Recent Posts

Tuesday, July 13, 2010

Piala AKHIRAT


Nampaknya, seperti sudah agak lambat untuk berbicara soal Piala Dunia. Dan, sekali lagi, akoo yang xminat bola, akan berbicara soal ni, mungkin akan jadi trend 2 tahun sekali, kalau dulu, berbicara soal Euro 2008, kini cuba bersembang soal World Cup 2010. Jadi, akoo kisah apa lambat ke cepat!! Hehehe..

Kadang2, tersenyum seketika melihat "gelagat" manusia apabila tiba musim Piala Dunia. Akoo masih ingat lagi, di awal musim ini, timbul isu di facebook bahawa Zionis sangat bijak apabila mereka tahu isu mereka menyerang kapal aktivitis kemanusiaan akan disenyapkan dengan berlangsungnya acara Piala Dunia. Jika sebelum ini, di facebook banyak digunakan gambar anti-Zionis sebagai profile picture, ramai pula yang telah menukar kepada jersi2 pasukan yang diminati. Ini antara yang menarik yang berlaku pada World Cup kali ini.

Xlupa juga, bagi mereka yang sudah lama meminati arena bola sepak, mungkin agak tidak pelik untuk "demam Piala Dunia". Namun, yang menariknya, lahirlah golongan2 yang xminat bola seperti akoo, tiba2 berbicara dan berhujah soal bola, bahkan kadang2 ulasan mereka mampu mengalahkan Haji Hasbullah Awang. Hehe.. Hal ini tidak kurang berlaku pada golongan hawa. Dan, bacaan akoo, mereka juga turut ingin merasai "feel" Piala Dunia tersebut dengan bertindak demikian. Dan mungkin, bacaan lainnya, mereka cuba memahami orang yang "demam" Piala Dunia. Sekadar pandangan peribadi.

Apa2 pun, acara ini telah berakhir, dan Spain telah dinobatkan sebagai juara. Walaupun akoo tidak memihak kepada mana2 pasukan, namun, sebenarnya sangat berharap agar Spain tidak menang untuk kali ini gara2 "ramalan Sang Sotong". Mungkin nampak mudah dan gurauan bagi sesetengah orang, namun, sedar tidak sedar, hal ini boleh menggoyahkan akidah. Namun, pada masa yang sama, ternyata cara permainan Oranje agak kejam dan ganas. Jadi, pedulikan siapa juara!! hehehe...

Terlalu asyik dengan Piala DUNIA, kita terlupa bahawa kita sedang menghadapi Piala AKHIRAT. Jika Piala DUNIA, diwakili oleh negara2, namun saat itu, walau apa pun negara kita, walau apa pun bangsa kita, sudah tidak dinilai. Namun, yang dinilai adalah taqwa.

Semua perlu bersaing untuk mendapatkan juara. Namun, sayangnya, dalam persaingan dunia, akibat terlalu rakus untuk mendapatkan sesuatu, kemungkinan menjadi satu persaingan yang tidak jernih. Akibat ingin mendapat tempat tertinggi, maka akoo perlu memakai apa cara sekali pun, hatta mencantas mereka yang cuba bersaing denganku. Itulah yang ditanam dan didoktrin.

Sayang sekali, persaingan akhirat, bukan begitu. Benar, nak dapatkan piala akhirat perlu berlumba2 untuk melakukan kebaikan. Namun, persaingan ini adalah persaingan yang jernih. Apabila kita membantu orang lain untuk mendapatkan piala tersebut, ia tidak akan menurunkan "ranking kita" dalam list mereka yang ke Final, bahkan kita akan mendapat lebih kredit untuk ke Final.

Istimewanya Piala AKHIRAT ini, keputusan game tidak akan diberitahu "live". Semuanya akan diumumkan di sana NANTI. Persoalannya, apakah keputusan kita nanti? Mampukah kita menggapai dan menjunjung "piala" tersebut? Tepuk dada, muhasabah diri.

Sunday, July 11, 2010

DIkawal atau MEngawal


"ESQ haram". Agak terkesima membaca entri ini lebih2 lagi di laman malaysiakini yang sudah tentu merupakan media propaganda. Akoo bukanlah pakar dalam bidang fiqh untuk membahaskan soal halal atau haramnya ESQ, dan akoo tidak berniat untuk melakukan perkara tersebut. Hanya ingin melihat perkembangan isu ini di samping melihat perkembangan world cup final pada malam ni.(walaupun xminat bola, tapi kena ikut perkembangan semasa beb.. Hehe..)

Cuma, tergerak untuk merespon isu ini apabila ia berkaitan dengan "mufti" dan "fatwa"nya. Yang pastinya, dalam isu ESQ ini, mufti ber"suara". Dan, apabila mufti bersuara, sudah pastinya isu ini tiada kaitan atau tidak berkepentingan dengan hal sang pemerintah. Itu tanggapan pertama akoo apabila melihat isu ini. Hehe..

Namun, isu ini juga dilihat seperti ada memberi kesan kepada imej "liberal" apabila ESQ dikaitkan dengan liberalisme. Justeru, akoo melihat, mungkin ini sebabnya laman web seperti malaysiakini agak SUKA untuk menyiarkan isu ini. Sekali lagi, ini pandangan peribadi.

Berbalik dengan tanggapan pertama, atau first impression akoo tentang mufti dan fatwa2 mereka. Ternyata, kita hanya menggunakan Islam sebagai ALAT untuk memerintah. Jika rasa nak guna, akan guna, jika xnak guna, boleh simpan. Mana tidaknya, jika mufti bersetuju dengan tindakan pemerintah, baru akan dibenarkan berfatwa. Jika tidak, tidak boleh berfatwa. Ganti mufti lain.

Akibat inilah, mufti hanya bersuara dalam bab2 tertentu, bukan mengawal tindakan yang dilakukan oleh sang pemerintah. Dan, akhirnya, akibat tindakan sendiri, fatwa2 mufti sudah tidak dipandang oleh masyarakat. Kerana, bagi mereka, mufti berkepentingan dalam berfatwa. Akoo ingin percaya bahawa Allah Taala sendiri telah menurunkan darjat golongan agama di atas apa yang telah mereka lakukan.

Islam bukan sekadar ALAT untuk memerintah. Islam seharusnya dijadikan PANDUAN dalam memerintah. Jika pemerintahan kita bercanggah dengan Islam, maka harus diperbetulkan, jika ia selari, maka teruskan. Itulah tujuan adanya mereka yang pakar dalam agama, untuk memperbetulkan tindakan pemerintah andai bercanggah dengan tuntutan Allah Taala. Bukan hanya beraksi pada soal2 tertentu.

Wahai orang yang mempunyai pengetahuan agama, cukuplah menjadi boneka manusia! Jika benar kita memahami Islam yang kita punya pengetahuan tentangnya, kita tidak akan memilih untuk menjadi boneka. Ummat akan terus hancur jika ulama' terus menjadi bahan kawalan pemerintah. Sepatutnya, ulama' lah yang mengawal tindak tanduk pemerintah agar tidak tersasar dari jalan Allah Taala, jika benar kamu mengatakan kita sebuah negara Islam.

Sekadar lontaran yang sudah semestinya ada salah dan silap. Andai dilihat silap, sangat mengalu2kan untuk diperbetulkan. Sama2 berubah bagi menuju redha Allah Taala. Salam pencerahan!

Friday, July 9, 2010

bukan DAHULU, bukan AKAN DATANG


Teringat kata2, "apa yang kita lakukan SEKARANG, akan mencorakkan siapa kita pada masa akan datang." Teringin untuk membaca buku "The power of NOW", namun masih belum diberi kesempatan masa.

Bercakap tentang perkara LEPAS, ramai yang akan mengeluh. Termasuk akoo sendiri. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tiada gunanya. Ramai yang asyik menyalahkan diri sendiri gara2 apa yang telah dilakukan lepas. Bagi mereka yang banyak melakukan dosa sebagai contoh, akan ada mereka yang menjadikannya sebagai asbab mengatakan bahawa mereka sudah jauh dengan Allah Taala dan sudah tidak ada peluang untuk pulang ke pangkal jalan. Kerana, mereka adalah golongan "neraka". Bagi mereka yang pernah gagal dalam pelajaran, akan ada yang sudah menanamkan dalam diri bahawa mereka sudah menjadi golongan "bodoh" dan sudah ditakdirkan untuk menjadi golongan kelas ketiga.

Namun, tidak lupa, ada juga yang diberi "HIDAYAH" oleh Allah Taala dengan apa yang telah mereka lakukan LEPAS. Bagi golongan pendosa, akan ada yang berfikir, sudah banyak dosa yang akoo lakukan lepas, justeru, akoo perlu lakukan lebih banyak kebaikan untuk mendapat redha Allah Taala. Bagi golongan yang "lembab dalam pelajaran", akan ada yang mengambil langkah untuk belajar dengan lebih gigih dan mengubah sikap, untuk mara ke hadapan.

Kemudian, cuba beralih kepada topik AKAN DATANG. Jika soal lepas, ramai yang mengeluh, soal akan datang, ramai antara kita akan melahirkan rasa risau. Risau tentang apa yang akan berlaku nanti, menyebabkan hidup sekarang sangat tidak tenteram. Risau sehingga tidak dapat fokus kepada apa yang sedang dihadapi. Sebagai contoh, apabila terlalu risau untuk gagal dalam peperiksaan, ibu bapa akan bersedih, dipandang lekeh oleh orang lain, menyebabkan xdapat fokus semasa ulangkaji dan akhirnya kerisauan semakin bertambah dan bertambah. Akhirnya, xdapat nak study.

Namun, tidak lupa juga, ada juga kes AKAN DATANG menjadi inspirasi kepada seseorang. Kecemerlangan akoo nanti, akan akoo jadikan hadiah buat kedua ibu bapa akoo, mudah2an ia juga dapat menjadi alat untuk Islam berkembang. Justeru, diri menjadi lebih bersemangat, dan cuba membuat segalanya dengan baik.

Menarik kan? Perkara yang sama, tetapi hasil yang berbeza. Inilah yang dikatakan "paradigma" atau cara kita melihat sesuatu, yang ditekankan oleh Stephen Covey dalam "7 habits"nya. Bukan mudah untuk mengubah paradigma. Kerana ia berkaitan dengan HATI. Namun, kita perlu berusaha ke arah itu. Ubah cara kita melihat sesuatu.

"dan tiadalah sesiapa yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, melainkan ORANG2 yang SESAT"(Al-Hijr:56)

Ayat ini cukup untuk menampar pipi akoo yang masih tidur. Sangat berguna untuk difikirkan bersama, apabila Allah Taala menampilkan dalam Al Quran, tentang kata2 Nabi Ibrahim ini, yang mengaitkan antara putus asa dan kesesatan. Kenapa PUTUS ASA dikaitkan dengan SESAT? Sama2 kita fikirkan....

Apa2 pun, hiduplah pada masa SEKARANG. Bukan pada masa lepas dan bukan pada masa akan datang. Jika kecewa dengan keadaaan SEKARANG akibat perkara LEPAS, maka sekaranglah masanya untuk mencorakkan kita pada masa AKAN DATANG agar lebih baik daripada sekarang.(wow!! Keghairahan untuk membaca The Power of NOW" meningkat).

Henshin!!