Recent Posts

Friday, December 18, 2009

Kesedaran BerMUSIM


Feel habis exam memang best! Rasa macam baru terlepas daripada satu beban yang berat. Dalam hati kuat meraung, "Yahoo.... Merdeka!!" Haha.. Feel ni xpatut dilupakan kerana ia hanya ada pada mereka yang bergelar pelajar dalam sistem exam oriented.

Hari ini, banyak blog2 yang akan menulis soal hijrah. Ahli2 politik negara apatah lagi. Semua akan mengeluarkan perutusan2 mereka sempena hari bersejarah ini. Ustaz2 juga mungkin penuh jadual mereka seminggu 2 ini, untuk memberi ceramah, kuliah atau forum soal hijrah. Boleh dikatakan, ini adalah "Musim Hijrah" selepas berlalunya "Musim Raya Haji" yang lepas.

Ada yang mungkin berpendapat bahawa, tidak setuju dengan perayaan2 sebegini. Kerana, bagi mereka, dalam setahun, hanya pada masa ini orang sibuk membaca hadis pertama dalam hadis 40. Hanya pada masa ini, mereka sibuk berbicara soal sirah Nabi SAW berhijrah. Semuanya hanya RUTIN setiap tahun. Seminggu 2 selepas ini, orang akan kembali seperti biasa. Tiada lagi pengajaran hijrah dalam hidup. Seperti mana disambut Hari Ibu, hanya pada hari itu, mereka mengingati ibu, selepas itu, buat xtahu. Ini semuanya, hanyalah kesedaran yang bersifat REAKTIF. Tak ada isu, tak akan ada kesedaran. Apa barang beb.....

Akoo meneliti pemikiran orang yang berpendapat sebegini. Ada benarnya. Bahkan, akoo juga pernah berpendapat sebegitu.

Namun, bila diteliti kembali, kesedaran memang memerlukan satu "stimulator" atau "pencetus". Bukan soal peristiwa yang perlu diteliti, tapi soal pendekatan kita dalam menyampaikan pengajaran di sebalik peristiwa itu, agar kesedaran yang dimiliki adalah "long term effect".

Alhamdulillah... Wujud idea daripada Saidina Umar Khattab, untuk mewujudkan kalendar Islam sendiri. Memberikan identiti kepada Islam sendiri. Dapat mencaknakan lagi ummat Islam tentang peristiwa2 yang berlaku dalam sirah Nabi SAW, dan dengan itu mudah2an sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada mereka.

Memang benar, orang hanya sedar sekali setahun. Namun, andai kata tiada sambutan, dan semua buat tidak tahu, bukankah ia lebih dahsyat? Entah2, tak ada kesedaran langsung tentang hijrah dalam setahun itu.

Justeru, bagi akoo, bukan isu menyambut hijrah atau apa2 peristiwa yang perlu dibahaskan, tetapi persoalan utama ialah sejauh mana kita mampu menyedarkan orang ramai tentang pengajaran di sebalik peristiwa itu. Dan, andai kata sudah ada kesedaran, bagaimana pula caranya bagi memastikan agar kesedaran itu bertahan lebih lama, tidak hanya berMUSIM. Itu isunya!

Sekian. Salam Maal Hijrah daripada akoo.
(ape da... orang tulis la pape yang berkaitan ngan hijrah sket.. ni dok merapu pasal isu ni plak... Ah... lantak rrr... blog akoo.. akoo peduli apa.. Hahaha....)

1 comments:

Aizat Salleh said...

Salam.
Ok lah kesedaran bermusim. Kalau ibadah bermusim..letih jugak tu..