Recent Posts

Wednesday, August 12, 2009

Si LEMAH tak mampu menentukan apa itu BETUL


Kita diajar dalam sistem pendidikan kita, dengan sistem YA/BUKAN.. Atau BETUL/SALAH. Sudah tentu kita masih ingat, tanda "right" oleh cikgu semasa sekolah rendah ditambah pula dengan "bintang" menjadi satu kebanggaan buat kita. "Sebab kamu rajin dan selalu hantar kerja sekolah on time, cikgu bagi 5 bintang kat buku latihan kamu". Sebaliknya, tanda "pangkah" menjadi satu nightmare buat semua. Bila membuka buku latihan, mendapati ada tanda ini, confirm hati dah mula rasa resah. "Nak kena buat pemBETULan lagi. Dah la kena ulang 10 sekali pulak tu".

Sistem YA/TIDAK ini agak bagus sebenarnya. Ia mengajar kita untuk mengurangkan risiko kesalahan. Namun, bagi sesetengah manusia, ada beberapa kelemahan bagi sistem ini, kerana ia mengajar kita untuk bersikap "SENTIASA BETUL" dalam kehidupan kita.

Bercakap soal "betul", sebenarnya "betul dalam alam realiti" hanyalah satu "perasaan". Kita meRASAkan betul meLAWAN pihak pentadbiran yang zalim kerana kita RASA kita menegakkan hak. Namun, ada pihak lain meRASAkan bahawa kita salah, kerana derhaka, atau menghuru harakan keadaan. Kedua2 pihak mendakwa bahawa mereka BETUL. Jadi, siapa yang "BETUL" sebenarnya? Adakah "betul" itu benar2 wujud?

Ada yang meRASAkan mereka betul atas dasar EMOSI. (pandangan ni kena dengan jiwa akoo, jadi ia betul). Ada yang meRASAkan mereka betul atas dasar LOGIK. (pandangan ni masuk akal) Ada yang meRASAkan mereka betul kerana TIDAK ADA PANDANGAN LAIN yang boleh menyangkal pandangan mereka, jadi, pandangan mereka harus diterima.(tak ada yang nak sanggah teori akoo, jadi teori akoo ni kira betul la..)

Namun, sedarkah mereka yang meRASA betul atas dasar emosi, kadang2, mereka terlalu melebihkan emosi sehingga menjadi angkuh untuk menerima pendapat orang lain, kerana walaupun pendapat orang lain itu "betul" tetapi tidak diterima kerana tidak kena dengan jiwa? "Akoo xsuka pandangan dia sebab dia orang Kelantan, akoo benci orang Kelantan."

Sedarkah mereka yang meRASA betul secara logik, kadang2, logik juga akan membawa fakta yang salah. Sebagai contoh, polis akan menjaga keamanan negara. Sepatutnya, apabila semakin ramai polis, keamanan negara akan meningkat. Namun, adakah fakta itu benar?

Sedarkah mereka yang meRASA betul kerana tidak ada hujah yang menyangkal pandangan mereka, mungkin tidak sekarang, tetapi mungkin akan tiba masanya orang akan menyangkal fakta kita bahawa boleh mengatakan bahawa kita adalah pembohong besar kerana memutarbelitkan fakta. Contoh yang paling baik, adalah Teori Darwin itu sendiri.

Jadi, Betul @ Kebenaran itu memang wujud. Cuma, ia hanya mampu ditentukan oleh Yang Maha Kuat. "Si lemah" xmampu untuk menentukannya kerana mereka lemah. Pemikiran mereka yang mereka fikirkan kuat, tapi sebenarnya juga lemah. Ramai yang sudah sedar akan hal ini, namun, mereka tidak mahu menerima hakikat ini atas dasar angkuh. Mereka hanya mengambil aspek betul dari segi emosi. Inilah golongan yang mengingkari = KAFIR. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan seperti itu.
Persoalannya, bagaimana?