Recent Posts

Tuesday, December 1, 2009

Sekular Kuasa Dua


Fahaman sekular semakin membarah di kalangan ummat dunia. "Kerja mesti FOKUS!!", itulah alasan yang diberikan. Sebab itu terjadinya istilah2 agama perlu diasingkan daripada perkara duniawi. Mereka yang mencampur adukkan 2 perkara dalam satu masa, dianggap "xprofessional."

Pada mulanya, akoo agak menerima konsep ini. Ya, kerja mesti professional. Namun, terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan konsep ini. "Untuk menjaga keprofesionalan saya, saya akan mengelak daripada bertanya atau menasihati pesakit soal agamanya." Bagi akoo, orang, lebih2 lagi orang Islam, yang memegang konsep ini, seperti menampakkan bahawa kerja itu bukan sebahagian daripada Islam, atau "ibadah".

Sebab itulah, penyakit ini sudah merebak kepada anak2 muda. Sebagai contoh, sebagai seorang mahasiswa yang bergiat aktif dalam persatuan2 Islam, sudah tentu punya masa untuk study dan melakukan aktiviti persatuan. Namun, kroniknya fahaman ini sehingga kita tidak dapat melihat 2 perkara itu sebagai SATU. Yang kita lihat adalah, belajar adalah satu, buat kerja Islam adalah satu. Walhal, sebenarnya mereka bukan dua, tapi SATU. Pening? Hehe..

"Kelemahan pelajar masa kini adalah mengasingkan antara belajar dan membuat kerja persatuan. Mereka tidak sedar, belajar sebenarnya membantu kerja persatuan, dan kerja persatuan membantu pelajaran."
nasihat seorang Professor, yang merupakan seorang Cardiothoracic Surgion dan pernah menjadi best student semasa era Masternya.

Bagaimana? Orang yang berjaya melihat kehidupan dari pandangan atas akan berjaya menjawab soalan ini. Dan, sepatutnya orang Islam TAHU akan soal ini kerana Islam sudah mengajar kita bahawa dunia bukanlah satu matlamat, tetapi di sana. Dan, untuk mencapai matlamat di sana, perjalanan di dunia ini, mestilah "selamat".

Sebab itulah akoo mencadangkan konsep "hidup adalah Ibadah". Bila hidup adalah ibadah, persoalan tadi sudah tentu terjawab. Belajar adalah ibadah. Buat kerja Islam juga adalah ibadah. Bagi mereka yang pening, cuba bertanya kembali kepada diri, KENAPA akoo belajar? KENAPA akoo buat kerja Islam? KENAPA akoo menulis? Jika soalan ini tidak mendapat SATU jawapan yang sama, teruskan bertanya soalan yang sama sehingga semua jawapan itu adalah SATU. Bukan 1Malaysia, tetapi SATU. Hehehe.. Najib jangan marah ek... Apa yang satu itu? Itu anda perlu jawab sendiri....

Bila sudah mendapat jawapan yang satu, sudah tentu ada suatu masa di mana banyak perkara2 tadi akan bertembung. Persoalan ini telah diterangkan panjang lebar oleh Qardawi dalam "Fiqh Aulawiyat"nya... Bagi akoo, bila kita sedar apa matlamat di sebalik apa yang kita buat adalah sama, fikirkanlah mana satu yang perlu didahulukan pada masa itu.

Mungkin mudah untuk diperkatakan, tetapi praktikalnya bukan senang. Namun, akoo hanya berhasrat bagi menghapuskan penyakit "sekular kuasa dua" dalam pemikiran kita, kerana bagi akoo sekarang, kita sedang berperang.... Berperang pemikiran dengan musuh2 kita. Ingat! Setiap apa yang kita buat adalah SATU, bukan dua, tiga, atau lebih.

2 comments:

serikandi islam said...

adakah berpesatuan betul2 membantu pelajaran?.... satu soalan, jika kita perlu menghadiri antara satu program dan perlu menelaah untuk exam, mane yg lebih penting? dan adakah kita xmenghadiri program tersebut menyebabkan org memandg serong pd kite?

bOnOt said...

hmm... susah jugak sebenarnya nak jawab soalan ni. Sebab, depends on persatuan tu.. kalo persatuan tu sendiri masih mengasingkan aktiviti persatuan dan pelajaran, sama sajalah jawapannya.

untuk soalan ke 2, sebab tu minta tanya balik. Kenapa belajar? Kenapa pergi program? Kalo dua2 xdapat SATU jawapan yang sama, maknanya ada sumtin wrong. Dalam kes saudari ni, saya nampak, jawapan masih ada 2. Dah dapat 1 jawapan, tentu xsusah(susah jugak, tapi senang sket) untuk decide mana yg lagi penting.

Sekadar pandangan dan Fikir2kan...