Recent Posts

Tuesday, December 9, 2008

;;Salam Tadhiyah!::


fuh!! raya dalam hujan siot tahun ni. Tapi, seronok gak. Xtau nape, maybe dah lama homesick kot, rasa syok gila balik kampung kali ni. "Abe, bangun. Kito nok pukul gambar so family ni. Apo rayo tido selaris!!", tiba2 dengar suara ummi kejut. Hehe....

Salam aidil adha buat semua yang mengenali doktor bonot.

Kali ni, sikit je nak kongsi. Pagi tadi, disebabkan hari hujan, akoo lepak kat rumah bersama sepupu sepapatku. Bosan punya pasal, terdengar suara "Akhil Hayy" berkumandang di televisyen. Akoo menuju ke tempat tv. Tapi, akoo lihat wajah Hani, pengacara Muzik@Ria. Aik! Dari mana datang suara Akhil Hayy tadi? Aku cam suara dia. Peminat setia ni beb!! Akoo menoleh sekali lagi ke tv.

WOw!!!! Akhil Hayy keluar dalam rancangan Muzik@RIA la... Memang dia. Dia bersama Zahid, Farhan dan Heliza. Jadi, akoo melayan rancangan tersebut sampai habis. Habis saja, otak mula berfikir. "Dahsyat sungguh ustaz ni". Tatkala semua pendakwah Islam menolak artis, ada juga golongan yang cuba menghampiri mereka. Dan Akhil Hayylah salah seorangnya. Jika ada golongan seperti ini, maka terjawablah persoalan "apa nasib artis jika Islam memerintah di Malaysia?".

Pendekatan yang dipakai oleh Akhil Hayy tadi, cukup untuk membuatkan hati artis yang ada bersamanya itu TERASA sedikit. Usaha sudah ada, kita perlu terus berusaha lagi, mereka mahu mengamalkan Islam secara syumul atau tidak, itu kerja Allah S.W.T. Yang penting, harus ada golongan yang perlu jadi seperti Ustaz ini.

1 comments:

Dr Ijad said...

assalamu'alaikum w.b.t..
1st time nk komen dlm blog hakem ni..
haa, akak setuju tu..psl usaha yg ust akhil buat tu..
akak pun terkejut jgk mula2 tgk, xcaya jgk..sbb sblmni duk tgk ust akhil dlm 'cafe' ja, kali ni die approach artis sekaligus..walaupun rimas tgk artis-artis yg xbertudung tu duk mengajak audien berselawat..sekurang2nya akak rasa usaha ust tu nmpk ada relevannya..zahid pun sampai tergerak hati nk buat album berunsur ketuhanan jgk,kn?alhamdulillah..
semoga Allah kurniakan hidayah pd mereka&kekalkan hidayah pd kita yg masih lg sedar ni, amiin.