Recent Posts

Tuesday, June 1, 2010

SERANGAN adalah Pertahanan


Dunia kecoh sekali lagi. Isu ini mula panas kembali. Apa lagi kalau bukan isu Palestin. Terkesima juga membaca statement Ahmadinejad. Berharap apa yang dikatakan oleh Ahmadinejad itu benar2 berlaku.

"Berapa ramai orang Malaysia kat kapal yang kena serang?" tanya seorang rakan, risau dengan perkara yang berlaku.

"Ustaz Azman ada kat kapal mana ek?" tanya seorang lagi, memikirkan seorang ustaz yang agak terkenal di kolej kediaman kami, yang mana beliau turut serta dalam ekpidisi ke Gaza ini.

"Xpe. Akoo dengar, yang kena bunuh tu daripada negara lain" antara respon lain yang akoo dapat. Nadanya seperti tanda LEGA kerana rakyat Malaysia masih dalam keadaaan selamat.

Akoo bermuhasabah seketika. Benar! Lain sedikit, bahkan banyak rasanya. Apabila orang yang kita kenali, yang kita anggap sebagai SATU dengan kita, apabila dia ditimpa musibah, "risau" kita tentu sekali tidak macam biasa. Entah kenapa, bukan salah, tetapi akoo terasa ada "something wrong somewhere".

"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"

Mungkin agak terpedaya dengan pembahagian sempadan, semangat "Malaysia" lebih diutamakan berbanding saudara seakidah. Bermula dari situ, Palestin dianggap sebagai negara "asing". Negara lain yang turut serta dalam ekspidisi itu dianggap negara "asing". Oleh sebab itu, jika rakyat Palestin ditembak mati, tak apa... Biasa. Jika rakyat negara lain ditembak mati, tak apa... Bukan kenal pun. Jika rakyat Malaysia ditembak mati, marah... sebab dia rakyat negara kita.
Astaghfirullah....

Bukan hendak menyalahkan orang yang marah dengan tindakan Zionis laknatullah, sememangnya itu yang perlu dilakukan. Namun, hanya ingin bermuhasabah diri sendiri. Yang masih belum menganggap orang lain yang seakidah sebagai "saudara". Jika "saudara" pun belum dirasai, apatah lagi hendak mengasihinya. Mungkin itulah lemahnya akoo, ummat Islam akhir zaman.

Apa2 pun, mudah2an isu ini boleh menjadi pencetus kepada peperangan besar2an terhadap Zionis. Mudah2an, isu ini mula menyedarkan orang2 yang leka seperi akoo, bahawa sudah tidak ada masa untuk berpeluk tubuh. "Struggle for Islam!". Jika mereka merancang untuk mensabotaj Islam, kita perlu ada perancangan bukan sahaja untuk MEMPERTAHANKAN Islam, tetapi kita juga perlu MENYERANG. Kerana bak kata pengulas badminton piala Thomas lepas, sebaik2 pertahanan, adalah dengan menyerang.

Jangan hanya tafsirkan menyerang dengan "senjata api". Serangan perlukan "senjata", cuma sayangnya, kita ummat Islam ramai yang tidak mengendahkan bahkan memandang remeh "senjata" tersebut. Fikir2kan...

2 comments:

-m3- said...

mungkin melahirkan risau pada yg dirasa ada kaitan dengan diri, lebih realistik...yg senegara lebih dekat di hati, doa tetap untuk semua...insyaALLAH

contoh - jika ada ahli keluarga terdekat kita di atas kapal tersebut, siapa yang kita LEBIH risukan? x bermakna yang lain kite x risau...

wALLAHualam...

Asy-syahid(to-be) Dr Hakem Al-Bonoti said...

menarik pandangan komen ni. persoalan yang mana "LEBIH" risau. Bukan xrisau langsung.

Sebab itu, penulis memakai perkataan muhasabah. Takut2 daripada KURANG risau, menjadi XHIRAU langsung. Disebabkan kita merasakan mereka bukan "keluarga" kita.

Kerana bagi penulis, ini benar2 membuktikan bahawa "mereka" benar2 berjaya memisahkan kita dengan satu kalimah yang dinamakan "sempadan".

Terima kasih atas pandangan yang menarik untuk difikirkan.