Recent Posts

Saturday, May 31, 2008

::aku mahu bermula::


Bismillah~
Terima kasih banyak2 ya Allah, Kau buka pintu hati aku untuk mulakan blog pada hari ini..

Terima kasih juga buat junjungan kekasihMu, Muhammad SAW, yang mana telah berusaha sedaya upaya untuk menegakkan Islam di muka bumiMu ini, sehingga aku dapat merasai nikmatnya pada hari ini..

Terima kasih buat Ummiku yang melahirkanku, mendidik aku yang mana lahirlah Abdul Hakem seperti hari ini.. Alangkah seronoknya kalau ummi pandai bukak blog ni.. dapatlah aku nak luah apa yang aku xmampu nak luah bila berdepan dengan ummi.. aku pon xtau kenapa, tapi yang penting, dah lama kalo buleh, aku nak cium dahi ummi, tapi, hajat tu xpernah kesampaian, xtahu kenapa, tiba2 ada perasaan takut bila nak buat... Ampunkan anakmu Ummi, dan ampunkan hambaMu yang lemah ini ya Allah...

Terima kasih juga buat abahku yang sentiasa komited dengan gerakan Islam.. Walaupun banyak rungutan dari pihak ummi sendiri, abah tetap teguh di jalan ini.. Aku akan cuba jadikan abah sebagai role model jika aku dah ada family nanti(bila tu??? entahle.. xnak fikir lagi, sebab nak teruskan perjuangan dulu..)

Terima kasih juga wat cikgu PRA sekolah, SK Hamzah 1, STAR Ipoh, PLKN, PASUM, cikgu kat Fac Medic ni, juga kengkawan yang bersama-sama aku dalam aku menempuh dugaan hidup ini...

Maaf kalo bosan baca mendalah ni, tapi, memang aku nak mulakan blog aku ini dengan ucapan terima kasih untuk semua..

Sekian~
doakan kejayaan aku dalam suppliment~

0 comments: