Recent Posts

Tuesday, September 15, 2009

SEGAN dengan siapa?


Masih ingat lagi, isi karangan semasa sekolah menengah, tentang tajuk gejala sosial yang melanda remaja masa kini. Masa itu, timbul persoalan, kenapa ramai remaja memilih boyfriend2, atau kawan2 yang melepak bersama mereka sebagai tempat untuk meluah masalah berbanding ibu bapa mereka. Antara point pada masa itu ialah ibu bapa jarang meluangkan masa bersama anak2 dan TIMBUL JURANG antara komunikasi ibu bapa dan anak2. Point yang sangat menarik untuk dibincangkan.

Bagi mereka yang DIkatakan kategori golongan "baik", tentunya akan diSEGANi oleh kawan2 yang lain. Andai kata kita di kalangan kategori golongan "baik", kawan2 pun akan menjaga tingkah laku, mungkin sebelum kedatangan kita, tidak menutup aurat, tetapi selepas kita datang, terus SEGAN, dan tutup aurat. Mungkin, jika kita tiada, cakapnya penuh dengan mencarut, tetapi, bila adanya kita, cakapnya mula berlapik.

Tentunya ada yang cukup bangga dan lega hati bila mana diri boleh dianggap sebagai "orang baik". Bahkan, mungkin bersyukur kerana dengan penampilan kita sahaja, sudah terserlah "keISLAMan" kita. Akoo juga pernah berpemikiran demikian, "melihat kita sahaja, terasa diri sudah di"DAKWAH"."(kan bagus... bila orang nampak kita, dia akan elak daripada buat maksiat)

Namun, sedarkah kita, sebenarnya terdapat sedikit kesilapan dalam tindakan kita itu? Tidak salah dilihat "baik" oleh orang lain. Cuma, cukupkah, jika kita katakan "penampilan" kita sudah cukup untuk disebut sebagai dakwah, SEDANGkan mereka hanya SEGAN BILA DI DEPAN KITA? Di belakang kita? Masih tetap melakukan maksiat? Jadi, kita memupuk mereka untuk SEGAN dengan ALLAH atau SEGAN dengan KITA?

Jadi, sang dai'e sepatutnya berpandangan JAUH. Bukan diri disegani merupakan impian, tetapi impian kita adalah mereka segan dengan Allah Taala. Bahkan, jika mad'u tidak segan dengan kita, pada pandangan akoo, itu merupakan satu advantage buat para dai'e. Mad'u tak cover line depan kita, maknanya kita dapat masuk dengan mereka. Mungkin, kita akan menjadi tempat mereka meluahkan masalah seperti mana mereka bersembang dengan rakan2 mereka yang lain.

Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa daripada kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia ubah dengan TANGANnya, jika tidak mampu, dengan lisannya, jika tidak mampu, dengan hatinya. Dan itu adalah selemah2 iman"


Istilah "tangan" dalam hadis ini tidak patut disempitkan. Akoo lebih suka jika istilah ini dihuraikan dengan istilah "strategi". Sebagai contoh, jika roomate kita tidak solat, mengubah dengan tangan xsemestinya terus menarik tangannya ke surau untuk solat, xsemestinya TERUS menegur dan mengatakan bahawa beza orang Islam dengan orang kafir adalah solat, jadi, kalau xsolat, sama cam orang kafir. Ya, mereka mungkin akan solat, tapi, HANYA DI DEPAN KITA.

Bahkan, mengubah dengan tangan itu, mungkin dengan cara kita berdiam diri terlebih dahulu, xperlu tegur pun tidak apa, mula berkawan sehingga rapat dengannya, selitkan SEDIKIT unsur Islam dalam bersembang, sehingga sampai satu masa, pada masa ketiadaan kita pun, dia akan tunaikan solat.

Apa2 hal pun, soal ini hanya layak dibicarakan jika kita ada keinginan untuk mengajak orang ke jalan Allah. Jika tidak, usah bicara soal tegur atau xtegur. Sama je semua. Fikir2kanlah.....

2 comments:

-m3- said...

emm...cam nak respon sikit berkenaan post ni
rasenye, dengan penampilan dai'e gitu sampai mad'u leh segan ngan die boleh kire dakwah yang minimum...
sebab, sekurang-kurangnye mad'u ade effort nak jd baik...walaupun hanya depan dai'e tu semata
dari situ pun dai'e-mad'u leh rapat, x semestinya bile dah x segan baru leh rapat...
bayangkan kalo kite selalu sangat ngan mad'u, mesti die x sempat nak jadi x segan dan buat x baik...sebab kite selalu ade dekat ngan die, maka secara x langsung boleh didik die jadi baik...dan pastu kat belakang kite pun insyaALLAH die akan buat baik dengan sendiri, sebab dah biasa...huhu
sekadar pendapat, wALLAHualam...

p/s - selamat hari raya, maaf zahir batin...

bOnOt said...

hmm... saya juga berpandangan seperti anda dulu...

Tidak salah.. Masing2 dengan gaya masing2. Cuma, yang ditimbulkan ialah bila kita bersifat terlalu CEPAT menegur, itu agak meRUGIkan dari sudut dakwah.

Dan, saya juga cuba lontarkan kadang2, orang yang bergiat dalam dakwah ini, bila dilihat baik sebegitu, merasakan kita terlalu SUCI.

Sebab itulah idea siapa yang patut diSEGANkan ini dikeluarkan...

Sekian... Dakwah itu praktikal, methodnya berlainan dengan siapa yang kita berdepan. Mungkin method saudara sesuai dengan mad'u saudara.