Recent Posts

Wednesday, December 30, 2009

Lambakkan lagi!


Sedang makan tengah hari pada hari Ahad tempoh hari, TV dewan makan kolejku kelihatan terbuka. Melodi! Wah... Sudah lama akoo meninggalkan zaman melihat rancangan ni. Akhir sekali ialah waktu persekolahan dulu. Waktu tu, akoo agak update dengan perkembangan2 hiburan tanah air. Maklumlah, di sekolah, sudah tentu kawan2 akan membeli buku2 seperti Gempak dan Utopia. Bila pulang ke kampung pula, penuh pula majalah seperti URTV, Mangga dan sekutu2nya yang dibeli oleh kakak akoo.

Apa yang menariknya, rancangan Melodi pada hari itu, mengeluarkan satu isu yang amat membimbangkan para penggiat "hiburan" tanah air iaitu kebanjiran bilangan artis2 baru yang muncul seperti "cendawan tumbuh selepas hujan"(wah.. berperibahasa la pulak). Mana tidaknya, rancangan2 realiti TV yang menjadi satu langkah ekspres untuk menjadi artis agak berLAMBAK. Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Bintang RTM, Raja Lawak, Akademi Nasyid(saja selitkan... hehehe), dan sebagainya.

Timbul suara2 yang mempertikaikan kualiti golongan ini. Dan, mula timbul golongan yang berbicara soal apa kriteria atau kelayakan untuk menjadi seorang itu menjadi seorang penghibur. Kerana, mereka mula sedar, bahawa hanya berapa kerat sahaja golongan2 ini yang terus menyerlah. Mawi, Adam, Jacquline Victor. Nama lain yang dahulu meletup, terus hilang dan entah ke mana.

Namun, walaupun keadaannya begitu, masyarakat masih GERSANG untuk menjadi artis. Mungkin kepopularan artis yang kadangkala mengalahkan Perdana Menteri itu yang menarik minat semua. Kadangkala, biodata artis itu, diketahui melebihi mengetahui biodata sendiri. Hehe.. Uniknya manusia ni kan?

Ya, akoo akui. Ini budaya hedonisme. Masyarakat yang sangat suka berhibur. Namun, seperti biasa, kurang alternatif di peringkat mereka yang mendakwa apa yang masyarakat lakukan adalah salah. Ada, tetapi masih kurang. Walhal, semua orang tahu, bahawa Islam xmenghalang hiburan, asalkan kena pada syaratnya.

Bagi akoo, bilangan mereka yang faham tentang Islam, dan ingin menyampaikannya dalam bentuk hiburan perlu ditingkatkan dan dirancakkan lagi. Pada masa yang sama, budaya ilmiah yang disebut "poyo" oleh golongan masa kini juga perlu ditambahrentakkan. Kerana, bagi akoo, hedonisme di Malaysia ini, kemungkinan akan mengalami kejatuhan jika isu di atas terus bergelora. Saat itu, menjadi seorang artis, bukan lagi satu kemasyhuran, bahkan dilihat "murah" oleh masyarakat. Maka, mereka akan mula mencari BENDA LAIN, yang memberi impak yang sama. Apa benda itu? Itu yang harus kita fikirkan.

Jadi, kita harus berterima kasih kepada AF, Malaysian Idol, dan sebagainya. Teruskan meLAMBAKkkan artis. Hehehe.... Sekadar pandangan.

Monday, December 28, 2009

Nilai se"detik"

Bengkek dengan wifi yang terlalu xstabil. Sudah lebih seminggu hidup tanpa internet. Tangan sudah liar untuk menulis. Namun, tetap xkesampaian. Berbekalkan pesan "kehidupan ini adalah universiti", akoo sedar, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Takut2 internet akan putus lagi, akoo mahu berkongsi satu kata2 yang agak menarik daripada John C Maxwell dalam bukunya Today Matters yang akoo translate sendiri:

Untuk tahu nilai satu TAHUN, tanyakanlah.....
kepada pelajar yang FAIL final exam.

Untuk tahu nilai satu BULAN, tanyalah......
kepada ibu yang melahirkan bayi xcukup bulan.

Untuk mengetahui nilai satu MINGGU, tanyalah....
kepada editor majalah berita minggu

UNtuk mengetahui nilai satu HARI, tanyalah.....
kepada buruh harian yang punya 6 orang anak.

Untuk mengetahui harga satu MINIT, tanyalah.....
kepada kekasih yang sedang menuggu waktu bertemu.

Untuk mengetahui harga satu SAAT, tanyalah...
kepada orang yang terselamat daripada kemalangan.
(macam kes Bas Sani Ekspres kelmarin... ni bukan John C Maxwell tulis.. akoo tambah sendiri.. haha)


Untuk mengetahui harga satu MILISAAT, tanyalah....
kepada pemenang pingat PERAK dalam sukan Olimpik.

Bagi akoo, kata2 ini agak menusuk kalbu. Kerana, kita terus dan terus memBUANG barang BERHARGA ini. Semua insan akan terus membuang barang berharga ini, kecuali mereka yang beriman dan berAMAL soleh.

Persoalannya... Apa makna orang "beriman"? Dan apa pula makna "berAMAL soleh"? Dan kenapa Allah Taala sekalikan 2 perkara? Apa hubungan keduanya? Ha... Fikir jangan xfikir...

Friday, December 18, 2009

Kesedaran BerMUSIM


Feel habis exam memang best! Rasa macam baru terlepas daripada satu beban yang berat. Dalam hati kuat meraung, "Yahoo.... Merdeka!!" Haha.. Feel ni xpatut dilupakan kerana ia hanya ada pada mereka yang bergelar pelajar dalam sistem exam oriented.

Hari ini, banyak blog2 yang akan menulis soal hijrah. Ahli2 politik negara apatah lagi. Semua akan mengeluarkan perutusan2 mereka sempena hari bersejarah ini. Ustaz2 juga mungkin penuh jadual mereka seminggu 2 ini, untuk memberi ceramah, kuliah atau forum soal hijrah. Boleh dikatakan, ini adalah "Musim Hijrah" selepas berlalunya "Musim Raya Haji" yang lepas.

Ada yang mungkin berpendapat bahawa, tidak setuju dengan perayaan2 sebegini. Kerana, bagi mereka, dalam setahun, hanya pada masa ini orang sibuk membaca hadis pertama dalam hadis 40. Hanya pada masa ini, mereka sibuk berbicara soal sirah Nabi SAW berhijrah. Semuanya hanya RUTIN setiap tahun. Seminggu 2 selepas ini, orang akan kembali seperti biasa. Tiada lagi pengajaran hijrah dalam hidup. Seperti mana disambut Hari Ibu, hanya pada hari itu, mereka mengingati ibu, selepas itu, buat xtahu. Ini semuanya, hanyalah kesedaran yang bersifat REAKTIF. Tak ada isu, tak akan ada kesedaran. Apa barang beb.....

Akoo meneliti pemikiran orang yang berpendapat sebegini. Ada benarnya. Bahkan, akoo juga pernah berpendapat sebegitu.

Namun, bila diteliti kembali, kesedaran memang memerlukan satu "stimulator" atau "pencetus". Bukan soal peristiwa yang perlu diteliti, tapi soal pendekatan kita dalam menyampaikan pengajaran di sebalik peristiwa itu, agar kesedaran yang dimiliki adalah "long term effect".

Alhamdulillah... Wujud idea daripada Saidina Umar Khattab, untuk mewujudkan kalendar Islam sendiri. Memberikan identiti kepada Islam sendiri. Dapat mencaknakan lagi ummat Islam tentang peristiwa2 yang berlaku dalam sirah Nabi SAW, dan dengan itu mudah2an sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada mereka.

Memang benar, orang hanya sedar sekali setahun. Namun, andai kata tiada sambutan, dan semua buat tidak tahu, bukankah ia lebih dahsyat? Entah2, tak ada kesedaran langsung tentang hijrah dalam setahun itu.

Justeru, bagi akoo, bukan isu menyambut hijrah atau apa2 peristiwa yang perlu dibahaskan, tetapi persoalan utama ialah sejauh mana kita mampu menyedarkan orang ramai tentang pengajaran di sebalik peristiwa itu. Dan, andai kata sudah ada kesedaran, bagaimana pula caranya bagi memastikan agar kesedaran itu bertahan lebih lama, tidak hanya berMUSIM. Itu isunya!

Sekian. Salam Maal Hijrah daripada akoo.
(ape da... orang tulis la pape yang berkaitan ngan hijrah sket.. ni dok merapu pasal isu ni plak... Ah... lantak rrr... blog akoo.. akoo peduli apa.. Hahaha....)

Monday, December 14, 2009

KeTUANan


Agak riuh satu negara bila isu BTN dipersoalkan. Akoo hanya mampu tersenyum bila mana membaca hujah2 mereka yang cuba mempertahankannya. "Lain makan nangka, lain kena getah". Namun, jangan risau.... Tiba masa, Allah Taala akan dedahkan juga siapa yang makan nangka itu. Itulah yang mampu akoo simpulkan dalam isu ini.

Sejujurnya, akoo, sebagai orang yang ditakdirkan Allah Taala dilahirkan sebagai orang Melayu juga kadang2 terkesan. "Tanah ini nenek moyang kita punya." "Orang yang mempersoalkan ketuanan Melayu adalah orang yang tidak belajar sejarah". "Mereka kena sedar mereka dulu dibawa ke sini". Itulah yang diajar. Di sekolah dulu pun, akoo masih ingat, subjek sejarah ada mengulang kata2 yang sama.

Bagi mereka yang "bukan Melayu" pula, selalu kedengaran. "Melayu ni malas, xboleh percaya." "Kita ni nama je rakyat Malaysia, tetapi apa yang kita ada?" "Diorang senang2 boleh masuk U, senang2 dapat biasiswa, senang2 dapat pertolongan, kita yang susah ni camne? Jahanam punya itu Melayu"

Memang dahsyat sang penjajah. Walaupun setengah abad dah tinggalkan kita, namun agenda mereka masih lagi berjaya kerana kita terus terjajah. Anda boleh buka balik buku sejarah, kenal kembali, siapa sebenarnya penjajah ini. Setelah mengenal mereka, anda akan faham apa yang akoo maksudkan.

Si Pemakan Nangka itu terus menipu. Duit rakyat dibahagikan sesama mereka. Kemudian, bagi menutup kesalahan mereka, dihebohkan kepada orang kampung, bangsa lain cuba nak ambil tanah kita. Bangsa lain cuba "lawan tokey". Bangsa lain xsuka kita. Maka, bangsa lainlah yang kena getah itu. Rakyat yang selalu ditanam pemikiran begitu, terus percaya. Kita dalam bahaya. Kita perlu pertahankan tanah kita. Kita perlu pertahankan keTUANan kita.Celaka sungguh kau wahai Pemakan Nangka!!

Sedarlah... tidak ada penyelesaian melainkan Islam, bukan Islam Nasionalis. Tetapi Islam yang tidak mengenal warna kulit, tidak mengenal keturunan, tidak mengenal bangsa. Kembali kepada Islam, nescaya, jurang kemiskinan mampu dikurangkan. Kembali kepada Islam, tiada lagi sengketa perkauman. Kerana, Islam itu ADIL. Membantu yang MEMERLUKAN, bukan membantu KRONI.

Dalam Islam, kita bukan TUAN. Kita, adalah HAMBA. Kerana, kita diajar oleh "Tuan alam ini",
"Tidak aku jadikan Jin Dan Manusia melainkan untuk mengABDIkan diri kepadaKu"

Sunday, December 6, 2009

Dia atau Aku



"Mak cik ada anak?
" soalan ditanya ketika sedang mengambil "social history" seorang patient yang kelihatan agak muram.

"Ada... 2 orang" jawabnya seperti sedang menyembunyikan sesuatu.

"Umur anak dah berapa ya?" tanyaku lagi.

"Yang sorang tu, xingat dah.. Sorang lagi tingkatan 4" jawabnya.

"Yang xingat tu, dah kerja ke, tengah belajar kat U ke..." soalku ingin memastikan kerana umur bagi anak adalah maklumat penting.

"Dah kerja dah.. Kat kilang Proton." jawabnya.

"O0oo.. kiranya, anak makcik la yang sara family sekarang?"

"Tak. Dia memang tinggal dengan makcik. Tapi, dia ada isteri sendiri. Makcik dulu kerja, tapi lepas sakit2 ni, berhenti la.. Suami pun dah sakit xboleh bangun sekarang ni. Memang dah lama xkerja la.. Kira sekarang ni, adik pompuan makcik la yang tolong bayarkan kos hospital ni.. Entahla dik... makcik rasa anak makcik marahkan makcik kot." bergetar nadanya menjawab.

"Kenapa makcik cakap camtu? Makcik ada masalah ke dengan anak makcik?" akoo cuba mengorek.

"Camtu la dik. Sekarang ni pun, dia xdatang pun melawat makcik kat hospital. Dia pergi balik kampung isteri dia." jawabnya lagi. Matanya mula bersinar dengan air mata.

Akoo kaku seribu bahasa. Tak ada ucapan selain mengenangkan ayat Allah Taala,

"Tuhan kami, kurniakanlah kami dari isteri-isteri kami dan keturuanan kami sebagai PENYENANG HATI kami dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa" (Al-Furqan : 74)


Mungkin selalu melihat drama atau cerekarama yang mengisahkan tentang Si Tanggang anak derhaka dan sebagainya. Itupun, sudah mampu mengusik jiwa. Apatah lagi bila berdepan dengan realiti.

Namun, selalunya bila berdepan dengan perkara2 sebegini, kita hanya akan melihat sebelah pihak. Selalunya, kita akan melihat, "apa yang patut DIA buat".. Dia sebagai anak, xboleh wat camtu. Dia sepatutnya camni... camni... camni... Tetapi, akoo lebih suka memilih pemikiran "apa yang patut AKOO buat". Andai kata anak akoo, camni, akoo patut buat camni... camni... camni...

Bukan mencari salah, tetapi mencari penyelesaian. Mungkin, si anak berkelakuan begitu, atas tindakan kita sendiri. Mungkin, si anak berkelakuan begitu, kerana kita dahulu, juga derhaka kepada orang tua kita(astaghfirullah... tiba2 teringat kat ummi..). Mungkin, anak kita berkelakuan begitu, kerana hanya hendak mendapatkan perhatian. Siapa tahu? Jadi, usah banyak fikirkan perkara yang luar bidang kuasa kita iaitu "apa yang patut DIA buat", tetapi fikirkanlah "apa AKOO patut buat".

"Soal hati ni, kuasa Allah Taala. Dalam soal ni, apa yang kita boleh buat, doalah banyak2 makcik. Doakan Allah Taala lembutkan hati anak makcik. Kalau dua2 xnak mengalah, dua2 yang rugi. Makcik jangan terlalu ambil hati dengan anak makcik, insyaAllah Allah Taala akan buat anak makcik xambil hati ngan makcik. InsyaAllah... Saya pun akan turut doakan..." akoo mula bersuara menenangkannya. Mengajarnya pemikiran "apa patut akoo buat" dan cuba mengurangkan pemikiran "apa patut dia buat".

"Anak sorang lagi ok kan? xde masalah?" akoo bertanya lagi...

Dia hanya mengangguk. "Alhamdulillah.. Kalau camtu, yang anak lagi sorang ni, jaga betul2 ya cik. Doa anak ni, antara benda yang kita boleh bawa masa kita mati nanti tau."

"Yela dik.. Terima kasih banyak sebab sudi dengar masalah makcik ni" dia mula melemparkan senyuman.

"Makcik pun tolong doakan saya ek. Payah belajar sekarang.. Hehehe.. Ok, saya pegi dulu. Assalamulaikum" balas akoo dan terus melangkah ke luar wad.

Alhamdulillah... Hati akoo puas. Akoo dapat memberi dan pada masa yang sama, menerima. Menerima dengan BELAJAR SESUATU daripada kisahnya.

Tuesday, December 1, 2009

Sekular Kuasa Dua


Fahaman sekular semakin membarah di kalangan ummat dunia. "Kerja mesti FOKUS!!", itulah alasan yang diberikan. Sebab itu terjadinya istilah2 agama perlu diasingkan daripada perkara duniawi. Mereka yang mencampur adukkan 2 perkara dalam satu masa, dianggap "xprofessional."

Pada mulanya, akoo agak menerima konsep ini. Ya, kerja mesti professional. Namun, terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan konsep ini. "Untuk menjaga keprofesionalan saya, saya akan mengelak daripada bertanya atau menasihati pesakit soal agamanya." Bagi akoo, orang, lebih2 lagi orang Islam, yang memegang konsep ini, seperti menampakkan bahawa kerja itu bukan sebahagian daripada Islam, atau "ibadah".

Sebab itulah, penyakit ini sudah merebak kepada anak2 muda. Sebagai contoh, sebagai seorang mahasiswa yang bergiat aktif dalam persatuan2 Islam, sudah tentu punya masa untuk study dan melakukan aktiviti persatuan. Namun, kroniknya fahaman ini sehingga kita tidak dapat melihat 2 perkara itu sebagai SATU. Yang kita lihat adalah, belajar adalah satu, buat kerja Islam adalah satu. Walhal, sebenarnya mereka bukan dua, tapi SATU. Pening? Hehe..

"Kelemahan pelajar masa kini adalah mengasingkan antara belajar dan membuat kerja persatuan. Mereka tidak sedar, belajar sebenarnya membantu kerja persatuan, dan kerja persatuan membantu pelajaran."
nasihat seorang Professor, yang merupakan seorang Cardiothoracic Surgion dan pernah menjadi best student semasa era Masternya.

Bagaimana? Orang yang berjaya melihat kehidupan dari pandangan atas akan berjaya menjawab soalan ini. Dan, sepatutnya orang Islam TAHU akan soal ini kerana Islam sudah mengajar kita bahawa dunia bukanlah satu matlamat, tetapi di sana. Dan, untuk mencapai matlamat di sana, perjalanan di dunia ini, mestilah "selamat".

Sebab itulah akoo mencadangkan konsep "hidup adalah Ibadah". Bila hidup adalah ibadah, persoalan tadi sudah tentu terjawab. Belajar adalah ibadah. Buat kerja Islam juga adalah ibadah. Bagi mereka yang pening, cuba bertanya kembali kepada diri, KENAPA akoo belajar? KENAPA akoo buat kerja Islam? KENAPA akoo menulis? Jika soalan ini tidak mendapat SATU jawapan yang sama, teruskan bertanya soalan yang sama sehingga semua jawapan itu adalah SATU. Bukan 1Malaysia, tetapi SATU. Hehehe.. Najib jangan marah ek... Apa yang satu itu? Itu anda perlu jawab sendiri....

Bila sudah mendapat jawapan yang satu, sudah tentu ada suatu masa di mana banyak perkara2 tadi akan bertembung. Persoalan ini telah diterangkan panjang lebar oleh Qardawi dalam "Fiqh Aulawiyat"nya... Bagi akoo, bila kita sedar apa matlamat di sebalik apa yang kita buat adalah sama, fikirkanlah mana satu yang perlu didahulukan pada masa itu.

Mungkin mudah untuk diperkatakan, tetapi praktikalnya bukan senang. Namun, akoo hanya berhasrat bagi menghapuskan penyakit "sekular kuasa dua" dalam pemikiran kita, kerana bagi akoo sekarang, kita sedang berperang.... Berperang pemikiran dengan musuh2 kita. Ingat! Setiap apa yang kita buat adalah SATU, bukan dua, tiga, atau lebih.