Recent Posts

Wednesday, December 31, 2008

"kita dan mereka" atau "KITA"?


Mendengar berita tentang Gaza diserang semalam, akoo terkedu. Macam dah xtahu nak buat apa. Nak kongsi dalam blog, kutuk Yahudi? Macam xde effect je. Bahkan semua orang tahu kejamnya diorang ni. Jadi? Apa patut akoo buat? Geram rasaya bila mendengar alasan mereka menyerang kerana "beberapa puluh" askar mereka terkorban. Pastu, dibalas dengan "beratus2" nyawa rakyat Palestin. Jahanam kau Yahudi. Jahanam kau Israel! Hancurkan mereka Ya Allah!!!


"tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri...."

Macam2 program dah dibuat. Setiap bulan, setiap tahun, mesti ada program mengingati Palestin. Namun, apa makna semua itu? Sekadar TAHU rakyat Palestin dalam kesusahan, diserang dan sebagainya. Ya, mengumpul dana juga antara yang boleh dipuji. Namun, di peringkat akoo sendiri, merasakan PUNCA utama berlaku masalah ini ada pada hadis di atas. Kita telah dipecahkan mengikut negara. Semua sudah ada semangat negara sendiri. Negara akoo aman, cukuplah, alhamdulillah, kita kena jaga hubungan diplomatik negara kta agar xjadi cam Palestin, Iraq, Afganistan semua. Itulah puncanya, xdapat rasa sengsara walhal saudara sesama Islam dalam kesusahan. Jahanam kau Nasionalis!!!

Namun, akoo hanya mampu mencari punca, penyelesaian yang baik masih belum dapat dijumpai. Maaf, bukan belum jumpa, belum capai. DAULAH ISLAMIAH! Ya, itulah penyelesaiannya. Jadi, jika tidak ingin melihat saudara kita terus diANJINGkan lagi, sama2 kita berusaha ke arah daulah Islamiah!


Ingat, semua ummat Islam adalah satu. Kita adalah KITA, bukan KITA DAN MEREKA!

Tuesday, December 30, 2008

ber"HIJRAH" daripada "hijrah"

Salam Maal Hijrah buat semua yang mengenali doktor bonot. Post kali ini agak pendek, sekadar untuk membuat diri ini dan sahabat2 berfikir.

Bila tiba 1 Muharam, semua nak "hijrah".
Buat azam baru~
Nyanyi lagu hijrah~
Berarak satu kampung~

Bagi akoo, sekarang kita perlu berHIJRAH dari hijrah lama ini. Hijrah bukan sekadar lagu hijrah yang famous tu. Bukan sekadar menanam azam tahun baru. Ekoran dari artikel "tahu, hayati, amal, istiqamah". Kita sekarang sudah tahu, dan mungkin ada yang dah hayati, jadi ayuh kita berHIJRAH ke level amal. Usah bermain dengan azam kosong. Jika sudah dihayati bahawa HIJRAH memerlukan pengorbanan, bersedialah menghadapinya.

"Cakap memang senang, buatnya??? Susah beb!!!" Akoo pon akan cuba berHIJRAH untuk terus maju dalam akademikku(susah tu!!). Lulus Part B, say no to supplement...

insyaAllah... Allahuakbar~

Saturday, December 27, 2008

sebut betul2... E.G.O.!!


"enta tahu x, enta dah memberi fitnah yang terbesar kepada Islam? Apsal enta dapat E? Sebab buat kerja Islam? Orang lain wat keje Islam gak... Ke enta pulun wat keje Islam sampai xingat belajar? Apsal enta pulun sangat wat keje tu? Enta dapat apa dengan pulun gile wat keje tu? Dengan pulun tu, dapat menimbulkan rasa kesian sahabat2 enta kat enta?"

Akoo hanya mampu terdiam...... Astaghfirullah....

Hidup diteruskan macam biasa. Memang terasa banyak ingin dikongsikan dalam blog, tapi, xberkesempatan. Semakin lama diberi nafas ini, semakin banyak benda yang dipelajari. Alhamdulillah. Sejak akhir2 ini, akoo mengenal dengan suatu perkataan yang tidak asing lagi bagi kita. EGO!!

Pada mula akoo mengenal perkataan ini, akoo tidak mengerti apa maknanya. EGO tu apa? Orang asyik dok cakap dia ni ego, dia tu ego. Namun, sejak akhir2 ni, Allah seperti mahu menunjukan akoo tentang sifat ni dengan melihat kepada diri sendiri. Rupa2nya, diri sendiri juga tertanam sifat ego ini. Lemah betul akoo ni kan. Betullah kata2, "kenalilah diri sendiri, nescaya kamu akan mengenal Tuhanmu"

Menurut kefahamanku, EGO ialah tidak mahu mengaku diri lemah atau salah. Orang yang ego, berfikiran "dia je betul, orang lain sumer salah".

Orang ego.....
kadang2 apabila buat salah, cuba mencari jalan bahawa kesalahan itu, bukan sepatutnya diletakkan ke atasnya.

Orang ego.....
kadang2 apabila orang cuba menegur tentang kelemahannya, tidak dapat menerima niat murni si penegur itu. Dia hanya akan berfikir "mamat ni nak malukan akoo ni', "aaahhh... apa yang ko tahu pasal diri akoo, akoo lebih faham situasi diri akoo daripada kau la..."

Orang ego.....
dalam memberikan pandangan, tidak ada yang boleh mengkritik pandangannya, kerana hanya pandangan dia sahaja yang betul. Susah betul ingin menerima pandangan orang lain.

Orang ego....
kadang2 apabila dikatakan orang bahawa dia ego, pasti berdendam dengan orang tersebut.

Wahai akoo dan insan yang ego, cukuplah! Tidak ada manfaat pun membaja dan menyemai sifat ini dalam diri. Jika kita berbuat salah, maka mengakulah bahawa kita salah. Jika idea kita tidak mendapat sambutan dan xboleh diterima, biarlah, yang penting, kita cuba menyumbang idea. Jika ada yang cuba menegur kita, berterima kasihlah padanya kerana masih ada lagi orang yang ingin melihat kita menjadi lebih baik.

Percayalah... Orang yang hebat lagi tenang dalam menghadapi ujian Allah ialah orang yang mampu menghilangkan EGO dari dalam diri.

Tuesday, December 16, 2008

"Saya tak pernah fikir saya akan mati"...

"Kenapa xdatang lecture?" "Ada sebab tersendiri.
"Tapi, nak senang cite, anggap je rr akoo ni memang MALAS rrr..."

"La... bagitau la pasal ape, mane tau kitorang leh tolong..."
"Xpe rrr... akoo simpan dulu... sampai masa, akoo rasa nak kongsi akoo gitau"

Tadi, Allah memberikan akoo peluang untuk menghadiri kelas DPHS. Pada mulanya, nampak suasana dewan kuliah agak hambar kerana memang sedikit sahaja bilangan budak medic 2nd year yang hadir. Jadi, akoo hanya menjeling kawan sebelahku, dan tersengeh.. hehe... Namun, setelah meneliti apa isi kandungan kuliah tersebut, tiba2 ada perkara yang menarik perhatianku. Akoo mula masuk ke alam lain(bukan tido ek), menghayati isi kandungan lecture tersebut. Hingga xsangka, boleh mengalirkan air mata(tiba2 hakem jadi sentimental). Nak tahu kenapa? Sambung baca....

"Adakah anda terfikir anda akan mati setelah anda telah lama sakit dan diberitakan bahawa anda mengidap kanser prostat?", tanya seorang budak cina kepada seorang pesakit yang dibawa oleh pensyarah ke dewan tersebut(dalam english, tapi, akoo dah xingat ayat dia.. hehe..)

"Tak!! Walhal bila mana ada seorang medical student yang bertanya kepada saya,uncle tahu xuncle sakit apa? Saya cakap saya xtau. Dia pon mintak saya jangan bagitau doktor yang dia cakap kat saya. Kemudian, dia bagitau saya, saya mengidap kanser prostat. Lama dia usha saya, dekat 20 saat. Tapi, saya XDE PERASAAN n buat dek je. Hehe... Dia pelik dan tanya saya, eh! uncle xrasa pape ke? Nak rasa apa? Biasa jela.." cerita uncle tersebut. Semua pelajar tergelak.

Antara ayat yang agak membuat akoo berfikir dalam kuliah tersebut ialah, dalam menghadapi pesakit yang hampir mati atau tiada harapan sembuh, perkara yang paling penting bukan "religion" tetapi "beyond the religion". Akoo agak tidak bersetuju pada mulanya, tetapi setelah berfikir sekali lagi, baru akoo menerima kerana Islam bukan religion tetapi Islam adalah addin. Tetapi, explaination yang diberikan oleh pensyarah itu juga agak tidak boleh diterima pada mulanya. Apa dia kata, kita sebagai doktor, macam mana kita nak menghadapi pesakit yang sudah tiada harapan sembuh ini, bukan dengan asyik cakap kat diorang pasal mati, sampai pesakit pun rasa down tahap max, tetapi "apa lagi yang diorang nak buat dalam hidup diorang". Itu lebih bermakna. Itu memberikan semangat kepada pesakit itu untuk terus hidup.

Macam xkena kan? Bukan ke Islam ajar kita untuk ingat mati ke? Tapi, kata2 pensyarah ini membuat akoo terfikir satu kata2 yang sering aku ingatkan kepada sahabat2ku, "Islam ajar kita supaya INGAT MATI, bukan TAKUT MATI". Orang yang ingat mati, xkan wat benda yang sia2 dalam hidup dia, sebab dia tahu hidup ni sementara. Sementara orang yang takut mati, akan down, dan takut untuk meninggalkan dunia yang sementara ini, bahkan apabila diberitakan dia akan mati dalam beberapa bulan, dia akan terasa TUhan tidak adil kepadanya.

Kesimpulannya, memang kita tidak mendekati orang yang sudah tiada harapan sembuh itu dengan religion, tetapi sebenarnya kita harus mendekati mereka dengan Islam. Itulah jawapan yang masih dicari2 oleh kebanyakan orang sekarang ini. Mereka mencari2 apa kaedah yang sesuai, tetapi masih tidak mahu menerima bahawa yang mereka cari itu adalah Islam. Seperti uncle yang diceritakan diatas, dia sudah sakit sejak tahun 2006, tetapi dia tidak merasakan bahawa kanser yang dia dapat itu sebagai satu yang kekal kepadanya, ia pasti sembuh. Dan akhirnya apabila sembuh, dia mengeluarkan ayat, "saya patut berterima kasih kepada Tuhan kerana memberikan saya peluang untuk sembuh".

Jadi, JANGAN TAKUT MATI! Dah memang kompem kita akan mati, nak takut buat apa. Tetapi sentiasalah INGAT MATI, kerana dengan itu, baru anda akan mendapati bahawa Islam adalah way of life!! Pengajaran yang kedua yang kita dapat dari kisah uncle tersebut ialah macam mana penerimaan kita terhadap ujian yang diberi, jika kita positif, maka perkara itu akan jadi positif, tetapi jika kita sentiasa menerima sesuatu perkara dengan negatif, maka negatiflah yang kita dapat.

Friday, December 12, 2008

::hmm... camne nak buat ye??.::



"Nak bawak kete laju2 bleh, tapi kena fokus, mata kena tumpu kat jalan je... lagu2 pe sumer ni, xpayau hirau..." pesan pakcik akoo. Lantas dia tekan minyak dan terus memotong 5 buah kete sekali gus, walaupun double line. Fuh!!! Dasat sungguh pakcik akoo bawak kete, xleh nak tido. Asyik cuak je! Hehe...


Sebelum kembali ke medan perjuangan di kampus, akoo sempat berborak dengan seorang sepupu. Bertanya tentang life sebagai seorang budak U di UTM Skudai. Kami memang rapat dan boleh dikatakan membesar bersama. Syok juga dengar cerita macam mana life sebenar seorang budak U sekarang ni, asyik dok dekat dunia budak2 medic je, otak akoo tak pernah terfikir macam mana life budak2 fakulti lain.

"Gewe mung paka tudung doh loni? Fuh.. Dasat mung dakwah dio.. Hehe.." Akoo mengusik
(Awek ko dah pakai tudung ek sekarang? Fuh... Dasyat ko dakwah die ek.. Hehe..)

"Lamo doh paka. Tapi gak, kade2 kalu tubik nga aku, dio xpaka."
(Dah lama rrr pakai. Tapi, kadang2 bila kuar ngan aku, xpakai gak...)

"Bakpo? Sebab buke aurat bini ko suami ko?"
(Apsal? Sebab tu kira bukan aurat isteri kepada suami rrr?)

"Buke. Ni buke hok aku target nok wat bini. Sajo jah gewe ni"
(Bukan. Yang ni bukan akoo target nak wat bini. Saje je ni wat awek.)

"La... Pahtu? Sajo2 jah la ni? Hekeleh. Apa barang!! Bakpo xcari hok baik selalunyo?"
(La... Pastu? Saje je? Hekeleh... Apa barang!! Apsal xcari yang baik stret?)

"Tino loni buke buleh cayo. Napok jah baik, hok sebenar, xtau. BAIK KITO SAING RAMAI, PAHTU KALU XLEH SORE, ADO ORE LAIN"
(Pompuan skang bukan bleh caye. Nampak je baik, walhal, disebaliknya kita xtau. Baik kita kawan ngan ramai orang, pastu kalo melepas sorang, ade spare.)

Akoo berfikir seketika. Hmmm.... Ada betul dan ada yang xbetul.

"Xjoin persatue Islam ko denuh? PMI ko..."
(Xjoin persatuan Islam ke kat sana? PMI ke...)

"Ceh... wat nate apo join gotu, kalu join gotu, SUMO BENDO XLEH WAT. GONI HARAM, GOTU HARAM, wat battle of the band pon xleh, padahal buke ado nopak2 pon, dok main lagu Peterpan gitu jah."
(Ceh.. Apa barang join mendalah tu. Kalo join mende tu, SEMUA BENDA XLEH WAT. MENDE TU HARAM, MENDE NI HARAM, wat battle of the band pon xleh, walhal bukan lagho sangat pon, mane ade terlonjat2 pe sumer, dok layan lagu Peterpan je kot.)

Akoo berfikir lagi. Hmmm... Macam ada sesuatu yang tidak kena. Kebanyakan golongan2 seperti ini tidak boleh menerima golongan yang kononnya membawa Islam kerana bagi mereka, apabila Islam memerintah, SEMUA BENDA HARAM!! Akoo tidak dapat menafikannya kerana akoo juga layan lagu2 seperti ini, Peterpan, Dewa, Too Phat etc. ADAKAH AKOO YANG BERSALAH KERANA MENYUKAI LAGU2 SEPERTI INI? Kerana dakwah itu perlu bermula dengan kita benci kepada maksiat, tetapi, jika itu adalah maksiat, maknanya, akoo suka kepada maksiat itu. Jadi? SALAHKAH AKU?


Ya. Memang betul muzik ini banyak khilaf ulama'. Yusuf Qardawi pun dah 20 kali lebih keluar fatwa pasal muzik. Dan, ada orang kata paling rendah pon, hukum dia MAKRUH. Tapi, melihat keadaan dunia sekarang, ADAKAH KITA MAHU MENOLAK MUZIK YANG ADA? Atau adakah adanya golongan yang berfikiran seperti akoo ini penyebab kepada ketidakmenangan Islam? Ah!!! Xtahu.. Tulun10x...


Yang penting, jika memang akoo yang bersalah sekali pon dalam hal ni, golongan yang ingin membawa Islam sepatutnya menyediakan satu altenatif untuk masalah ini. Agak kurang senang hati bila mana disebut Islam, orang asyik berkata, SEMUA BENDA HARAM!!! Jadi, sama2lah kita fikirkan penyelesaiannya.

Tuesday, December 9, 2008

;;Salam Tadhiyah!::


fuh!! raya dalam hujan siot tahun ni. Tapi, seronok gak. Xtau nape, maybe dah lama homesick kot, rasa syok gila balik kampung kali ni. "Abe, bangun. Kito nok pukul gambar so family ni. Apo rayo tido selaris!!", tiba2 dengar suara ummi kejut. Hehe....

Salam aidil adha buat semua yang mengenali doktor bonot.

Kali ni, sikit je nak kongsi. Pagi tadi, disebabkan hari hujan, akoo lepak kat rumah bersama sepupu sepapatku. Bosan punya pasal, terdengar suara "Akhil Hayy" berkumandang di televisyen. Akoo menuju ke tempat tv. Tapi, akoo lihat wajah Hani, pengacara Muzik@Ria. Aik! Dari mana datang suara Akhil Hayy tadi? Aku cam suara dia. Peminat setia ni beb!! Akoo menoleh sekali lagi ke tv.

WOw!!!! Akhil Hayy keluar dalam rancangan Muzik@RIA la... Memang dia. Dia bersama Zahid, Farhan dan Heliza. Jadi, akoo melayan rancangan tersebut sampai habis. Habis saja, otak mula berfikir. "Dahsyat sungguh ustaz ni". Tatkala semua pendakwah Islam menolak artis, ada juga golongan yang cuba menghampiri mereka. Dan Akhil Hayylah salah seorangnya. Jika ada golongan seperti ini, maka terjawablah persoalan "apa nasib artis jika Islam memerintah di Malaysia?".

Pendekatan yang dipakai oleh Akhil Hayy tadi, cukup untuk membuatkan hati artis yang ada bersamanya itu TERASA sedikit. Usaha sudah ada, kita perlu terus berusaha lagi, mereka mahu mengamalkan Islam secara syumul atau tidak, itu kerja Allah S.W.T. Yang penting, harus ada golongan yang perlu jadi seperti Ustaz ini.

Sunday, December 7, 2008

::tahu, hayati, amal, istiqmah::


syok sungguh balik kampung ni... suasana yang sangat dirindui. Lagi2, ada sumer sepupu2 yang kecik2 ni. Bising pulak rumah akoo ni tiba2. "Nok gege, gi maing luar rrr!!", jerit akoo tiba2 sebab budak2 ni kacau akoo nak tido. Hehe....

Firman Allah Taala:
"Wahai orang beriman, kenapa kamu katakan apa yang kamu tak buat? Sesungguhnya, BESAR kemurkaan Allah terhadap, orang yang katakan apa yang dia xbuat" (Assof:2-3)

Akoo mula TAHU ayat ini semasa di Pusat Asasi Sains UM. Tahu bahawa Allah tidak suka orang yang cakap tak serupa bikin. Menimbulkan sedikit gerun untuk bercakap.

Kemudian, akoo diajar untuk mengHAYATI isi ayat ini. Pelik juga, Allah tujukan ayat ini kepada "ORANG2 BERIMAN"?? Orang beriman, ada yang cakap xserupa bikin ke? Dah la Allah bagitau ayat ni di permulaan surah Assof, iaitu surah yang banyak bercerita tentang perjuangan dan jihad. Kenapa ya???

Setelah melihat situasi dunia sekarang, aku mula sedar tentang maksud ayat ini. Inilah PENGHAYATAN sebenar tentang ayat ini. Ya, kita boleh ambil contoh mudah, seorang ustaz yang selalu berceramah menyeru orang2 lain menuju Allah, tetapi kebanyakannya tidak beramal pon dengan apa yang dicakapnya. Hanya tahu menyeru orang lain, tetapi, lupa akan diri sendiri. Lihat situasi politik pula, sebelum pilihanraya, menjanjikan macam2 kepada rakyat, manifesto ni, manifesto tu, tapi, selepas mendapat NAMA dan JAWATAN, rakyat diletak entah ke mana.

Bila berfikir begitu, akoo mula takut. Baik tak payah bercakap macam ni. Blog ni pon, mesti banyak benda yang akoo cakap, tapi kadang2 akoo sendiri pon xbuat. Astaghfirullah. Mesti Allah dah banyak marah kat akoo. Tu pasal otak akoo agak lembab sekarang ni.

Tetapi.....

Timbul pula kata2, pastu, nak tunggu sampai bila baru akoo buleh bercakap n sampaikan dakwah kat orang lain? Esok? Lusa? Setahun lagi? Jadi, resolusi yang aku dapat, dalam nak menyampaikan kepada orang, kita juga perlu sampaikan apa yang kita sampaikan kepada orang itu, kepada diri sendiri juga. Dalam kita membetulkan orang, kita juga kena betulkan diri sendiri. Di situlah datangnya AMAL. Kita beramal dengan apa yang kita HAYATI.

Namun, timbul lagi satu masalah. Kadang2 bila iman tengah naik, AMALan sangat mantap, tapi bila tengah down, fuh..... xpayah cite rrr beb... Akoo sangat2 berharap dapat mencapai tahap ini, ISTIQAMAH dengan amalan. Ramai orang boleh buat sesuatu yang hebat, extravaganza. Tetapi,anda boleh perhatikan sendiri situasi dunia, tak ramai yang boleh ISTIQAMAH dalam beramal. Percayalah, aura istiqamah itu sangat hebat. Contoh? Study. Kebanyakan orang yang berjaya adalah orang consistent dengan study.

"Sesungguhnya Allah sukakan sesuatu amal yang walaupun kecil, tapi, istiqamah."

Dah TAHU pasal artikel ni? Kemudian buat apa? HAYATI.... Then, cuba AMALkan... dan akoo doakan anda terus ISTIQAMAH dengan amalan tersebut....

Wednesday, December 3, 2008

::kadang2, CIKGU juga perlu belajar dengan ANAK MURID::



"yes!! Jumaat ni balik!! Lama sungguh xbalik kelate..."


Pernah dengar ungkapan "aku hidup untuk belajar"? Atau "bersedia dipimpin untuk memimpin"? Atau "rela ditarbiah untuk mentarbiah"? Ungkapan2 ini amat bermakna bagi diri yang hina ini. Disebabkan sifat diri yang suka berfikir, akoo suka melihat gelagat orang. Itu sebabnya, jika di sekolah dulu, akoo akan duduk di meja paling depan(sebab xcukup tinggi), tetapi sekarang, akoo akan duduk di bahagian belakang dalam dewan kuliah. Sebab apa? Sebab seronok melihat gelagat orang. Tetapi, akibatnya, xfokus dalam lecture. Hehe...

ANAK MURID adalah manusia. CIKGU juga manusia. Masing2 ada kelemahan dan kelebihan masing2. Cantik sungguh ciptaan Allah ini. Manusia sebenarnya hidup saling melengkapi. Walaupun tugas CIKGU mendidik ANAK MURID, tetapi pada masa yang sama, CIKGU juga perlu belajar sesuatu dari ANAK MURID.

Jadi?

Jika seorang itu bergelar DAI'E, kadang2 mereka perlu belajar dari MAD'Unya. Kadang2 akoo melihat golongan2 yang free hair di kolej. Akoo sangat kagum dengan satu sikap mereka. Nak tahu apa? Ukhuwah antara mereka sangat kuat. Sambut birthday bersama, berkongsi masalah dan sebagainya. Namun, golongan yang menggelar diri mereka dai'e ini, walaupun mungkin telah faqih tentang konsep ukhuwah, masih lagi buruk sangka terhadap sahabat sendiri. Jadi, sekali lagi, kadang2 kita bukan hanya mengajar mad'u, tetapi kita juga patu belajar dengan mereka.

contoh ke 2:~

Nak tahu satu fakta menarik? Golongan yang kuat Kristian di fakulti akoo ini, sangat peramah orangnya. Mereka rapat dengan semua orang. Malah, mereka tidak malu untuk mengajak orang Islam untuk pergi ke church dengan mereka. Maka tidak hairanlah jika mufti ada mengeluarkan statement, setiap tahun beratus ribu orang Islam murtad. Akoo tidak menyalahkan mereka. Namun, akoo kagum dengan mereka. Kerana apa? Kerana perwatakan diri mereka itu berjaya menarik orang lain. Jadi, kadang2, ORANG ISLAM juga perlu belajar sesuatu dengan ORANG BUKAN ISLAM.
Konsep ini mudah diperkatakan, namun....

Bila ego mula menebal di hati, CIKGU hanya memandang ANAK MURID, sebagai seorang yang "jahil" dan hati mula berkata, "dada aku penuh dengan ilmu".
Walhal mereka tidak tahu, apakah ANAK MURID itu akan kekal jahil? Atau suatu hari nanti, Allah taqdirkan kita lebih jahil dari mereka.

Bila ego mula menebal di hati, si DAI'E hanya memandang mad'u sebagai seorang yang "sesat", dan hati mula berkata, "akoo ni ibarat malaikat, suci dengan dosa, mad'u2 ni menunggu masa saja azab Allah diturunkan".
Walhal mereka tidak tahu, apakah MAD'U mereka akan terus bergelumang dalam maksiat? Atau mungkin suatu hari nanti, mereka lebih bertaqwa daripada kita, dan entah2, kita yang banyak melakukan maksiat(nau'zubillahi min zalik....)

Bila ego mula menebal, ORANG ISLAM hanya memandang ORANG BUKAN ISLAM sebagai "kafir dan confirm masuk neraka!", dan hati mula berkata, "selamat la akoo orang Islam, xjadi orang kafir yang xkan cium bau syurga".
Walhal mereka tidak tahu, apakah ORANG BUKAN ISLAM itu akan terus dengan agama mereka? Atau mungkin hidayah Allah diturunkan ke atas mereka, dan akhirnya mereka beriman.

Jadi, fikir2kanlah.....

Monday, November 24, 2008

::kita perlu DIPANDANG hebat, tetapi kita TIDAK HEBAT::

"setel jugak akhirnya exam Part A ni... walaupun akoo xcukup yakin dengan exam kali ni, xpe rr... akoo dah cuba apa yang mampu, tinggal tawakkal kepada Allah... yang penting, teruskan usaha dalam Final Part B plak.... takbir~"

Hebat....
Kenapa kita perlu dipandang hebat??
Kerana ia merupakan salah satu method berdakwah, atau nama lainnya "dakwah bil hal". Bila orang pandang kita hebat, dan kita mengamalkan Islam sepenuhnya, orang akan tertarik dengan Islam.

Persoalannya.....
Adakah kita ni benar2 hebat?
Pandangan diri yang tidak hebat ini, sebenarnya KITA TIDAK HEBAT!!! Walaupun Ketua Persatuan, Perdana Menteri atau Ulama' sendiri. Kenapa? Kerana kita DILIHAT HEBAT, disebabkan Allah menutup aib kita. Allah yang MENGHEBATKAN kita.

Kenapa akoo harus membincangkan soal ini?
Kerana akoo ingin membetulkan niat golongan yang menggelarkan diri mereka pejuang agama. Ya, kita PERLU DILIHAT HEBAT oleh mad'u kita. Sehinggakan orang menjadikan kita sebagai role model. Tetapi, kena ingat, tujuannya bukanlah untuk kita menjadi pujaan ramai, tetapi untuk mempamerkan keindahan Islam. Sepatutnya, apabila orang melihat kehebatan diri kita, dia tidak nampak kita hebat, tetapi Islam yang hebat.

Akhir kata, KITA PERLU DIPANDANG HEBAT, TETAPI KITA TIDAK HEBAT, jadi siapa yang hebat? Siapa lagi kalau bukan YANG MENJADIKAN KITA HEBAT......

DIAlah Yang Maha Hebat!!! Siapalah kita jika Allah membuka aib kita? Fikir2kanlah....

Tuesday, November 18, 2008

aku=MUNAFIQ??

"adoi.... apa nak jadi ni?? exam tadi hancur... camne la plak esok punya paper. mintak2 la dapat jawab... amin...."

Tersentuh bila mana mendengar kuliah tafsir di Surau Kolej 6 tadi. Kepada sesiapa yang ingin mengikuti kuliah tersebut, bolehlah singgah di surau Kolej 6 setiap hari Isnin, selepas Maghrib. Kenapa diri ini tersentuh? Kerana ustaz tersebut mensyarahkan tentang "NIFAQ".

Untuk pengetahuan semua, golongan munafiq sebenarnya tidak muncul sewaktu dakwah Rasulullah di Mekah. Golongan ini hanya muncul semasa dakwah Rasulullah di Madinah iaitu selepas berlakunya Perang Badar. Kenapa ya??? Jika kita imbau sirah, di Mekah, iman para sahabat yang awal memeluk Islam memang sebenar2 iman. Bagi yang menentang pula, mereka menzahirkan penentangan mereka kepada Islam. Tetapi, apa kaitan golongan ini dengan Perang Badar? Jika kita lihat, pada permulaannya, Islam itu DILIHAT lemah. Tetapi, kemenangan tentera Islam dalam perang itu mula MEMBUKA MATA ramai pihak. Segelintir daripada mereka berfikir, "Islam ini sudah kuat, kalau aku xikut Islam, HABIS AKU NANTI!!". Inilah stimulator atau initiator kepada golongan munafiq ini. Mereka hanya memeluk Islam hanya untuk KEPENTINGAN diri, bukan sebenar2nya ingin beriman kepada Allah Taala.

Apa yang meyentuh hatiku bila mana mendengar kuliah ini ialah fikiranku sentiasa memikirkan "aku ni cam sama je ngan golongan ni"? Kerana hanya mampu bercakap ingin menegakkan Islam, tapi, masih ingkar dengan perintah Allah. Kadang2, orang yang menggelarkan diri mereka PEJUANG AGAMA ini, bukanlah ingin memperjuangkan agama, tetapi INGIN MELUASKAN PENGARUH!!! Mereka akan rasa diri mereka hebat, aku hebat bercakap, mampu membuat banyak kerja pada satu masa, tetapi sebenarnya mereka tertipu dengan diri mereka sendiri.

Kadang2.... perkara yang sama juga berlaku pada diri ini. Jadi, layakkah diri ini menggelarkan diri sebagai PEJUANG AGAMA??? Sudah tentu tidak!!! Ya, terbukti aku memang munafiq!!

Astaghfirullah.....

Tetapi, diri ini sedar, ramai lagi yang sedar, dia juga mempunyai sifat sebegini. Ayuhlah golongan yang menggelarkan diri anda PEJUANG AGAMA, muhasabah diri. Mungkin inilah puncanya Allah menahan kemenangan Islam.

Kerana adanya orang munafiq seperti akoo YANG KONONNYA MEMPERJUANGKAN AGAMA.................

Astaghfirullah......

Sunday, November 16, 2008

::terima kasih TEKANAN...::

"dah pukul 4.30 pagi ni... esok exam... tapi, nampaknya banyak lagi nak kena baca... camne ni beb???(tapi, dah xsempat studi pon, sempat lagi menulis kat blog tu... pelik betul la akoo ni)"

Bila diri ini rasa tertekan....
Maka otak mula beroperasi. Mula berfikir dan berfikir. Kadang2 boleh sampai tahap tak boleh tidur malam sebab fikiran tidak tenang kerana berfikir. Tetapi, sedar xsedar, rupa2nya diri ini baru sedar bahawa diri ini "suka berfikir", jadi, sepatutnya berterima kasih kepada tekanan.

Bila diri ini rasa tertekan....
Mula mencari handset untuk menelefon ummi. Namun, apabila ummi mengangkat, macam tak dapat nak meluahkan perasaan, sebaliknya lebih banyak bertanya tentang keadaan ummi dan keluarga. Tetapi sedar xsedar, rupa2nya diri ini sedar, diri ini terlalu sibuk dengan kerja2 di sini, sampaikan xsempat nak ambil tahu hal keluarga. Dengan telefon kepada ummi, dapatlah diri ini tahu situasi keluarga. Jadi, sepatutnya berterima kasih lagi kepada tekanan.

Bila diri ini rasa tertekan.....
Mula mengingati sahabat seperjuangan. Memikirkan, di manakah mereka tatkala aku tertekan ini? Bukankah kalau kata ukhuwah itu mantap, jika sahabat ada masalah, kita dapat merasakannya?? Namun, diri mula tersedar dari tidur dengan kata2 "erti hidup untuk memberi". Bila mana memikirkan sahabat, mengharapkan Alah tautkan hati2 kami, mengharapkan Allah tidak membebani sahabat2ku dengan beban yang berat. Kerana, tatkala itu, aku sedar, aku amat sayangkan sahabat2 seperjuanganku. Jadi, sepatutnya berterima kasih kepada tekanan.

Bila diri ini rasa tertekan....
Mula meluahkan perasaan kepada Ilahi. Kerana masa itu sangat memerlukan pertolongan dari kuasa yang agung. Bahkan merasakan diri ini seorang diri dan tidak ada supporter. Namun, tiba2 terfikir ayat, "Jangan kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita". "Cukuplah Allah bagi diriku". Tetapi, sedar xsedar, diri ini dah lama xmeluahkan perasaan kepada Ilahi, jadi hati terasa tenang bila dapat BERDUA2AN seketika dengan Ilahi. Jadi, sepatutnya berterima kasih kepada tekanan.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang sanggup ditanggungnya"(Al Baqarah)

Monday, November 10, 2008

::menerima VS mencari::


"Akoo hairan....

kenapa akoo terasa diri ini BODOH sekarang?? Adakah dulu akoo ni seorang yang terlalu bangga dengan KEPANDAIAN diri? Nah!! Amik ko... Rasakan macam mana kawan2 ko yang kelas belakang2 dulu rasa. Tengok je result sekarang, E,F,E,F.... Apa ni???!! Bengap sangat ke insan yang bernama Abdul Hakem sekarang ni?? Ko tak sayang parents ko ek?? Diorang menanti kejayaan ko,tau x..."

Astaghfirullah...........

Akoo mencari....

Kenapa situasi ini terjadi kepada diri ini? Mungkin ada sesuatu yang ingin Allah ajarkan kepadaku dengan peristiwa ini. Kenapa feel belajar sekarang, tidak sama seperti mana akoo feel belajar suatu ketika dahulu? Kenapa? Kenapa?

Ya Allah, tunjukkanlah aku "siratal mustaqim"....

Akhirnya aku menjumpai....

Setelah berbincang dengan beberapa orang rakan tentang golongan hebat terdahulu seperti Ibnu Sina, Dr Danial Zainal Abidin... akoo menjumpai jawapan... rupa2nya Allah ingin mengajarku apa erti sebenar ILMU. Sekarang, akoo hanya MENERIMA, tidak MENCARI. Itulah sebabnya bila masuk lecture, dengar lecture, kemudian, bila keluar lecture hall, "apa akoo belajar tadi ye??". Cuba kita lihat bagaimana Dr Danial Zainal Abidin boleh jadi seperti sekarang.. Beliau bermula dengan kemusykilan terhadap Islam itu sendiri. Dan dengan kekeliruan itu, beliau MENCARI. Akhirnya, Allah menunjukkan jalan kepadanya. Jadi, mulai hari ini, aku perlu lebih banyak mencari, bukan menerima bulat2.

Alhamdulillah.....

Wednesday, October 15, 2008

Siapa lagi hebat??

Pernah x anda menerima antibiotik ketika mendapat rawatan dari mana2 doktor?? Kalau pernah, akoo harapkan anda menghabiskan antibiotik tersebut walaupun sakit telah hilang. Kerana antibiotik itu bertujuan untuk membunuh microbes yang ada dalam diri kita. Jika mana kita tidak menggunakan dos antibiotik yang sepatutnya, microbes yang ada dalam diri kita seperti bacteria akan menjadi resistance atau "kebal" kepada antibiotik yang diberikan.

Inilah fokus utamaku kali ni. Di mana apabila manusia sudah rasa diri mereka sangat HEBAT dan tiada yang lebih hebat dari mereka, Allah datang menyedarkan kita dengan musibah ini. Untuk pengetahuan semua, negara membangun yang sangat canggih dalam bidang perubatan masa kini sekarang tengah pening kepala kerana memikirkan cara untuk membunuh bakteria yang telah kebal ini. Hal ini berlaku kerana antibiotik di sana dijual seperti panadol di Malaysia. Jadi, bila mana ada golongan yang tidak menghabiskan antibiotik tersebut, maka bakteria juga bijak, mereka cuba mencari jalan untuk terus hidup dan akhirnya "kebal" kepada antibiotik tersebut.

Bagiku, hal ini dapat diselesaikan jika kita semua berbalik kepada Islam. Ketahuilah bahawa doktor itu hanya satu wasilah, ubat itu hanya wasilah, tetapi Allah yang menyembuhkan kita, Allah sahajalah yang mampu mencabut nyawa bakteria tersebut. Jika mana tidak wujud aqidah ini, maka inilah situasinya! Sedarlah selagi mana Allah masih sayangkan kita, jangan tunggu sampai tiba masa suatu musibah besar akan melanda disebabkan kita sendiri.

Jadi, lain kali, bila dapat antibiotik, habiskan la ek!!

Saturday, October 4, 2008

::Hindustan??::

Dah lama rasanya xlayan hidustan. Memandangkan sekarang dah bertambah berbondong2 hero dan heroin baru, ditambah pula dengan pemakaian pelakon mereka yang semakin teruk membuatkan akoo agak kurang berminat untuk menontonnya. Namun, akibat kebosanan yang amat sangat, terpaksalah diri ini melayan cerita2.

Ada suatu cerita berjodol "Delhii High". Agak menarik cerita ini. Antara mesej menarik yang cerita ini cuba sampaikan ialah sifat husnuzon atau saling memahami. Benarlah kata cerdik pandai, "kalau kita nak orang faham kita, kita kena faham orang". Dalam cerita ini, watak2nya sering mengungkapkan perkataan "tolonglah FAHAM saya", "awak ni tak FAHAM saya", "saya cuba MEMAHAMI". Bila mana sifat ini sudah tiada dalam peribadi kedua2 belah pihak, maka berlakulah persengketaan.

Sebenarnya mereka membenarkan kata2 Hassan Al Banna, "tingkat ukhuwah yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah melebih2kan sahabat melebihi diri sendiri".

Cerita ini juga mengajarku tentang buruknya sifat ego(terasa siot). Seorang suami yang baik ialah suami yang "susah nak marah, cepat reda". Tetapi memang fitrah kebanyakan manusia, ego xdapat ditentang. Susah sungguh melawan ego. Ya, dalam cerita boleh dilakonkan dengan mudah untuk melawan ego, tetapi realitinya tidak begitu. Apa2pun, kita perlu menghidari sifat yang xberapa nak bagus tu.

::Dahsyat sungguh masyarakat akhir zaman::

Dalam kebosanan menyambut hari raya sebab sepupu yang sebaya dengan akoo xde,(ayed, puah weh lok mung xdok, xdok ore nok ajok bual), banyak rancangan2 astro yang dilayan. Bila tengok saja, akoo mula menggeleng kepala. Dahsyat sungguh masyarakat kita sekarang. Semuanya sangat fanatik dengan hiburan.

Apa yang lebih dahsyat ialah selalunya, apabila kata hiburan, kita sering kaitkan dengan golongan2 muda atau remaja tetapi apa yang membimbangkan akoo ialah akoo melihat dengan mata kepala akoo sendiri ada rancangan tv yang mana orang tua yang sepatutnya dah dekat dengan masjid pula yang lebih2. Dalam rancangan yang kulihat, mereka tanpa segan silu menari macam nak rak, mengalahkan golongan muda mudi. Apa semua ini?? Jika mana nenek kepada cucu2 sudah berkelakuan begitu, kita jangan hairan anak2 muda kita sekarang lebih teruk dari yang disangka.

Yang lebih memanaskan hati ialah bila mana suasana ini telah menjadi satu kebiasaan, kanak2 mula menjadikannya bahan ikutan. Ya, kebanyakannya tidak lagi diajar seperti dulu, tetapi semuanya telah disuapkan dengan hiburan. Jika dulu kanak2 terkenal dengan kisah2 nabi, dan mereka cuba menjadikan mereka sebagai idola. Tapi, suasana itu ternyata sekali telah pupus. Siapa idola? Mawi, Aznil, Siti. Ya Allah, Kau selamatkanlah masa depan anak2 ini!!

"Sesungguhnya anak yang lahir itu ibarat kain putih. Ibu bapalah yang menjadikan mereka sama ada anak itu Yahudi atau Majusi."

Ayuh sahabat2!! Sedarlah kita, hidup ini xlama. Sedar xsedar, dah 20 tahun rupa2nya, dah boleh jadi bapak orang. Masa akan terus berlalu, tetapi ummat Islam masih belum dapat merealisasikan janji Allah Taala bahawa kita akan menang. Ya, kita perlu bersyukur Malaysia negaranya aman dan tiada peperangan. Tetapi, suasana aman ini sebenarnya tipu daya Kafirin yang telah memisahkan ummat Islam dengan sentimen negara. Kita aman, tetapi tidak rasa langsung kesengsaraan saudara kita di Palestin. Kita aman, tetapi aman hanya pada luaran, tetapi jenayah terus meningkat, maksiat terus berleluasa. Sampai bila benda ni nak berterusan???

Wednesday, October 1, 2008

~AidilFitri sudah tiba??~





Selamat hari raya aidilfitri akoo ucapkan buat seluruh saudaraku ummat Islam... Selalunya, bila sebut raya, orang akan berbicara tentang sedih xbalik kampung dan sebagainya. Sekarang, akoo cuba ubah view sket bagi semua sedar apa sebenarnya makna di sebalik aidilfitri. Semoga adegan2 di atas tidak lagi muncul di aidilfitri akan datang. Amin.... Logik ke??? Allah Maha Berkuasa... Kun Fayakun.... Tetapi ummat Islam sekarang masih tidak bersatu dan tidak bertaqwa kepada Allah. Jadi, mungkin inilah sebabnya doa kita sampai sekarang Allah tidak makbulkan. Renung2kanlah.


Tuesday, September 30, 2008

::musuh ketat...tensen akoo ngan ko!!!::

Tiba2 imam tarawih kat masjid malam tadi ubah stail sket... Tiba2 beliau membebel, "mintak semua buat saf, buat saf lurus2 dan pastikan bahu bersentuhan dengan orang sebelah. Moga2 Allah bagi perasaan kasih sayang sesama kita. (tiba2, pakcik sebelah akoo usha semacam, mungkin dia teringat kes Anwar ngan Saiful kot.. hehe..) Ingat, kita dah malam terakhir solat tarawih. Esok dah tak ada tarawih, jadi jom sama2 kita buat tarawih yang terbaik malam ni."

Kata2 imam tadi sikit sebanyak telah menggerakkan hatiku yang agak keras ngan dosa ni. Sekejap betul Ramadhan ni berlalu. Ada akoo mendengar kuliah dari seorang ustaz, jika mana anda ingin melihat anda mendapat keberkatan Ramadhan, amalan dan peribadi anda bertambah baik di akhirnya. Tapi, akoo??? Macam makin teruk je. Akoo masih ingat lagi, akoo berazam nak cuba menjadikan ramadhan kali ini yang terbaik. Tapi, semuanya agak hampeh akibat MUSUH KETATKU ni!!!

Bukan sekali dua si jahanam ini merosakkan niatku untuk buat baik ni, tapi akoo rasa mula akoo masuk asrama STAR dahulu sehinggalah sekarang. Geram betul!!! Akoo ingat lagi, janji meeting dengan sahabat2 pukul 9.00, tapi disebabkan si jahanam ini, akhirnya akoo pegi meeting pukul 10.30 dengan muka bengkek campur malu giler... Macam2 cara dah akoo cuba nak lawan si jahanam ni, tapi masih belum berjaya. Namun, akoo tetap takkan putus asa, inilah PERJUANGAN. Siot ko, sampaikan idup akoo sekarang dah tak tentu hala, dah macam musang a.k.a KELUANGMAN.

Ya Allah, kau bantulah akoo dalam menangani musuh ketatku ini. Hancurkan si jahanam ini Ya Allah dan menangkanlah akoo ke atasnya!!! Amin....

Nak tahu siapa musuh ketat ini??? Tunggu sampai akoo menewaskannya, kalo tak nak tunggu lama2, sama2lah sesiapa yang membaca tulisanku ini mendoakan agar akoo cepat2 dapat tewaskan musuh akoo ini. Semestinya satu nikmat yang cukup best sekiranya akoo dapat menewaskanya.

Monday, September 29, 2008

::melayan......"

Kadang2 akoo berfikir.....
Syoknya jadi budak2. Xyah pikir masalah. Asyik main je. Ni dah dekat2 raya ni, akoo tengok budak2 kecik yang merupakan sepupu sepapat akoo ni, seronok sakan. Asyik tersenyum bila tengok gelagat diorang. Hehe... Tapi, sekarang, baru akoo faham perasaan seorang "dewasa" nak sambut raya.(point dia nak cakap akoo dah matured je sekarang.. hehe..).

Kadang2 akoo berfikir.....
Menyesalnya pilih jalan yang akoo ambil sekarang ni. Dah la sibuk, susah nak study, first dalam idup akoo terasa diri akoo ni bodoh. Dah banyak kawan sekolah, kawan PLKN akoo lost contact sebab terlalu sibuk dengan jalan yang akoo pilih sekarang. Rasa bersalah juga, bila mana kawan2 sekolah ajak reunion, kita xboleh pergi, cuti raya je boleh contact sahabat2 PLKN, mesti diorang terasa. Sedih2........

Dalam kadang2 berfikir itu, datang ayat cikgu yang cukup aku respect kat sekolah dulu, "manusia ni, apa yang ada padanya, jarang dia bersyukur, tapi bila benda tu dah tak ada, mulalah gila2 nak mencari"

Walaupun kadang2 akoo berfikir begitu....
Ya memang jadi budak2 syok, tapi bila kita sudah menjadi dewasa, baru kita mengerti sebenar kehidupan ini. Kita sudah faham apa erti kita hidup di dunia ni. Kita sudah dikelilingi oleh tanggungjawab. Sesungguhnya, bila mana berfikir tentang tanggungjawab akoo kat dunia ni, memang xcukup dengan masa yang ada seperti mana kata Hassan Al Banna. Alhamdulillah, akoo mengerti perkara itu sekarang.

Walaupun kadang2 akoo berfikir begitu...
Jalan yang akoo pilih ini bukan dipilih dengan main2. Akoo telah istikharah dengannya. Jadi, tidak perlulah akoo menyesal dan akoo perlu yakin dengan ketentuan Allah terhadap diriku. Ya, memang akoo terasa bersalah kerana tidak dapat nak binding sahabat2 lama. Tetapi, pada masa yang sama, akoo dapat mengenal siapa sebenarnya "sahabat". Di kala kita sudah lama tidak menghubunginya, mereka masih ingat pada kita. Dan, akoo rasa, akoo tidak perlu rasa bersalah, kerana bukan sengaja akoo ingin lost contact dengan sahabatku, tetapi akoo disibukkan dengan tanggungjawab yang lebih besar sebagai khalifah Allah di muka bumi. Jadi, wahai diriku.... teruskan perjuangan!!!!!!

Sunday, September 28, 2008

::puaskan hati semua orang?? memang tak la!!!::


Dah lama akoo xbuka friendster akoo. Pastu, bila buka hari ni, banyak jugak la comment dapat. Dan, ada satu comment yang cukup menarik untuk akoo kongsi bersama kat sini. Ada sorang mamat ni,(nama dirahsiakan), dia komen pasal gambar yang akoo letak sebagai main picture kat friendster tu. Untuk pengetahuan, akoo letak gambar Bush segak berserban sebagai main picture akoo. Apa kata sahabat kita ni???

"ko igt best sgt ke ltak gmbr bush pkai pkaian arab 2? cm mghina islam ko tau x! kuang ajo!"

Akoo tersentak seketika bila mana membaca ayat ni. "Eh, salah ke apa yang akoo buat ni??", timbul persoalan ni dalam kepala otak akoo. Akoo tidak tahu sama ada mamat ni berniat untuk main2 ataupun, memang itulah yang ingin dia sampaikan. Tapi yang pentingnya, berbalik kepada tajuk kat atas, kita memang xdapat puaskan hati semua orang.

Bagi akoo, akoo meletakkan gambar tersebut sebagai main picture akoo sebagai satu INDUCER untuk dakwah sebenarnya. Kadang2, mereka yang kononnya bergelar pendakwah ini, mereka merasakan "merekalah malaikat" dan sasaran dakwah mereka semuanya "berdosa, sesat, jijik". Inilah antara sebab mengapa non muslim takut kepada Islam, anak2 muda yang merempit dan sebagainya takut mendekati Islam, kerana adanya golongan2 seperti ini. Bila jumpa mereka, ini haram, itu haram, sedangkan golongan ini tidak pernah mendalami atau mengamati "kenapa sebenarnya golongan ini bertindak sedemikian". Mungkin kerana mereka mencari kebenaran, mungkin kerana ada masalah keluarga, dan mungkin tiada siapa yang pernah menjelaskan tentang Islam kepada mereka.

Akoo juga tidak menyalahkan mamat yang memberi comment tersebut kerana mungkin dia tidak tahu tujuan sebenar akoo meletakkan gambar tersebut. Dan, bagiku, tugasku hanya menyampaikan kepadanya, dia terima atau tidak, bukan kuasaku untuk menentukan, itu adalah kuasa Allah Taala.

Akhir sekali, buat renungan sahabat2, Rasulullah sendiri, seorang yang sangat hebat dan berhikmah dalam berdakwah, tetapi, masih ada yang menentangnya. Jadi, KITA MEMANG TAK MAMPU MEMUASKAN HATI SEMUA ORANG, TAPI TUGAS KITA ADALAH UNTUK MENYAMPAIKAN KEBENARAN!!!

Wednesday, September 24, 2008

::Apa ni?? Umat Islam sendiri menentang Islam??::


Maaf buat sahabat2 akoo sebab kalo bukak blog ni, memang xupdate2... Bukan apa, internet kat sini tersangatlah hampeh... Sampai akoo pon dah xde mood nak buka internet. Tapi, nantikan marathon perkongsian pemikiran "DOKTOR BONOT" masa akoo balik rumah nanti.. Tunggu........

Cuma pada hari ini aku tergerak untuk menulis tentang suatu isu yang cukup menyakitkan hati. Di mana jika kita lihat situasi Islam sendiri pada hari ini, semuanya BURUK!!!! Sebut je Islam, terrorist, pengganas, gerakan bawah tanah. Apa semua ni???!!! Akoo cukup geram dengan golongan ini, tapi apa2 hal pon, akoo tetap mengambil ini sebagai cabaran buat diriku dengan asyik berfikir:~ "mereka mungkin masih tidak KENAL apa itu Islam"....

"Sesungguhnya addin di sisi Allah itu adalah Islam"(Ali Imran:19)

Ayuh akoo memberikan sedikit intro yang xseberapa tentang Islam. Dalam ayat di atas, akoo sengaja tidak mengubah perkataan arab ADDIN itu kepada agama. Kerana Islam bukan seperti agama-agama lain. Islam adalah "addin". Kita selalu mendengar ayat "Islam is THE WAY OF LIFE". Itulah ungkapan yang agak ringkas untuk menerangkan maksud addin. Ya sahabat2, cuba kita renungkan, dapatkah anda mencari satu agama yang mengajar penganutnya macam mana nak masuk tandas? Ada tak Sistem Ekonomi Kristian?? Ada tak sesuatu agama yang dapat menerangkan dengan begitu panjang apa yang bakal berlaku selepas kita menemui sakaratul maut, alam barzakh, padang mahsyar, sungai2 di dalam syurga etc??? Jawapannya sangat pasti, iaitu TIDAK!!!

Cumanya di sini, akoo cukup geram bila mana orang yang dah bergelar UMAT ISLAM sendiri menjadi penentang kepada Islam, malah boleh akoo katakan bahawa penentangan golongan ini lebih dahsyat daripada non muslim yang sememangnya tidak mengenal Islam. Apa buktinya?? Adakah akoo hanya menulis tanpa bukti??? Melobi semata2??? Aku tidak mahu mendedahkan apa2 masalah yang berlaku, cuma ingin ajukan beberapa persoalan untuk semua:~ "salahkah seseorang memberikan peringatan(tazkirah) untuk saudaranya di surau??". "salahkah usrah2 diadakan di kolej2??". "Usrah melahirkan pengganas ke??"."Adakah golongan yang menentang seseorang pemimpin yang zalim(tidak berlaku adil) itu dicop sebagai pengganas???"

Sedarlah wahai umat Islam. Tidak cukup dengan tentangan daripada Yahudi dan Golongan Anti Islam, kita terus berperang sesama kita... Dasyat betul rancangan Yahudi laknalutullah.. Mereka berjaya membuatkan umat Islam sampai kini tidak dapat bersatu. Apa barang.... Sebagai satu muhasabah, akoo ingin memberikan satu blog yang rasa cukup boleh membuka mata sahabat2 tentang orang yang memaki gerakan islam, tetapi tidak sedar diri sendiri penuh dengan makian. Anda boleh nilai sendiri siapakah di pihak yang benar.

maharajazhou.blogdrive.com
(lihatlah bahasa yang penulis blog ini gunakan. Dan lihatlah siapa rakan2 mereka. Bagi mereka, mereka fikir mereka memperjuangkan kebenaran. Tetapi, adakah ini sikap golongan yang memperjuangkan kebenaran??? Lu pikirlah sendiri!!)


Cuma, bagi akoo, akoo tidak menyalahkan pemilik blog ini 100%. "mungkin dia masih belum kenal apa itu Islam." Dan, siapa lagi nak bagi dia faham Islam??? Siapa lagi kalau bukan siapa2 yang baca tulisan akoo ni. Satu cabaran bagi akoo.... hehe~

Friday, September 5, 2008

::bila mana merdeka lebih agung dari ramadhan::


fuh... memang dah lama xmenulis.. susah jugak rupanya nak istiqamah dalam perjuangan di alam blog ni ek??? baru aku dapat merasakan betapa hebatnya golongan2 yang mampu istiqamah dalam penulisan blognya.. syabas untuk PEJUANG!!!

Sebenarnya, banyak benda nak digarapkan... Beberapa kali aku cuba untuk menulis, namun kesibukan duniawi ni lebih hebat, dan sesungguhnya aku tertewas. Tahun ni, ramadhan kita bermula sehari selepas hari kemerdekaan negara. Aku tertarik dengan ucapan seorang ustaz di Akademi Pengajian Islam UM dalam ucapan perasmian Ramadhan Membawa Rahmat (RAHMAT'08). Beliau mengatakan, dalam suasana negara kita menyambut 2 peristiwa besar ini, kita boleh lihat banyak perang poster, semua rumah nak letak bendera, kereta dan motor apatah lagi, namun...... ada x kita dapat lihat poster berkaitan dengan kedatangan bulan yang mulia ini??? Kalo ada, mungkin terselit disebalik poster merdeka. Adakah kita mampu menjadi seperti golongan2 yang hebat seperti Ibnu Sina, Az-zahrawi dan sebagainya sekiranya kita masih belum RINDU KEPADA RAMADHAN???

Golongan2 hebat terdahulu sangat rindukan ramadhan sehinggakan mereka sentiasa berdoa apabila tiba bulan rejab, supaya Allah panjangkan umur mereka untuk bertemu dengan bulan ramadhan. Kita pula macam mana??? Adakah sebelum ramadhan tiba lagi, kita sudah bersiap untuk mengucapkan GOODBYE kepada ramadhan, semua sudah bersiap untuk beraya. Inilah budaya yang perlu kita ubah. FIkir2kanlah......


Usah bercakap pasal rindu, kerana kini ramadhan sudah di depan mata. Jadi, ayuhlah kita sama2 menjadikan ramadhan kali ini sebagai satu titik tolak perubahan dalam diri kita. Ayuh!! Sangat rugi jka kita xambil kesempatan untuk mendapatki ganjaran yang berlipat kali ganda dari bulan yang lain. Tanamkan azam!!! Dan cuba lakukan sebaik mungkin, kita pasti boleh!!!

Tuesday, August 26, 2008

::Jom jadi PEMALU!!::


Ya Allah... Dahsyat sungguh ujian kesibukan duniaMu terhadapku.. Baru berapa ketul post sahaja aku dapat tuliskan untuk bulan ini. Aku harapkan Kau teruskan tanamkan sifat istiqamah dalam diriku di medan perjuangan blog ini.

Pagi tadi, aku menjenguk TV9 "dekat di hati" pada jam 7.30 pagi tadi. Ada satu program yang bertajuk Muqaddimah. Aku sungguh tertarik dengan program ini kerana di kolejku memang tiada kuliah subuh, jadi aku mengambil program ini sebagai wadah pengisianku di awal pagi. Tajuk pengisiannya ialah "PEMALU". Dalam program tersebut, ustazah tersebut ada memberikan beberapa kisah yang menarik. Jom sama2 kita hayati kisah ini:~
Suatu ketika, Rasulullah sedang berbaring sehingga terselak kainnya hingga menampakkan betisnya. Kemudian, datang Saidina Abu Bakar untuk berjumpa dengannya. Baginda meminta Aisyah mengizinkan Abu Bakar masuk. Kemudian, datang lagi Saidina Umar, perkara yang sama juga dilakukan oleh Rasulullah. Setelah itu, datang pula Saidina Uthman. Apabila mendengar Uthman ingin berjumpa dengannya, Rasulullah membetulkan pakaiannya dan kedudukannya, kemudian barulah Rasulullah meminta Aisyah untuk membenarkan Uthman masuk. Setelah Uthman beredar, Aisyah yang hairan bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, kenapa apabila Uthman datang, engkau membetulkan pakaian dan kedudukanmu sedangkan tidak pula engkau lakukan sewaktu Abu Bakar dan Umar ingin bertemumu??" Rasulullah menjawab, "Wahai Aisyah, bukankah sepatutnya aku berasa malu terhadap SESEORANG YANG MALAIKAT JUGA MALU DENGANNYA...." (al-hadis)

Ya Allah... meremang bulu romaku bila mendengar jawapan Rasulullah tersebut. Dahsyat sungguh sahabat2 yang ditarbiyah olehnya sehinggakan para malaikat malu dengannya. Diri ini pula macam mana?? Astagfirullah.............


Baiklah, apabila menyebut perkataan malu, apa yang kita bayangkan?? Muka merah?? Dan kalau dalam kartun2, mereka akan melukis bulat merah di pipi karakter dan kadang2 garis2 di bawah mata. Adakah sekadar itu sahaja?? Malu dalam Islam beerti kita MALU UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT. Bukan sekadar malu dengan manusia, tetapi jika tiada orang melihat kita, kita seharusnya malu dengan YANG MAHA MELIHAT yang sentiasa mengetahui gerak geri kita. Cantiknya Islam. Bukan sahaja malu untuk berbuat jahat di depan orang, tetapi tatkala orang tak ada juga, Islam mengajar kita untuk malu berbuat dosa kerana masih ADA YANG MELIHAT.

Tapi, macam mana pulak dengan kes malu nak bertanya lecturer kalau tidak faham tentang pelajaran??? Hekeleh... Jangan wat leceh...... Common sense la tu. Islam tidak mengajar kita malu semasa menuntut ilmu. Ada satu kisah ketika mana anak Saidina Umar menghadiri satu kuliah yang disampaikan oleh Rasulullah. Dalam kuliah tersebut, Rasulullah ada bertanya kepada hadirin yang hadir satu soalan. Kemudian, ramai yang cuba menjawab, tetapi semua jawapan mereka salah. Tetapi, anak Saidina Umar ini tahu jawapannya tetapi MALU UNTUK MENJAWAB kerana memikirkan dirinya yang masih kecil. Kemudian, beliau menceritakan hal ini kepada bapanya, Umar. Umar lantas menjawab, "adalah lebih baik bagi kamu dan Rasulullah mesti lebih suka jika kamu menjawab soalan tersebut."

Jadi, tunggu apa lagi?? Tak mahukah kita menjadi seperti Uthman?? Kalau nak, jadilah seorang pemalu tetapi MALU MESTI BERTEMPAT!!!

Tuesday, August 19, 2008

::doktor tampar patient???::



Agak terkejut beruk juga aku bila mana lecturer di fakulti ku menyebut tentang satu kes yang berlaku di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) di mana seorang doktor telah menampar pesakitnya. Dan, akibatnya, doktor tersebut telah diberhentikan.

Mendengar berita ini, aku balik ke kolej dan melihat surat khabar hari ini. Ternyata perkara itu benar2 belaku di mana ia melibatkan seorang ahli perniagaan dan seorang doktor kulit. Kenapa perkara ini terjadi??? Itulah soalan pertama yang akan timbul. Bagiku, mudah sahaja jawapannya, "kerana sistem Islam belum terlaksana di muka bumi ini."


Dalam kuliahnya tadi, lecturerku agak bengang dengan perkara ini. Tetapi, kebanyakannya akan bengang bukan disebabkan oleh KELAKUAN DOKTOR tersebut, tetapi, mereka bengang status PPUM akan jatuh. Itulah realiti yang berlaku. Antara point2 yang dilontarkan oleh pensyarahku ialah, kalau nak buat macam tu, dia tidak layak menjadi seorang doktor. Doktor bukan sahaja ingin merawat fizikal pesakit, tetapi termasuk mental dan perasaan pesakit. Kemudian, beliau memberi contoh, katakan ada seorang pesakit yang accident motosikal berumur 16 tahun. Apa sebab dia accident?? Jalan licin, bawak laju, racing, brek xmakan, hari hujan, ada monyet kat tepi jalan, mengantuk adalah antara jawapan yang dikeluarkan oleh pelajar2 di sini. Namun, adakah kita pernah berfikir, jika pesakit kita accident kerana racing, kenapa dia memilih untuk racing pada usia yang sebegini muda?? Pernahkah kita terfikir kemungkinan dia berbuat demikian kerana terlalu serabut dengan masalah keluarga dan sebagainya???? Dan, itulah sebenarnya tugas seorang doktor. Bukan setakat merawat LUARAN, tetapi DALAMAN itu lebih utama.


Sebab itulah, setiap kali aku masuk kuliah lecturer ni, aku akan berfikir, "kelak, manusia akan sedar bahawa penyelesaian bagi semua masalah yang mereka sedang fikir ini ialah KEMBALI KEPADA ISLAM..."


Berbalik kepada doktor tadi, aku tidak tahu sejauh mana penyiasatan dibuat, tetapi aku tidak menyalahkan doktor itu 100%. Kerana apa?? Sama kes dengan budak 16 tahun yang accident tadi, dia buat begitu, mungkin ada sebabnya. Cantik sungguh sifat HUSNUZON yang diajar oleh Islam...... Jadi, apa tunggu lagi? Ayuhlah semua kembali betul2 mengamalkan Islam. Jangan tangguh2, kerana setelah anda habis membaca ayat ini, belum tentu nikmat nyawa itu masih dikurniakan.....

Friday, August 15, 2008

::wahai pemuda, bangkitlah dari tidur!!:


Tidur dah memang menjadi tabiat dalam hidupku. Letih sangat, tension, bengkek, down~ semua akan kuubati dengan tidur. Sehinggakan, rakan bilikku sendiri sudah menggelarkan aku sebagai KELUANGMAN.. (haha.. Bonot pnye Zola!!) Tapi, aku sedar, tabiat ini perlu kuubah. InsyaAllah akoo akan cuba yang terbaik. Doakan agar aku berjaya. Ya Allah, aku tahu, hamba yang rapat denganMu belikatnya tidak lama di tempat tidur, kerana banyak kerja kerja untuk menegakkan agamaMu ini yang masih belum selesai, jadi, Kau bantulah aku bagi mengubah sikap yang negatif ini. Amin~

Itu bukanlah tajuk utama perkongsianku pada kali ini. Ayuh kita hayati kata2 imam Hasan Al Banna, "Jika Islam diibaratkan sebuah rumah usang yang hampir roboh, akan ku merantau ke seluruh pelosok dunia bagi mencari JIWA2 MUDA. Aku bukan mahukan dari mereka, bilangan yang ramai, tetapi aku mahukan golongan yang benar2 ikhlas dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Jika aku menjumpai mereka, akan kuubah Islam itu dari rumah usang tadi kepada sebuah bangunan yang cantik dan tersergam indah."
"Berikan daku 100 orang tua, akanku gegarkan sebuah bukit, tetapi berikan daku 10 orang PEMUDA, maka akan aku goncangkan dunia"~ Sukarno.

Wahai pemuda sekalian, sedarlah.... Islam amat memerlukan kita. Masih ingatkah kita dengan Sultan Muhammad Al Fateh? Salahuddin Al Ayoubi?? Kita selalu bangga dengan Islam kerana mempunyai watak2 seperti mereka, tetapi kita tidak pernah mengimpikan diri kita mampu jadi seperti mereka. Kerana apa? Kerana kita masih lagi tidur, masih lagi dibuai oleh mimpi2 dunia yang fana ini. Ya, sekarang ini macam2 di hadapan kita~ awek cun, motor besar, enset power, ade bluetooth, kalau bosan semasa lecture, bolehlah layan movie, dressing kena mantap, kalau tak, pompuan xpandang etc.


PERSETANKAN SEMUA ITU!!! Ayuh kita bangkit!!! Berapa kerat di antara kita yang benar2 mengikuti isu2 berkaitan ummat Islam sekarang ini?? Bukan aku ingin menyekat terus kita daripada benda2 hiburan di atas, kita orang muda, memanglah perlu ada jiwa suka berhibur. Tetapi, hiburan itu bukanlah sepatutnya diletakkan di hati kita. Kenapa kita tidak cuba ubah daripada suka berhibur kepada suka@syok menegakkan Islam. Cuba lahirkan dalam hati kita, perasaan benci terhadap musuh2 islam, benci apabila orang memburukkan Islam, dan seronok apabila Islam mula bangkit, seronok apabila ada orang cuba menegakkan Islam dan akhir sekali, kita cuba LAHIRKAN PERASAAN YANG INGIN JADI SEPERTI GOLONGAN INI.


Dunia sekarang semakin hancur. Jikalau anda pelajar Universiti, seperti aku, seorang budak yang kurang mengetahui tentang dunia luar, memang tidak tahu tentang keruntuhan akhlak di kalangan remaja masa kini. Macam2 cerita~ abang(12 tahun) berzina dengan adik(9 tahun), ibu yang sepatutnya mendorong anak ke jalan yang benar, menjadi pembekal kepada video lucah kepada anak. Sudahlah, sakit hati nak menulis perkara2 jijik sebegini. Sekali lagi aku menyeru kepada pemuda sekalian, BANGKITLAH!!!! Apa yang ada di depan mata kita sekarang xkekal lama. Percayalah kepada saya, jika benar anda inginkan sesuatu ketenangan yang sebenar, maka berjuanglah demi Islam, sehingga nanti anda dapat merasakan suatu perasaan Cinta terhadap Allah malah dapat merasakan Allah mencintai kita!!!!


Sunday, August 3, 2008

::Muallaf jalanan::

Di tengah2 hari yang panas terik akoo ke stesen Universiti LRT menantikan pakcikku untuk balik ke kampung. Tiba2 datanglah seorang mamat yang agak gelap seperti orang India duduk di sebelahku... Ako buat "dek..." je... tiba2 akak akoo telefon dan akoo berkomunikasi dalam loghat Kelantan. Apabila selesai sahaja telefon, "mamat" tadi mula mengapproachku.

"Dari Kelantan ke?"
Ya saya..
"Saya suka Kelantan."
Oh.. Kenapa ek?..
"Saya baru convert Islam. Kat Kelantan banyak tempat nak mengaji, sini xde.."
Alhamdulillah..... (kataku dengan perasaan yang sangat gembira, Allah saja yang tahu perasaanku masa tu. Sape xgembira beb, dapat berborak dengan saudara baru.)
Jap, camne bleh tertarik dengan Islam ek??
"Saya patot dah convert tahun lepas, tapi saya accident, 7 bulan dalam hospital, 2 minggu lepas baru keluar. Rabu lepas baru saya convert."

"Dik, saya tanya ni adik jangan marah ek..." tiba2 suasana berubah(ceh, cam cite hantu plak)
"Saya sebenarnya tetinggal beg kat rumah kawan kat Klang. Jadi, saya dah abis duit nak pergi sana, jadi, boleh x adik tolong saya?"

Akoo mula ragu2. Saudara baru Islamku mintak tolong ni. Tapi, lebih baik aku eksperimen dulu, betol ke mamat ni muallaf atau sekadar MENGGUNAKAN status muallaf itu untuk mendekati ummat Islam.
La.. baik pergi sembahyang Jumaat dulu bang.. InsyaAllah lepas solat, Allah permudahkan urusan abang.
"Xpe, nanti saya datang balik, saya kena pergi ambik beg tu dulu, sebab beg tu ada kat rumah kawan saya, dia Cina, parents die garang, die xsuka orang lain letak barang merata2 ni."
Abang duduk dengan Cina ke? Jabatan Agama xtolong bag tempat tinggal ke?
Ada. Tapi, lagi 2 minggu diorang kasi. Saya baru convert seminggu, maknanya minggu depan baru dapat.(Buleh plak macam tu ek..)
Convert dulu dengan ustaz mana ek? Saya kenal ramai jugak ustaz kat sini.
Ada. Saya lupa la nama die. Dia gemok2 sket. Ada bawak teksi datang sini juga.
Convert kat mana dulu?
Em.. kat Ipoh sana.. Ustaz tu bawak saya pergi sana..
Oh, kenapa xconvert kat sini je??
Yela, ustaz tu bawak saye pegi Ipoh, pastu dia ade bagi kad, warna kuning, tapi sekarang saya xbawak, sume ada dalam beg tu. Jadi, boleh tolong saya x adik??
Saya bukan xnak tolong, tapi saya kurang percaya, dan saya kena pikir dulu sebab saya takut orang menggunakan status muallaf ni untuk mengenakan orang Islam.

Aku mula berzikir dan berdoa kepada Allah Taala agar diberi petujuk terhadap situasi yang berlaku. Zikirku agak mengambil masa.


Tiba2 mamat tu bersuara,
"dik, kalau xnak tolong, cakap xnak tolong. Ni bikin hati saya sakit pulak"
(Aik, bila masa pulak aku wat die sakit ati ni??)
Saya rasa saya xwat pape yang menyakitkan hati awak pon, kalau ade tu saye mintak maaf la..
"Saya xmarah, cuma bila awak xpercaya tu, saya terasa la.. Xpe, saya xmarah, setiap apa dugaan yang datang tu, pasti ada hikmahnya."(dia cuba menggunakan kata2 yang baik untuk mengumpan lagi)
Kemudian, dia mendiamkan diri.


Lepas 2 minit.....

"dik, boleh tolong x??"
"Camni la bang, saya cakap kat abang, apa kata abang pergi sembahyang Jumaat dulu, pastu mintak pertolongan kat Allah, muallaf selalunya sangat yakin dengan Allah Taala. Tapi, ni cam terbalik plak..." akoo berdiam diri dan terus berzikir.
Kemudian, melihatkan akoo memang xmakan jerat, mamat tu pon blah ngan muka "bengkek"..

Kesimpulan daripada cite sempoi ni:~
  • Bagi akoo, mamat tu dah mempermainkan status muallaf dan dia juga telah memburukkan nama muallaf itu sendiri. Bagiku, akoo amat respect dengan golongan2 muallaf seperti saudara Shahkirit yang tidak serik2 menyampaikan dakwahnya melalui perbandingan antara agama. Dan, kadang2 akoo memang segan dengan golongan ini kerana walaupun sudah lama memeluk Islam, ternyata, mereka lebih mengenal Islam daripada diriku sendiri. Ikut ati memang nak marah gak mamat tu, tapi, dah dia sound awal2, adik, jangan marah ek kalo abang cakap ni.
  • Malah, bagi aku, dia juga turut memburuk2kan badan agama di Malaysia ni. Yang mana bagi akoo, jika apa yang disampaikan oleh mamat tadi itu betul, ini bermakna, perlu ada perubahan dalam pelaksanaan badan agama tersebut. Jika tahu muallaf benar2 memerlukan bantuan, kenapa perlu tunggu 2 minggu baru dapat? kerana prosedur2 dan birokrasi, jika demikianlah alasannya, HAPUSKAN BIROKRASI!!! Tetapi, jika cerita mamat itu hanya tipu daya semata2, maafkan akoo dan jadikanlah ia sebagai tauladan...

Wednesday, July 30, 2008

::DOWN??!!::


Tadi, sahabat2 akoo ada menganjurkan majlis ramah mesra antara first year dan second year medic. Dan, junior2 diminta mencari jawapan yang diajukan oleh senior2 kepada mereka. Antara jawapan yang agak menggerakkan diriku ialah jawapan bagi soalan, apa yang menarik tentang "hakem"? Ada yang menjawab, kuat semangat, tetapi CEPAT DOWN. Dan, aku seperti sudah dapat mengecam siapa yang memberi jawapan tersebut.

Down? Apa yang anda faham pasal down? Bagiku, sebagai pejuang, down ialah keadaan apabila sesorang itu mula futur(lari) dalam gerak kerja Islam. Sebab itulah gerak kerja Islam ini perlu dilakukan dalam berjemaah, bukan lone ranger je. Apabila ada golongan yang mula down, tugas sahabat2 lain untuk menasihatinya. Aku agak tersentuh dengan jawapan yang diberikan sahabat aku ini kerana bagiku, dia TIDAK MEMAHAMI DIRIKU dan tidak jelas apa makna DOWN.

Ya, akoo akui, akoo agak slow dalam gerak kerja sekarang kerana mempunyai beberapa masalah berkaitan hati. Akoo mengharapkan sahabat2ku dapat menampung kekuranganku ini. Tetapi, anggaranku ternyata tidak tepat. Semakin akoo slow dalam gerak kerja, mereka turut mengikuti jejakku. Ini menyebabkan akoo bertambah slow. Jadi, apa yang patut akoo buat??? Ya Allah, bantulah hambaMu ini.... Aku BUNTU.... Keadaan sekarang seperti akoo menganggap sahabat2ku tidak memahami akoo, tetapi sahabat2ku pula dok push akoo sebab bagi mereka akoo down... (cam diari plak penulisan kali ni)..


"Sesungguhnya dalam kamus seorang pejuang, tidak ada perkataan putus asa, kerana mereka yakin bahawa mereka tidak pernah keseorangan, tetapi, Allah sentiasa bersama mereka..."