Recent Posts

Saturday, May 29, 2010

FORMULA Telah Diubah


"Ambil Islam, anda untung. Tolak Islam, anda rugi."

Bunyinya macam agak mudah. Dan, mungkin sedikit "mendesak" di situ. Apa2 pun, itulah kebenarannya. Bukan akoo yang cipta, tapi Sang Pencipta yang mencipta formula ini. Geniusnya Sang Pencipta ini, formula ini bukan sahaja untuk Muslim,(orang Islam), tetapi kepada sesiapa sahaja. Andai mereka mengamalkan Islam, mereka akan beruntung, dan jika mereka meninggalkan, mereka akan rugi. Kerana apa? Kerana Islam itu adalah ad-din. Cara hidup yang bukannya rekaan manusia, tetapi datangnya daripada Sang Pencipta.

Percayalah... Walaupun orang itu bergelar "bukan Islam", tetapi mengamalkan apa yang digagaskan dalam Islam dalam hidupnya, dia akan mendapat keuntungan. Dan perlu diingat, andai "orang Islam" sendiri yang tidak mengamalkan Islam dalam hidupnya, yang seharusnya dia amalkan, dia tetap akan rugi.

Begitulah... Mungkin nampaknya agak mudah. Hanya bermain dengan ambil dan tolak. Namun, hidup ini tidak akan berseri tanpa ujian dan cubaan. Kerana, Dia mencipta hidup ini, tidak lain tidak bukan untuk menguji siapa antara kita yang lebih baik amalannya, siapa antara kita yang benar2 berjiwa sebagai hambaNya. Sebab itu, dalam MEMILIH, ramai yang terkandas.

Masakan tidak terkandas, Si Iblis dan tenteranya sentiasa membisik. Apatah lagi Si Nafsu yang sudah tertanam dalam diri. Dengan pengalaman menyesatkan manusia sejak Nabi Adam AS, mereka tentu cukup pakar lagi strategik dengan tindakan mereka. Benar, sukar untuk berhadapan dengan mereka. Sejak Nabi Adam beb! Bukan sekejap tu. Boleh kata, sekali dia imbas kita, dia sudah tahu macam mana nak sesatkan kita. Dan, taraf kita ini, mungkin syaitan level "beginner" sahaja dihantar untuk kita MEMILIH untuk menolak Islam.

Akoo berlindung denganMu Ya Allah daripada bisikan jahat mereka. Bimbinglah akoo dalam setiap pilihan yang akoo lakukan.

Itu baru level yang pertama, menolak Islam, tetapi masih lagi membenarkan formula di atas. Namun, ada pula kes yang lebih membimbangkan, apabila formula tadi bertukar menjadi "Ambil Islam, anda rugi. Tolak Islam, anda untung". Bila ini berlaku, sudah tentu, Si Iblis mula terloncat2 tanda gembira. FormulaNya telah berjaya mereka ubah dalam pemikiran manusia.

Saat itu, kita akan melihat, orang takut untuk amalkan Islam. Alasan, negara kita adalah majmuk. Berbilang kaum dan agama. Tatkala, mereka yang bukan Islam turut mahu mengamalkan Islam, mereka masih ragu2. Takut2, mereka akan rugi disebabkan ekonomi negara sedang merudum. Bagi mereka, dengan menolak Islam sahajalah dapat menyelamatkan ekonomi negara.

Dan, amat menyedihkan lagi, apabila mereka ini adalah orang yang memegang title "orang Islam". Renung2kan.

Tuesday, May 11, 2010

Bahu. Mata: Mana Lebih BERAT?


"Entahlah dik... Pakcik rasa, pakcik dah nak mati kot!"

Tergamam akoo seketika. Selalu mendengar kawan2 lain yang mempunyai pengalaman ini, namun, kali ini akoo rasai sendiri, jawapan bagi persoalan BIASA: "sebab apa datang ke hospital?".

"Kenapa pakcik?" akoo cuba membina "rapport".

"Hmm... Dulu sakit muntah darah, pastu doktor dah jahit salur makanan ni berapa kali dah. Sekarang ni, sakit lama tu hilang, tiba2 rasa lemah satu badan. Pakcik rasa betul la pakcik dah nak mati"

Akoo hanya mengangguk.

"Tapi, kadang2 sedih la kan... Sebab pakcik xpernah ambil dadah, xpernah minum arak, xpernah main pompuan. Yela... Kita orang Islam kan. Tapi, still juga dapat penyakit ni."

Astaghfirullah... Agak dahsyat ujian Allah Taala kepada pesakit tersebut. Di"takdir"kan untuk mendapat "Liver Cirrhosis with Portal Hypertension" hanya kerana pernah accident pada tahun 1980 dan terpaksa mendapatkan pemindahan darah ke badan beliau. Kawan akoo juga agak sukar menerima, kerana berapa peratus sangat orang mendapat hepatitis(jangkitan hati) akibat pemindahan darah? Peratusnya agak sedikit bukan? Namun, inilah kes yang sedikit itu.

Ya, seperti biasa, kita yang hanya melihat dan mendengar secara kasar, melihat pakcik ini cuba menyalahkan Allah Taala atas apa yang berlaku. Setelah terbiasa dengan cerita2 Korea yang agak feel dan jiwang, termasuk terkesima dengan gelagat seorang doktor yang xbermoral seperti House, akoo cuba menyelami perasaan pakcik tersebut. Bagi akoo, bak kata pepatah Melayu, "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". Agak kesasteraan kali ni. Hehe..

Akoo memilih untuk tidak MENYALAHKAN pakcik tersebut atas kelakuannya. Bermakna, apabila dia berkata demikian, kita memandang serong kepadanya kerana telah menyalahkan takdir. Kerana, akoo xpasti, andai akoo berada di tempat dia, adakah akoo akan melakukan perkara yang sama? Nauzubillah... Sedangkan, kadangkala diuji dengan perkara yang jauh lebih ringan, seperti fail exam, dimarah lecturer, laptop hilang punkita dah melatah, apa lagi diuji dengan perkara yang lebih berat.

Justeru, cukuplah dengan memberi peringatan. Benar, ada salahnya tindakan tersebut. Cuma, itu cuma the "presenting symptom". "Underlying disease" atau penyakit sebenarnya, kita belum men"diagnose"nya lagi. Dengan memberi peringatan, mudah2an, peringatan itu adalah untuk diri sendiri juga. Dengan memberi peringatan, mudah2an, sewaktu kita membuat salah yang sama, ada yang akan memberi peringatan yang sama kepada kita. InsyaAllah...

"Pakcik, kalau saya jadi pakcik pun, saya xtau camne saya nak hadapi benda ni. Tapi, apa yang saya boleh cakap, sabar jela pakcik ya. Ujian Allah ni, Dia nak ajar kita sesuatu. Kita xtahu, mungkin dengan sakit nilah, sebenarnya banyak perkara baik berlaku kat kita. Yang kita nampak, sakit kita je. So, jangan putus asa, insyaAllah... saya pun akan doakan pakcik."

Tiba2...

"Minta maaf doktor, saya nak buat prosedur sket. Pakcik ni baru masuk ni", nurse datang mengacau. Apeda... orang tengah feel ni... Hehehe...

Salam diberi. Akoo mengundurkan diri. Namun, lega, melihat wajah pakcik tenang sebelum akoo balik.

Saturday, May 8, 2010

APA mendahului SIAPA


"Ha... tu la.. dulu bukan main tegur orang. Sekarang ni, kena atas kepala sendiri. Padan muka!"

Agak terkejut akoo mendengar statement terbabit. Apabila seorang yang dulunya "baik" dan menegur kesalahan kita, sekarang ini, dia pula yang melakukan kesalahan yang sama. Sukar untuk diterima bukan? Bahkan, inilah yang menjadi point utama untuk tidak menegur kesalahan orang lain. Takut2, kita pula yang akan lakukan satu hari nanti.

Sudah lama ingin akoo ulas soal filem "Antara Garisan", namun, xberkesempatan. Filem yang menggambarkan bahawa pahala dan dosa ini hanya terpisah dengan hanya satu garisan. Hari ini kita mungkin melakukan kebaikan, namun, esok, siapa tahu? Dari satu sudut, filem ini agak menarik. Nak tahu, kena tengok sendiri. Hehehe.... Namun, dari satu sudut yang lain, akoo melihat, agak banyak filem2 yang telah menanamkan satu mentaliti yang negatif masyarakat terhadap mereka yang ingin mengamalkan apa yang dinamakan "amar makruf nahi mungkar".

Kebanyakan cerita2 yang ditayangkan menggambarkan bahawa golongan ini adalah golongan yang ekstrimis, golongan yang kolot, golongan yang ada kepentingan diri. Sebab itu, tidak hairanlah masih ada masyarakat yang melihat orang yang berserban dan memakai celak ini sebagai "alien". Memang benar! Ada golongan2 seperti ini, namun, xsemuanya begitu, bahkan ramai yang sangat berhemah pendekatannya, apa lagi fleksibel dalam tindakannya. Dan, ada di antara mereka ini xperlu mengubah penampilan pakaian mereka, masih berjubah dan berserban, tetapi mampu diterima oleh masyarakat.

Namun, menyalahkan cerita2 ini bukanlah penyelesaiannya. Ya, asyik menyalahkan, tetapi kita sendiri xpernah memberikan alternatif kepada mereka apa yang sepatutnya dibuat. Maafkan akoo!! Justeru, menjadi cabaran buat kita semua untuk menukar mentaliti ini. Ayuh!!

Berbalik kepada kisah statement di atas, ia boleh dilihat dari 2 aspek. Satu, aspek penegur dan kedua, aspek orang kena tegur. Memang benar, penegur SEDANG melakukan kesalahan. Namun, persoalannya, apabila penegur menegur orang kena tegur dahulu, adakah dia SALAH? (wow!! banyak betul perkataan tegur.. hehehe..). Sudah tentu jawapannya tidak! Bahkan, kredit perlu diberikan kepadanya kerana telah melakukan seruan Allah Taala. Kita sepatutnya mencontohi dia YANG DULU.

Dari aspek orang yang kena tegur pula, andai kita melihat penegur melakukan kesalahan, sepatuntya, tanggungjawab kita pula untuk menegurnya. Dan, itulah sepatutnya yang kita pegang.

"Ad din itu adalah nasihat".

Kita menasihati kawan kita hari ini bukan bermakna kita telah sempurna dan selama2nya akan sempurna. Kita menasihati kawan kita pada hari ini agar satu hari nanti, ada orang yang akan menasihati kita andai kita melakukan kesilapan.

Akoo juga suka berpegang kepada prinsip "belajar daripada kehidupan". Apabila prinsip ini dipegang, maka peganglah apa yang dikatakan Saidina Ali, "lihat APA yang dikata, jangan lihat SIAPA yang berkata". Andai apa yang dikata itu berguna untuk kita, maka gunalah untuk kebaikan diri. Jika kita asyik melihat siapa yang berkata, maka semestinya timbul sentimen di situ. Andai seorang Zionis yang membunuh ummat Islam sekali pun berkata, dan jika apa yang dikatakan itu benar, maka kita perlu ambil hikmah dari kata2nya.

Justeru, dalam soal di atas, BENAR, orang tersebut telah melakukan kesalahan. Tetapi, jangan lupa, apa yang dikatakannya dahulu juga BENAR! Fikir2kanlah....