Recent Posts

Friday, December 12, 2008

::hmm... camne nak buat ye??.::



"Nak bawak kete laju2 bleh, tapi kena fokus, mata kena tumpu kat jalan je... lagu2 pe sumer ni, xpayau hirau..." pesan pakcik akoo. Lantas dia tekan minyak dan terus memotong 5 buah kete sekali gus, walaupun double line. Fuh!!! Dasat sungguh pakcik akoo bawak kete, xleh nak tido. Asyik cuak je! Hehe...


Sebelum kembali ke medan perjuangan di kampus, akoo sempat berborak dengan seorang sepupu. Bertanya tentang life sebagai seorang budak U di UTM Skudai. Kami memang rapat dan boleh dikatakan membesar bersama. Syok juga dengar cerita macam mana life sebenar seorang budak U sekarang ni, asyik dok dekat dunia budak2 medic je, otak akoo tak pernah terfikir macam mana life budak2 fakulti lain.

"Gewe mung paka tudung doh loni? Fuh.. Dasat mung dakwah dio.. Hehe.." Akoo mengusik
(Awek ko dah pakai tudung ek sekarang? Fuh... Dasyat ko dakwah die ek.. Hehe..)

"Lamo doh paka. Tapi gak, kade2 kalu tubik nga aku, dio xpaka."
(Dah lama rrr pakai. Tapi, kadang2 bila kuar ngan aku, xpakai gak...)

"Bakpo? Sebab buke aurat bini ko suami ko?"
(Apsal? Sebab tu kira bukan aurat isteri kepada suami rrr?)

"Buke. Ni buke hok aku target nok wat bini. Sajo jah gewe ni"
(Bukan. Yang ni bukan akoo target nak wat bini. Saje je ni wat awek.)

"La... Pahtu? Sajo2 jah la ni? Hekeleh. Apa barang!! Bakpo xcari hok baik selalunyo?"
(La... Pastu? Saje je? Hekeleh... Apa barang!! Apsal xcari yang baik stret?)

"Tino loni buke buleh cayo. Napok jah baik, hok sebenar, xtau. BAIK KITO SAING RAMAI, PAHTU KALU XLEH SORE, ADO ORE LAIN"
(Pompuan skang bukan bleh caye. Nampak je baik, walhal, disebaliknya kita xtau. Baik kita kawan ngan ramai orang, pastu kalo melepas sorang, ade spare.)

Akoo berfikir seketika. Hmmm.... Ada betul dan ada yang xbetul.

"Xjoin persatue Islam ko denuh? PMI ko..."
(Xjoin persatuan Islam ke kat sana? PMI ke...)

"Ceh... wat nate apo join gotu, kalu join gotu, SUMO BENDO XLEH WAT. GONI HARAM, GOTU HARAM, wat battle of the band pon xleh, padahal buke ado nopak2 pon, dok main lagu Peterpan gitu jah."
(Ceh.. Apa barang join mendalah tu. Kalo join mende tu, SEMUA BENDA XLEH WAT. MENDE TU HARAM, MENDE NI HARAM, wat battle of the band pon xleh, walhal bukan lagho sangat pon, mane ade terlonjat2 pe sumer, dok layan lagu Peterpan je kot.)

Akoo berfikir lagi. Hmmm... Macam ada sesuatu yang tidak kena. Kebanyakan golongan2 seperti ini tidak boleh menerima golongan yang kononnya membawa Islam kerana bagi mereka, apabila Islam memerintah, SEMUA BENDA HARAM!! Akoo tidak dapat menafikannya kerana akoo juga layan lagu2 seperti ini, Peterpan, Dewa, Too Phat etc. ADAKAH AKOO YANG BERSALAH KERANA MENYUKAI LAGU2 SEPERTI INI? Kerana dakwah itu perlu bermula dengan kita benci kepada maksiat, tetapi, jika itu adalah maksiat, maknanya, akoo suka kepada maksiat itu. Jadi? SALAHKAH AKU?


Ya. Memang betul muzik ini banyak khilaf ulama'. Yusuf Qardawi pun dah 20 kali lebih keluar fatwa pasal muzik. Dan, ada orang kata paling rendah pon, hukum dia MAKRUH. Tapi, melihat keadaan dunia sekarang, ADAKAH KITA MAHU MENOLAK MUZIK YANG ADA? Atau adakah adanya golongan yang berfikiran seperti akoo ini penyebab kepada ketidakmenangan Islam? Ah!!! Xtahu.. Tulun10x...


Yang penting, jika memang akoo yang bersalah sekali pon dalam hal ni, golongan yang ingin membawa Islam sepatutnya menyediakan satu altenatif untuk masalah ini. Agak kurang senang hati bila mana disebut Islam, orang asyik berkata, SEMUA BENDA HARAM!!! Jadi, sama2lah kita fikirkan penyelesaiannya.

2 comments:

Anonymous said...

emmm..macam mana ni r???sebenarnya muzik boleh asalkan xmelampau,sekadar dengar2 ok je sbb islam xmengharamkan hiburan,tapi ingat dalam surah yaasin misalnya ayat 65,anggota tubuh kita akan beri kesaksian atas perbuatan yg telah diperbuat, dalam surah al-mulk pula ayat 23,sedikit sekali org yg bersyukur dgn nikmat yang diberikan pendengaran,penglihatan dan hati,so xkan impian kita nak menjadi salah sorg ahli syurga tp banyak dengar muzik2 camni,syurga Allah kan mahal,so biar la perbuatan kita setanding dengan apa yg kita impikan,xsama org yg berilmu dengan org yg xberilmu,MUNGKIN mereka lebih dipermudahkan...pokok pangkalnya beruntunglah org2 yg berilmu dan beramal dengan ilmu2nya....klau direnung kembali dengan al-quran pon sudah ckup untuk dijadikan hiburan,klau kita bukan ditahap tu,cuba2 la bawa diri kita ke tahap itu

laily said...

den pon xtau nak ckp cmne...tp agak stuju dgn anonymous..kalo skali skala tu xpela..tp kalo da stiap ari..pg petg siang malam..asik dgr jer..is it wat kita igt Allah??kalo bole biarla dgr lagu2 yg wat igt Allah tu lg byk dr lagu2 yg melanghakan ni..mane lg byk tu..nilai2 la sndr...mcm mane nak tau lagu tu wat igt Allah ke x,loo pk la sndr..xsumer lagu nasheed wat kita igt Allah..n xsumer lagu2 yg biasa ni wat kita lagha...tepuk dada tny iman...