Recent Posts

Saturday, November 7, 2009

belajar mendengar


Mungkin kita selalu "dengar", teknik untuk bercakap dengan baik di depan orang ramai, cara utuk mempengaruhi orang lain dan sebagainya. Dan, kita difahamkan bahawa bila mana kita menguasai teknik tersebut, kita akan dilihat "hebat". Namun, pernahkah anda terfikir untuk menjadi "pendengar yang hebat"?

Hidup ini tidak dapat lari dari "pendengaran". Sebab, orang buta juga boleh mendengar. Orang bisu, juga boleh mendengar. Tetapi, orang yang "tuli" sejak lahir, selalunya tidak mampu bercakap kerana tidak pernah "mendengar" bahasa orang lain. Uniknya ciptaan Allah. Bermakna, ada sesuatu yang perlu kita fikirkan daripada peristiwa itu. Kan?

Bagi akoo, sebenarnya akoo banyak belajar daripada mendengar. Dalam bidang perubatan sendiri, seorang doktor perlu menjadi seorang pendengar yang baik. Kerana, tanpa mendengar dengan baik, kita tidak mampu MEMAHAMI apa yang pesakit cuba sampaikan tentang sakitnya. Bila pesakit mula merasakan bahawa mereka tidak "didengari", KEPERCAYAAN tidak akan timbul. Itulah sebabnya, ramai pesakit lebih memilih untuk berahsia dan tidak memberitahu perkara sebenar dengan kebanyakan doktor.

Hmm.... mendengar membawa kepada MEMAHAMI.

Namun, mendengar ini, seeloknya bukanlah dijadikan satu "teknik" untuk kita memahami orang lain. Bila mana, ia menjadi satu "teknik", ia seakan2 kita sebenarnya tidak mendengar, tetapi cuba untuk buat2 mendengar. Sepatutnya, mendengar ini datang dari dalam diri kita, iaitu perasaan yang memang ingin mendengar. Mendengar dan menyelami apa yang cuba dikatakan oleh orang lain.

Akoo pernah "cuba untuk buat2 mendengar". Ya, kesannya positif. Namun, untuk jangka masa pendek dan rupa2nya, disangka akoo dapat memahami orang yang akoo "buat2 dengari" itu, sebenarnya tidak. Jadi, mendengarlah dengan ikhlas!

Sungguh, ramai antara kita memilih untuk ber"suara" daripada men"dengar". Ketahuilah, dengar datang dahulu sebelum suara. Ada yang mendengar, tapi semasa mendengar, sudah menyediakan "jawapan" untuk menjawab orang yang didengari. Itu juga berlaku kepada diri akoo. Mendengar sebegini, selalunya tidak dapat memahami maksud sebenar orang yang kita dengari.

Sabda Nabi SAW
" Sesiapa yang beriman kpd Allah dan hari akhirat, maka hendaklah berkata baik atau lebih baik dia diam-HR Bukhari dan Muslim


Baru akoo mengerti apa yang Nabi SAW maksudkan. Hmm... Akoo perlu belajar mendengar. Dan, akoo perlu belajar daripada mendengar. Dengan itu, baru akoo dapat memahami.

0 comments: