Recent Posts

Saturday, June 26, 2010

Rokok: Apa lagi?


Petikan daripada Utusan Malaysia:

SEMUA setuju jika dikatakan golongan wanita pada zaman ini lebih maju, berpelajaran dan berjaya. Peningkatan taraf hidup serta kejayaan ini membolehkan mereka mempunyai kuasa maksimum untuk berbelanja dan membuat pilihan membeli apa yang diingini melalui pendapatan yang diperoleh.

Namun, di sebalik semua kecemerlangan dikecapi wanita itu, dek kemodenan dan peredaran zaman, sama ada kita sedar atau tidak, jumlah pembabitan kaum hawa dalam aktiviti sosial terutamanya merokok juga semakin meningkat naik.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuktikan, peratusan jumlah wanita yang merokok meningkat di negara membangun termasuk Malaysia, sementara angka perokok lelaki mula menunjukkan penurunan.

Rokok. Kalimah yang sudah tidak asing lagi bagi seluruh penduduk dunia. Usah dibahaskan lagi tentang bahayanya dari sudut kesihatan, semua sudah TAHU. Sehinggakan apabila bertanya kepada pesakit tentang sakitnya, sudah menjadi soalan WAJIB bagi pengamal perubatan untuk bertanyakan adakah pesakit menghisap rokok atau tidak. Itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa rokok memang sangat "popular".

Namun, keratan daripada Utusan Malaysia di atas membuktikan ke"popular"an rokok semakin meningkat. Dan, kali ini, sudah sampai ke peringkat, ia sudah "popular" di kalangan kaum yang dikenali dengan kelembutan dan kesopanannya, kaum Hawa.

Justeru, apa lagi yang nak dikecohkan? Bukankah harga rokok sudah dinaikkan? Bukankah kempen-kempen TAKNAK rokok sudah ditingkatkan? Mahu apa lagi?

Rokok membahayakan kesihatan. Semua akan setuju dengan statement ini. Cuma, apa yang perlu difikirkan ialah kenapa. Kenapa walaupun statement ini dipersetujui oleh semua, namun, rokok masih dijual dan dihisap oleh RAMAI orang?

Ada yang mendakwa bahawa rokok merupakan salah satu agenda Yahudi untuk menghancurkan ummat Islam. Hal ini kemungkinan ada benarnya. Namun, entri kali ini tidak mahu menyentuh soal ini, bolehlah merujuk kepada mereka yang lebih arif, yang telah mengkaji soal ini.

Pendapat peribadi, sekarang bukan lagi soal untuk laksanakan kempen anti rokok. Sekarang bukan lagi soal untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya rokok. Namun, sekarang adalah fasa untuk meng"haram"kan rokok.

Mungkin ada yang berpendapat, adalah tidak relevan untuk rokok diharamkan. Kerana apa? Kerana rokok adalah sumber pendapatan bagi negara dan peniaga. Jika perniagaan rokok diharamkan, kita akan RUGI. Mungkin ini antara pandangan yang akan diberi. Namun, sedarkah kita, berapa banyak duit kerajaan dihabiskan untuk membuat kempen anti rokok? Berapa banyak wang rakyat dihabiskan untuk kos perubatan akibat menghisap rokok? Berapa banyak kos perubatan yang telah dihabiskan akibat penyakit yang didapati daripada menghidu asap rokok?

Jika difikirkan dengan teliti, andai kata dikatakan RUGI mengharamkan rokok, namun boleh akoo katakan bahawa LEBIH RUGI jika rokok tidak diharamkan dan masih diteruskan penjualannya. Anda MUNGKIN akan rugi sedikit pada masa sekarang jika rokok diharamkan, tetapi anda akan lebih rugi pada masa akan datang jika ia masih tidak diharamkan. Percayalah...

“Janganlah kamu membunuh diri-diri kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Belas-kasih kepadamu.” (an-Nisa': 29)

“Jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan.” (al-Baqarah: 195)

Berubahlah sebelum terlambat. Ummat dunia kelam kabut apabila Islam ditolak dan tidak diamalkan. Jika kita tidak mahu berubah, jangan terkejut, suatu hari nanti, wad hospital juga akan dipenuhi oleh wanita akibat menghisap rokok. Kes2 keguguran dan anak tidak normal akan bertambah. Dan bermacam2 lagi. Malah, hari ini, mungkin ia "popular" di kalangan perempuan, esok atau lusa, ia mungkin akan popular di kalangan kanak2. Dan, hal ini telah berlaku di Indonesia.

Sekadar luahan dan pandangan. Namun, percayalah, anda SIHAT dengan ISLAM!

Thursday, June 17, 2010

Kotoran dan kesabaran


“Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, “Haid itu adalah KOTORAN” Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan yang mensucikan diri.” (Al Baqarah:222)

Cantiknya Islam, din ciptaan Allah Taala, yang mana ianya terletak di tengah2 di antara 2 ekstrim. Islam tidak terlalu kanan, Islam tidak terlalu kiri. Atau, Islam tidak terlalu terbuka, namun, Islam juga tidak terlalu tertutup. Itulah Islam, manual Allah Taala kepada khalifah di muka bumi ini.

Dalam bab haid, ada "agama" yang tidak melarang langsung untuk mendekati perempuan yang sedang berhaid. Bagi mereka, perempuan berhaid dan perempuan lain adalah sama, tidak perlu ada perbezaan dan "diskriminasi".

Manakala, ada yang lainnya, agama Yahudi sebagai contoh, melihat perempuan berhaid sebagai satu yang AMAT kotor. Di mana, perempuan berhaid bukan sahaja dihalang untuk disetubuhi, malah semua yang disentuh oleh perempuan berhaid dianggap "najis". Bahkan, orang yang menyentuh perempuan berhaid juga menjadi najis.(Boleh rujuk kitab Laweyen fasal XV).

Dalam Islam, suami dilarang men"dekati" isteri apabila isteri sedang berhaid. Mendekati bukanlah bermakna tidak boleh bersentuh langsung. Mendekati di sini bermaksud tidak dibenarkan bersetubuh sewaktu isteri sedang berhaid. Selebihnya, isteri harus dilayan seperti biasa. Apakah ini dikatakan diskriminasi? Tentu sekali tidak! Sekali lagi, di situlah cantiknya Islam, di pertengahan antara 2 ekstrim.

Ayuh kita cuba melihat isu ini dalam sudut perubatan. Apakah hikmah di sebalik Allah Taala melarang si suami men"dekati" isteri yang sedang haid?

Pertamanya, haid adalah waktu yang sangat sesuai untuk jangkitan kerana haid itu adalah "kotoran". Haid boleh menjadi punca jangkitan atau sumber dijangkiti. Maknanya, wanita yang sedang berhaid boleh menjangkiti suaminya apabila disetubuhi atau mereka boleh dijangkiti. Dua dalam satu. Justeru, penyakit yang boleh berjangkit melalui hubungan kelamin(Sexual Transmitted Disease) adalah antara penyakit yang mampu didapati oleh pasangan suami isteri yang tidak menghiraukan larangan ini.

Selain itu, haid hanya berlaku apabila ovum(sel telur) si isteri tidak disenyawakan. Ini bermakna, semasa fasa haid, tidak ada ovum yang akan dikeluarkan. Dan, persenyawaan tidak akan berlaku dan secara ringkasnya, persetubuhan semasa haid, tidak akan menyebabkan kehamilan.

Tidak lupa juga, jika difikirkan secara mendalam kenapa Allah Taala memberikan "manual" ini kepada kita, fasa haid rupa-rupanya melatih kesabaran kepada pasangan suami isteri. Benda yang terlalu murah dan senang didapati sudah tentu akan dipandang remeh. Tetapi, jika ada sedikit unsur "jual mahal" dan "sukar didapati", jika berjaya didapati, akan lebih dihargai. Justeru, sedar atau tidak, fasa haid sebenarnya meningkatkan keinginan dan rasa sayang si suami kepada isteri.

Bukti sudah di depan mata. Mana lagi ayat Allah Taala yang mahu kita dustakan? Yakinlah, ANDA SIHAT DENGAN ISLAM!!

Tuesday, June 1, 2010

SERANGAN adalah Pertahanan


Dunia kecoh sekali lagi. Isu ini mula panas kembali. Apa lagi kalau bukan isu Palestin. Terkesima juga membaca statement Ahmadinejad. Berharap apa yang dikatakan oleh Ahmadinejad itu benar2 berlaku.

"Berapa ramai orang Malaysia kat kapal yang kena serang?" tanya seorang rakan, risau dengan perkara yang berlaku.

"Ustaz Azman ada kat kapal mana ek?" tanya seorang lagi, memikirkan seorang ustaz yang agak terkenal di kolej kediaman kami, yang mana beliau turut serta dalam ekpidisi ke Gaza ini.

"Xpe. Akoo dengar, yang kena bunuh tu daripada negara lain" antara respon lain yang akoo dapat. Nadanya seperti tanda LEGA kerana rakyat Malaysia masih dalam keadaaan selamat.

Akoo bermuhasabah seketika. Benar! Lain sedikit, bahkan banyak rasanya. Apabila orang yang kita kenali, yang kita anggap sebagai SATU dengan kita, apabila dia ditimpa musibah, "risau" kita tentu sekali tidak macam biasa. Entah kenapa, bukan salah, tetapi akoo terasa ada "something wrong somewhere".

"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"

Mungkin agak terpedaya dengan pembahagian sempadan, semangat "Malaysia" lebih diutamakan berbanding saudara seakidah. Bermula dari situ, Palestin dianggap sebagai negara "asing". Negara lain yang turut serta dalam ekspidisi itu dianggap negara "asing". Oleh sebab itu, jika rakyat Palestin ditembak mati, tak apa... Biasa. Jika rakyat negara lain ditembak mati, tak apa... Bukan kenal pun. Jika rakyat Malaysia ditembak mati, marah... sebab dia rakyat negara kita.
Astaghfirullah....

Bukan hendak menyalahkan orang yang marah dengan tindakan Zionis laknatullah, sememangnya itu yang perlu dilakukan. Namun, hanya ingin bermuhasabah diri sendiri. Yang masih belum menganggap orang lain yang seakidah sebagai "saudara". Jika "saudara" pun belum dirasai, apatah lagi hendak mengasihinya. Mungkin itulah lemahnya akoo, ummat Islam akhir zaman.

Apa2 pun, mudah2an isu ini boleh menjadi pencetus kepada peperangan besar2an terhadap Zionis. Mudah2an, isu ini mula menyedarkan orang2 yang leka seperi akoo, bahawa sudah tidak ada masa untuk berpeluk tubuh. "Struggle for Islam!". Jika mereka merancang untuk mensabotaj Islam, kita perlu ada perancangan bukan sahaja untuk MEMPERTAHANKAN Islam, tetapi kita juga perlu MENYERANG. Kerana bak kata pengulas badminton piala Thomas lepas, sebaik2 pertahanan, adalah dengan menyerang.

Jangan hanya tafsirkan menyerang dengan "senjata api". Serangan perlukan "senjata", cuma sayangnya, kita ummat Islam ramai yang tidak mengendahkan bahkan memandang remeh "senjata" tersebut. Fikir2kan...