bercakap kerana tidak pernah "mendengar" bahasa orang lain. Uniknya ciptaan Allah. Bermakna, ada sesuatu yang perlu kita fikirkan daripada peristiwa itu. Kan?

Bagi akoo, sebenarnya akoo banyak belajar daripada mendengar. Dalam bidang perubatan sendiri, seorang doktor perlu menjadi seorang pendengar yang baik. Kerana, tanpa mendengar dengan baik, kita tidak mampu MEMAHAMI apa yang pesakit cuba sampaikan tentang sakitnya. Bila pesakit mula merasakan bahawa mereka tidak "didengari", KEPERCAYAAN tidak akan timbul. Itulah sebabnya, ramai pesakit lebih memilih untuk berahsia dan tidak memberitahu perkara sebenar dengan kebanyakan doktor.

Hmm.... mendengar membawa kepada MEMAHAMI.

Namun, mendengar ini, seeloknya bukanlah dijadikan satu "teknik" untuk kita memahami orang lain. Bila mana, ia menjadi satu "teknik", ia seakan2 kita sebenarnya tidak mendengar, tetapi cuba untuk buat2 mendengar. Sepatutnya, mendengar ini datang dari dalam diri kita, iaitu perasaan yang memang ingin mendengar. Mendengar dan menyelami apa yang cuba dikatakan oleh orang lain.

Akoo pernah "cuba untuk buat2 mendengar". Ya, kesannya positif. Namun, untuk jangka masa pendek dan rupa2nya, disangka akoo dapat memahami orang yang akoo "buat2 dengari" itu, sebenarnya tidak. Jadi, mendengarlah dengan ikhlas!

Sungguh, ramai antara kita memilih untuk ber"suara" daripada men"dengar". Ketahuilah, dengar datang dahulu sebelum suara. Ada yang mendengar, tapi semasa mendengar, sudah menyediakan "jawapan" untuk menjawab orang yang didengari. Itu juga berlaku kepada diri akoo. Mendengar sebegini, selalunya tidak dapat memahami maksud sebenar orang yang kita dengari.

Sabda Nabi SAW
" Sesiapa yang beriman kpd Allah dan hari akhirat, maka hendaklah berkata baik atau lebih baik dia diam-HR Bukhari dan Muslim


Baru akoo mengerti apa yang Nabi SAW maksudkan. Hmm... Akoo perlu belajar mendengar. Dan, akoo perlu belajar daripada mendengar. Dengan itu, baru akoo dapat memahami.

Monday, November 2, 2009

pengHUKUM


Sudah tentu ada bezanya antara memBENARkan sesuatu dengan mencari keBENARan. Majoriti antara kita lebih memilih untuk menjadi golongan yang pertama. Kita akan tertakluk kepada apa yang kita pernah pegang dan percaya, dan akan melihat "orang bukan dari fahaman kita" adalah TIDAK BENAR.

Tidak salah untuk berasa BENAR, namun, salahnya apabila kita menyalahkan orang lain.

Di saat orang lain asyik menyalahkan golongan penghidap HIV, golongan ini hilang tempat untuk dituju. Benar! Akoo silap dalam masa lampauku. Jadi, apa harus akoo buat sekarang? Semua dah menolak akoo. Maka timbullah golongan2 Kristian yang menampilkan kebajikan mereka. "Xpe... Orang agama awak xnak bantu awak, biarlah kami yang menolong awak. Kami boleh sediakan tempat tinggal untuk awak". Itulah mesej yang berjaya mereka sampaikan. Kemudian, kita pula dok bising Kristian dah mula pengaruh orang kita. Walhal?

Sekali lagi, terasa ingin belajar SESUATU dengan orang Kristian membuak dalam hati akoo.

Bila sebut soal HIV, tentu kita sangat popular dengan iklan "Aiman tak kisah". Bagaimana budak sekecil Aiman tidak mendiskriminasi dan menghukum mereka, kita pula bagaimana? Ya, mungkin cakap sahaja senang, namun, akoo pernah mempunyai pengalaman memeriksa pesakit HIV. Kawan akoo di sebelah sudah berpeluh2, takut2 terkena jangkitan. Ya, ini biasa. Sebab, kita memandang mereka "ASING".

Akoo tidak mahu menyalahkan Kristian kerana mengambil muslim penghidap HIV ini tinggal di gereja2 mereka. Bahkan, akoo sangat kagum dengan mereka. "Kenapalah kita tidak mempunyai sensitiviti seperti mereka? Ya Allah.. Bimbinglah kami orang Islam, ummat agamaMu". Ini yang bermain di fikiranku.

"Buat apa kita nak fikir pasal diorang ni. Banyak lagi mad'u lain yang perlu kita fikirkan. DIORANG NI DAH XDE MASA DEPAN. Neraka...." Inilah kata2 seorang PENGHUKUM.

Alhamdulillah... Ada juga golongan yang bukan PENGHUKUM. Inilah jiwa bagi seorang pendakwah. Ustaz yang akoo kenal ini, telah berjaya menubuhkan Yayasan Al Ijabah, penempatan bagi pesakit HIV bagi muslim.

"Masa lampau diorang, tu xperlu kita pertikaikan. Yang penting, kita usahakan, akhir hidup mereka dalam keadaan mereka rapat dengan Allah Taala" lebih kurang begitulah ayat yang diungkapkan oleh Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin. (boleh rujuk URL ini)

Ayuh sama2 kita doakan agar kita dikurniakan jiwa seorang dai'e, bukan jiwa seorang pengHUKUM. Bukanlah niat akoo ingin menghukum golongan penghukum dengan mengatakan mereka tidak benar. Semuanya benar, namun salahnya apabila kita MENYALAHkan orang lain.

"Ya Allah, jangan biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dari itu"

Friday, October 30, 2009

akoo seorang SUAMI


"Kamu kena feel posting O&G(soal mengandung dan sakit puan) ni", pesan seorang lecturer kepada kumpulan kami.

Baru seminggu belajar dalam posting ni, sudah terasa menarik. Mana tidaknya, selalu hanya mampu melihat dalam movie2 pasal ibu melahirkan anak, sekarang, akoo mampu melihatnya secara LIVE. Alhamdulillah...

Ternyata, melahirkan anak itu bukanlah perkara yang mudah. (tiba2 mood teringat kat ummi kat machang datang). Dalam banyak2 sakit, melahirkan anaklah yang paling sakit. (orang pompuan mesti cuak baca statement ni.. Hehehe). Dan, untuk pengetahuan, jika masa meneran dan melahirkan anak itu terlalu lama, maka ia bukanlah sesuatu yang baik. Oleh sebab itu, si ibu perlu KUAT. Jika si ibu terlalu melayan sakitnya, anak yang menjadi mangsa.

Dalam kes yang akoo lihat, si ibu seperti berkata, "doktor, saya dah xmampu dah..."dek ia merupakan kali pertama dia melahirkan anak. Namun, nurse2 di tepi terus memberikan semangat, "jangan putus asa, xkesian ke kat anak awak ni? SIkit lagi nak keluar". Maka, diteruskan usaha dan alhamdulillah akhirnya keluarlah kepala si bayi. Bayangkan perasaan akoo masa tu. Satu benda "bernyawa" dan menangis2 dikeluarkan. Tiada kata yang dapat akoo ungkapkan melainkan Subhanallah....

"Ha.. susah kan beranak? Lain kali, jangan derhaka kat mak", seorang nurse menasihati akoo. Sekali lagi mood nak mengalirkan mata datang. Astaghfirullah....

Berbalik kepada cerita lecturer tadi, akoo kagum melihatnya. Ya, kerana dia merupakan seorang wanita Islam. Xramai yang sanggup mengambil O&G sebagai pilihan dek kesibukan bidang ini. Ketika mengajar kami, telefon beliau akan berbunyi setiap setengah jam. Malah, malam2 mungkin akan diganggu. Jadi, siapa yang tahan beb? Diri sendiri, tak apa lagi, suaminya?

Inilah dilema2 yang berlaku kepada banyak doktor2 wanita Islam. Ya, akoo ingin melaksanakan fardhu kifayah tersebut, tetapi nanti terlalu busy dan tidak dapat menunaikan hak suami. Jadi, lebih baik akoo ambil sahaja mana yang tidak busy untuk "jalan selamat". Agak sukar untuk menyelesaikan masalah ini. Kerana ia memerlukan seorang suami yang sangat memahami.

Jadi, mungkin(akoo ulang, mungkin) akoolah yang perlu jadi "SUAMI" tersebut. Siapa tahu?

Wednesday, October 28, 2009

Tak payah banyak pahala sangat


"Katakan kebaikan itu dinilai 100%. Pakai tudung tu hanya small proportion.. lebih kurang 5%. Dan lebih baik akoo kejar benda yang lagi besar(peratus lagi besar), cam jadi orang yang baik hati, hormat mak bapak, belajar sampai berjaya, sembahyang, puasa.... semua benda tu bagi akoo sumbang 70%. So, ok rr tu. At least dapat 70%. Xpayah 100% pun xpe..."


Kata2 ini akoo dapat daripada seorang kawan, dia bertanyakan soal method untuk menghadapi situasi ini. Akoo tidak terus menjawab, kerana memberi peluang kepadanya untuk berfikir sendiri, kerana bagi akoo, dakwah itu seni dan praktikal. Orang yang menghadapi lebih mengetahui situasi.

Tudung. Satu isu yang cukup hebat diperjuangkan. Mentaliti orang Malaysia, orang perempuan mesti "pakai tudung". Namun, akoo lebih suka dengan istilah "tutup aurat". Kerana, bila sebut soal tudung, seperti golongan hawa sahaja yang di"highlight"kan. Walhal, yang lelaki, yang mendedahkan pusat dan bulu peha berapa ramai beb? "Akoo bengkek betol tengok pompuan xpakai tudung ni. Bajet cun rrr", kata seorang mamat berseluar pendek dengan selambanya. Mentaliti... oh mentaliti.

Bagi akoo, ini bukan soal tudung. Dan, bukan setakat soal menutup aurat. Tetapi soal bagaimana masyarakat kita memandang "perintah dan larangan Allah Taala." Ya, bagaimana. Mereka TAHU soal apa "perintah dan larangan" itu. Namun, soalnya, bagaimana kita memandangnya.

Sebab itu, kita perlu berbalik kepada soalan yang paling fundamental. Kenapa akoo perlu ikut perintah Allah? Atau, bahasa lebih mudah lagi, kenapa ikut Islam ek? Akoo percaya, ramai yang akan termenung jauh memikirkan ayat untuk soalan ini, ataupun, tergagap2 untuk menjawab, tanda tidak yakin dengan jawapannya. Inilah komplikasi IMAN TAQLID(beriman kerana ikut orang). "Mak ayah akoo Islam, jadi akoo Islamlah", jawapan mudah.

Mungkin ada yang akan menjawab, "la... nak masuk syurga la... Wat apa yang Allah Taala suruh, dapat pahala, dapat masuk syurga". Hmm.. jawapan ini sudah lulus peringkat pertama, kerana orang ini PERCAYA akan perkara yang ghaib. Namun, mungkin belum YAKIN.

Kenapa akoo berkata demikian? Kerana bila mana seseorang itu YAKIN dengan perkara2 ghaib, mana mungkin ada mentaliti "akoo wat baik sikit2 jela, dapat masuk syurga paling bawah pon ok what? Xperlu target untuk syurga firdaus". Atau "alah... wat dosa sikit je.. Masuk neraka kejap je.. Asalkan beriman, lepas tu dapat masuk syurga balik kan?". Inilah simple minded yang sedang membarah di kalangan kita, tidak sedar bahawa "tiket" ke syurga bukanlah semudah itu.

"Allah kan Maha Pengasih. Dengan 70% kebaikan yang akoo buat, xkan la Allah nak masukkan akoo dalam neraka jugak?" Inilah soalan akoo jangkakan akan diajukan.

Jika akoo dalam keadaan itu, akoo hanya akan menjawab, "ko rasa camne? Nabi kata, akhir zaman ni xramai tau dapat masuk syurga. Dan, kalo tengok sekeliling kita ni, cam ramai je lagi baik dari kita. So?"

Kadang2, perlu timbulkan rasa "gerun" bagi menyedarkan sebilangan golongan.

~Ini sahaja yang mampu akoo fikirkan. Dan, mungkin, jawapan ini tidak sesuai untuk situasi yang berlaku kepada kawanku. Tapi, xpe.. Akoo hanya memberi idea. Praktikalnya adalah mereka yang berdepan dengan situasi.~

Tuesday, October 27, 2009

bukan BEKAS di hati


Negara dikejutkan dengan luahan Nik Aziz tentang EGM dan keperluan menukar pimpinan. Akoo tidaklah terkejut sangat, tetapi dalam hatiku dapat merasakan, "Tok guru dah xtahan sangat dah ni, habis kena geng2 ni. Mesti xsenang duduk ni."

"Nik Aziz bukan maksum"

Statement ini merupakan statement yang agak menyentak akoo. Ya, akoo amat mengagumi tokoh ini. Dan, adakah sampai akoo meletakkannya "maksum" seperti yang dirumuskan oleh statement ni? Jauh akoo merenung..... Namun, ternyata statement ini benar, namun akoo bukanlah menilai tokoh ini atas dasar itu.

Sudah banyak peristiwa yang akoo lihat, mereka2 yang sangat berpengaruh dan sangat dihormati, apabila melakukan sesuatu "PERUBAHAN", maka ramai yang akan menghentam. Orang yang dulunya dihormati, mula menjadi orang yang dimaki. Namun, ramai yang mengambil sikap meMAKI itu, tidak mengambil rasional atas tindakan tokoh tersebut, bahkan ramai yang hanya terpengaruh dengan apa yang "orang kedai kopi" atau "pandangan orang lain" yang tidak bersetuju.

Namun, biasalah.... BETUL hanyalah satu perasaan yang merasakan diri mereka betul. Nak tahu siapa betul, rujuklah kepada Yang Maha Betul. Sebab itulah, Allah Taala minta kita bukan sekadar mendengar dan mengikut membabi ubuta (mencarut tu.. ganas giler akoo ni). Apa Allah Taala kata?

"Wahai orang-orang yang Beriman, apabila datang seorang fasiq dengan membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kalian tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum karena suatu keBODOHan, sehingga kalian menyesali perbuatan yang telah kalian lakukan" (al-Hujurat:6)


Persoalannya, macam mana kita nak tahu orang yang bawa beri itu adalah "fasiq"? Hatta ustaz2 yang ada pada akhir zaman ini pun, barangkali(akoo ulang, barangkali) ada yang fasiq. Bahkan, akoo yang menulis ini pun, MUNGKIN tergolong dalam golongan fasiq(nauzubillah), kerana asyik melakukan dosa yang bukan kecil. Astaghfirullah....

Sebab itu, bagi akoo, apa yang Allah Taala cuba sampaikan ialah kajilah dan selidiklah setiap perkara yang kita ketahui. Lebih2 lagi perkara yang melibatkan kemaslahatan ummah. Fikirlah dengan hati yang dingin tanpa sentimen mana2 pihak, letakkan Allah di hadapan, maka kita akan ketahui jawapannya.

Mungkin ada pro dan kons tindakan Nik Aziz terbabit. Kerana kalau ia bukan dari Nik Aziz, kesannya tidak akan mampu jadi seperti sekarang. Hehehe... Nilailah dan kajilah atas pemikiran anda sendiri tanpa mana2 sentimen. Cuma, penilaian akoo, akoo bersetuju dengan tindakan Nik Aziz terbabit yang tidak meletakkan "BEKAS" ,tetapi Islam di hati.

"PAS ko, PIS ko, PUS.... ikot la namo gapo.. Yang penting, perjuang Islam"

Tuesday, October 20, 2009

Pilihlah untuk MEMILIH

Menulis. Pernah menulis? Hmm... Bagi mereka yang pernah menulis, mesti pernah merasakan satu masa kehabisan "modal". Buktinya cukup jelas. Ramai yang boleh berblog, namun, xramai yang mampu berblog dengan "istiqamah". Alasan? Xtau nak tulis apa.

Bagi akoo, menulis satu perkara yang baru dalam hidup. Alhamdulillah... Akoo belajar sesuatu dengan menulis. Bahkan bukan sekadar SEsuatu, BANYAKsuatu.(marah orang pertahan BM ni!! Hehehe..). Bila menulis, kita akan banyak memberi OUTPUT, dan mereka yang "xtau nak tulis apa" tu, mesti terlupa sesuatu. Ya, apabila terlalu banyak KELUAR, kita juga perlu INPUT. Camne nak dapat INPUT? BACAlah... Kehidupan. Ramai lupa yang ini.

Dalam hidup, kita sudah tentu akan bermain dengan BANYAK pilihan. Dari memilih calon pasangan hidup sehinggalah memilih untuk ke tandas bila terbangun sorang2 tengah2 malam. Pilihan itu tentulah akan bermain dengan apa yang terbaik untuk masa depan kita. Sebagai contoh, kalau tidak bangun pergi ke tandas, nanti takut tak tahan, ter.... kat situ je. Kalau buang, takut terjumpa hantu pula. Hehe.. Ini akoo ambil situasi yang xserius.(tapi, serius gak ni sebenarnya)

Dan, sudah tentu, akan tiba masa kita terPAKSA melakukan sesuatu. Sebagai contoh, exam. Kalau xstudy, nanti fail. Jadi, kita memilih untuk study, namun, kebanyakannya, dalam keadaan terPAKSA.

Sudah tentu jauh bezanya antara pilihan sendiri atau terpaksa. Calon isteri sebagai contoh, jika dipaksa kahwin dengan seseorang, kan rasa nak mengamuk je? Berbanding kahwin dengan perempuan yang memang kita syok, mesti tersengeh sampai lutut.

Jika kita perhatikan, KESAN perkara yang terpaksa kita buat kebanyakannya adalah "short term." Kita mungkin rajin study untuk exam, namun, ia hanya pada masa itu, selepas itu, kita akan mula malas kembali. Sebaliknya, jika study itu memang kehendak dan pilihan kita, sudah tentu ia akan jadi sebahagian daripada hidup kita dan kita seronok melakukannya.

"Tiada paksaan dalam agama. Sesungguhnya telah jelas antara yang benar dengan yang sesat................." (Al Baqarah:256)


Ayat yang cukup terkenal di kalangan pengamal Al Mathurat. Islam bukan agama PAKSAan. Islam mengajar kita untuk meMILIH. Pilihlah berdasarkan pilihan Allah Taala. Anda ada duit, ada punya pilihan untuk belanja kawan, membeli keperluan diri, atau simpan untuk keperluan akan datang. Ia pilihan anda. Itulah Islam.

Kadang kala kita tahu, bahawa perkara itu baik untuk kita. Namun, kadang2 kita menunggu keadaan PAKSAan, baru akan melakukannya. Sedarlah, keadaan paksaan hanya memberi kesan jangka masa pendek. Jadi, pilihlah untuk melakukan perkara yang baik itu KERANA MEMANG KITA MEMILIH UNTUK MELAKUKANNYA.

Akoo menulis kerana akoo memang nak menulis, jadi, orang nak komen apa pun, lantaklah....

Thursday, October 15, 2009

BAIK la sangat....


"Akoo xlayak kot untuk budak tu. Dia BAIK sangat. Sape la akoo ni kan..."


Pernah dengar ungkapan ni? Mesti pernah kan? Apa pandangan anda tentang orang yang mengeluarkan kata2 sebegini? Xyakin dengan diri sendiri? Low profile? Atau me"low profile"kan diri sendiri?(hmm... perkataan baru ni...) Atau mungkin seseorang yang sentiasa bermuhasabah?

Teringat kata2 Dr Fadzilah Kamsah semasa bosan dok dalam kereta, "Musuh manusia yang paling bahaya ialah KEYAKINANNYA".

Andai dalam kepala otak kita dok kata kita TAK BAIK, maka sampai bila2 pun, kita akan terus camtu. Andai dalam kepala otak kita sentiasa dok kata, akoo ni BENGAP, sampai bila pun kita akan terus berada pada level tu. Inilah yang berlaku pada akoo, dan masih lagi berlaku sekarang.

Akoo pernah mempertikaikan definisi "baik" yang dipegang masa kini, kerana akoo lihat, budaya anak2 muda sekarang, apabila disebut "budak baik", akan dibayangkan budak mat surau, xbergaul dengan budak "huhahuha", xsosial sangat. Bila mana ada mentaliti sebegitu, apabila dilabel sahaja "budak baik", akan timbul barrier antara individu terbabit dengan orang lain.

Budak baik = poyo = anti sosial = jumud= xmasuk dengan orang = susah nak rapat.


Jadi, mendapat gelaran sebagai budak baik seperti satu SUMPAHAN buat anak muda masa kini. Bahkan, mungkin ramai yang berharap tidak tergolong dalam golongan tersebut. Termasuk akoo, xnak menjadi "budak baik yang difahami". Bagi akoo, ini budaya yang tidak sihat. Ya, mula timbul masalah apabila budaya ini menular. Apabila BAIK yang difahami adalah "BEGITU", maka ramai yang akan mula lari daripada Islam, atas alasan, xnak menjadi "budak baik".

Jadi, selagi mana "baik"(benda yang positif) itu sudah ditukar kepada sesuatu yang negatif, maka sudah tentu pemikiran kita sangat bercelaru. Sepatutnya, bila mana dikatakan itu "budak baik", kita harus menDEKATi, bukan menJAUHi. Itu sepatutnya PUJIAN, bukan SUMPAHAN.

Macam mana nak ubah?

"Akoo xlayak untuk budak tu. Budak tu baik sangat. Tapi, untung sangat kalo dapat orang baik cam dia. Jadi, kalo nak meLAYAKkan akoo untuk dia, akoo kena BAIKi diri akoo la..."


ha.... kan cantik bunyinya!

Friday, October 9, 2009

MEMBERI itu PELIK dan BODOH


"Mana korang dapat duit banyak2 ek buat majlis ni? Kitorang xpayah bayar pape ke makan semalam?" seorang non muslim bertanya kepada akoo.


Soalan ini bukan yang pertama kali akoo dengar daripada mulut non muslim yang agak pelik dengan "projek" atau majlis yang kitorang anjurkan. Bahkan, bukan sahaja daripada non muslim, kawan2 sendiri pun pelik, "mana korang dapat duit ni?", itulah soalan standardnya.

Jikalau projek yang melibatkan pihak atasan, sudah tentu ada yang pandang slack, takut2 "orang atas" bagi duit lebih kat sesetengah projek. "Oh.. projek orang Melayu bagi banyak pulak sumbangan..." mungkin inilah pandangan mereka yang jiwanya masih kuat dengan semangat perkauman.

Firman Allah Taala:
Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Jika kamu bersyukur, maka Kami akan tambahkan nikmat ke atasmu, dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azabKu amat pedih"... (Ibrahim:7)


Inilah rahsianya. Tentu semua masih ingat apabila kita pernah dikecohkan dengan "lakonan" Nik Aziz dalam 15malaysia.com dalam filem pendeknya, "The Tree". Bagi akoo, kata2 Nik Aziz dalam filem pendek tersebut sangat "power". Ya, soal tanaman dan sedeqah. Dan, akoo lebih minat untuk berborak soal sedeqah.(sape xtengok lagi, boleh la bukak 15malaysia.com)

Orang yang tidak beriman dengan "perkara ghaib" SUKAR untuk menerima sedeqah dalam hidupnya. Apa yang akoo dapat dengan bersedeqah? Duit habis? Bagi kat orang lain? Bahkan, apabila mendengar kisah2 para sahabat yang sanggup menggadai segala harta mereka untuk Islam, sudah tentu bisa memeningkan kepala mereka. Kan bodoh tu? Duit kita habis, orang lain pakai, kita kurang duit belanja, xpasal2 orang lain dapat duit kita. Itu BETUL jika difikir HANYA dengan LOGIK. Ya, jika difikir dengan logik, memang orang yang bersedeqah ni BODOH! Hehehe.. Jangan marah ye..

Sebab itulah dalam artikel lepas, akoo pernah menulis orang yang paling bijak adalah orang yang PALING INGAT MATI. Kenapa? Sebab bila mana seseorang selalu ingat mati, dia akan melabur. Melabur dengan saham yang sentiasa naik walaupun kita dah mati. Mesti dah selalu dengar kan? Doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat, dan SEDEQAH JARIAH.

Jika mahu difikirkan secara logik sains, jika kita sedeqahkan hatta separuh kurma sekalipun untuk orang lain makan, bukankah makanan itu akan jadi darah daging manusia terbabit. Entah2, siapa tahu kuasa Allah Taala, selagi mana nutrisi tamar itu berada di dalam tubuh manusia tersebut, dan digunakan, selagi itu Allah Taala kurniakan pahala kepada kita. Siapa tahu? Allah Taala telah mengurniakan banyak jalan untuk kita buat pahala, kita sahaja yang xnak.

Jadi, walaupun si logik berpendapat bahawa orang yang banyak bersedeqah adalah BODOH, sebenarnya, merekalah yang "kurang pandai", kerana YANG MAHA PANDAI dah bagitahu orang yang bersedeqah adalah orang yang PANDAI.

"Xpe.. xpayah bayar. Kitorang pakai duit yang dalam tabung derma yang kitorang selalu edar dekat lecture tu." balas akoo.


Selamat bersedeqah~ Latih hati untuk MEMBERI~

Tuesday, October 6, 2009

puas...

Teringat kata2 Dr Zakir Naik(gambar sebelah kanan), apabila ditanya tentang kenapa beliau mengucapkan "tahniah" kepada golongan aethist. Jawab beliau,
"Akoo ucapkan tahniah kepada mereka kerana mereka telah mengakui bahagian pertama dalam syahadah, iaitu "La ilaaha" yang bermakna TIADA TUHAN. Jadi, tugas akoo sekarang hanya perlu membuktikan bahagian kedua syahadah iaitu "illallah", MELAINKAN ALLAH. Mereka yang tidak aethist, dan tidak menganut agama Islam, akoo perlu sucikan dahulu pemahaman mereka tentang konsep Tuhan yang sebenar, barulah akoo dapat bawakan mereka kepada konsep Keesaan Allah."


Fuh... Mamat ni kalo berhujah memang A. Akoo cukup respect. Ya Allah, Kau bantulah akoo dalam berhujah menyampaikan mesejMu. Amin....

Benar. Cuba kita renung kembali. Banyak orang yang masih "beragama" atas skop "agama keturunan". Mereka tidak tahu pun KENAPA mereka menganut agama tersebut. Baik Islam, Kristian, Buddha, Hindu atau lain2. Akoo ulang... Banyak, tapi tidak semua. Bagi akoo, golongan aethist adalah golongan yang mencari dan mempersoalkan, apa itu KEBENARAN. Orang2 ini, apabila mereka memeluk Islam, sudah tentu, aqidah mereka cukup mantap, kerana mereka FAHAM apa yang mereka IMANI.

Jadi, nasihat akoo buat mereka yang mempunyai sahabat2 yang free thinker, banyak bertanya tentang soalan2 yang kadang2 kita tidak pernah terfikir, golongan ini perlu dirapati kerana MEREKA ADALAH MUTIARA jika dengan izinNya mereka memeluk Islam.

Hidup akoo kini, memang xdapat lari daripada pergi ke ward hospital. Pelbagai karenah pesakit telah akoo jumpa. Yang menariknya, sudah banyak kali di"reject" untuk memeriksa mereka kerana majoritinya sudah ramai pelajar lain yang telah memeriksa mereka. Walaupun begitu, akoo cukup "PUAS" apabila bertemu dengan mereka.

Mungkin xdapat bertanya soalan, buat pemeriksaan dan sebagainya seperti kawan2 lain(kena banyak practice lagi ni). Namun, MENDENGAR keluhan, cerita, sejarah, nasihat mereka sudah cukup bagiku. Hanya mendengar.

Banyak kali juga, akoo datangi pesakit dengan keadaan mereka BARAN akibat terlalu ramai pelajar datang bertanyakan soalan yang SAMA, buat pemeriksaan yang SAMA, namun, penyakitnya kekal begitu. Akoo tidak terus "blah". Tetapi, terus mendengar apa keluhan mereka. Last2, mereka mula SEJUK. Bahkan, bukan sahaja dapat bertanya, sepenuh kerjasama diberikan untuk dibuat pemeriksaan.

Seronok dapat belajar mengenal sifat manusia. Dan, akoo akan terus belajar dengan kehidupan ini. Bukan hanya kehidupan sendiri, juga kehidupan orang lain. Nak join sama? Jom....

"Yela... Ko kesian2 kat orang pun, jangan xtraining langsung wat PE tu. Biar dengan ko kesian kat orang, tapi, ko still bleh wat examine dia."
Nasihat kawan akoo. Hehehe...

Tuesday, September 29, 2009

Ibadah Intelek


Sangat seronok belajar daripada kehidupan. Ya, dengan BELAJARlah, baru kita sedar, rupa2nya cantik percaturan hidup Allah Taala buat kita. Dengan BELAJAR, kita sedar, ada sesuatu Allah Taala cuba sampaikan kepada kita. Dengan BELAJAR, kita dapat tahu apa yang Allah AJAR.

Hari2 yang cukup "tough" untuk akoo. Dengan "blur" yang amat sangat selepas bercuti, memang banyak pengetahuan sebelum ini yang sudah berkarat. Maka, "sindiran" dan "bebelan" daripada lecturer adalah hadiahnya. Itu persepsi akoo pada awalnya. Namun, teringat ayat2 Stephen Covey, "Masalahnya ialah CARA kita memandang sesuatu masalah". Tersedar.... Ya, bukan sindiran, makian, atau bebelan..... Itulah DIDIKAN. Astagfirullah...

Ekpidisi akoo mencari makna intelektual diteruskan. Banyak punya pendapat masing2. Itulah uniknya ciptaan Allah Taala yang bernama manusia ini. Namun, baru kutemu bagaimana Tuhan manusia mengajar hambaNya soal intelektual ini.

Firman Allah Taala:
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia MELAINKAN untuk beribadah kepadaKu."


Ayat yang cukup famous buat kita semua. Namun, sedar atau tidak, bagi akoo, Allah Taala sedang mengajar kita apa itu "INTELEK". Ya, SEPATUTnya, semua perkara yang kita lakukan sepanjang hidup kita adalah IBADAH. Jika bukan ibadah, xada lain melainkan MAKSIAT atau SIA2. Mudah! Ibadah, maksiat atau sia2.

Bagi peminat "Cinta Sempurna" tentu pakar soal ini. Hehe. Ya, konsep Ibadah tidak perlu disempitkan kepada solat, pergi berzikir di masjid beserta butir2 tasbih sahaja. Semua yang kita buat adalah ibadah JIKA kena syaratnya. Buang air, main internet, keluar makan, drive kereta, berborak etc.

Persoalannya, apa syaratnya? Lillahitaala dan xmelanggar syariatNya. Sebab itu, bagi akoo, konsep ibadah dalam Islam mengajar kita erti intelektual. Ada tujuan dalam berbuat sesuatu, iaitu "Lillahi Taala" a.ka. kerana Si Dia, Allah Taala. Cantiknya Islam..... Namun, ia cantik bila mana ia bukan sekadar terbuka, tetapi ia meletakkan BATASnya. Nak buat apa pun boleh, tapi kena jaga BATAS dia. Benda yang Allah Taala larang, bukan ibadah namanya. Itu maksiat. Mencuri contoh yang baik.

Bila menjumpai jawapan ini, akoo menepuk dahi. Heh! Puas akoo mencari jawapan. Rupa2nya dah lama Si Dia sudah berhujah. Jadi, sepatutnya kita cukup pelik, jikalau ummat Islam bukan ummat yang intelek. Mana silapnya? Muhasabah buat kita bersama.

Sunday, September 27, 2009

menulis untuk sang "couple"


Fitrah manusia. Memang inginkan kasih sayang dan memberi kasih sayang. Sebab itulah, akoo pernah menulis, bila tiada kasih sayang ibubapa kepada seorang anak itu, dia akan mencari tempat di mana dia akan mendapat mendalah tersebut. Tidak hairan, ramai yang sanggup menggadaikan apa sahaja demi "CHENTA".. hahaha.(cam filem hindustan la plak)

Bosan2 melepak di rumah, akoo mendapatkan remote TV. Hmm... "I'm not Single!"??? Cam menarik je tajuk cerita ni. Tapi, cam "jiwang" dan "poyo" semacam je cerita. Tapi, layan2...... Fuyoo... Menarik tu!

Jadi, buat golongan couple yang ada kat luar sana, akoo prefer korang tengok cerita ni. Ya, akoo tahu. Mungkin banyak adegan yang "tak syar'i". Yang rasa tak syar'i tu, xpayahla tengok, korang kan dah "baik2" semuanya. Tulisan kali ni hanya untuk mereka yang ber"couple" sahaja. Hehehe...

Pesan akoo, ambillah iktibar daripada watak yang bernama "Adam" a.k.a Farid Kamil. Anda akan sedar apa makna "MEMBERI" dalam hidup ini. Dan, movie ni mungkin berjaya mengubah pemikiran mereka yang menolak "cinta lepas kahwin". Mungkin akan ada masalah sebab xkenal sangat bini kita, tapi................ kalo nak tahu, layan ler....

Akoo xkata akoo xbersetuju dengan cinta sebelum kahwin. Sebab, sudah banyak cerita tentang cinta sebelum kawen, so, apa kata layan angle lain, tentang cinta selepas kahwin.... Layan....

intelektual vs hedonisme


Seronok berborak dengan sepupuku. Akoo bertanyakan soal ideaku ingin membawa satu "gelombang intelek" di universiti. Dan, dia memberikan pendapat dan pengalaman di universitinya sendiri.

"Nak buat perubahan buleh... Tapi, jangan terlalu drastik. Nanti budak2 ni benci."

"Budak2 ni tahu, yang nak dibuat ni benda baik, tapi, kalau dah tetiba semua benda "HARAM" dan xboleh buat, xmengamuk budak2?" katanya, tanda tidak bersetuju dengan pihak persatuan Islam di tempatnya yang mengharamkan battle of the band.

"Nak kata budak ni dah benci sangat kat diorang ni, sampai sticker Say No to bonceng tu, semua beli lekat kat motor. Tapi, yang lagi lekat, lagi tunjuk nak bonceng. Haha.. Protes betol budak2 ni. Sampai semua yang persatuan Islam ni buat, xde apa yang betul."


Itulah sedikit sebanyak pemikiran budak2 muda di Universiti sekarang. Ramai menyalahkan anak2 muda kerana xada budaya membaca. "Inikah taraf mahasiswa yang memasuki universiti? Hanya belajar secara "exam oriented"? Golongan inikah yang akan mewarisi pentadbiran negara pada masa akan datang?", kata2 dari golongan yang risau akan status mahasiswa masa kini.

Semua sedar akan kepentingan ilmu. Bahkan, bagi golongan "pejuang Islam", sudah tentu memakai dalil ayat pertama Allah Taala ke Nabi SAW.. "Iqra'!". Namun, bila mana hedonisme sudah menjadi satu culture atau budaya golongan muda, apa yang seharusnya kita lakukan? Terus memprotes dan meng"HARAM"kan segala2? Jika itu tindakan kita, nantikan lebih ramai lagi golongan yang diperihalkan oleh sepupu akoo itu.

Islam tidak menghalang ummatnya untuk berhibur. Namun, ada batasnya dan masalahnya yang selalu kita hadapi dalam kebanyakan perkara dalam hidup ialah macam mana nak seimbangkan hiburan kita itu agar tidak melampaui batas. Sebagai contoh, manusia perlu makan, tetapi manusia perlu tahu setakat mana dan apa yang perlu dia perlu makan agar tidak memberi kesan buruk kepada tubuhnya sendiri.

Setelah membaca bab2 awal buku 7 Habits, pada akoo, masalah ini mungkin boleh diBETULkan, bermula dengan kita yang "tidak mahu" berhibur ini sendiri. Hehe.. Baru akoo sedar, bahawa, istilah intelek dan ilmu itu sendiri sudah disempitkan. Orang yang intelek ialah orang yang tahu isu2 semasa, membaca buku2 ilmiah(bagi mereka) dan sewaktu dengannya. Walhal, orang yang menghayati seni gitar dan tarian, bagi akoo, adalah orang yang intelek. Orang yang sanggup berkorban, berfikir untuk meMOTIVASIkan kekasih adalah orang yang intelek. Peminat2 movie yang dapat belajar sesuatu daripada movie tersebut adalah orang yang intelek.

Kerana.... bagi akoo, ilmu Allah Taala itu maha luas. Intelek ialah ilmu Allah Taala yang bermanfaat buat kita. "Ya Allah, kurniakanlah kami ilmu yang memberi manfaat..." Amin.....

Sunday, September 20, 2009

Jalan balik itu


Aidil Fitri kembali lagi. Songkok yang dipakai 2 kali setahun mula dicari. Baju baru? Of course. Namun, "suasana"nya sangat lain. Sangat lain berbanding dulu. Mungkin ini akoo punya perspektif sendiri bila sudah "besar". Namun, itulah realitinya. Perasaan "raya" dulu kini jadi hambar. Ummi, anak ummi dah besar! Hehehe...

Perjalanan balik ke Mache memang cukup menguji kesabaran. Mana taknya beb... Masa perjalanan dah jadi "double"! Namun, seronok juga melihat gelagat manusia sepanjang perjalanan tersebut.

Bila kereta dah beratur panjang2, mulanya, memang majoriti bergaya macho dan "sabar". "Biasalah ni.. musim2 raya memang macam ni. Anak2 ayah kena sabar tau." pesan ayah pada anak2. Dalam hati anak2, tentu ada yang berkata, "Fuh... machonya ayah akoo ni."

Bila dah banyak sangat tekan brek, sudah mula ada yang merungut. Habis SABAR tadi berukar LAPAR. Lapar nak "makan" orang. "Awakla ni... Saya dah cakap suruh bertolak awal sikit. Baru xstuck macam ni." macam tu la lebih kurang gayanya bila mana orang dah lapar sangat nak MAKAN orang. Semuanya orang lain yang salah.

Bila dah lama sangat kereta xjalan2, pelbagai anggapan difikirkan. "Ni ada accident ke ni?" "Ni mesti polis punya hal, tahan2 orang".(walhal, xde pun. Sian diorang dah terbahak2 batuk malam raya ni sebab ramai sangat mengumpat). "Ni kerajaan punya pasal la ni, buat tol. Bukan makin lancarkan jalan, makin lembabkan jalan ade. Ape da.."

Bila dah nampak banyak sangat lampu2 kereta di depan, apa lagi, signal mula diberi. Upacara memotong dimulakan. Mata ready kalau2 ada kereta di depan. Lagi takut, kalau kereta polis ada di depan. Yang lagi radical, terus potong ikut kiri. Masa ni, iklan anak menegur ayahnya "dilarang memotong barisan" sudah tidak dihirau. Ini realiti! Hehe..

Bila dah habis kereta dipotong, mula mencari apa punca jalan sesak. Sungguh geram dan sakit hati bila melihat jalan sesak disebabkan "kereta kancil" yang meLAYAN perjalanannya. Dia sudah tidak hiraukan di belakangnya sudah berkilometer kereta berbaris. Nak bengang2 pun benda dah lepas, lebih baik bersangka baik. Mungkin keretanya hanya mampu bergerak selaju itu. Namun, jika si pemilik kereta memang saja meLAYAN perjalanan kerana seronok melihat kereta beratur di belakangnya, elok ubahlah perangai tersebut ya!!

Kesimpulannya, mungkin kadang2 dalam hidup ini, undang2 manusia perlu diLANGGAR. Hehehe...

Tuesday, September 15, 2009

SEGAN dengan siapa?


Masih ingat lagi, isi karangan semasa sekolah menengah, tentang tajuk gejala sosial yang melanda remaja masa kini. Masa itu, timbul persoalan, kenapa ramai remaja memilih boyfriend2, atau kawan2 yang melepak bersama mereka sebagai tempat untuk meluah masalah berbanding ibu bapa mereka. Antara point pada masa itu ialah ibu bapa jarang meluangkan masa bersama anak2 dan TIMBUL JURANG antara komunikasi ibu bapa dan anak2. Point yang sangat menarik untuk dibincangkan.

Bagi mereka yang DIkatakan kategori golongan "baik", tentunya akan diSEGANi oleh kawan2 yang lain. Andai kata kita di kalangan kategori golongan "baik", kawan2 pun akan menjaga tingkah laku, mungkin sebelum kedatangan kita, tidak menutup aurat, tetapi selepas kita datang, terus SEGAN, dan tutup aurat. Mungkin, jika kita tiada, cakapnya penuh dengan mencarut, tetapi, bila adanya kita, cakapnya mula berlapik.

Tentunya ada yang cukup bangga dan lega hati bila mana diri boleh dianggap sebagai "orang baik". Bahkan, mungkin bersyukur kerana dengan penampilan kita sahaja, sudah terserlah "keISLAMan" kita. Akoo juga pernah berpemikiran demikian, "melihat kita sahaja, terasa diri sudah di"DAKWAH"."(kan bagus... bila orang nampak kita, dia akan elak daripada buat maksiat)

Namun, sedarkah kita, sebenarnya terdapat sedikit kesilapan dalam tindakan kita itu? Tidak salah dilihat "baik" oleh orang lain. Cuma, cukupkah, jika kita katakan "penampilan" kita sudah cukup untuk disebut sebagai dakwah, SEDANGkan mereka hanya SEGAN BILA DI DEPAN KITA? Di belakang kita? Masih tetap melakukan maksiat? Jadi, kita memupuk mereka untuk SEGAN dengan ALLAH atau SEGAN dengan KITA?

Jadi, sang dai'e sepatutnya berpandangan JAUH. Bukan diri disegani merupakan impian, tetapi impian kita adalah mereka segan dengan Allah Taala. Bahkan, jika mad'u tidak segan dengan kita, pada pandangan akoo, itu merupakan satu advantage buat para dai'e. Mad'u tak cover line depan kita, maknanya kita dapat masuk dengan mereka. Mungkin, kita akan menjadi tempat mereka meluahkan masalah seperti mana mereka bersembang dengan rakan2 mereka yang lain.

Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa daripada kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia ubah dengan TANGANnya, jika tidak mampu, dengan lisannya, jika tidak mampu, dengan hatinya. Dan itu adalah selemah2 iman"


Istilah "tangan" dalam hadis ini tidak patut disempitkan. Akoo lebih suka jika istilah ini dihuraikan dengan istilah "strategi". Sebagai contoh, jika roomate kita tidak solat, mengubah dengan tangan xsemestinya terus menarik tangannya ke surau untuk solat, xsemestinya TERUS menegur dan mengatakan bahawa beza orang Islam dengan orang kafir adalah solat, jadi, kalau xsolat, sama cam orang kafir. Ya, mereka mungkin akan solat, tapi, HANYA DI DEPAN KITA.

Bahkan, mengubah dengan tangan itu, mungkin dengan cara kita berdiam diri terlebih dahulu, xperlu tegur pun tidak apa, mula berkawan sehingga rapat dengannya, selitkan SEDIKIT unsur Islam dalam bersembang, sehingga sampai satu masa, pada masa ketiadaan kita pun, dia akan tunaikan solat.

Apa2 hal pun, soal ini hanya layak dibicarakan jika kita ada keinginan untuk mengajak orang ke jalan Allah. Jika tidak, usah bicara soal tegur atau xtegur. Sama je semua. Fikir2kanlah.....

Sunday, September 13, 2009

Bijak SANA, SINI dan DI MANA MANA.


"Letih rrr sekarang ni. Balik kelas fikir nak tidur je..." akoo sedikit mengeluh semasa menelefon seorang sahabatku. Bukan niat untuk mengeluh, tapi, ingin meminta sedikit nasihat daripadanya.
"Biasa la... jadi pejuang Islam, memang meletihkan" balas sahabatku. Akoo hanya mampu terdiam dan membisu. Cukup dalam maksudnya di situ. Malu sungguh mengaku diri sebagai pejuang agama Allah Taala tetapi masih lagi banyak berehat. Sedangkan, rehat kita bukan di sini. Tapi, DI SANA nanti. Astaghfirullah.....

Jika kita mengambil Teori Si Darwin, sesuatu organisma akan bersaing untuk terus hidup. Yang KUAT, akan terus hidup, manakala Yang LEMAH akan disesarkan dan akan pupus. Kita dimomokkan bahawa masa kini merupakan zaman "Perang Pemikiran". Perang ini nampak murni dari luarannya, namun, kesannya sama seperti Teori Darwin tersebut. YANG BIJAK akan terus hidup, YANG BENGAP akan terus dijajah dan ditindas.

Malah, jika diteliti dengan terperinci, "serangan pemikiran" lebih bahaya daripada "serangan fizikal". Kita ambil contoh yang paling mudah, macam mana BIJAKnya musuh Islam memBENGAPkan ummat Islam dengan serangan SEKULARISME. Sehingga kini, akibat terlalu lama berpegang kepada ideologi tersebut, ummat Islam tidak mampu bangkit, bahkan ummat Islam sendiri yang menentang perjuangan Islam.

Bagi menghadapi Perang Pemikiran ini, kita perlu ada "senjata". Ya, senjata yang perlu ada pada ummat Islam adalah "BIJAK". Persoalannya, nak BIJAK dalam bidang apa? Kan dah banyak dah "orang yang mendakwa mereka Islam" yang bijak dalam bidang ekonomi, politik, bidang2 perubatan etc?

Sabda Nabi SAW,
"Orang yang paling BIJAK di antara kamu ialah orang yang banyak mengingati mati dan menyiapkan diri menghadapinya."

Sudah terang lagi bersuluh. Itulah BIJAK yang diperlukan. Nabi SAW telah lama memberikan formulanya. Cuma kita yang taknak pakai. "Apa kaitan Perang Pemikiran dengan ingat mati? Mana ada kaitan. Untuk menang perang ni, kita kena latih pemikiran kita jadi kritikal. Baru boleh menang." Mungkin inilah persoalan yang timbul bila mana idea di atas dikeluarkan.

Cuba diteliti hadis ini dengan lebih terperinci: Banyak INGAT(bukan TAKUT) mati dan MENYIAPkan diri menghadapinya. Apakah perilaku seseorang yang BANYAK ingat mati? Sudah tentu sentiasa berWASPADA. Sikap waspada sangat diperlukan dalam peperangan, kerana musuh akan datang menyerang bila2 masa.

Kemudian, apa pula perilaku orang yang MENYIAPkan diri menghadapi mati? Jika anda tahu anda akan mati esok, pukul 9.00 pagi. Adakah anda akan tidur dan bersenang lenang hari ini? Sudah tentu kita akan beribadah sebanyak mungkin, bertaubat, menyelesaikan hutang yang ada, minta maaf pada siapa yang pernah kita tersilap, membuat wasiat, bersedeqah etc. Ini bermakna, kita BERSUNGGUH2, tidak ada lagi main2. Dalam peperangan, adakah kita akan menang jika kita bersikap sambil lewa? Kita hanya akan menang peperangan, jika kita berSUNGGUH2.

Jadi, jika kita ingin terus dijajah dan tewas dalam perang ini, maka teruskanlah dengan keBENGAPan kita. Tapi, jika anda sedar kita perlu MENANG dalam peperangan ini, maka berubahlah menjadi orang yang BIJAK.

Thursday, September 10, 2009

Nak JADI macam siapa ya?


Entah kenapa. Sekali lagi akoo melayan "Ayat ayat Cinta". Dan, kali ini beserta subtitle. Alhamdulillah... Akoo lebih memahami jalan cerita dan mesej yang cuba disampaikan. Seperti kali pertama akoo melayan cerita ini, memang cerita ini menaikkan rasa ingin berkahwin! Hahaha.. Tapi, bagi akoo, akoo sangat tersentuh dengan statement banduan dalam penjara dan statement Maria pada akhir cerita.
Lebih kurang kata2 si banduan apabila si Fahri xdapat terima kenyataan yang ujian ke atasnya sangat berat, "Sedarlah... Allah sedang berbicara denganmu. Allah sedang mengajarmu erti SABAR dan IKHLAS."
Statement Maria pula yang menyentuh hati akoo, "Kini akoo sedar, bahawa MENCINTAI dan PERASAAN UNTUK MEMILIKI itu adalah 2 perkara yang berbeza."
Renung2kan....

Secara peribadi, akoo amat mudah mengagumi orang lain. Sebagai contoh, akoo selalu melihat naqibku sebagai seorang yang hebat, dan dengan itu akoo akan cuba sedaya upaya untuk menCONTOHi apa yang baik darinya.

Akoo juga mengagumi Tok Guru Nik Aziz. Dan, rasanya, bukan akoo seorang yang punya rasa kagum dengan insan ini. Mana taknya, pergi mana2, xkisah apa2 function, dengan muslim atau non muslim, mulutnya takkan pernah lari daripada cerita tentang Islam.

Namun, pernah sekali naqibku mengutarakan soalan kepadaku, "Kalaulah diberi pilihan enta untuk jadi Nik Aziz ke, Anwar Ibrahim ke, hatta Saidina Ali ke, mana satu enta pilih?"

"3 tu je ke? Kalo orang lain xboleh?" akoo membalas.

"Terpulang...." balasnya. Tapi, pertanyaan itu akoo akhiri dengan membisukan diri kerana akoo tahu ada something yang dia cuba sampaikan.

Setiap manusia punya keUNIKan dan kelebihan mereka sendiri yang mungkin tidak ada pada orang lain. Masing2 lebih mengenal diri masing2. Cuma, kadang2 kita terlalu ingin MENJADI ORANG LAIN menyebabkan keunikan yang ada pada kita tidak digunakan. Jika kita meletakkan akoo nak jadi cam Nik Aziz. Jadi, semua pasal dia kita tiru. Akhirnya, bukan sahaja kita tidak dapat menCONTOHi tokoh tersebut, bahkan kita tidak menggunakan apa sebenarnya yang ada pada diri kita.

Sebab itu, sirah Nabi SAW cukup mengajar. Lihat sahaja kepelbagaian watak para sahabat. Islam tidak mengajar ummatnya untuk menjadi stereotype. Tapi, Islam mengajar kita, macam mana dengan kelebihan yang kita ada itu, kita dapat gunakan untuk kita tegakkan kebenaran di muka bumi Allah Taala ini.

Namun, bukanlah beerti kita xboleh menCONTOHi orang lain. Sangat2 digalakkan menCONTOHi orang yang hebat, namun bukan meNIRU segala apa yang mereka lakukan.

"Xpayah jadi sape2.. Cukuplah enta jadi enta SENDIRI" balas naqibku. Akoo hanya mengangguk dan tersenyum.