Recent Posts

Tuesday, August 26, 2008

::Jom jadi PEMALU!!::


Ya Allah... Dahsyat sungguh ujian kesibukan duniaMu terhadapku.. Baru berapa ketul post sahaja aku dapat tuliskan untuk bulan ini. Aku harapkan Kau teruskan tanamkan sifat istiqamah dalam diriku di medan perjuangan blog ini.

Pagi tadi, aku menjenguk TV9 "dekat di hati" pada jam 7.30 pagi tadi. Ada satu program yang bertajuk Muqaddimah. Aku sungguh tertarik dengan program ini kerana di kolejku memang tiada kuliah subuh, jadi aku mengambil program ini sebagai wadah pengisianku di awal pagi. Tajuk pengisiannya ialah "PEMALU". Dalam program tersebut, ustazah tersebut ada memberikan beberapa kisah yang menarik. Jom sama2 kita hayati kisah ini:~
Suatu ketika, Rasulullah sedang berbaring sehingga terselak kainnya hingga menampakkan betisnya. Kemudian, datang Saidina Abu Bakar untuk berjumpa dengannya. Baginda meminta Aisyah mengizinkan Abu Bakar masuk. Kemudian, datang lagi Saidina Umar, perkara yang sama juga dilakukan oleh Rasulullah. Setelah itu, datang pula Saidina Uthman. Apabila mendengar Uthman ingin berjumpa dengannya, Rasulullah membetulkan pakaiannya dan kedudukannya, kemudian barulah Rasulullah meminta Aisyah untuk membenarkan Uthman masuk. Setelah Uthman beredar, Aisyah yang hairan bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, kenapa apabila Uthman datang, engkau membetulkan pakaian dan kedudukanmu sedangkan tidak pula engkau lakukan sewaktu Abu Bakar dan Umar ingin bertemumu??" Rasulullah menjawab, "Wahai Aisyah, bukankah sepatutnya aku berasa malu terhadap SESEORANG YANG MALAIKAT JUGA MALU DENGANNYA...." (al-hadis)

Ya Allah... meremang bulu romaku bila mendengar jawapan Rasulullah tersebut. Dahsyat sungguh sahabat2 yang ditarbiyah olehnya sehinggakan para malaikat malu dengannya. Diri ini pula macam mana?? Astagfirullah.............


Baiklah, apabila menyebut perkataan malu, apa yang kita bayangkan?? Muka merah?? Dan kalau dalam kartun2, mereka akan melukis bulat merah di pipi karakter dan kadang2 garis2 di bawah mata. Adakah sekadar itu sahaja?? Malu dalam Islam beerti kita MALU UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT. Bukan sekadar malu dengan manusia, tetapi jika tiada orang melihat kita, kita seharusnya malu dengan YANG MAHA MELIHAT yang sentiasa mengetahui gerak geri kita. Cantiknya Islam. Bukan sahaja malu untuk berbuat jahat di depan orang, tetapi tatkala orang tak ada juga, Islam mengajar kita untuk malu berbuat dosa kerana masih ADA YANG MELIHAT.

Tapi, macam mana pulak dengan kes malu nak bertanya lecturer kalau tidak faham tentang pelajaran??? Hekeleh... Jangan wat leceh...... Common sense la tu. Islam tidak mengajar kita malu semasa menuntut ilmu. Ada satu kisah ketika mana anak Saidina Umar menghadiri satu kuliah yang disampaikan oleh Rasulullah. Dalam kuliah tersebut, Rasulullah ada bertanya kepada hadirin yang hadir satu soalan. Kemudian, ramai yang cuba menjawab, tetapi semua jawapan mereka salah. Tetapi, anak Saidina Umar ini tahu jawapannya tetapi MALU UNTUK MENJAWAB kerana memikirkan dirinya yang masih kecil. Kemudian, beliau menceritakan hal ini kepada bapanya, Umar. Umar lantas menjawab, "adalah lebih baik bagi kamu dan Rasulullah mesti lebih suka jika kamu menjawab soalan tersebut."

Jadi, tunggu apa lagi?? Tak mahukah kita menjadi seperti Uthman?? Kalau nak, jadilah seorang pemalu tetapi MALU MESTI BERTEMPAT!!!

2 comments:

Unknown said...

aku segan r nak jadi malu..
cemaner tu?

Asy-syahid(to-be) Dr Hakem Al-Bonoti said...

cuba ko tengok ayat ko balik madno...
ko "SEGAN nak jadi malu"...
maknanya ko dah ade perasaan segan=malu kat situ... tapi, masalahnya malu tu kena perbaiki sket bagi kena pada tempat.. Islam itu AGAMA FITRAH... memang dah fitrah manusia itu malu, cuma kadang2 kita yang cuba mengelak dari fitrah tersebut... takbir~