Recent Posts

Saturday, May 29, 2010

FORMULA Telah Diubah


"Ambil Islam, anda untung. Tolak Islam, anda rugi."

Bunyinya macam agak mudah. Dan, mungkin sedikit "mendesak" di situ. Apa2 pun, itulah kebenarannya. Bukan akoo yang cipta, tapi Sang Pencipta yang mencipta formula ini. Geniusnya Sang Pencipta ini, formula ini bukan sahaja untuk Muslim,(orang Islam), tetapi kepada sesiapa sahaja. Andai mereka mengamalkan Islam, mereka akan beruntung, dan jika mereka meninggalkan, mereka akan rugi. Kerana apa? Kerana Islam itu adalah ad-din. Cara hidup yang bukannya rekaan manusia, tetapi datangnya daripada Sang Pencipta.

Percayalah... Walaupun orang itu bergelar "bukan Islam", tetapi mengamalkan apa yang digagaskan dalam Islam dalam hidupnya, dia akan mendapat keuntungan. Dan perlu diingat, andai "orang Islam" sendiri yang tidak mengamalkan Islam dalam hidupnya, yang seharusnya dia amalkan, dia tetap akan rugi.

Begitulah... Mungkin nampaknya agak mudah. Hanya bermain dengan ambil dan tolak. Namun, hidup ini tidak akan berseri tanpa ujian dan cubaan. Kerana, Dia mencipta hidup ini, tidak lain tidak bukan untuk menguji siapa antara kita yang lebih baik amalannya, siapa antara kita yang benar2 berjiwa sebagai hambaNya. Sebab itu, dalam MEMILIH, ramai yang terkandas.

Masakan tidak terkandas, Si Iblis dan tenteranya sentiasa membisik. Apatah lagi Si Nafsu yang sudah tertanam dalam diri. Dengan pengalaman menyesatkan manusia sejak Nabi Adam AS, mereka tentu cukup pakar lagi strategik dengan tindakan mereka. Benar, sukar untuk berhadapan dengan mereka. Sejak Nabi Adam beb! Bukan sekejap tu. Boleh kata, sekali dia imbas kita, dia sudah tahu macam mana nak sesatkan kita. Dan, taraf kita ini, mungkin syaitan level "beginner" sahaja dihantar untuk kita MEMILIH untuk menolak Islam.

Akoo berlindung denganMu Ya Allah daripada bisikan jahat mereka. Bimbinglah akoo dalam setiap pilihan yang akoo lakukan.

Itu baru level yang pertama, menolak Islam, tetapi masih lagi membenarkan formula di atas. Namun, ada pula kes yang lebih membimbangkan, apabila formula tadi bertukar menjadi "Ambil Islam, anda rugi. Tolak Islam, anda untung". Bila ini berlaku, sudah tentu, Si Iblis mula terloncat2 tanda gembira. FormulaNya telah berjaya mereka ubah dalam pemikiran manusia.

Saat itu, kita akan melihat, orang takut untuk amalkan Islam. Alasan, negara kita adalah majmuk. Berbilang kaum dan agama. Tatkala, mereka yang bukan Islam turut mahu mengamalkan Islam, mereka masih ragu2. Takut2, mereka akan rugi disebabkan ekonomi negara sedang merudum. Bagi mereka, dengan menolak Islam sahajalah dapat menyelamatkan ekonomi negara.

Dan, amat menyedihkan lagi, apabila mereka ini adalah orang yang memegang title "orang Islam". Renung2kan.

0 comments: