Recent Posts

Friday, July 9, 2010

bukan DAHULU, bukan AKAN DATANG


Teringat kata2, "apa yang kita lakukan SEKARANG, akan mencorakkan siapa kita pada masa akan datang." Teringin untuk membaca buku "The power of NOW", namun masih belum diberi kesempatan masa.

Bercakap tentang perkara LEPAS, ramai yang akan mengeluh. Termasuk akoo sendiri. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tiada gunanya. Ramai yang asyik menyalahkan diri sendiri gara2 apa yang telah dilakukan lepas. Bagi mereka yang banyak melakukan dosa sebagai contoh, akan ada mereka yang menjadikannya sebagai asbab mengatakan bahawa mereka sudah jauh dengan Allah Taala dan sudah tidak ada peluang untuk pulang ke pangkal jalan. Kerana, mereka adalah golongan "neraka". Bagi mereka yang pernah gagal dalam pelajaran, akan ada yang sudah menanamkan dalam diri bahawa mereka sudah menjadi golongan "bodoh" dan sudah ditakdirkan untuk menjadi golongan kelas ketiga.

Namun, tidak lupa, ada juga yang diberi "HIDAYAH" oleh Allah Taala dengan apa yang telah mereka lakukan LEPAS. Bagi golongan pendosa, akan ada yang berfikir, sudah banyak dosa yang akoo lakukan lepas, justeru, akoo perlu lakukan lebih banyak kebaikan untuk mendapat redha Allah Taala. Bagi golongan yang "lembab dalam pelajaran", akan ada yang mengambil langkah untuk belajar dengan lebih gigih dan mengubah sikap, untuk mara ke hadapan.

Kemudian, cuba beralih kepada topik AKAN DATANG. Jika soal lepas, ramai yang mengeluh, soal akan datang, ramai antara kita akan melahirkan rasa risau. Risau tentang apa yang akan berlaku nanti, menyebabkan hidup sekarang sangat tidak tenteram. Risau sehingga tidak dapat fokus kepada apa yang sedang dihadapi. Sebagai contoh, apabila terlalu risau untuk gagal dalam peperiksaan, ibu bapa akan bersedih, dipandang lekeh oleh orang lain, menyebabkan xdapat fokus semasa ulangkaji dan akhirnya kerisauan semakin bertambah dan bertambah. Akhirnya, xdapat nak study.

Namun, tidak lupa juga, ada juga kes AKAN DATANG menjadi inspirasi kepada seseorang. Kecemerlangan akoo nanti, akan akoo jadikan hadiah buat kedua ibu bapa akoo, mudah2an ia juga dapat menjadi alat untuk Islam berkembang. Justeru, diri menjadi lebih bersemangat, dan cuba membuat segalanya dengan baik.

Menarik kan? Perkara yang sama, tetapi hasil yang berbeza. Inilah yang dikatakan "paradigma" atau cara kita melihat sesuatu, yang ditekankan oleh Stephen Covey dalam "7 habits"nya. Bukan mudah untuk mengubah paradigma. Kerana ia berkaitan dengan HATI. Namun, kita perlu berusaha ke arah itu. Ubah cara kita melihat sesuatu.

"dan tiadalah sesiapa yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, melainkan ORANG2 yang SESAT"(Al-Hijr:56)

Ayat ini cukup untuk menampar pipi akoo yang masih tidur. Sangat berguna untuk difikirkan bersama, apabila Allah Taala menampilkan dalam Al Quran, tentang kata2 Nabi Ibrahim ini, yang mengaitkan antara putus asa dan kesesatan. Kenapa PUTUS ASA dikaitkan dengan SESAT? Sama2 kita fikirkan....

Apa2 pun, hiduplah pada masa SEKARANG. Bukan pada masa lepas dan bukan pada masa akan datang. Jika kecewa dengan keadaaan SEKARANG akibat perkara LEPAS, maka sekaranglah masanya untuk mencorakkan kita pada masa AKAN DATANG agar lebih baik daripada sekarang.(wow!! Keghairahan untuk membaca The Power of NOW" meningkat).

Henshin!!

0 comments: