Recent Posts

Wednesday, December 31, 2008

"kita dan mereka" atau "KITA"?


Mendengar berita tentang Gaza diserang semalam, akoo terkedu. Macam dah xtahu nak buat apa. Nak kongsi dalam blog, kutuk Yahudi? Macam xde effect je. Bahkan semua orang tahu kejamnya diorang ni. Jadi? Apa patut akoo buat? Geram rasaya bila mendengar alasan mereka menyerang kerana "beberapa puluh" askar mereka terkorban. Pastu, dibalas dengan "beratus2" nyawa rakyat Palestin. Jahanam kau Yahudi. Jahanam kau Israel! Hancurkan mereka Ya Allah!!!


"tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri...."

Macam2 program dah dibuat. Setiap bulan, setiap tahun, mesti ada program mengingati Palestin. Namun, apa makna semua itu? Sekadar TAHU rakyat Palestin dalam kesusahan, diserang dan sebagainya. Ya, mengumpul dana juga antara yang boleh dipuji. Namun, di peringkat akoo sendiri, merasakan PUNCA utama berlaku masalah ini ada pada hadis di atas. Kita telah dipecahkan mengikut negara. Semua sudah ada semangat negara sendiri. Negara akoo aman, cukuplah, alhamdulillah, kita kena jaga hubungan diplomatik negara kta agar xjadi cam Palestin, Iraq, Afganistan semua. Itulah puncanya, xdapat rasa sengsara walhal saudara sesama Islam dalam kesusahan. Jahanam kau Nasionalis!!!

Namun, akoo hanya mampu mencari punca, penyelesaian yang baik masih belum dapat dijumpai. Maaf, bukan belum jumpa, belum capai. DAULAH ISLAMIAH! Ya, itulah penyelesaiannya. Jadi, jika tidak ingin melihat saudara kita terus diANJINGkan lagi, sama2 kita berusaha ke arah daulah Islamiah!


Ingat, semua ummat Islam adalah satu. Kita adalah KITA, bukan KITA DAN MEREKA!

Tuesday, December 30, 2008

ber"HIJRAH" daripada "hijrah"

Salam Maal Hijrah buat semua yang mengenali doktor bonot. Post kali ini agak pendek, sekadar untuk membuat diri ini dan sahabat2 berfikir.

Bila tiba 1 Muharam, semua nak "hijrah".
Buat azam baru~
Nyanyi lagu hijrah~
Berarak satu kampung~

Bagi akoo, sekarang kita perlu berHIJRAH dari hijrah lama ini. Hijrah bukan sekadar lagu hijrah yang famous tu. Bukan sekadar menanam azam tahun baru. Ekoran dari artikel "tahu, hayati, amal, istiqamah". Kita sekarang sudah tahu, dan mungkin ada yang dah hayati, jadi ayuh kita berHIJRAH ke level amal. Usah bermain dengan azam kosong. Jika sudah dihayati bahawa HIJRAH memerlukan pengorbanan, bersedialah menghadapinya.

"Cakap memang senang, buatnya??? Susah beb!!!" Akoo pon akan cuba berHIJRAH untuk terus maju dalam akademikku(susah tu!!). Lulus Part B, say no to supplement...

insyaAllah... Allahuakbar~

Saturday, December 27, 2008

sebut betul2... E.G.O.!!


"enta tahu x, enta dah memberi fitnah yang terbesar kepada Islam? Apsal enta dapat E? Sebab buat kerja Islam? Orang lain wat keje Islam gak... Ke enta pulun wat keje Islam sampai xingat belajar? Apsal enta pulun sangat wat keje tu? Enta dapat apa dengan pulun gile wat keje tu? Dengan pulun tu, dapat menimbulkan rasa kesian sahabat2 enta kat enta?"

Akoo hanya mampu terdiam...... Astaghfirullah....

Hidup diteruskan macam biasa. Memang terasa banyak ingin dikongsikan dalam blog, tapi, xberkesempatan. Semakin lama diberi nafas ini, semakin banyak benda yang dipelajari. Alhamdulillah. Sejak akhir2 ini, akoo mengenal dengan suatu perkataan yang tidak asing lagi bagi kita. EGO!!

Pada mula akoo mengenal perkataan ini, akoo tidak mengerti apa maknanya. EGO tu apa? Orang asyik dok cakap dia ni ego, dia tu ego. Namun, sejak akhir2 ni, Allah seperti mahu menunjukan akoo tentang sifat ni dengan melihat kepada diri sendiri. Rupa2nya, diri sendiri juga tertanam sifat ego ini. Lemah betul akoo ni kan. Betullah kata2, "kenalilah diri sendiri, nescaya kamu akan mengenal Tuhanmu"

Menurut kefahamanku, EGO ialah tidak mahu mengaku diri lemah atau salah. Orang yang ego, berfikiran "dia je betul, orang lain sumer salah".

Orang ego.....
kadang2 apabila buat salah, cuba mencari jalan bahawa kesalahan itu, bukan sepatutnya diletakkan ke atasnya.

Orang ego.....
kadang2 apabila orang cuba menegur tentang kelemahannya, tidak dapat menerima niat murni si penegur itu. Dia hanya akan berfikir "mamat ni nak malukan akoo ni', "aaahhh... apa yang ko tahu pasal diri akoo, akoo lebih faham situasi diri akoo daripada kau la..."

Orang ego.....
dalam memberikan pandangan, tidak ada yang boleh mengkritik pandangannya, kerana hanya pandangan dia sahaja yang betul. Susah betul ingin menerima pandangan orang lain.

Orang ego....
kadang2 apabila dikatakan orang bahawa dia ego, pasti berdendam dengan orang tersebut.

Wahai akoo dan insan yang ego, cukuplah! Tidak ada manfaat pun membaja dan menyemai sifat ini dalam diri. Jika kita berbuat salah, maka mengakulah bahawa kita salah. Jika idea kita tidak mendapat sambutan dan xboleh diterima, biarlah, yang penting, kita cuba menyumbang idea. Jika ada yang cuba menegur kita, berterima kasihlah padanya kerana masih ada lagi orang yang ingin melihat kita menjadi lebih baik.

Percayalah... Orang yang hebat lagi tenang dalam menghadapi ujian Allah ialah orang yang mampu menghilangkan EGO dari dalam diri.

Tuesday, December 16, 2008

"Saya tak pernah fikir saya akan mati"...

"Kenapa xdatang lecture?" "Ada sebab tersendiri.
"Tapi, nak senang cite, anggap je rr akoo ni memang MALAS rrr..."

"La... bagitau la pasal ape, mane tau kitorang leh tolong..."
"Xpe rrr... akoo simpan dulu... sampai masa, akoo rasa nak kongsi akoo gitau"

Tadi, Allah memberikan akoo peluang untuk menghadiri kelas DPHS. Pada mulanya, nampak suasana dewan kuliah agak hambar kerana memang sedikit sahaja bilangan budak medic 2nd year yang hadir. Jadi, akoo hanya menjeling kawan sebelahku, dan tersengeh.. hehe... Namun, setelah meneliti apa isi kandungan kuliah tersebut, tiba2 ada perkara yang menarik perhatianku. Akoo mula masuk ke alam lain(bukan tido ek), menghayati isi kandungan lecture tersebut. Hingga xsangka, boleh mengalirkan air mata(tiba2 hakem jadi sentimental). Nak tahu kenapa? Sambung baca....

"Adakah anda terfikir anda akan mati setelah anda telah lama sakit dan diberitakan bahawa anda mengidap kanser prostat?", tanya seorang budak cina kepada seorang pesakit yang dibawa oleh pensyarah ke dewan tersebut(dalam english, tapi, akoo dah xingat ayat dia.. hehe..)

"Tak!! Walhal bila mana ada seorang medical student yang bertanya kepada saya,uncle tahu xuncle sakit apa? Saya cakap saya xtau. Dia pon mintak saya jangan bagitau doktor yang dia cakap kat saya. Kemudian, dia bagitau saya, saya mengidap kanser prostat. Lama dia usha saya, dekat 20 saat. Tapi, saya XDE PERASAAN n buat dek je. Hehe... Dia pelik dan tanya saya, eh! uncle xrasa pape ke? Nak rasa apa? Biasa jela.." cerita uncle tersebut. Semua pelajar tergelak.

Antara ayat yang agak membuat akoo berfikir dalam kuliah tersebut ialah, dalam menghadapi pesakit yang hampir mati atau tiada harapan sembuh, perkara yang paling penting bukan "religion" tetapi "beyond the religion". Akoo agak tidak bersetuju pada mulanya, tetapi setelah berfikir sekali lagi, baru akoo menerima kerana Islam bukan religion tetapi Islam adalah addin. Tetapi, explaination yang diberikan oleh pensyarah itu juga agak tidak boleh diterima pada mulanya. Apa dia kata, kita sebagai doktor, macam mana kita nak menghadapi pesakit yang sudah tiada harapan sembuh ini, bukan dengan asyik cakap kat diorang pasal mati, sampai pesakit pun rasa down tahap max, tetapi "apa lagi yang diorang nak buat dalam hidup diorang". Itu lebih bermakna. Itu memberikan semangat kepada pesakit itu untuk terus hidup.

Macam xkena kan? Bukan ke Islam ajar kita untuk ingat mati ke? Tapi, kata2 pensyarah ini membuat akoo terfikir satu kata2 yang sering aku ingatkan kepada sahabat2ku, "Islam ajar kita supaya INGAT MATI, bukan TAKUT MATI". Orang yang ingat mati, xkan wat benda yang sia2 dalam hidup dia, sebab dia tahu hidup ni sementara. Sementara orang yang takut mati, akan down, dan takut untuk meninggalkan dunia yang sementara ini, bahkan apabila diberitakan dia akan mati dalam beberapa bulan, dia akan terasa TUhan tidak adil kepadanya.

Kesimpulannya, memang kita tidak mendekati orang yang sudah tiada harapan sembuh itu dengan religion, tetapi sebenarnya kita harus mendekati mereka dengan Islam. Itulah jawapan yang masih dicari2 oleh kebanyakan orang sekarang ini. Mereka mencari2 apa kaedah yang sesuai, tetapi masih tidak mahu menerima bahawa yang mereka cari itu adalah Islam. Seperti uncle yang diceritakan diatas, dia sudah sakit sejak tahun 2006, tetapi dia tidak merasakan bahawa kanser yang dia dapat itu sebagai satu yang kekal kepadanya, ia pasti sembuh. Dan akhirnya apabila sembuh, dia mengeluarkan ayat, "saya patut berterima kasih kepada Tuhan kerana memberikan saya peluang untuk sembuh".

Jadi, JANGAN TAKUT MATI! Dah memang kompem kita akan mati, nak takut buat apa. Tetapi sentiasalah INGAT MATI, kerana dengan itu, baru anda akan mendapati bahawa Islam adalah way of life!! Pengajaran yang kedua yang kita dapat dari kisah uncle tersebut ialah macam mana penerimaan kita terhadap ujian yang diberi, jika kita positif, maka perkara itu akan jadi positif, tetapi jika kita sentiasa menerima sesuatu perkara dengan negatif, maka negatiflah yang kita dapat.

Friday, December 12, 2008

::hmm... camne nak buat ye??.::



"Nak bawak kete laju2 bleh, tapi kena fokus, mata kena tumpu kat jalan je... lagu2 pe sumer ni, xpayau hirau..." pesan pakcik akoo. Lantas dia tekan minyak dan terus memotong 5 buah kete sekali gus, walaupun double line. Fuh!!! Dasat sungguh pakcik akoo bawak kete, xleh nak tido. Asyik cuak je! Hehe...


Sebelum kembali ke medan perjuangan di kampus, akoo sempat berborak dengan seorang sepupu. Bertanya tentang life sebagai seorang budak U di UTM Skudai. Kami memang rapat dan boleh dikatakan membesar bersama. Syok juga dengar cerita macam mana life sebenar seorang budak U sekarang ni, asyik dok dekat dunia budak2 medic je, otak akoo tak pernah terfikir macam mana life budak2 fakulti lain.

"Gewe mung paka tudung doh loni? Fuh.. Dasat mung dakwah dio.. Hehe.." Akoo mengusik
(Awek ko dah pakai tudung ek sekarang? Fuh... Dasyat ko dakwah die ek.. Hehe..)

"Lamo doh paka. Tapi gak, kade2 kalu tubik nga aku, dio xpaka."
(Dah lama rrr pakai. Tapi, kadang2 bila kuar ngan aku, xpakai gak...)

"Bakpo? Sebab buke aurat bini ko suami ko?"
(Apsal? Sebab tu kira bukan aurat isteri kepada suami rrr?)

"Buke. Ni buke hok aku target nok wat bini. Sajo jah gewe ni"
(Bukan. Yang ni bukan akoo target nak wat bini. Saje je ni wat awek.)

"La... Pahtu? Sajo2 jah la ni? Hekeleh. Apa barang!! Bakpo xcari hok baik selalunyo?"
(La... Pastu? Saje je? Hekeleh... Apa barang!! Apsal xcari yang baik stret?)

"Tino loni buke buleh cayo. Napok jah baik, hok sebenar, xtau. BAIK KITO SAING RAMAI, PAHTU KALU XLEH SORE, ADO ORE LAIN"
(Pompuan skang bukan bleh caye. Nampak je baik, walhal, disebaliknya kita xtau. Baik kita kawan ngan ramai orang, pastu kalo melepas sorang, ade spare.)

Akoo berfikir seketika. Hmmm.... Ada betul dan ada yang xbetul.

"Xjoin persatue Islam ko denuh? PMI ko..."
(Xjoin persatuan Islam ke kat sana? PMI ke...)

"Ceh... wat nate apo join gotu, kalu join gotu, SUMO BENDO XLEH WAT. GONI HARAM, GOTU HARAM, wat battle of the band pon xleh, padahal buke ado nopak2 pon, dok main lagu Peterpan gitu jah."
(Ceh.. Apa barang join mendalah tu. Kalo join mende tu, SEMUA BENDA XLEH WAT. MENDE TU HARAM, MENDE NI HARAM, wat battle of the band pon xleh, walhal bukan lagho sangat pon, mane ade terlonjat2 pe sumer, dok layan lagu Peterpan je kot.)

Akoo berfikir lagi. Hmmm... Macam ada sesuatu yang tidak kena. Kebanyakan golongan2 seperti ini tidak boleh menerima golongan yang kononnya membawa Islam kerana bagi mereka, apabila Islam memerintah, SEMUA BENDA HARAM!! Akoo tidak dapat menafikannya kerana akoo juga layan lagu2 seperti ini, Peterpan, Dewa, Too Phat etc. ADAKAH AKOO YANG BERSALAH KERANA MENYUKAI LAGU2 SEPERTI INI? Kerana dakwah itu perlu bermula dengan kita benci kepada maksiat, tetapi, jika itu adalah maksiat, maknanya, akoo suka kepada maksiat itu. Jadi? SALAHKAH AKU?


Ya. Memang betul muzik ini banyak khilaf ulama'. Yusuf Qardawi pun dah 20 kali lebih keluar fatwa pasal muzik. Dan, ada orang kata paling rendah pon, hukum dia MAKRUH. Tapi, melihat keadaan dunia sekarang, ADAKAH KITA MAHU MENOLAK MUZIK YANG ADA? Atau adakah adanya golongan yang berfikiran seperti akoo ini penyebab kepada ketidakmenangan Islam? Ah!!! Xtahu.. Tulun10x...


Yang penting, jika memang akoo yang bersalah sekali pon dalam hal ni, golongan yang ingin membawa Islam sepatutnya menyediakan satu altenatif untuk masalah ini. Agak kurang senang hati bila mana disebut Islam, orang asyik berkata, SEMUA BENDA HARAM!!! Jadi, sama2lah kita fikirkan penyelesaiannya.

Tuesday, December 9, 2008

;;Salam Tadhiyah!::


fuh!! raya dalam hujan siot tahun ni. Tapi, seronok gak. Xtau nape, maybe dah lama homesick kot, rasa syok gila balik kampung kali ni. "Abe, bangun. Kito nok pukul gambar so family ni. Apo rayo tido selaris!!", tiba2 dengar suara ummi kejut. Hehe....

Salam aidil adha buat semua yang mengenali doktor bonot.

Kali ni, sikit je nak kongsi. Pagi tadi, disebabkan hari hujan, akoo lepak kat rumah bersama sepupu sepapatku. Bosan punya pasal, terdengar suara "Akhil Hayy" berkumandang di televisyen. Akoo menuju ke tempat tv. Tapi, akoo lihat wajah Hani, pengacara Muzik@Ria. Aik! Dari mana datang suara Akhil Hayy tadi? Aku cam suara dia. Peminat setia ni beb!! Akoo menoleh sekali lagi ke tv.

WOw!!!! Akhil Hayy keluar dalam rancangan Muzik@RIA la... Memang dia. Dia bersama Zahid, Farhan dan Heliza. Jadi, akoo melayan rancangan tersebut sampai habis. Habis saja, otak mula berfikir. "Dahsyat sungguh ustaz ni". Tatkala semua pendakwah Islam menolak artis, ada juga golongan yang cuba menghampiri mereka. Dan Akhil Hayylah salah seorangnya. Jika ada golongan seperti ini, maka terjawablah persoalan "apa nasib artis jika Islam memerintah di Malaysia?".

Pendekatan yang dipakai oleh Akhil Hayy tadi, cukup untuk membuatkan hati artis yang ada bersamanya itu TERASA sedikit. Usaha sudah ada, kita perlu terus berusaha lagi, mereka mahu mengamalkan Islam secara syumul atau tidak, itu kerja Allah S.W.T. Yang penting, harus ada golongan yang perlu jadi seperti Ustaz ini.

Sunday, December 7, 2008

::tahu, hayati, amal, istiqmah::


syok sungguh balik kampung ni... suasana yang sangat dirindui. Lagi2, ada sumer sepupu2 yang kecik2 ni. Bising pulak rumah akoo ni tiba2. "Nok gege, gi maing luar rrr!!", jerit akoo tiba2 sebab budak2 ni kacau akoo nak tido. Hehe....

Firman Allah Taala:
"Wahai orang beriman, kenapa kamu katakan apa yang kamu tak buat? Sesungguhnya, BESAR kemurkaan Allah terhadap, orang yang katakan apa yang dia xbuat" (Assof:2-3)

Akoo mula TAHU ayat ini semasa di Pusat Asasi Sains UM. Tahu bahawa Allah tidak suka orang yang cakap tak serupa bikin. Menimbulkan sedikit gerun untuk bercakap.

Kemudian, akoo diajar untuk mengHAYATI isi ayat ini. Pelik juga, Allah tujukan ayat ini kepada "ORANG2 BERIMAN"?? Orang beriman, ada yang cakap xserupa bikin ke? Dah la Allah bagitau ayat ni di permulaan surah Assof, iaitu surah yang banyak bercerita tentang perjuangan dan jihad. Kenapa ya???

Setelah melihat situasi dunia sekarang, aku mula sedar tentang maksud ayat ini. Inilah PENGHAYATAN sebenar tentang ayat ini. Ya, kita boleh ambil contoh mudah, seorang ustaz yang selalu berceramah menyeru orang2 lain menuju Allah, tetapi kebanyakannya tidak beramal pon dengan apa yang dicakapnya. Hanya tahu menyeru orang lain, tetapi, lupa akan diri sendiri. Lihat situasi politik pula, sebelum pilihanraya, menjanjikan macam2 kepada rakyat, manifesto ni, manifesto tu, tapi, selepas mendapat NAMA dan JAWATAN, rakyat diletak entah ke mana.

Bila berfikir begitu, akoo mula takut. Baik tak payah bercakap macam ni. Blog ni pon, mesti banyak benda yang akoo cakap, tapi kadang2 akoo sendiri pon xbuat. Astaghfirullah. Mesti Allah dah banyak marah kat akoo. Tu pasal otak akoo agak lembab sekarang ni.

Tetapi.....

Timbul pula kata2, pastu, nak tunggu sampai bila baru akoo buleh bercakap n sampaikan dakwah kat orang lain? Esok? Lusa? Setahun lagi? Jadi, resolusi yang aku dapat, dalam nak menyampaikan kepada orang, kita juga perlu sampaikan apa yang kita sampaikan kepada orang itu, kepada diri sendiri juga. Dalam kita membetulkan orang, kita juga kena betulkan diri sendiri. Di situlah datangnya AMAL. Kita beramal dengan apa yang kita HAYATI.

Namun, timbul lagi satu masalah. Kadang2 bila iman tengah naik, AMALan sangat mantap, tapi bila tengah down, fuh..... xpayah cite rrr beb... Akoo sangat2 berharap dapat mencapai tahap ini, ISTIQAMAH dengan amalan. Ramai orang boleh buat sesuatu yang hebat, extravaganza. Tetapi,anda boleh perhatikan sendiri situasi dunia, tak ramai yang boleh ISTIQAMAH dalam beramal. Percayalah, aura istiqamah itu sangat hebat. Contoh? Study. Kebanyakan orang yang berjaya adalah orang consistent dengan study.

"Sesungguhnya Allah sukakan sesuatu amal yang walaupun kecil, tapi, istiqamah."

Dah TAHU pasal artikel ni? Kemudian buat apa? HAYATI.... Then, cuba AMALkan... dan akoo doakan anda terus ISTIQAMAH dengan amalan tersebut....

Wednesday, December 3, 2008

::kadang2, CIKGU juga perlu belajar dengan ANAK MURID::



"yes!! Jumaat ni balik!! Lama sungguh xbalik kelate..."


Pernah dengar ungkapan "aku hidup untuk belajar"? Atau "bersedia dipimpin untuk memimpin"? Atau "rela ditarbiah untuk mentarbiah"? Ungkapan2 ini amat bermakna bagi diri yang hina ini. Disebabkan sifat diri yang suka berfikir, akoo suka melihat gelagat orang. Itu sebabnya, jika di sekolah dulu, akoo akan duduk di meja paling depan(sebab xcukup tinggi), tetapi sekarang, akoo akan duduk di bahagian belakang dalam dewan kuliah. Sebab apa? Sebab seronok melihat gelagat orang. Tetapi, akibatnya, xfokus dalam lecture. Hehe...

ANAK MURID adalah manusia. CIKGU juga manusia. Masing2 ada kelemahan dan kelebihan masing2. Cantik sungguh ciptaan Allah ini. Manusia sebenarnya hidup saling melengkapi. Walaupun tugas CIKGU mendidik ANAK MURID, tetapi pada masa yang sama, CIKGU juga perlu belajar sesuatu dari ANAK MURID.

Jadi?

Jika seorang itu bergelar DAI'E, kadang2 mereka perlu belajar dari MAD'Unya. Kadang2 akoo melihat golongan2 yang free hair di kolej. Akoo sangat kagum dengan satu sikap mereka. Nak tahu apa? Ukhuwah antara mereka sangat kuat. Sambut birthday bersama, berkongsi masalah dan sebagainya. Namun, golongan yang menggelar diri mereka dai'e ini, walaupun mungkin telah faqih tentang konsep ukhuwah, masih lagi buruk sangka terhadap sahabat sendiri. Jadi, sekali lagi, kadang2 kita bukan hanya mengajar mad'u, tetapi kita juga patu belajar dengan mereka.

contoh ke 2:~

Nak tahu satu fakta menarik? Golongan yang kuat Kristian di fakulti akoo ini, sangat peramah orangnya. Mereka rapat dengan semua orang. Malah, mereka tidak malu untuk mengajak orang Islam untuk pergi ke church dengan mereka. Maka tidak hairanlah jika mufti ada mengeluarkan statement, setiap tahun beratus ribu orang Islam murtad. Akoo tidak menyalahkan mereka. Namun, akoo kagum dengan mereka. Kerana apa? Kerana perwatakan diri mereka itu berjaya menarik orang lain. Jadi, kadang2, ORANG ISLAM juga perlu belajar sesuatu dengan ORANG BUKAN ISLAM.
Konsep ini mudah diperkatakan, namun....

Bila ego mula menebal di hati, CIKGU hanya memandang ANAK MURID, sebagai seorang yang "jahil" dan hati mula berkata, "dada aku penuh dengan ilmu".
Walhal mereka tidak tahu, apakah ANAK MURID itu akan kekal jahil? Atau suatu hari nanti, Allah taqdirkan kita lebih jahil dari mereka.

Bila ego mula menebal di hati, si DAI'E hanya memandang mad'u sebagai seorang yang "sesat", dan hati mula berkata, "akoo ni ibarat malaikat, suci dengan dosa, mad'u2 ni menunggu masa saja azab Allah diturunkan".
Walhal mereka tidak tahu, apakah MAD'U mereka akan terus bergelumang dalam maksiat? Atau mungkin suatu hari nanti, mereka lebih bertaqwa daripada kita, dan entah2, kita yang banyak melakukan maksiat(nau'zubillahi min zalik....)

Bila ego mula menebal, ORANG ISLAM hanya memandang ORANG BUKAN ISLAM sebagai "kafir dan confirm masuk neraka!", dan hati mula berkata, "selamat la akoo orang Islam, xjadi orang kafir yang xkan cium bau syurga".
Walhal mereka tidak tahu, apakah ORANG BUKAN ISLAM itu akan terus dengan agama mereka? Atau mungkin hidayah Allah diturunkan ke atas mereka, dan akhirnya mereka beriman.

Jadi, fikir2kanlah.....